Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?
Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.
Pertama. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
Penggalian yang merosakkan asas binaan masjid Al-Aqsa
Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.
Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.
Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah masjid)
Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung "Dome Of The Rock. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid " Dome of the rock" sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.
Dome Of The Rock
Ini merupakan cara Zionis. Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.
Artikel Bangunan Masjid Al-Aqsa yang Sebenarnya, mengungkap penipuan Zionis
masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya
Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!
Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Lambang Knight Templar yang digunakan
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa 'kuasa' itu adalah Allah yang nyata.
Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai "Free Mason". Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat "all seeing eye" yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.
Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu "Dajjal".
Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.
3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah "Master of Deception".
Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan". Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.
Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.
Gambaran Temple of Solomon oleh pelukis
Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.
Replika Solomon's Temple
Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.
Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.















62 comments:
Sebenarnya Islam yg ada kini adalah agama menyembah syaitan. Cuba perhatikan mereka membina masjid yg harganya berjuta ringgit dgn duit rakyat dan membelanjakan pula berjuta ringgit menjaganya. Bukankah duit zakat bagi fakir dan miskin, jadi mereka membazir dan membazir itu amalan syaitan. Di zaman selepas nabi, org2 beriman membina wakaf atau surau2 bg tujuan ibadat kpd tuhan. Tidak hairan kebanyakan manusia kini dijajah dgn agamanya dan mereka menyangka berbuat baik padahal merekalah yg byk melanggar hukum tuhan. mahadaya-asalama.blogspot.com
Islam mementingkan kesederhanaan...Janganlah cakap Islam itu agama menyembah syaitan laknatullah...cuma orang yang meyimpang dari agama Islam itu yang perlu diperbetulkan...
Harap sangat kita sama-sama menghindarkan segala maksiat berlaku di Malaysia ni. Sekrrang dah banyak onar yang berlaku, lihat macam mana masyarakat Islam di Malaysia ni diperngaruhi oleh orang bukan Islam, contoh perhimpunan bersih...dalangnya Ambiga...dia pernah menentang Perlembagaan Persekutuan dengan menidakkan Islam agama rasmi Malaysia dan memperjuangkan dasar kebebasan beragama di Malaysia dengan mahu agama liajn turut boleh di sebarkan kepada umat Islam kita....
mintak dijauhkan semua ini
Wallahualam...
Betul! Bukan dunia yang kejam, bukan agama yang tidak betul.... Tapi manusia... 'Manusia' itulah yang sebenarnya kejam, manusia itulah yang sebenarnya zalim...
Minta kita semua & orang yang kita sayang terhindar dari semua ini.. Ameen ya Rabb...
"islam yg ada hari ini adalah islam yg menyembah syaitan" ya Allah mudahnya anda membuat kesimpulan mengkafirkan orang. anda dizaman mana? adakah anda jua begitu?? kalu anda was2 untuk pergi ke masjid2 besar saya cadangkan anda pergi je ke masjid dikelantan , disana ada sebuah masjid berwarna hijau yang meletakkan gambar besar Datuk Nik Aziz didepan pintu masuk ke masjid. mungkin solat anda di terima disana.
Al Mahadaya, ni syiah mane nih? Sng2 jer pnggil Islam hari ni kafir. BKN SEMUA DH ROSAK. BKN SEMUA ORG ISLAM DH TRPESONG. Sdrlh. Benci tul aku bce komen ko yg xpatut ni.
Al Mahadaya ni bukan syiah. sunni pun bukan. saya pun tak tahu... harap dia sudi jawab la.
Setahu saya Al Mahadaya ni x baca quran macam kita. Mungkin dia boleh ajar kita sikit :) ...
Al mahadaya ni terlalu emosi.adaka agama islam dikata menyembah syaitan Nauzubillahi minzalik.daripada pengamatan saya blog al mahadaya ni pon serabut tidak menarik perhatian untuk dibaca..gaya macam copy n paste saja.
tumpang tanya, knight of templar tu memang askar upahan nabi sulaiman ke? atau itu cerita versi kristian? apa yang aku tau templar ni dulu tugas dia jaga ngan bawa pelarian yahudi gi ke palestin dan sampai kat palestin dorang jumpa buku2 sihir bawah masjid al-aqsa. aku keliru sikit. boleh minta penjelasan. terima kasih. assalamualaikum..
keliru..
salam,
saya bertandang sekejap nak betulkan beberapa fakta yang silap dalam blog entri ni.
knights of the solomon temple, atau templar knights bukan diasaskan pada zaman nabi Sulaiman AS. mereka telah diasaskan pada awal abad ke-11, untuk menakluk kembali (Reconquesta) kawasan jajahan kristian yang ditakluk oleh para khalifah. kawasan yang pertama mereka serang untuk reconquest ialah jerusalem, dan haikal sulaiman (Solomon Temple). sebab itu nama mereka adalah Knights of The Solomon Temple. jerusalem adalah tanah suci bagi pihak kristian juga. jadi penting bagi mereka untuk takluk kembali pada masa tu.
nabi Sulaiman AS telah menggunakan para jin itu sendiri untuk menjadi penjaga haikal sulaiman n segala isinya, bukan knight of the solomon temple.
haikal sulaiman pernah dihancurkan dan diserang berkali-kali dalam sejarah.
- pada 971 BC, raja mesir Raja Shishak telah menyerang haikal sulaiman, dan mencuri habis harta didalamnya
- 586 BC, Raja Nebuchadnezzar telah menyerang Judah, iaitu nama empayar di jerusalem pada masa tu, dan telah menghancurkan haikal sulaiman n isi dalamnya sampai ke tahap semua kitab taurat yang disimpan dalam haikal sulaiman oleh para yahudi dihapuskan tanpa sisa. dan taurat ditulis semula mengikut memori mereka.
- 175 BC, raja Antiochus keempat telah memaksa para yahudi jerusalem untuk sembah Zeus. dia telah pecahkan haikal sulaiman, dan bina berhala zeus didalam tu dan mengorbankan khinzir kepada zeus. semua isi dalamnya termasuk kitab taurat yang dah ditulis semula telah dihancurkan sekali lagi.
- 70 AD, tentera rom telah menyerang jerusalem dan menghapuskan haikal sulaiman, dan mencuri segala isi dalamnya lagi sekali.
jadi, selain dari yang tertulis ni, memang banyak kali haikal sulaiman diserang dan dibaik pulih berkali-kali.
pada tahun 1099, selepas haikal sulaiman dihancurkan, dan dibina, berkali-kali, baru templar knights datang dan serang jerusalem untuk menakluknya kembali.
apa lagi yang tinggal sisa untuk mereka jumpa dalam kuil itu.
Pada YB ARENAFON:Baca Sirah Nabi.Nabi pernah mengikut demonstrasi yg di ketuai olih Abu Lahab sebelum menjadi Rasul.Setelah menjadi Rasul Nabi pernah berkata,kalau sekarang dia buat juga demo ,beliau tetap akan mengikutinya....Cari dan baca sejarah nabi demo apa yg di ikutinya...cara senanglah,nabi tak akan ikut sesuatu yg tak elok,walupon sebelum menjadi Rasul..Jadi YB nie tahu ker apa benda yg BERSIH minta tu...Kalau yg diminta tu satu kebaikan kita wajib sokong sebab Nabi kita buat macam tu..........BACA SIRAH (SEJARAH)BANYAK2..KURANG KAN BACA UM,BH DAN SAMA WAKTU DENGAN NYA.....Keluar dari kepompong UMNO dan hayati ISLAM sepenuhnya.......Tau tak SPRM telah sah kan tidak ada unsur rasuah dalam projek LADANG RAAYAT dan BAZAAR TOK GURU..tobat dalam UM,BH tak keluar.......jom pakat2 keluar dari kepompong....
"Sebenarnya Islam yg ada kini adalah agama menyembah syaitan."
sheikh, ayt ni scara tak langsung mfitnah ALLAH SWT... agama Islam dulu kini slamanya takkan brubah, yg brubah pnganutnya shj... istighfar byk2 sheikh...
Agak tertarik dgn entry - entry berkaitan freemason dan illuminati kebelakangan ini, baik dari blog dan youtube. Saya khuatir, anak-anak muda lebih tertarik menyelami lebih dalam sejarah-sejarah berkaitan mereka, walhal yg plg utama adalah melengkapkan diri kita dgn sirah kenabian utk dijadikan penduan hidup, tak salah menyelidik... cuma takut ianyapun salah satu agenda mereka, sebab apa yang kita nampak dri sejarah mereka? mereka ni golongan pemikir dan konspiratos yg licik. Tapi, tepuk dada tanya iman, Wallahua'alam.
bila masa nabi sulaiman bagi knight templar jaga masjid al aqsa? mcm tipu je?? nabi sulaiman tu kan muslim, knight templer plak christian, terang2 pakai lambang salib..? nak fitnah ke ape sial? ke nak sesatkan org..ko tipu org ke?
Info yg berguna dan mrnarik,terime ksih..jika sudi,lawati blog saya : http://pengetahuandankeindahanislam.blogspot.com
sila tunjukan jalan yg benar dan lurus.
sebagai seorang muslim, saya berasa bimbang sangat dengan apa yang berlaku terhadap dunia Islam. Susah nak perbetulkan apa yang telah berlaku bila ada kalangan pemimpin Islam kita secara rahsianya, menjadi pemimpin tertinggi dalam Pertubuhan FreeMason. Zharif boleh tambahkan info2 berikut: Yang saya tahu: simbol-simbol syaitan seperti 'peace' (simbol dua jari huruf V) simbol blackmetal-jari kelingking, telunjuk, dan ibu jari..yang seringkali dilayangkan selepas usai berucap oleh pemimpin: Ahmadinejad, Yaser Arafat, Adolf Hitler. Simbol-simbol ini dipercayai simbol syaitan. Saya juga mendapat maklumat bahawa kejadian 9 september yang menjatuhkan New York Center telah dirancangkan sejak sekian lama oleh para pemimpin Freemason. Begitu juga Perang Dunia Pertama, Kedua. Risau saya dengan semua ni.
islam itu tetap suci sehingga akhir zaman..tetapi penganutnya yang kurang mempraktikkan ajaran islam itu sendiri...al mahadaya x patut berkata begitu..
dan kita sebagai penduduk islam di malaysia patut bersyukur..kita bebas melakukan ibadat...dan agama islam masih agama rasmi negara...ajaran islam bebas di amalkan dan diajarkan...kita ade institusi agama islam, rancangan tv pun sudah byk ke arah kerohanian....
cumanya sekarang diri kita je yg kurang mempraktikkan ajaran islam..mcm ne islam itu nak gah...
sedangkan kita sendiri yang menghancurkannya......
fikir2 kanlah.....
almahadaya,jgn sesuka hati menghukum islam agama syaitan.sedangkan allah telah berfirman islam adalah agama disisi Allah(innaddinnaindallahil islam)saya takut kamu adalah seorg yang ingin memporakperandakan org islam.
Ape pun yg kamu semua buat andaian, atau memberi penjelasan dan jugak nasihat, pastikan anda tahu tentang apa yg anda berkatekan.. Dan hakekatnya ALLAH S.W.T saja yg tahu.
Dan semua yg terjadi pada masa dulu atau skrg ada pengajarannya bukan sekadar bahan sejarah atau bahan tatapan saja.
Tetapi kebanyakan kita tidak mengetahui.
I think we have to search the history of Israel and Arab for there are many misunderstandings between the Moslem and the Christian and it has made the gap for many and many years. -Rudyanto Lay
Yaaa, diorang yang nak bina kuil sulaiman ni semuanya pengikut-pengikut dajjal. pengamal ilmu sihir hitam, termasuklah artis2 barat yang cuba masukkan unsur2 menyembah syaitan dalam lagu2 diorg. Negara2 islam perlu bukak mata pasal benda ni.
kita dah hampir kiamat, dajjal kecil wujud di malaysia seperti ummat islam seluruh dunia iaitu najib dan rosmah yang cuba menghancurkn islam dgn membawa budaya barat budaya sesat .. Para2 artis juga bersama2 menghalau islam dari malaysia.. Seperti membawa tudung trend trkini yg sama dgn tudung birawati kristian.. www.berokband.blogspot.com
Ye2, dan juga Dajjal kecil yang menggunakan Lambang Mata 1 dan dipuja secara taksub oleh pengikut2 dia serta ularmak yang mengaku Allah juga mencarut.
Ni suma merosakkan je..
Nak berkate tuh bertis jgn smpai kite melontar kn kate2 yg boleh meyniggung dn salah faham org lain.kang tuhan byar cash baru tau.pham niat hati nak nasihat kn org zaman sekarang tp xkene...perbetol kn ayat tuh
salam,
--->>>Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.<<<---boleh saya tahu ayat apa dan surah apa? :)
tau ga syaiton suka sekali dengan perdebatan antara muslim!
sesungguhnya syaiton itu musuh yang nyata bagimu!
banyak" istighfar, sesungguh nya allah selalu ada di sekitar kita, apa yang kita bicarakan, apa yang kita lakukan, allah selalu tau, dan allah tidak buta!
ramai yg sentap bila almahadaya kata agama Islam yang diamalkan sekarang sudah jauh terpesong dari landasan sebenar.memang ayatnya agak kasar akan tetapi realitinya adalah ummat Islam sendiri yang membuatkan Tuhanku Allah SWT menarik balik nikmat dan hikmat agama Islam itu sendiri.
almahadaya sudah terkeluuar dari islam jika mengatakan islam itu agama syaitan laknatullah.jadi dia sendiri menganut agama apa ?agama selain dari islam itu adalah kafir .istigfarlah dan kembali kepada islam.
dari mulut badan binasa, berfikirlah dulu sebelum ayat - ayat syaitan tersembul dari mulut. beginilah caranya org-org kristian & yahudi menjatuhkan sesama umat islam. kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan dalam hendak diduga. apakata jika semua org yg masuk di dalam blog ini melaknat anda (almahadaya - inikan nama org yahudi). nauzubillah.
saya rasa tak perlu nak berbalah pasal politik didalam blog ni kot? coz apa yg ditulis oleh penulis tentang knight templar jer..mana ade manusia yg "perfect" dan setiap manusia ade melakukan kesilapan..yg salah kite perbetulkan..itu lah islam sejati.. bukan yg salah dijatuhkan/dihentam tapi diperbetulkan dengan nilai2 murni yg ade pada diri kita..anyway banyak jugak info berguna yg dapat dan kite semua pon mmg jenis rajin utk membaca dan banyak lagi sumber yg kite leh perolehi..kalau tak yakin dgn apa yg ditulis carilah blog2 yg lebih sahih utk dibaca dan diterangkan..tak perlu dikaitkan dgn politik malaysia yg tunggang langgang kalau pegangan kite sesama islam pon tonggang langgang..kite sesama belajar dari kesilapan dan dari kesilapan itu la muncul keharmonian dan silaturahim yg erat sesama islam...
Hamba Allah
saya rasa tak perlu nak berbalah pasal politik didalam blog ni kot? coz apa yg ditulis oleh penulis tentang knight templar jer..mana ade manusia yg "perfect" dan setiap manusia ade melakukan kesilapan..yg salah kite perbetulkan..itu lah islam sejati.. bukan yg salah dijatuhkan/dihentam tapi diperbetulkan dengan nilai2 murni yg ade pada diri kita..anyway banyak jugak info berguna yg dapat dan kite semua pon mmg jenis rajin utk membaca dan banyak lagi sumber yg kite leh perolehi..kalau tak yakin dgn apa yg ditulis carilah blog2 yg lebih sahih utk dibaca dan diterangkan..tak perlu dikaitkan dgn politik malaysia yg tunggang langgang kalau pegangan kite sesama islam pon tonggang langgang..kite sesama belajar dari kesilapan dan dari kesilapan itu la muncul keharmonian dan silaturahim yg erat sesama islam...
Hamba Allah
al-mahadya ni, kau tak belajar akidah ke? bodohnya suka2 hati kau ckp islam agama menyembah syaitan. boleh trkeluar islam tahu tak. kau nk murtad ke? Hmm jangan post ikut emosi je, pakai akal, biar berilmu.ish2 nk kritik, kritik umatnya, bukan agama. bodohnya kau ni al-mahadya. even aku budak sekolah pun tak cm kau. agama islam tak pernah ajar kita sembah syaitan. kau merepek apa!? Eh, nk tanyalah psl post ni, kenapa nabi Sulaiman tak bakar je buku sihir ni? kenapa tanam? confirm2 la si yahudi ni akn jumpa balik, bila jumpa.. menyusahkan 1 dunia.
DIMINTA KWN2 SEMUA MSK BLOG al-mahadya....dan komen di blog dia..
mahadaya-asalama.blogspot.com
MAHA SUCI ALLAH YANG TIDAK BERANAK DAN DIPERANAKKAN.
HANYA KALAM SUCI ALLAH AL QURAN MENJELASKAN YANG SEBENAR.BERBALIKLAH KEPADA KALAM ALLAH S.W.T KERANA TIAP-TIAP YANG TERCATAT DI DALAMNYA ADALAH BENAR , TIDAK BOLEH DI TIRU, DI UBAH ATAU DI HAPUSKAN.MAAFKAN SAJA PADA YANG MERASA AGAR HATI KITA TENANG DAN KATA-KATANYA TIDAK MENGUASAI KITA DEK KERANA PERASAAN MARAH KERANA KITA SEMUA ADALAH MAKHLUK YANG DI KURNIAKAN AKAL UNTUK MENGAKUI KEBENARAN AJARAN ISLAM ITU SENDIRI YANG TIDAK ADA SECALIT PUN TERCATIT UNTUK BERBUAT ZALIM KEPADA RAKYAT, MENINDAS FAKIR MISKIN MAHUPUN MEMBAZIR BERJUTA RINGGIT UNTUK MEMBINA MASJID KERANA TIAP-TIAP REZEKI ITU ADALAH KURNIAAN ALLAH KEPADA MEREKA YANG DIKEHENDAKINYA TAK KIRA BANGSA.BAGAIMANA NABI SULAIMAN A.S MEMBINA MASJIDIL AQSA? ADAKAH RAKYAT PADA ZAMAN ITU DI KERAH UNTUK MENUNAIKAN ZAKAT UNTUK MEMBINA MASJIDIL AQSA? KALAU SUDAH DIHABISKAN UNTUK MEMBINA MASJIDIL AQSA BAGAIMANA PULA TERBINANYA KUIL YANG BEGITU MEGAH SEBELUM ITU? KASIHAN SI FAKIR
ALLAH ITU WUJUD! DAN JIKA DIA BERKEHENDAKKAN,MAKA MASJIDIL AQSA AKAN TETAP TERPELIHARA DAN IA AKAN SENTIASA MENJADI MIMPI NGERI PADA MEREKA TIAP WAKTU.INSYA ALLAH!
Subhanallah..
bertaubat lah wahai saudara (almahadaya)
takpun kau ni memang yahudi????
Parti PAS byk bwk unsur-unsur yahudi dgn mengkafirkan org lain sewenang-wenangnya.
assalamualaikum semua..
aku nk tegur sket ayt Al Mahadaya yg ckp melulu mcm xde didikan agama tu.. lain kali nk menaip tu biar pikir panjang sket... jgn nk ikotkn ati sgtle tanpa pikir mane betol mane salah.. bab2 agama cmni xle bwk main da.. pelikk aku ngn kate2 ko tu... aishhh..
bersatulah wahai umat Islam..Islam itu luas ajarannya.. jangan suka kafir mengkafir..jangan suka menggangap diri itu lebih Islam dari orang lain..itu perbuatan orang yang berfikiran jumud..manusia sama jer pasti ada kecacatan..yang penting Islam itu mesti bersatu..sebarang masaalh boleh diselesaikan sesama Islam..selebihnya bertakwa dan bertawakkallah..dah tak percaya pada hukuman ALLAH dan kuasa ALLAH lagi ke..? inilah masaalah umat Islam diMalaysia sekarang ni sebenarnya...
*UMAT ISLAM MESTI BERSATU BUKANNYA KAFIR MENGKAFIR SESAMA ISLAM ATAU MERASAKAN DIRI ITU LEBIH ISLAM*
usahlah menambah dosa dgn mhina sesama sendiri.. jgn kerana politik kt hina saudara sndr.. sejak kt merdeka lg ngara kt dh trikat dgn ikatan freemason ni.. pnh x anda kaji bgnn lama yg ada di malaysia, duit rm1 lama, tentu ada lambang2 freemason.. dlm sejarah kt blajar ada x diterangkan pbualan antara bapa kmerdekaan kt semasa di eropah utk materai kmerdekaan dl?
knight templer bkn ahli iluminati ke?
bole review psl nabi sulaiman dgn yakjuj & makjuj? rasanya ada kaitan dgn freemason & iluminate..
Assalamualaikum wbt... Setiap umat tu tak terlepas dari melakukan kesilapan. Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Baiklah kita semua umat Islam bersatu untuk hanya yang Satu iaitu ALLAH SWT dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Takda faedah kita menyalahkan di antara satu sama lain(sesama islam) kerana melaga-lagakan umat adalah kerja 'syaitan laknatullah'... sama-samalah kita beristighfar dan bersyahadah demi kesucian ISLAM!!! Subhanallah!!!Alhamdulillah!!!Allahuakbar!!!
Assalamualaikum,kepada PAK TUA.
Astagfirullah,jgn samekan perhimpunan bersih dgn ape yg dilakukan oleh Rasulullah kerana ianya sudah tentu tidak sama. Saya tahu tujuan perhimpunan bersih tetapi adakah pengikut2 perhimpunan bersih tu sendiri tahu?daripada pengamatan saya, pengikut2 tidak memperjuangkan ape yg di tuntut oleh bersih tetapi sibuk hanya melaungkan "turun UMNO". Bace sejarah Malaysia juga PAK TUA.Anyway, saya membace daripada sumber pro kerajaan dan pembangkang, dan saya rase view dan penilaian saya lebih jelas berbanding dgn org yg hanya fokus pada bahan bacaan satu2 parti shj (eg: hanya baca UM atau Harakah shj) kerana media mmg kaki putar,saya maksudkan semua media, pembangkang tidak terkecuali.
@ Mahadaya Mahaterpedaya : Benarkah "Islam Sekarang"
membina masjid-masjid sebenarnya menyembah Setan..??
Jika demikian serupa juga "Islam Sekarang" solat mengadap
Kaabah diMekah dikira menyembah Setan. "Mekah Dulu" telah
ditawan dicemari oleh Tok Setan. "Mekah Sekarang" dikelilingi
berhala-berhala pencakar langit, dibina dimiliki Tok-Tok Setan...
Sayang sekali, kita malah terjebak pada statement almahadaya bukan pada konten al aqsa nya..
BERTAUBATLAH KITA SEMUA KEPADA YANG MENCIPTA DAN MENGATUR ALAM INI.. WAHAI SETIAP MAKLUK YANG DEBERI AKAL YANG SEMPURNA DAN KEPADA YANG TIDAK BOLEH MENJADIKAN SIANG DAN MALAM. KURANGKAN BERCAKAP TETAPI PERBANYAKKAN AMAL SOLEH.MOGA JADI ANTARA ORG2 YANG BERTAQWA.
Ya~ Allah~ Al Mahadaya~ -_-'' sesuka hati je ckap Islam sembah Syaitan ea? Apahal dengan kau ni?masjid tu dibina bukan tujuan pembaziran...Masjid itu lah yang mengeratkan silaturrahim umat Islam di dalam sesuatu tempat,Masjid juga tempat yang berguna..bukannya untuk tujuan bersuka ria...buktinya masjid dibina sekali,tapi yang hadir nya bukan sekali malah berkali2..tak de unsur pembaziran pun.. Memang masjid dibina dengan nilai yang tinggi,kos mahal,walhal kau tahu ke?niat orang yang bina tu ikhlas laburkan duit untuk membina Rumah Allah .... lain kali fikir dulu kalau nak berbahas.... kau sedap sound Islam..kau tak tengok agama lain.... lagi megah bangunan keagamaan mereka(warna warni lagi) lansong kau tak pertikaikan pulak..... :)mungkin kosnya lagi berbilion2 ringgit dari masjid..
Saya pun umur baru setahun jagung,boleh fikir lebih jauh dari awak,sedangkn sye tkejut dgan kecetekan akal fkiran awak, yang tidak matang bagai telur separuh masak...
Maaf jika salah, terkasar bhasa..perbetulkn kesalahan saya~ wasalam.. ^^
Maaflah nak tumpang menyelit , pada pandangan saya perkara ini harus dijadikan sebagai satu ingatan bukan sekadar nak dijadikan satu bahan politik , dunia makin kiamat jangan nak berpolitik ,menfitnah org bagai ..Jangan rasa diri kita ini sudah kukuh iman nya,Daripada kita nak politik bagai , lebih afdal kalau kita berdoa pada diri kita dan semua umat islam agar kita dijauhkan daripada fitnah dajjal, dan doakan agar saudara kita di palestin diberikan ketabahn dan dilindungi Allah SWT ....Masjid adalah rumah Allah SWT , kenapa harus dikatakan satu pembaziran bila mendirikan rumah Allah SWT?Tolonglah.....Jangan kata sebarangan takut memudaratkan diri sendiri aja -,- . Saya cakp bukan nak tunjuk diri nie bagus tapi sekadar pandangan dan ingatan saja ...Kalau ada salh dan silap harap dari saya harap betulkan ...
Aku x sokong al-mahadaya, lagi lagi isu mengatakan islam kini menyembah syaitan..Semoga dia dberi Hidayah dari Allah..
tapi cuba ambil skit Statement dia mengatakan pembaziran dalam pembinaan masjid zaman kini..ayat tu btul, x salah bina masjid tetapi terlalu keterlaluan, masjid punya la besar..hari jumaat je pnuh, hari2 biasa, alahai satu saf je..sebab hal ni ada dijelaskan oleh nabi Muhammad s.a.w "Tidak berlaku hari kiamat sehingga ummatku bermegah-bermegah (dengan binaan) masjid." H.R ABU DAUD
klau bab politik lak aku x blh kata kerajaan atau pembangkang yg btul, tapi aku tertarik pada hadis ni 'tidak akan berlaku kiamat diakhir zaman jika Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya'.kihkih..apapun maaf klu ada tersalah kata, hanya perkongsian agar kita tdk saling hentam menghentam sesama Islam..bangsa lain bertepuk tangan je tengok kita sesama islam bergaduh..sedar la sikit..Sokong BN ke PAS ke bknnye "JAMINAN MASUK SYURGA", yang penting amalan kita tu yg jadi ukuran ke syurga atau neraka..Wallahualam..
P/S : lps ni sape nk hentam aku hentam la, aku x kesah,sbb aku x msk dah page ni..kihkih..PRAY FOR GAZA
Astagafirullahhal'azim... Beristighfar lah berbanyak2, berfikir sebelum berkata encik.
Apa yang encik cakapkan itu adalah salah, Islam agama suci, mengapa pula encik berfikir yang Islam ini adalah agama yang menyembah syaitan???? Biar saya tanya encik.. Adakah encik beragama Islam? Kalau memang, kenapa encik sendiri memfitnah agama encik??? Ataupun adakah encik orang yang beragama lain dan sengaja memfitnah agama kami, agama Islam??? Ya Allah, sedarlah encik...
Bahawasanya, tidak salah untuk mereka membina masjid beribu2 ringgit daripada membina tempat tempat yang tidak ada faedah, seperti kedai yang mewa, kelab kelab dan sebagainya... Bukan kah itu lebih baik jika tempat beribadat untuk orang islam semakin banyak dibina?
Fikir-fikirlah encik...
Minta maaf jika saya terkasar bahasa, dan cara peneguran saya ini agar kasar. terima kasih
ikhlas, Z.. dari Brunei Darussalam
Astagafirullahhal'azim... Beristighfar lah berbanyak2, berfikir sebelum berkata encik.
Apa yang encik cakapkan itu adalah salah, Islam agama suci, mengapa pula encik berfikir yang Islam ini adalah agama yang menyembah syaitan???? Biar saya tanya encik.. Adakah encik beragama Islam? Kalau memang, kenapa encik sendiri memfitnah agama encik??? Ataupun adakah encik orang yang beragama lain dan sengaja memfitnah agama kami, agama Islam??? Ya Allah, sedarlah encik...
Bahawasanya, tidak salah untuk mereka membina masjid beribu2 ringgit daripada membina tempat tempat yang tidak ada faedah, seperti kedai yang mewa, kelab kelab dan sebagainya... Bukan kah itu lebih baik jika tempat beribadat untuk orang islam semakin banyak dibina?
Fikir-fikirlah encik...
Minta maaf jika saya terkasar bahasa, dan cara peneguran saya ini agar kasar. terima kasih
ikhlas, Z.. dari Brunei Darussalam
Mari berkunjung ke blog sederhana aku nih,, biase lah masih, baru berinternet >> ~ http://pangeran-cinta.heck.in
Mahadaya asalama memang jahat..
Assalamualaikum .. saya nak tau cerita tntang batu terapung tuu .. maaflah saya kurang ilmu ..
Assalamualaikum wbt...
"Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.<<<---boleh saya tahu ayat apa dan surah apa? :)"
saudara/saudari boleh rujuk surah al-Isra' ayat 4-7. Wallhualam...
Al mahadaya tu BABI SESAT! P LA BABI!
salam sejahtera..saya adalah seorang rakyat malaysia,dan bukan beragama islam,maaf jika saya menyibuk dalam hal tuan-tuan dan puan-puan..terus terang saya bercakap,saya memang terharu melihat kejadian yang menimpa palestin dan negara islam yang lain,seandai nya negara lain menentang pasal
agama islam,saya sendiri akan berada di pihak islam untuk membantah perbuatan orang yang anti-islam,ini kerana saya juga ramai kawan2 yang beragama muslim,dan jika suatu hari nanti saya ditakdirkan memeluk agama islam saya pasti akan cukup gembira..ini kerana agama islam adalah cukup unik,orang2 barat tidak faham akan keunikan agama islam,kerana mereka tidak berkawan dengan org beragama islam,tidak seperti kita di malaysia yang mempunyai penduduk yang berbilang agama selain memahami dan menghormati agama orang lain..kepada org islam di malaysia,jangan risau kami sebagai orang yang bukan beragama islam akan tetap menyokong kamu semua,dan jika diberi peluang akan turut membantu
Tidak masalah masjid al-aqso dibongkar,meraka bertahun-tahun mencari batu yang dibawa oleh nabi sulaiman dan mereka mencari tongkat nabi musa yang konon ada disitu,alias kepercayaan mereka. menurutku batu dan tongkatnya sudah dicolong dan dibawa oleh nabi isa jadi tidak mungkin ketemu.mereka bodoh-bodoh. ha...ha...ha..ha...ha...ha...ha...he...he...he...
Isi blog ini salah. Ksatria templar itu dr Perancis. Raja yerusalem mengijinkan mereka menempati situs purbakala yaitu bekas kuil sulaiman. Bukan mereka diminta jaga kuil nabi Sulaiman.
Nice sharing :-) Insya Allah baik akan saya ambil dan tak baik saya tinggalkan di sini saja... Islam itu indah jadi bahasa kita guna masa nak komen pun biarlah yang indah2... Dalam menegur juga marah pun biarlah cara yang terindah kerana kebijaksanaan membentuk ayat2 teguran yang indah menjadikan teguran mudah diterima dan yang menegur kami pasti seorang yang BIJAKSANA... Jika tidak, sudah pasti yang menegur itu punya sikap SEBALIKNYA :-) Maaf dari anakanda yang baru belajar... hihihi... :-) :-)
Saya agak keliru baca artikel ni.Disamping rasa geram dengan perbuatan zionis yahudi dan sekutunya menghancurkan Masjid Al Aqsa dan umat islam seluruhnya,saya agak keliru,apabila Nabi Sulaiman boleh pula menggelarka kesatrianya dengan gelaran 'Knight Templar'? Mengapa pula tidak wujudnya jin baik? Sedang mereka juga makhluk yang bakal menghuni syurga dan neraka? Jin manakah ahli syurga?Bukankah yang muslim dan baik?Mengapa pula Nabi Sulaiman memiliki 'Temple' yakni kuil?Wassalam.
mahadaya-asalama.blogspot.com
http://www.youtube.com/watch?v=u84S0JcgoIk
Post a Comment