Kes Ragut: Sudah Tiba Masanya Hukum Hudud Dilaksanakan
Negara kita Malaysia nampaknya hak rakyat untuk hidup aman sejahtera dah semakin pupus akibat aktiviti jenayah yang semakin hari semakin meningkat.
Pihak polis dengan mudah mengatakan semua kejadian tersebut adalah disebabkan kerana pengaruh dadah. Apapun jawapan mereka, rakyat semakin sengsara, isteri kematian suami dan sebaliknya, anak kehilangan penjaga, semua masalah ini dipikul oleh rakyat jelata. Pemimpin masih seperti biasa, hidup mereka dikawal selia dan mereka tidak perlu risau menegenai hal ini semua. Yang pening adalah rakyat.
Sekejap tadi dalam berita NTV7, dipaparkan mangsa ragut yang kematian suaminya akibat jatuh dari motosikal. Mereka menerima sumbangan khairat kematian dari socso. Mangsa dan anaknya layak mendapat pencen socso sebanyak RM330.00 sebulan, untuk anak sehingga umur 21 tahun jika belajar sehingga ke IPT. Bagus lah itu bagi yang mempunyai perlindungan socso, bagaimana yang tidak ada perlindungan seperti bekerja sendiri, peniaga atau pemandu teksi. Siapa yang mahu menyara walaupun hanya RM300.00.
Tan Sri Lee Lam Thye
Kemudian Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadang hukuman yang lebih keras buat pesalah ragut iaitu hukuman mati bagi membendung kes ragut.
Pemberita bertanyakan kepada orang ramai yang bukannya dari ahli hukum agama. Apa jawapan mereka? Semuanya setuju. Senang sungguh menjawab kerana mahu melepaskan geram kepada penjenayah tersebut.
Adakah hukuman gantung adalah hukuman terbaik
Tetapi sedarkah mereka akan kewujudan hukum Islam (Hudud). Kenapa tidak dilaksanakan, apakah dengan hukuman mati menyebabkan jenayah ragut dapat dikurangkan? Cuba kita lihat bagaimana hukuman ke atas pengedar dadah. Walaupun hukuman mati dilaksanakan, kes pengedaran dadah tetap tidak berkurangan. Manusia tidak cukup takut dan gerun dengan hukuman ciptaan manusia melainkan hukuman yang ditetapkan oleh Allah.
Bagi peragut, mereka hanya berdepan hidup atau mati. Jika tertangkap, mereka menerima hukuman mati. Paling tidakpun hanya dipenjara ataupun denda. Bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau kasih sayang di dunia, mereka tidak kisah dikenakan hukuman. Yang malangnya ialah mangsa ragut. Jikalau hukuman hudud potong tangan dijalankan, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran terhadap peragut. Selain dari itu, hukuman yang diterima didunia dapat melepaskan hukuman Allah di akhirat.
Dalam waktu beginilah, pihak yang berkuasa seperti majlis Fatwa dan Jakim perlu mengambil kata sepakat bahawa hukuman hudud sesuai dilaksanakan keatas pesalah ragut. Seminar dan simposium mengenai hukuman hudud boleh diwarwarkan, dengan secara tidak langsung rakyat dapat memahami hukuman Islam yang begitu indah kesannya pada masyarakat.
Sebenarnya manusia hanya takut kepada nama 'hudud' tanpa mengetahui apa maksudnya. Seperti takutkan sebuah buku tanpa mengetahui isi kandungannya. Tanpa sedar, hudud ini disokong bukan atas nama hudud. Inilah manusia. Hanya orang yang buat salah takut pada hukum hudud.
1 comments:
Mohon izin muat turun...:)
terima kasih...:)
Post a Comment