Paulus Dan Kesan Ajarannya: Pertelingkahan Paulus Dengan Golongan Hawariyyun

>> Tuesday, December 15, 2009


Tidak berapa lama selepas mereka bersama-sama menyebarkan misi dakwah Isa a.s., Barnaba sendiri mula menjauhkan diri daripadaPaulus kerana beliau telah dapat menghidu taktik kotor Paulus yang cuba menyesuaikan agama Isa a.s. dengan akidah orang-orang Yunani. Ajaran Isa a.s. mengenai konsep tauhid adalah suatu bentuk penghapusan semua dewa-dewa yang berbagai-bagai. Ajaran seperti inilah yang tidak dapat diterima oleh mereka.



Bagi orang yang setulus dan seteguh Barnaba, tugas menciptakan cara hidup yang diajarkan Isa a.s. di Yunani tanpa menyesuaikan diri dengan lingkungannya, pastilah sangat berat. Barnaba tentunya amat memegang teguh kepada kepercayaan bahawa Isa a.s. mengetahui bahwa penciptaanya/kelahirannya tidak menginginkan hukum-hukum Taurat dikurangi atau diubah sekecil mana pun. Untuk itu dia tetap berpegang teguh pada ajaran yang pernah diterima langsung olehnya dari Isa a.s.



Akhirnya mereka berdua, Barnaba dan Paulus, lebih banyak bertentangan pendapat, sehingga menimbulkan perselisihan yang tajam. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berpisah dan mengikut hala-tuju masing-masing.



Tercatat di dalam Kisah Rasul 15:39-40 bahawa:


Hal itu menimbulkan perselisihan yang tajam, sehingga mereka berpisah dan Barnaba membawa Markus berlayar ke Siprus.



Lihat GALATIA (2 ) : 11 – 14 / KISAH PARA RASUL ( 9 ) : 26 – 27 & (15 ) : 35 41



Paulus mula menjauhkan diri daripada Barnabas dan berhasrat untuk mengembangkan ajaran Nabi Isa a.s. kepada golongan bukan Yahudi (gentiles). Beliau mula membuat pelbagai tohmahan dengan mengatakan kumpulan hawariyyun itu malas, sesat dan bersifat hipokrit. Beliau juga mendakwa mereka ini perlu sentiasa dibimbing keluar daripada kejahilan dengan kebenaran dari Tuhan melalui petunjuk yang kononnya telah diterimanya daripada Nabi Isa a.s. Secara terbuka, dia menyatakan bahawa kumpulan hawariyyun itu tidak mengajarnya apa-apa. Segala kebenaran yang disampaikan oleh Paulus adalah semata-mata daripada petunjuk yang diterimanya secara terus daripada Nabi Isa a.s. Pada mulanya, seruan Paulus tidak mendapat sambutan daripada golongan bangsa asing bukan Yahudi disebabkan bencinya mereka kepada bangsa Yahudi.



Adakah masuk akal sekiranya para rasul yang mana mereka itu telah menerima dakwah secara langsung daripada baginda Nabi Isa a.s akan berdiam diri melihat segala kemunafikan, kesesatan, kepalsuan dan kedustaan yang ditaja oleh Paulus ini? Tentu sahaja tidak! Lantaran itulah, Petrus dan Barnaba (kemudian diikuti pula oleh para pendeta lain seperti Arius pada kurun ketiga) telah bangkit menentang Paulus yang telah cuba membawa masuk unsur-unsur bidaah, khurafat, syirik dan riddah ke dalam dakwah Nabi Isa a.s.



Sudah pasti ramai yang bangkit menentang kerakusan dan kelicikan Paulus ini bukannya Petrus dan Barnaba sahaja. Mengapa orang-orang Timur (Asia) menentang keras dakyah Paulus? Jawapannya ialah disebabkan di Timurlah ramai para nabi dan rasul a.s telah diutuskan kepada umat manusia. Apatah lagi di Palestin yang sehingga sekarang masih berada di dalam benua Asia yang digelar sebagai Timur itu. Oleh sebab manusia di Timur kebanyakannya telah terdedah dengan dakwah tauhid yang dibawa oleh para anbiya a.s sebelum itu, maka dengan mudah mereka dapat mencium bau kesesatan Paulus daripada landasan tauhid yang biasanya dikembangkan oleh para anbiya di Timur.



Paulus juga terkenal reputasinya sebagai seorang pendusta:


Tetapi jika kebenaran Allah oleh dustaku semakin melimpah bagi kemuliaannya, mengapa aku masih dihakimi sebagai orang yang berdosa? (Roma 3:7).



Bahkan Paulus ini juga terkenal licik dengan penuh tipu daya:


Baiklah, aku sendiri bukan merupakan beban bagi kamu, tetapi dalam kelicikanku aku telah menjerat kamu dengan tipu daya. (2 Korintus 12:16).



Tidaklah menghairankan juga mengapa Paulus sendiri ditentang hebat oleh golongan al-hawariyyun, sehinggakan Paulus sendiri bersungut mengenangkan hal itu. Paulus berkata kepada Timotius:


Engkau tahu bahwa semua mereka yang di daerah Asia Kecil berpaling daripadaku: termasuk Figelus dan Hermogenes. (2 Timotius 1:15)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP