Strategi Kaum Pagan Menuju The New World Order (Part 6)

>> Wednesday, December 2, 2009


Pelbagai penyakit baru terus muncul satu demi satu menghinggapi manusia dan penyakit-penyakit ini belum lagi dinumpai ubatnya yang mampu menyembuhkan 100%, seperti virus HIV, dan juga Virus H5N1. Kita tentu masih ingat, setiap kali ada mangsa yang meninggal akibat virus ini, media massa mahupun cetak atau elektronik sentiasa menyebutnya sebagai ‘Suspect Selsema Burung’ dan bukan dipastikan lagi kesahihannya.

Ubat-ubatan kimia yang dikeluarkan oleh dunia medik dan digunakan oleh para doktor terhadap pesakitnya ternyata tidak bebas dari kesan sampingan.Jika digunakan ubat ini secara berterusan, ini akan menimbulkan penyakit lain. Ini disebabkan penyakit akan menjadi lebih kuat melawan dan pengguna ubat akan menambah dos ubat supaya dapat melawan penyakit. Dan keadaan ini akan berterusan.

Penyemburan insektisida yang menjadi racun kepada pengguna

Parahnya, pelbagai bahan konsumsi manusia yang berasal dari alam pun tidak lagi sihat. Sayuran dan buah-buahan misalnya, dalam perawatannya selalu disembur dengan herbisida atau insektisida yang tidak elok untuk kesihatan manusia. Belum lagi zat pengawet yang biasa diberikan kepada sayuran dan buah-buahan import agar lebih tahan lama dan tidak mudah busuk, juga menambahkan peratusan zat kimia berbahaya yang semestinya akan memasuki ke dalam tubuh manusia jika digunakan. Lama-kelamaan, zat-zat yang jumlahnya mungkin sangat kecil ini, boleh menjadi besar kerana bahan kimia ini akan mendap di dalam tubuh dan mula menjadi penyakit.

sebagai contoh, seorang perempuan yang sejak muda sering memakan mee segera atau makanan yang mengandung Monosodium Glutamat (MSG) atau bahan penyedap atau penambah rasa yang lazim ditambahkan ke dalam banyak produk makanan. Lama kelamaan, lima sehingga sepuluh tahun lagi, pasti perempuan itu akan tumbuh kista di dalam tubuhnya yang boleh menjadi semakin teruk sehingga menjadi tumor. Banyak sekali kes ini diseluruh dunia.

Mengeluarkan kista pada badan pesakit

Ironinya, penggunaan MSG dipromosikan oleh media massa secara besar-besaran sebagai zat yang mampu menyedapkan rasa dan kenikmatan sesuatu makanan, namun tidak dipaparkan secara jujur kesan sampingan yang membahayakan bagi tubuh manusia. Berbagai penelitian dari dunia medik tentang bahaya MSG pun tidak dihebohkan secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh. Akibatnya, hanya orang-orang yang mengambil berat terhadap kesihatan akan berusaha sekuat tenaga menghindari penggunaan zat aditif tersebut. Sedangkan golongan yang tidak mendapat informasi, dan kelompok ini jauh lebih besar bilangannya, tidak mengetahui akan bahaya tersebut dan terus-menerus mengkonsumsi makanan yang tidak sihat tersebut. Akibatnya, pelbagai penyakit merka alami dan deritai. Kebiasaannya kisah mereka berakhir dengan kematian kerana golongan ini tidak mepunyai wang yang cukup untuk membuat rawatan.

Ayam yang penuh dengan hormon

Satu contoh lagi tentang zat aditif. Tahukah Anda setiap ayam goreng yang disajikan oleh restoran-restoran fasfood ternama di dunia merupakan ayam yang dari telur hingga dewasa dan dipotong, tempoh hidupnya tidak sampai dua bulan? Ayam tersebut membesar dengan cepat disebabkan suntikan hormon yang diberikan secara berkala dengan jumlah yang besar. Hormon tersebut tidaklah hilang walaupun ayam tersebut digoreng. Hormon itu tetap ada dan masuk ke dalam perut kita ketika kita memakannya. Inilah penjelasan mengapa anak-anak remaja sekarang banyak yang menderita obesiti dan pelbagai macam penyakit. Jika masih ragu, tontonlah filem semi dokumentari yang cukup menghiburkan berjudul ‘Super Size Me’.


Cuba kita tutup mata sekarang, dan buka kembali, hilangkan semua persepsi dan paradigma yang ada selama ini. Kita akan dapat melihat dengan jelas  sekarang ini pelbagai kejadian berlaku di sekeliling kita, peperangan, propaganda media massa, masalah ekonomi, penyakit, konflik, makanan, dan bahkan ubat-ubatan. Adakah ini berlaku dengan sendirinya? Tentu sangat naif jika kita berfikir demikian.

Fluorin

Zat kimia ini secara umum dianggap sebagai zat ampuh untuk memperkuat tulang gigi. Sebab itu, zat ini banyak diletakkan di dalam ubat gigi. Bahkan 66% air minuman penduduk AS telah dicampuri zat ini secara sengaja. Benarkah fluorin berguna?

Jawapan yang ada mungkin akan mengejutkan kita semua. Fluorin telah dikaji oleh ramai pakar kesihatan dan ternyata ia mengandungi bahan berbahaya untuk tubuh. Antara lain boleh menyebabkan barah tulang, oestoporosis, masalah sendi, turunnya kadar testoteron dan estrogen, dan boleh merosakkan lapisan enamel gigi.

Sekarang, pergilah ke kedai atau pasaraya yang ada. Carilah racun tikus. Dan lihat apa bahan utama untuk membuat racun tikus? Jawapannya adalah Sodium Fluoride. Ini adalah zat kimia ionik yang paling beracun selepas Potasium Dikromat. Ketika ini, perusahaan-perusahaan besar yang bergerak di dalam perniagaan air minuman telah memasukkan fluoride ke dalam produk mereka. Perkara ini dilakukan tanpa meletakkan keterangan sedikit pun di dalam label produknya.

“Fluoride memang tidak memiliki faktor yang menguntungkan secara biologi, ” tegas Dr. Rima Laibaow dari Natural Solutions Foundation.

1 comments:

Anonymous September 12, 2012 at 11:24 AM  

ayam kfc kita dibekalkan oleh ayamas. syarikat ni diketuai orang islam. dalam negara juga.

Jadi penggunaan gambar kfc tu sebenarnya satu fitnah untuk mensabotaj pekerjaan orang islam yang kerja secara halal kat ayamas dan kfc.


Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP