Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka?

>> Wednesday, November 16, 2011

Oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan ini mungkin mengejutkan. Sebab, secara umumnya ramai muslim menganggap setiap yang bukan muslim pasti akan diazab dalam neraka. Tanpa mengambil kira keadaan mereka.

Apabila saya merenung sikap baik ramai individu bukan muslim di Oxford ini dan di tempat lain juga, ia mengingatkan saya kepada Prof DiRaja Engku Aziz. Semasa saya masih Mufti Perlis, beliau pernah datang ke pejabat saya secara bersendirian. Beliau ingin berbicara dengan saya secara tertutup. Ada beberapa soalan yang beliau kemukakan, antaranya: apakah orang bukan muslim yang berakhlak baik itu tetap memasuki neraka? Saya telah jawab serba sederhana untuk beliau ketika itu.

Prof DiRaja Engku Aziz

Berbudi Baik

Soalan itu kembali bermain di fikiran saya apabila melihat ramai orang bukan muslim di Barat ini yang jauh lebih berdisiplin dalam hubungan mereka sesama manusia dibandingkan sesetengah orang muslim sendiri. Ya, bukan semua, tetapi ramai. Ya, sejarah orang Barat juga penuh dengan tompokan hitam dengan pembunuhan, penyeksaan dan pelbagai lagi. Hari ini pun, banyak negara yang mereka ganggu.

Itu cerita politik dan cerita agama yang dipolitikkan. Bukan semestinya sama cerita orang politik dengan cerita orang awam. Hakikatnya, dalam kehidupan peribadi, ramai mereka menepati janji, jujur dalam pekerjaan, ada nilai simpati yang tinggi terhadap manusia, haiwan dan alam. Banyak usaha menderma di sana sini untuk kefakiran dan malapetaka. Ada pula yang enggan memakan daging kerana simpati kepada binatang. Pelbagai lagi asas kemanusiaan dan nilai murni dalam hidup mereka. Di samping tidak dinafikan, sebagai manusia ada juga perkara negatif lain.

Di barat, sarkas juga diboikot kerana menganiayai haiwan

Saya ada seorang kawan baik daripada Austria, beliau seorang vegetarian. Dia juga enggan makan produk Nestle dan Coca-cola. Saya bertanya, “Stefanie! Apakah kerana itu satu pegangan agama? Jawabnya, “Tidak, hanya saya simpati kepada haiwan dan saya benci kepada kedua syarikat itu kerana mereka menindas orang miskin. Saya akan terus pulau mereka selagi saya hidup”. Saya diam, saya rasa kita orang muslim pun sukar hendak memulau kedua syarikat itu sekalipun isu Palestin dibangkit mengenai syarikat-syarikat tersebut. Stefanie masih muda, saya tidak tahu sehingga bila beliau boleh bertahan dengan pendiriannya.

Muslim berdakwah di tengah Bandar Oxford. Nasib baik masyarakat mereka tidak membantah orang lain berdakwah dalam negara mereka.

Halangan Hidayah

Bukan sedikit dari golongan bukan Islam yang seperti Stefanie. Jiwa mereka baik, perasaan mereka luhur. Malangnya, cahaya hidayah yang sebenar tidak sampai kepada mereka. Bagaimana hendak sampai dengan mudah, banyak hadangan yang mendindingi cahaya yang hakiki itu untuk sampai. Kemunduran negara umat Islam yang sentiasa porak-peranda, kelam-kabut, merusuh dan bergolak. Sikap buruk sesetengah orang muslim yang mendominasi keadaan lalu gagal menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat dunia. Ditambah media massa Barat yang memberikan wajah buruk tentang Islam. Disokong pula oleh tindakan umat Islam sendiri.

Kes yang memburukkan Islam di pandangan orang bukan Islam

Lihat Iran yang menzalimi rakyatnya, Pakistan yang porak peranda dan menindas wanita dan Dunia Arab yang sentiasa korupsi dan menumpah darah antara satu sama lain. Kelompok-kelompok kononnya jihad yang mengebom di sana-sini. Mereka semua itu telah menggunakan lencana ‘Islam’, jenama ‘Islam’, lambang ‘Islam’ sehingga Islam yang hakiki menjadi begitu suram dan kabur. Kesemua itu adalah gunung dan bukit yang menghalang cahaya keindahan Islam yang hakiki dari menembusi jiwa kebanyakan manusia hari ini. Maka, bukanlah satu keadilan jika Allah menghukum mereka di akhirat dalam keadaan demikian. Allah berfirman:

“Tidaklah tuhanmu itu zalim terhadap hambaNya” 
(Fussilat: 46)

Namun tidak dinafikan ada yang telah sampai penerangan yang jelas melalui jalan yang Allah kehendaki. Cuma, bukan semua berpeluang. Mungkin kita kata mereka boleh cari Islam yang sebenar dalam internet. Malangnya, maklumat dalam internet juga bercampur baur antara yang benar dan yang palsu, antara yang indah dan buruk. Entah berapa banyak puak dan aliran dalam masyarakat muslim. Jika orang yang lahir dalam masyarakat Islam pun keliru, apatahlagi yang baru hendak mencari.

Kemudian, bukan semua orang mempunyai kemampuan analisa. Tidak pula semua mempunyai cukup masa. Juga bukan semua yang sedar bahawa mereka tidak berada atas hidayah. Jika pada zaman dahulu, Salman al-Farisi mengembara dari Parsi untuk mencari Nabi dengan penuh dugaan dan derita, tapi berapa orangkah penduduk Parsi yang sanggup sepertinya? Tiada. Parsi hanya menerima Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w dengan sampainya tentera Umar bin al-Khattab ke sana. Jika Allah mewajibkan semua orang lakukan seperti Salman, pasti suatu bebanan yang tidak tertanggung oleh manusia.

Bolehkah Selamat?

Hari selesa lepas di Centre for Muslim-Christian Studies, Oxford seperti biasa ada seminar mingguan. Setiap hari, saya berjalan kaki berkilometer untuk menghadiri pelbagai seminar. Saya berjalan ke seminar tersebut sejauh dua kilometer dengan penuh harapan mendapat sesuatu yang menarik. Ini kerana tajuk minggu ini ‘Can Non-Muslims be Saved?’. Pembentangnya adalah Jon Hover, pensyarah Islamic Studies, University of Nottingham.

Jon Hover

Saya fikir beliau akan menyentuh apa yang saya harapkan. Malangnya, beliau membahaskan pemikiran Ibn Qayyim al-Jawziyyah (meninggal 751H) tentang Fana an-Nar (Penamatan Neraka). Memang, dalam beberapa karyanya khususnya Hadi al-Arwah, Ibn al-Qayyim berhujah dengan beberapa alasan yang menarik bahawa nereka itu akhirnya akan tamat. Tiada sebarang hikmat Allah menghukum manusia kuffar dalam neraka selamanya. Idea yang kontraversial itu dipertahankan oleh Ibn Qayyim dengan beberapa hujah menggunakan riwayat salaf, tafsiran al-Quran dan atas sifat rahmat Allah yang sentiasa mengatasi murkaNya. Namun, saya rasa Jon Hover gagal membentang secara rapi hujah Ibn Qayyim khususnya berkaitan ayat al-Quran Surah Hud ayat 106-108. Saya tidak berhasrat membahaskan pemikiran Ibn Qayyim itu di sini.

Saya rasa persoalan ‘can non-muslims be saved?’ bukanlah itu jawapannya yang memuaskan. Isu apakah neraka kekal atau akhirnya musnah hanyalah tafsiran dan andaian. Hanya Allah Yang Mengetahui. Apapun, yang ke neraka, tetap ke neraka. Ada perbahasan lain yang lebih menarik oleh Ibn al-Qayyim dan para sarjana Islam yang lain. Lebih sepakat, lebih jelas dalilnya dan lebih menyerlahkan keadilan Allah dan keindahan Islam.

Selamat Dari Azab

Para sarjana bersepakat dengan prinsip yang ditegaskan oleh al-Quran bahawa Allah tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutuskan rasul. Sesiapa yang tidak sampai kepadanya ajaran yang benar dari seorang rasul, tidak ditegakkan hujah yang teguh sehingga tiada alasan untuk ragu dan syak, maka dia tidak akan diazabkan oleh Allah. Ini seperti yang Allah tegaskan: (maksudnya)

“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” 
(Surah al-Israk: 15)

Inilah yang menyelamatkan bukan muslim yang tidak sampai hujah hidayah kepada mereka. Bahkan inilah juga yang menyelamatkan muslim yang jahil yang tidak disampaikan hujah dalam amalan atau kepercayaan tentang Islam mengenai sesuatu perkara. Al-Sa’di dalam tafsirnya menyebut:

“Allah itu Maha Adil, Dia tidak akan mengazab seseorang melainkan ditegakkan hujah dengan pengutusan rasul tapi dia menolaknya. Adapun sesiapa yang tidak sampai kepadanya hujah Allah, maka sesungguhnya dia tidak diazab”.

Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah: (maksudnya)

“Rasul-rasul pembawa khabar gembira dan amaran supaya tiada bagi manusia suatu hujah (alasan untuk berdalih pada hari kiamat) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” 
(al-Nisa: 165)

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut:

“Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab. Pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama ialah kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua ialah kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.

Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi:

“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” 
(m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)

Ya, maksudnya cara dan pendekatan penerangan tentang kebenaran Islam itu sehingga dianggap tertegak hujah adalah berbeza mengikut zaman, tempat dan individu. Mereka yang hidup dalam suasana hari ini caranya berbeza dengan zaman dahulu. Zaman kekeliruan tidak sama zaman kejelasan. Demikian latar tempat dan negara. Seseorang yang berada di negara muslim, tidak sama yang berada di negara bukan muslim dan seterusnya. Demikian latar pendidikan dan akal, tidak sama. Maka, apabila hujah tidak memadai untuk mereka, Allah berjanji tidak akan mengazab mereka. Apakah di Barat dan Malaysia juga hujah sudah memadai?

31 comments:

Anonymous November 16, 2011 at 4:26 PM  

subhanallah,jgn mudah trpngaruh dgn artikel dlm intrnet..ssungguhnye mmg dah jelas org kafir masuk nerake tak kire baik atau jahat..melainkan bile diye dah msuk islam..smua amalan kbaikan orang baru msuk islam akn diterima dan smua amalan kjahatannye akan ditolak..

cntohnye salah seorang bapa saudara nabi yang terlalu baik dan sayangkan nabi Muhammad..wlaupun dye kafir,dye ttap mmprthankan nabi Muhammad..tp tdak brmakne dye msuk syurge mlainkan Neraka PALING RINGAN azabnye menunggu

yusuflaili(Goku) November 16, 2011 at 4:35 PM  

salam;
hanya Allah SWT yg tahu akan urusan-Nya..sebagai hamba kita hanya mampu sujud sambil berdoa agar kita ditempatkan disyurga..

Masturah November 16, 2011 at 11:16 PM  

AT-TAUBAH :113
"Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman meminta ampunan (kepada ALLAH) bagi orang yang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaumkerabat , sesudah jelas bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah para penghuni neraka Jahanam"

Al-Qashah: 56
"sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi ALLAH memberi petunjuk kepada orang yang di kehendakki-NYA dan ALLAH lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk"

Mungkin boleh di fikirkan balik tentang Abu Talib, pengasuh, pelindung dan pembela RASULULLAH.

Zharif Alimin November 17, 2011 at 8:33 AM  

terima kasih atas semua maklum balas. saya dah agak ramai yang tidak bersetuju dengan saya.

Allah tidak zalim dan Allah maha adil.

cuba bayangkan anda dilahirkan di hutan amazon sebagai orang asli yang terputus dengan dunia luar. dakwah tidak pernah sampai kepada anda. apakah nasib anda?

kita bertuah dilahirkan islam. kita jarang meletakkan diri di tempat orang lain.

dari Al-Azhar November 17, 2011 at 7:30 PM  

Ya Benar..kalau dalam pengajian Islam pun,dusebut macam yng admin sebut,kita tak bahas tentang yang tak sampai dakwah..tapi kita bahaskan yang org bukan Islam,ke syurga tak?banyak dalil naqli yg menyatakan tentang Hanya Islam yang ke syurga,Islam pulak,yang beriman,munafik tertolak..jadi..kalau benar baik,tp tidak Islam,kita lihat Abu Talib cukuplah..

" فاعتبروا

ambillah pedoman wahai mereka yang berakal..

Al-Azhar November 17, 2011 at 7:35 PM  

atas kita,dakwah..Nabi datang jadi pemberi ingatan dan pembawa berita gembira..ingatkan untuk apa?gembirakan apa?

Syarat nak jadi umat terbaik pun,ada tiga syarat :
- amar makruf
-nahi mankar
-tu'minunabillah

Orang bukan Islam takdak tu'minunabillah

sebab tu Nabi sebut,mafhumnya :
" aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah.."

Harap jelas bab Akidah..

Al-Azhar November 17, 2011 at 7:40 PM  

Nabi juga sebagai pembawa Rahmat..Rahmat itu apa?..harap dalam bab akidah,sila rujuk ulamak yang berpegang dengan Quran dan Sunnah..bukan ikut logik akal..

Rahmatnya yang nabi bawak untuk semua
.Apa maksud sekalian alam ( semua itu )?

kalu nak copy paste,jangan ulas kalu tiada ilmu.

peringatan kita bersama

Masturah November 20, 2011 at 10:47 PM  

Seungguhnya manusia itu di lahirkan bersama fitrah.

Fitrah untuk mencari siapa Tuhannya...

"barang siapa bersungguh-sungguh mencari KAMI, Pasti akan kami tunjukkan jalan-jalan Kami"

insya ALLAH.

Anonymous November 29, 2011 at 10:58 PM  

Subbhanallah..Allah swt maha mengetahui..tapi memang betul ambik je contoh paman rasullullah..insyaallah kita tak terpdaya dunia..

Anonymous December 1, 2011 at 5:03 PM  

karut betul hang nie...x payah nak kelirukan org ramai dlm bab akidah nie. jawapan yang paling tepat ialah orang kafir semua masuk neraka...x kire la diorang tu kafir baik dan alim.

harith December 16, 2011 at 11:13 PM  

mmg dh jelas org bukan islam mmg MASUK NERAKA!!knape prlu kluarkan artikel sbgini? sdangkan pak sedara nabi yang begitu baik kt nabi boleh msuk neraka (neraka pling ringan azab)..hati2 bile mau copy paste artikel,fikir dahulu..boleh mrosakkan pmahaman islam ni :(

Anonymous December 16, 2011 at 11:37 PM  

sudah ada saksi ke antara2 korang ni yang bukan islam masuk neraka!!!... kalau setakat dalam alquran itu belum tentu lagi benar!!...

jadi yang agama2 lain selain islam pun masuk neraka ke!!.. jangan agungkan betul agama islam ini!!..

Anonymous December 17, 2011 at 1:46 AM  

Assalamualaikum..ramainya lah duk bagi komen tanpa memahami keseluruhan hujah kat atas..Dr yg saya perhati, semua duk bg komen terus yg semua kafir masuk neraka, x kira baik atau tak..tu mmg betul..yg dikatakan yg tak diazab ni adalah mereka2 yg tak sampai seru..maknanya tak tahu menahu mengenai kewujudan islam..contohla..duk kat dalam hutan sorang2, tak de satu pun mengenai agama islam yang sampai kepadanya..maknanya betul2 tak tahu..ha..yg ni la yg dikatakan takkan diazab..harap semua baca bagi faham dulu setiap yg dibaca sebelum bg komen..Wallahu'alam

Anonymous December 17, 2011 at 2:26 AM  

Salam Sejahtera, Saya berpendapat bahawa Agama dicipta oleh manusia itu sendiri bukannya Tuhan. Sebab tu terdapat banyak agama di dunia ini. Jika Tuhan yang mencipta agama, sudah tetu akan ada satu sahaja agama, iaitu agama yang saksama dan yang boleh diikuti oleh seluruh manusia di alam semesta ini. Sebagai contoh, bagi Islam, Allah sajalah Tuhan dan tiada Tuhan selain Allah. Bagi orang Kristian pula, hanya Tuhan mereka yang betul dan yang lainnya tipu. Begitu juga dengan agam-agama yang lain. Bagi orang Islam, orang kafir tidak akan masuk syurga yang disebutkan di dalam Al-Quran, tetapi bagi orang Kristian, orang alim yang beragama kristian akan masuk ke dalam syurga yang disebutkan di dalam kitab Injil. Begitu juga dengan agama-agama lain seperti Hindu, Buddha, Taoism dan lain-lain. Oleh yang demikian, isu yang dibincangkan di dalam blog ini hanya berdasarkan agama Islam dan pendapat yang diberikan oleh seorang ulamak yang beragama Islam. Ianya tidak merangkumi fahaman agama seluruh umat manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Dan kita sebagai manusia biasa tidak boleh membuat keputusan/ andaian berdasarkan kepercayaan kita sahaja. Cuma untuk renungan bersama, sekian.

Anonymous December 17, 2011 at 6:55 AM  

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

iLoike December 18, 2011 at 10:54 AM  

Dakwah itu wajib..Jangan kita terlalu yakin sangat bile kita Islam, kita akan masuk syurga. Di akhirat kelak, kita boleh diheret oleh orang kafir kerana mendakwa kita tidak berdakwah kepada mereka. Padahal kita tahu Islam tu agama yang benar. Apa kita nak jawab depan Allah nanti.

Saya setuju dengan admin sebab Allah itu bukan zalim. Bagaimana Allah mengazab hambaNya jika hambaNya itu tidak pernah mendengar nama Allah dan rasulNya? Kalian semua tidak mengenali siapa saya, adakah adil saya menyalahkan kalian sekiranya kalian tidak menjemput saya makan dan tidur dirumah kalian?

Memang manusia dibekalkan dengan fitrah utk mencari tuhan..tapi akal manusia terbatas tanpa bimbingan wahyu melalui nabi Muhammad saw. Peribumi hutan Amazon misalnya, mereka mungkin mempercayai satu tuhan..akal mereka mungkin boleh berfikir mustahil tuhan banyak kerana itu boleh menggundang pergaduhan..tapi siapakah tuhan yang wajib disembah?matahari?bulan?Di situ peranan wahyu yakni bimbingan al-Quran melalui nabi Muhammad..

Tapi jika mereka terputus dengan dunia luar, bagaimana mereka hendak mendapat maklumat itu?Jadi, adil lah Allah tidak mengazab mereka. Kes bapa saudara nabi lain, Abu Thalib mendengar hujah2 nabi..mendengar ayat2 al-Quran..tapi masih lagi kufur..maka adil lah dia di azab oleh Allah..

Dalam satu hadith, diceritakan satu hari Iblis mendapat arahan daripada Allah utk menjawab semua soalan daripada Nabi. Iblis tidak boleh menipu. Dalam sesi tersebut, Iblis berkata; "Aku tidak mempunyai kuasa untuk menyesatkan manusia melainkan kekuasaan Allah jua. Jika tidak, nescaya semua manusia mampu ku sesatkan. Begitu juga dgn kamu (Muhammad), kamu tidak mampu memberi hidayah walaupun kamu mengajar manusia dengan al-Quran. Jika tak, nescaya semua manusia akan masuk ke syurga."

Jadi, Allah yang berkuasa memberi hidayah dan kesesatan kepada orang yang dikehendakiNya. Jadi, tidak mustahil bagi Allah utk memberi balasan syurga atau neraka kepada mereka yang dikehendakiNya. Siapa tahu sebelum ajalnya dia menjadi Islam atau kafir? Wallahualam.

Meleis bahalol January 5, 2012 at 8:44 AM  

Meleis kalau komen langsung tak Pakai otak!!!!!
Bahalol...!!!!!!!!

Anonymous January 26, 2012 at 6:24 PM  

dh admin kte org bkn islam bleh msuk syurga gk admin try r....peluk agama lain....nk tgok...admin dpt bau tak syurga tu....hahaha....hahaha....jgn tulis sesuke hati sebab Allah Maha Mengetahui......

Anonymous February 17, 2012 at 12:25 PM  

assalam...InsyaAllah kita perbaiki diri kita dlu...penuhkan ilmu dan amal...sebarkan dakwah....itu yg penting....komen buat admin..kurangkan perkataan yg bersamaan dgn KALAU atau pemikirin logik akal kita..kalau xdak nas-nas atau hadith yg diyakinkan...yg penting sama2 kita perbaiki diri kita InsyaAllah...

manz April 18, 2012 at 4:06 AM  

salam,
ramai yg terkeliru nmpknya maksud penulis adalah jika sesebuah masyarakat itu tidak mendapat seruan dakwah cthnya sperti dipendalaman Amazon,kepulauan pasifik ataupun sesetengah tempat tidak mendapat seruan cahaya islam.Apa yg boleh saya rumuskan disini adalah Allah itu maha adil seperti kes bapa ssaudara ni Abu Tholib belau mendapat seruan dari Baginda Rasulullah akan tetapi Allah SWT tidak memberikan cahaya hidayahnya kpd bapa saudara baginda Allah itu maha mengetahui apa yg dirancangkanNYA jd kita jgn sesekali menafikan FirmanNya ddlm Al Quran takut nanti kita boleh jd fasik WALLAHUALAM..

Anonymous July 24, 2012 at 11:16 AM  

Salam saudara dan saudariku, apa yg diperkatakan semua diatas artikel dan komen yg diutarakan bercampur baur.
Kite perlu juga meneliti apabila kite menulis(komen atau artikel)kerana oni adalah tanggungjwab kita. Rujukan pada yg fasih dan cendiakwan prlu dibuat jika ia melibatkan hukum hakam dan akidah. Jadi sbagai kesimpulan artikel dan komen kite mesti tepat pada soalan. Artikel mesti tepat pada tajuk dan konklusinye dan komen mesti tepat pada permasalahannya. Artikel diatas terlalu terbuka...untuk diskusi justeru soalannya menyimpang ke pelbagai araah. Persoalan timbul berkenaan kafir baik yg sampai seru, yg tidak sampai seru dan sebagainya. Jadi untik iktbar kite perlu sedikit berhatihati dalm menulis atau komen keeana in melibatkan bendan yg besar lg suci. Saya syorkan cuba dptkan pandangan ilmuan islam/ustadz dahulu jika ada kekeliruan sebelum tulis baik komen atau artikel. Apa2 sekali pun maaf dan sama2 kite mendalami islam dnga. Lebih teliti dan berkmana. admin...saya amat terrarik dngan artikel yg banyak lagi dlm website ini yg mencelikan. Terimakasih wassalm...

Anonymous February 7, 2013 at 5:43 PM  

Ahmad...Kita serahkan persoalan ini pd ilmu Allah,ia yg punya mahluk,kalau dosa tak terampun,
syirik,bagi yg tak faham terutama non muslim,anda tahu nama tuhan
Iaitu Allah tapi anda menjauhinya
dan kekal dgn amalan datuk nenek
agama anda bertuhankan selainnya itulah syirik sesungguhnya andalah
calon2nya,aku tak sanggup nak sebut
cuma kenalilah Allah melalui alquran dan rasulnya,baca terjemahannya,baru anda jawab komen ini,andai belum tak guna menjawab dan berhujah....cubalah baca dulu walau satu ayat

Anonymous June 28, 2013 at 3:56 PM  

Tak kira org islam ke atau org kafir ke, kalau hati tak nak terima Yesus/Isa sbg juruselamat, org itu lah yg akan masok ke neraka. Hanya Yesus/Isa saja yg dpt menyelamatkan kita dr neraka..

Unknown September 12, 2013 at 4:21 PM  

utk kefahaman owner june 28, gini yesus or isa yg mulia belum sempat meyempurnakan ajaran kerna di salib utk di bunuh,tapi Allah telah mengangkatnya kelangit,kemudian mengutus Nabi Muhammad sebagi rasul susulan selepas yesus,ini ketetepan Allah
so mana2 berpegang pada ajaran injil wajib berkesinambungan degan syariat nabi muhammad hingga hampir hari qiamat,jesus nabi isa akan di turunkan semula utk meneruskan dan membenarkan syariat nabi Muhammad susahkah nak faham orang di atas..
harap faham ya tq...by Ahmad ya hanana
nabi Muhammad

balqishDESIGN October 24, 2013 at 10:09 PM  

Setuju..Mereka masuk neraka kerana tidak memgakui Allah itu Maha Esa, satu2nya tuhan yg layak disembah, tiada yg lebih hebat dari Allah S.W.T..

balqishDESIGN October 24, 2013 at 10:21 PM  

Islam agama dari pencipta alam semesta ni baik yg ada di bumi mahupun di langit itu milik sang pencipta iaitu Allah S.W.T..ingat islam tu agama main2 ke?..jgn salah faham. kami agungkan ALLAH S.W.T dan islam itu agama dari Allah sbb tu ianya sempurna. Al-Quran yg diturunkan kepada Nabi Muhammad tidak pernah berubah, bukan ke tu tanda agama Islam ni dipelihara? Bukan agama yg kami agungkan, tp keagungan kami hanya pada pencipta alam semesta yg mensyariatkan pegangan agama Islam ni! Harap maklum.

balqishDESIGN October 24, 2013 at 10:39 PM  

Read your bible..byk kekeliruan di situ..kami org islam lebih mempercayai yesus/isa. Kanapa? Kerana dlm al-quran sendiri ada satu chapter/surah KHAS utk yesus/isa dan ibunya Mary/Maryam. Surah ini terkandung kelahiran yesus/isa dgn detail dan Allah meletakkan Mary/Maryam sebagai sebaik-baik wanita pada zaman itu..sedangkan di dalam bible kristian menuduh Mary/Maryam melakukan adultery!!! Tunjukkan kami ada tak mana2 bible anda yg berpuluh-puluh tu mengandungi chapter KHAS UNTUK YESUS/ISA..baik mengenai kelahiran beliau mahupun Darjat Mary/Maryam yg tinggi?? Kami orang Islam amat menyayangi dan menyanjungi Nabi Isa AS spt juga Nabi2 yg terdahulu.. Islam itu sempurna dan Allah itu MAHA Mengetahui!!!

balqishDESIGN October 24, 2013 at 10:52 PM  

Tak perlu baca al-quran kami utk mencari kebenaran..baca dulu bible kamu dan tanya sendiri mengapa Yesus/Isa memanggil ibunya Mary/Maryam "hey woman!".. cara begitukah org zaman dulu panggil ibunya seakan2 memanggil pelacur? Kenapa tidak panggil "hey, MOTHER!" TAK MUNGKIN Yesus/Isa yg kamu sanjungi memanggil ibunya begitu kasar sekali sdgkan tiap2 suatu zaman atau negara atau bahasa, ada cara tersendiri memanggil ibu - Ummi, Mama, Mak, Mother, Amma, Mom, Mummy dsbnya.. READ your bible..terlalu byk perkara yg mengelirukan. Seperkara lagi, kenapa kitab bible pegangan kamu tu selalu berubah mengikut zaman sdgkan Yesus kamu sudah lama disalib..siapa yg menokok tambah bible kamu? Kenapa perlu ditambah dan diubah kalau ianya SEMPURNA? Cubalah jawab..sy yakin kamu mampu menyangkal persoalan saya.

wsc biolo pelangsing February 26, 2014 at 11:59 AM  

belum ada keterangannya,orang seperti itu bisa masuk syurga,wallohualam

mahzuz November 25, 2014 at 4:35 PM  

Bayangkan yg menjadi kafir itu ibunmu sendiri. Adakah kamu snggup membiarkan ibunmu terbakar dalam neraka utk selamanya. Atau kamu akan mengharapkan suatu hari nanti Allah akan mengampunkanya dan membawa ibumu kembali bersama berada didalam syurga. Bukankah Allah itu Maha Pengampun

mahzuz November 25, 2014 at 4:38 PM  

Kalau Allah mentakdirkan mak pak hg jd kafir macam kisah ulama bisisso. Hg nak biaq ja mak pak hg masuk neraka selamanya ker. Tak kena batang hidong sendiri boleh la cakap sombong

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP