Paulus Dan Kesan Ajarannya: Bagaimana Ia Bermula
Ajaran Kristian pada hari ini dikatakan telah diasaskan oleh Yesus Kristus, ataupun lebih dikenali dengan Nabi Isa a.s. dalam dunia Islam, tetapi jika kita mengkaji dengan lebih menyeluruh terutamanya di dalam Alkitab, kita akan mendapati bahawa hampir keseluruhan doktrin yang terkandung di dalam ajaran agama Kristian pada hari ini adalah berpunca daripada atau merupakan ciptaan seorang Yahudi yang bernama Saulus yang lahir di bandar Tarsus, ibu kota Cicillia di Asia Minor, yang kemudiannya dikenali dengan nama Paulus. Nabi Isa a.s. yang sebenarnya adalah seorang nabi daripada golongan Bani Israil yang diutuskan sebagai Rasul yang megesahkan kebenaran kitab Taurat dan membawa wahyu yang bernama Injil yang datangnya dari Allah s.w.t. Baginda juga diutuskan Allah s.w.t. untuk menyampaikan perkhabaran tentang kelahiran Nabi dan Rasul terakhir utusan Tuhan yang Maha Agung, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Isa a.s. telah memperlihatkan mukjizat-mukjizat kenabiannya sebagaimana nabi-nabi yang terdahulu daripadanya di dalam melaksanakan tugas mengembangkan ajaran Allah s.w.t., yang kemudiannya telah diubah oleh tangan-tangan kotor yang tidak bertangungjawab. Kesemua mukjizat yang diperlihatkan oleh baginda itu adalah dengan keizinan daripada Allah s.w.t. juga. Baginda menghidupkan rakannya iaitu Lazarus yang mati adalah atas izin Allah s.w.t., baginda megubati penyakit orang yang terkena penyakit sopak juga atas izin Allah s.w.t., kelahiran baginda yang ajaib tanpa berbapa itu juga adalah atas kehendak Allah s.w.t. di mana kebanyakan penganut agama Kristian pada hari ini telah menolaknya dan bermacam-macam lagi mukjizat yang diperlihatkan baginda itu adalah juga atas kehendak Allah s.w.t. Baginda kemudiannya telah diselamatkan oleh Allah s.w.t. daripada dibunuh oleh para pendeta Yahudi yang tidak berasa senang hati dengan baginda pada ketika itu, dan di mana si pengkhianat Yudas Iskariot telah diubah wajahnya supaya menyerupai Nabi Isa a.s. dan akhirnya dibunuh di atas tiang salib. Umat Islam amat menyayangi dan mencintai Nabi Isa a.s. kerana baginda merupakan salah seorang Nabi Allah yang diutuskan kepada kaumnya. Segala mukjizat yang diperlihatkan adalah bukti bahawa baginda a.s. adalah seorang utusan Allah s.w.t. yang membawa ajaran yang benar. Tetapi orang Kristian menyatakan perasaan cinta dan sayang mereka dengan menyatakan bahawa baginda a.s. adalah salah satu daripada oknum ketuhanan di dalam Triniti atau Tritunggal dan pelbagai lagi dakwaan yang kadangkala seakan-akan tidak memasuki akal seorang manusia yang waras. Inilah versi agama Kristian pada hari ini yang berdasarkan kepada Paulus dan interpretasinya. Agama Kristian pada hari ini bangun dan jatuh berdasarkan kepada fahaman Paulus. Malah tidak dinafikan lagi bahawa nama Paulus bukanlah satu nama yang asing di kalangan para pengkaji ilmu perbandingan agama, khasnya bagi golongan agamawan Kristian. Ini kerana beliau adalah seorang tokoh yang begitu besar peranannya di dalam mencorakkan dan mencipta satu agama yang tersebar luas, yang kemudiannya dinamakan sebagai Agama Kristian. Dan para pengkaji agama sendiri, walaupun sebahagian mereka itu dilahirkan di Barat, mereka juga tidak segan-silu untuk menyatakan bahawa Paulus adalah orang yang bertanggungjawab mencipta dan menyebarkan Kristianiti yang dilihat sebagaimana pada hari ini dan ia bukannya ajaran asli yang dibawa oleh Nabi Isa a.s.
1 comments:
top [url=http://www.xgambling.org/]001[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]las vegas casino[/url] unshackled no deposit perk at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]online casinos
[/url].
Post a Comment