Showing posts with label Fitnah Terhadap Islam. Show all posts
Showing posts with label Fitnah Terhadap Islam. Show all posts

Fitnah : Al-Quran Berbaris Dan Tidak Berbaris

>> Tuesday, June 28, 2011

Al-Quran berusia 1400 tahun, tidak mempunyai baris

Baru-baru ini, sesetengah golongan menimbulkan isu mengenai al-Quran berbaris dan al-Quran tidak berbaris. Pada masa yang sama golongan ini mempersoalkan ketulenan al-Quran berbaris dengan melemparkan tohmahan tidak berasas bahawa al-Quran berbaris itu sudah diseleweng. Sungguh keras tohmahan itu, ia juga satu fitnah. Sungguh cetek juga pengetahuan golongan itu terhadap realiti. Isu ini ditimbulkan oleh golongan kafir yang cuba mencari kesalahan Al-Quran. Malangnya ada segelintir umat Islam yang terpengaruh dengan hal ini.

Saya hanya boleh tersenyum kepada golongan ini, mereka mungkin tidak tahu dua jenis realiti. Satu, realiti sejarah dan satu lagi ialah ‘realiti sebab’.

Realiti Sejarah (Mengapa Disusun)

Dari sudut sejarah penyusunan ayat-ayat al-Quran, ia tidak perlu diterangkan secara panjang lebar di sini kerana umum yang celik sejarah Islam sudah mengetahui sejarah penyusunan itu dan mengapa ia dilakukan. Penyusunan al-Quran dibuat untuk memudahkan umat Islam membaca dan menghafal.

Bagaimanapun, kita hanya imbas sedikit mengenai sejarah penyusunan al-Quran sebagai maklumat kepada yang belum mengenali sejarah penyusunan mushaf al-Quran.

Ketika zaman kewahyuan dan kenabian Rasulullah, ayat-ayat wahyu yang diturunkan telah ditulis oleh para sahabat terutama Ali, Muawiyah, `Ubai bin K`ab dan Zaid bin Thabit,. Ayat-ayat suci itu pula ditulis di atas pelepah kurma, kulit binatang dan sebagainya. Ia ditulis bagi memudahkan umat pada ketika itu untuk membaca dan menghafal ayat-ayat yang diturunkan. Malah, ayat-ayat itu ditulis di hadapan Rasulullah sendiri oleh para sahabat, lazimnya pada ketika selepas wahyu diturunkan. Proses serupa itu berlarutan sehingga sejarah kewahyuan tamat apabila baginda wafat.

Al-Quran masih lagi di catatkan di atas kulit kayu di Afrika

Walaupun belum ditulis secara mushaf (bahasa mudahnya ialah dalam bentuk buku), al-Quran sebenarnya sudah sedia mushaf dalam ingatan umat Islam (para sahabat yang taat) ketika itu. Selepas kewafatan Rasulullah, ayat-ayat ini dikumpul semasa zaman khalifah-rasyidin.

Kerja pengumpulan dan merekodkan al-Quran dalam bentuk tulisan secara serius bermula ketika zaman kekhalifahan Abu Bakar yang begitu garang memerangi golongan murtad. Perang melawan golongan murtad juga menyebabkan sebilangan besar umat Islam yang menghafal al-Quran telah terkorban.

Kebimbangan terhadap bilangan penghafal al-Quran yang semakin berkurangan (ramai gugur syahid dalam memerangi golongan murtad) menyebabkan Umar yang risau dengan perkembangan itu telah berjumpa dengan Abu Bakar. Umar mencadangkan supaya al-Quran ditulis dan disusun dalam bentuk buku kerana para hafiz sudah ramai terkorban.

Abu Bakar pada mulanya menolak cadangan itu. Namun selepas khuatir melihat bilangan para penghafal yang ramai terkorban, maka difikir semula terhadap cadangan itu selepas beberapa kali dipujuk Umar. Abu Bakar kemudian bertemu Zaid bin Sabeit (Zaid adalah antara tahfiz terawal sejak tahun-tahun kenabian Rasulullah) dan menceritakan kebimbangannya kepada Zaid mengenai kemungkinan satu masa nanti sudah tiada lagi umat yang mengingati ayat-ayat al-Quran.

Quran kemudian ditulis di atas lembaran-lembaran dan diserah kepada Abu Bakar, kemudian pada tahun 13H iaitu setelah mangkat Abu Bakar, lembaran itu diserahkan pula kepada Umar. Sesudah mangkat Umar, diserahkan pula kepada anaknya iaitu Hafsah. Kemudian semasa kekhalifahan Uthman, lembaran itu diambil semula daripada Hafsah. Demikian serba ringkas mengenai sejarah penyusunan mushaf. Jika ingin mengetahui lebih terperinci mengenai sejarah penyusunan al-Quran, sila rujuk bahan yang berkaitan.

Bermula zaman khalifah Uthman, timbul pula masalah pembacaan al-Quran dalam pelbagai dialek Arab ketika itu. Maka, tiba masanya supaya al-Quran disusun sebutan dialeknya supaya tepat mengikut cara sebutan lidah Rasulullah dalam dialek Quraisy. Ia kerana al-Quran diturunkan kepada Rasulullah dan diucapkan baginda dalam sebutan ‘asal’ mengikut lidah Rasulullah semasa ayat-ayat itu diturunkan. Rasulullah adalah ‘penerima wahyu al-Quran’, sedarlah realiti ini. Sebutan asal di sini pula bermaksud sebutan ayat suci seperti yang disebut oleh Rasulullah dalam dialek Quraisy kerana Rasulullah adalah seorang Arab dari kelompok Quraisy. Maka, kaedah sebutan (dialek) al-Quran dibuat mengikut cara ia disebut oleh Rasulullah, setiap perkataan perlu mengikut lenggok lidah Rasulullah dalam dialek Quraisy, ia perlu, kerana begitulah bunyinya (dari segi dialek) ketika ayat al-Quran keluar dari mulut Rasulullah semasa disampaikan Jibrail.

Realiti Sebab (Mengapa Mempunyai Baris)

Baris dapat mewujudkan sebutan yang seragam di seluruh dunia

Jika seseorang mempelajari hukum bahasa, dia sudah tentu tahu apa itu ‘fonetik’ atau ‘phonetic’ atau bahasa mudahnya ialah sistem ejaan mengikut bunyi dialek yang menggunakan simbol tertentu bagi mewakilkan ‘bunyi asal’ sesuatu perkataan itu. Sistem simbol bagi mewakilkan ‘sesuatu bunyi tepat’ itu juga harus dipelajari supaya ia boleh disebut dengan tepat mengikut dialek asalnya.

Baris-baris (fatahah, kasroh, dommah) dan simbol-simbol (sukun, syaddah dan sebagainya) diletakkan dalam mushaf bagi memberi penekanan ‘tone’ kepada sesuatu perkataan supaya ia tepat dengan dialek seperti yang diucapkan Rasulullah mengikut lidah dialek Quraisy. Ia juga bagi mewujudkan sebutan yang seragam, tidak pelbagai, iaitu sebutan bagi sesuatu ayat atau perkataan itu tepat dari segi sebutan dan maknanya.

Perletakan baris juga adalah untuk membantu bacaan supaya sebutan itu tepat dari segi dialek dan cara yang sepatutnya ia disebut. Sebelum mushaf diletakkan baris, al-Quran disebut, dilafaz dan dibaca dalam pelbagai dialek Arab. Namun selepas baris-baris diletakkan, ia membantu pembacaan supaya sebutannya menjadi standard mengikut dialek yang disebut oleh Rasulullah, seperti dilafaz oleh nabi semasa wahyu itu diturunkan.

Namun kalau kita merenung realiti ‘proses belajar’ membaca al-Quran, kita akan dapati bahawa orang Arab sendiri perlu belajar mengenal baris sebelum dapat membaca al-Quran dengan betul. Ini realiti.

Walaupun al-Quran itu dalam bahasa Arab, namun orang Arab sendiri perlu belajar mengenal baris, perlu belajar mengeja mengikut baris, perlu mengenal hukum-hukum bacaan, perlu belajar tajwid sebelum dapat membaca al-Quran dengan betul. Ini juga realiti.

Ia juga bagi menjaga kesucian al-Quran itu sendiri. Orang Arab juga ada yang Kristian, tidak semua Islam. Jika orang Arab tidak perlu belajar membaca al-Quran, maka orang Arab beragama Kristian juga akan dapat memahami maksud al-Quran dengan mudah. Tapi, perkara ini (orang Arab Kristian membaca al-Quran dan mentafsir sesuka hati) akan dapat dikawal sekiranya diletakkan baris. Ini bemakna, orang Arab juga perlu belajar membaca al-Quran, perlu mengenal baris, perlu mengenal simbol dan perlu tahu setiap tone dalam menyebut sesuatu perkataan al-Quran bagi mendapatkan maksud yang tepat.

Semasa saya masih belajar (dalam negara), saya ada mengenali seorang pensyarah berbangsa Arab (rakyat Mesir) dan beberapa kali berkunjung ke rumahnya di kawasan kampus. Saya pernah berkata kepada pensyarah itu: “Senang ya orang Arab, tak perlu susah-susah belajar mengenal baris untuk belajar al-Quran.”

Tapi pensyarah saya balas: “eh.. orang Arab pun kena belajar kenal baris. kalau tak kenal baris, macam mana nak baca al-Quran? Baris itulah yang membezakan bahasa Arab dengan bahasa al-Quran.”

“cuba kamu pergi di bilik hujung itu (sambil menunjukkan jari). Cuba kamu dengar apa yang isteri saya sedang buat bersama anak saya,” kata pensyarah itu yang fasih berbahasa Melayu kerana sudah lebih 8 tahun mengajar di universiti tempatan tempat saya belajar dulu.

Saya pun pergi ke bilik hujung di rumah pensyarah saya itu dengan izinnya sendiri, saya dengar:

“.. Sa fataha, sa. Jim fataha, ja. Ha fataha, ha. Qho fataha, qho....” saya dengar isteri pensyarah sedang mengajar anaknya mengeja mengenal baris.

Jawapan balas daripada pensyarah dan pengalaman itu buat saya tersedar satu realiti, realiti terhadap kepentingan baris itu sendiri. Baris itulah yang membezakan bahasa Arab dengan bahasa al-Quran. Baris itu diletakkan bagi memelihara kesucian al-Quran itu sendiri. Ia adalah ciri unik dalam menjaga kesucian al-Quran.

Jika ada lagi yang masih semberono mengatakan al-Quran berbaris itu tidak tulen, dan mengatakan al-Quran yang asal itu tidak berbaris, maka fikir semula.

Al-Quran diturunkan secara lisan, bukan secara bertulisan. Maka di mana asasnya dakwaan pihak berkenaan mengenai al-Quran itu asalnya tiada baris sedangkan al-Quran itu diturunkan secara lisan, jika secara lisan, dari mana wujud pertikaian barisnya?

Al-Quran diletakkan baris bagi menjadikan sesuatu perkataan atau ayat itu mengikut cara sebutan yang diucapkan Rasulullah sepertimana ia diturunkan dan dilafazkan semasa Jibrail melakukan tugasnya menurunkan wahyu kepada baginda. Ia juga bagi memudahkan bacaan dalam sebutan yang betul, seterusnya memudahkan proses menghafal.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” 
(Quran, al-Hijr: 9)

Jika ada yang mempertikai baris al-Quran, cuba fikir semula dengan waras. Al-Quran itu dibukukan (mushaf) dengan baris-baris supaya mudah dibaca dan dihafal serta sebagai usaha dijauhkan dari tangan-tangan kafir yang sentiasa mahu mengubah isi kandungannya bagi menyesatkan akidah Islam. Juga supaya muncul generasi tahfiz, adalah lebih baik belajar menghafal al-Quran daripada mempertikaikan barisnya.

Golongan yang mempertikai baris al-Quran itu pula, adakah mereka hafal al-Quran? Atau sekadar tahu mempertikai dan hanya merujuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu sahaja? Jika merujuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu, memang benarlah al-Quran itu tiada baris, kerana bahasa Melayu memang tiada baris. Tetapi bahasa al-Quran diletakkan baris bagi menjaga ketulenan dan kesuciannya, ia juga bagi membezakannya dengan bahasa Arab yang difahami semua bangsa Arab tidak kira Arab Muslim atau Arab kafir. Jika diletakkan baris, ia hanya boleh dibaca oleh orang Islam yang tahu membacanya selepas belajar cara membacanya.

Kepada golongan yang mempertikai baris al-Quran, nasihat di sini ialah berkawanlah dengan semua orang, jangan taksub dengan fahaman sendiri yang sempit. Berkawanlah dengan semua orang supaya akan dapat banyak pengetahuan berguna, seperti pengalaman yang saya ceritakan tadi. Mohon maaf jika saya tersilap dalam menyampaikan maksud artikel ini. jika ada yang masih belum jelas, rujuklah kepada mereka yang lebih berilmu dalam hal ini. Saya hanya sekadar menyampaikan mengikut sudut pandangan yang saya fahami.

Allah lebih mengetahui terhadap segala perancangan-Nya dalam memelihara agama-Nya.

Read more...

Games Yang Menghina Islam (Part 2)

>> Wednesday, June 1, 2011


Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan di dalam neraka. Game ini membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggambarkan neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti Lust, Gluttony, Greed, Anger, Violence, dan lain sebagainya. 

Dante Alighieri, pejuang Perang salib III

Dante adalah karakter yang di adaptasikan dari nama Dante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.



Paparan di dalam game Dante’s Inferno

Jadi apa yang tidak kena dengan game ni? Game ni sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka.

Menurut dari website n4g: Middle East avoids Dante’s Inferno

Menurut dari website tersebut: Timur Tengah telah mengharamkan game Dante's Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Games kerana "keutamaan citarasa pelanggan, platform permainan video dan faktor-faktor lain". Faktor lain? ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad, nabi palsu dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan permainan video yang menghina Islam?. 

Berdasarkan maksud tersirat pada "sajak suci" dari Inferno Canto XXVIII:

No barrel, even though it's lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I
saw ripped right from his chin to where we fart:

his bowels hung between his legs, one saw
his vitals and the miserable sack
that makes of what we swallow excrement.

While I was all intent on watching him,
he looked at me, and with his hands he spread
his chest and said: "See how I split myself!

See now how maimed Mohammed is! And he
who walks and weeps before me is Ali,
whose face is opened wide from chin to forelock.

And all the others here whom you can see
were, when alive, the sowers of dissension
and scandal, and for this they now are split.

Behind us here, a devil decks us out
so cruelly, re-placing every one
of this throng underneath the sword edge when
we've made our way around the road of pain,

because our wounds have closed again before
we have returned to meet his blade once more.
But who are you who dawdle on this ridge,

perhaps to slow your going to the verdict
that was pronounced on your self-accusations?
"Death has not reached him yet," my master answered,

"nor is it guilt that summons him to torment;
but that he may gain full experience,
I, who am dead, must guide him here below,

to circle after circle, throughout Hell:
this is as true as that I speak to you."
Inferno XXVIII


Dante Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Italy, dalam Inferno-nya mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib, dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya.

The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.

Gambaran ilustrasi di atas diambil dari salah satu di dalam manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk ada yang telahpun membuat satu filem bisu pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L’Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out).

Kesimpulannya, game Dante's Inferno ni menerapkan nilai-nilai negatif dan berunsur penghinaan kepada umat Islam sedunia bersumberkan ilham dari sajak Dante Alighieri. Sungguh membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan di bawah minda sedar terhadap kepada sesiapa yang bermain permainan video ini dan ianya haram dibeli dan haram dimainkan oleh orang Islam. Generasi muda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan terbabit yang boleh menyebabkan kerosakan akidah.

Read more...

Games Yang Menghina Islam (Part 1)

>> Wednesday, May 25, 2011

DevilMay Cry yang menghina Islam

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.


Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Hassan Mahmud Al-Hafiz

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.



Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

Dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut

Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying

Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan, di dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan. 


Berita mengenai permainan ini dirampas:

Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

Perisian permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh mempengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

3) Zack And Wiki

Luahan dari seorang gamer Wii:

"Sebagai seorang gamer Wii, saya melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Pelik dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain."

Tindakan yang dibuat:

The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia

Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" 
(Surah Al- Ahzab:71)


Jika kita bermain game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan apa yang mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes

Di dalam game ini kita mesti menembak askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita menembak askar tersebut, kita boleh dengar askar yang terkena tembakan menjerit "ALLAHUAKBAR" dan "JIHADD".

6) Stronghold Crusader

Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.

Lihatlah bagaimana kalimah Allah ini telah dijadikan corak lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

Jika kita tidak teliti, kita tidak menyedari kalimah Allah SWT ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasrani untuk menyesatkan dan mempermainkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

8) Resident Evil 4

Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

Zoom pada pintu tersebut. 

Perasan tak apa yang tidak kena dengan gambar di atas?

Kalau nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madinah. Macam mana boleh ada di dalam game ni?

Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan. Lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Di harap semua umat islam menjauhkan dari permainan video ini dan permainan video-video yang lainnya kerana ini boleh melekakan umat Islam. Ternyata musuh islam cuba memerangi Umat islam dari segenap sudut.


Bersambung : Games Yang Menghina Islam (Part 2)

Read more...

"The True Furqan", Quran Sebenar Yang Palsu

>> Monday, April 25, 2011

The True Furqan, al-Furqan al-Haqq adalah sebuah kitab yang ditulis dalam bahasa arab. Kitab ini menyerupai Quran tetapi mengandungi ajaran Kristian tradisional.

Antara isi kandungan The True Furqan. Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Berdasarkan laporan Baptist News, The True Furqan ini telah diterbitkan pada April 1999 oleh Al-Mahdy (seorang executive committee dalam Project Omega 2001). Kitab palsu ini di terbitkan kerana Al-Mahdy mendakwa bahawa umat Islam sekarang tidak menerima masej yang sebenar di dalam kitab Quran sekarang. Kitab palsu ini dikarang oleh Al Saffee dan Al Mahdee dan di terjemahkan ke dalam bahasa inggeris oleh Anis Shorrosh yang percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang Dajjal. Kitab ini mengandungi 77 surah termasuk prolog dan epilog.

Anis Shorrosh

Sesetengah Umat Islam percaya bahawa kitab palsu ini dicipta oleh puak puak Israel dan Amerika untuk menjatuhkan agama Islam. Sebuah surat khabar Mesir, Al-Usbu melaporkan bahawa The True Furqan ini diterbitkan secara kerjasama langsung dengan Israel dan di atas arahan Presiden U.S, George Bush.


Read more...

Wanted!!! Because He Is a Muslim.

>> Sunday, February 13, 2011

Kartun ni memberi masej tentang pandangan buruk yang diterima oleh umat Islam yang ingin mengamalkan cara hidup Islam. Tentangan inilah yang memberi kekuatan kepada kita semua umat Islam. Selamat menonton.



Read more...

Bulan Sabit Lambang Islam?

>> Friday, January 14, 2011

Ketika penulis sedang update isu letupan bom di gereja Mesir baru-baru ni, terbaca pula fatwa Syeikh Dr. Mas’ud Sobri, Penyelidik di Markaz Wasatiyyah, Kuwait bertajuk ‘Hukum muslim mengangkat lambang bulan sabit bersama salib’. (klik sini) Sebenarnya penulis bawakan isu ini bukannya sebab tajuk ini kerana ia tidak berlaku di Malaysia, tetapi kerana isu lain. Iaitu isu ‘lambang bulan sabit yang sering dikaitkan dengan Islam’. Terjemahan fatwa tersebut lebih kurang berikut:-

“Sebelum dibincangkan hukum ini secara lanjut, perlu dinyatakan bahawa lambang bulan sabit bukanlah sesuatu yang disyariatkan di dalam Islam. Bulan sabit tidak pernah menjadi lambang atau syiar Islam pada zaman Nabi SAW, Khilafah Umayyah, Khilafah Abbasiyah, bahkan di zaman Khilafah Uthmaniyyah sekalipun. Bahkan orang pertama yang mula menggunakan bulan sabit adalah bangsa Turki selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid Kedua dan selepas gerakan Freemasonry berjaya menembusi Empayar Uthmaniyyah yang sedang tenat melalui Parti Perpaduan dan Kemajuan yang menganut fahaman Masonik.

Jika kita merujuk kepada asal-usul gerakan Masonik dan sesetengah gerakan bawah tanah seperti penyembah syaitan dan lain-lain, kita akan dapati bulan sabit adalah satu daripada syiar mereka. Gerakan penyembah syaitan ini dan pengikut gerakan Masonik berbangga dengan membawa medal yang berbentuk bulan sabit, bintang dan di atasnya terdapat pedang lagenda. Ia adalah lambang tempat penyembelihan bagi para pemuja yang mempersembahkan kucing dan anjing yang disembelih, dan meminum darahnya, melalui pelaksanaan ritual kesyaitanan yang sesat dan upacara yang biadap.

Kemudian lambang bulan sabit tersebar ke dalam bendera beberapa negara yang berkemungkinan tidak berhati-hati dengan signifikan bulan sabit ini terhadap doktrin tertentu.Setelah kita mengetahui ini, maka menjulang lambang bulan sabit langsung tiada kena mengena dengan Islam, malah ia adalah syiar Freemasonry dan para penyembah syaitan. Mungkin dengan merujuk kepada kalung Freemason dan tarbus Freemason yang terdapat padanya bulan sabit, bintang dan pedang mampu memuktamadkan kesahihan pandangan ini.

 Azerbaijan

Algeria

Comoros

 Mauritania

Maldives

 Tunisia

 Turkey

 Malaysia

Pakistan

Bagaimanapun, adalah benar jika dikatakan: Bukan semua yang menggunakan bulan sabit itu berpegang kepada doktrin tersembunyi gerakan Freemasonry dan penyembah syaitan. Tetapi kesimpulannya tetap : Bulan sabit itu bukanlah lambang bagi Islam. Tidak syak lagi bahawa salib adalah lambang dari lambang-lambang Kristian, ia adalah salah satu iktikad yang kita percaya kepalsuannya dan penyelewengannya berbanding apa yang di bawa oleh Nabi Isa AS. Jelas salib ialah syiar kekufuran yang tidak kita imani bahkan al-Qur'an telah menafikannya dan menerangkan kebatilannya melalui surah al-Nisa' ayat 157.

Oleh itu, haram bagi muslim untuk mengangkat bendera bersalib kerana ia dianggap mengangkat syiar kekufuran, setiap yang membawa kepada kekufuran adalah haram. Ia bukan bermaksud mengkafirkan pelakunya tetapi pelakunya telah melakukan salah satu daripada perbuatan kufur tanpa kita menghukumnya sebagai kafir.

Adapun perbuatan umat Islam dan Kristian keluar bersama-sama untuk berdemonstrasi sedang penganut Kristian membawa bersama-sama mereka bendera-bendera yang padanya salib-salib, perkara ini diharuskan syara' bagi menunjukkan kesatuan rakyat, Islam dan Kristian. Ia boleh jadi digalakkan bagi memadamkan api fitnah dan memelihara perpaduan masyarakat Mesir, sambil umat Islam wajib memungkiri kepercayaan salib itu di dalam hatinya.

Kesimpulannya, membunuh orang Kristian tanpa sebab yang haq di sisi syara' adalah haram, salah satu daripada dosa besar, tetapi ini sekali-kali TIDAK mengharuskan bagi seseorang muslim untuk mengangkat bendera bersalib kerana salib adalah antara syiar kekufuran”.

Rumusannya, berhati-hatilah wahai umat Islam dalam mengambil lambang untuk disandarkan pada agama. Wallahu a’lam.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP