Riba Runtuhkan Amerika- Bukti Kebenaran Islam
Oleh MOHD. NAHAR MOHD. ARSHAD
KEDUDUKAN ekonomi Amerika Syarikat (AS) semakin buruk. Meskipun Washington cuba menutup kedudukan ekonominya, namun data dan fakta sudah lama melaungkan kegagalan ekonomi kapitalis itu.
Dengan kedudukan defisit akaun semasa yang terus pincang, hutang kerajaan yang menggunung, pengangguran yang tinggi, nilai hartanah dan portfolio yang merudum, rakyat AS melihat ekonomi kapitalis yang kononnya menjanjikan seribu satu impian bertukar menjadi ekonomi parasit meratah kekayaan yang ada.
Pelbagai punca dicari bagi menjelaskan krisis yang berlaku. Namun, fakta sebenarnya ialah sistem ekonomi yang berpaksikan riba pasti akan hancur. Ini mengakibatkan ramai warga AS yang kehilngan kerja.
“Allah susutkan riba dan mengembangkan sedekah”.
Semuanya berpunca daripada kaedah mengembangkan ekonomi dengan menggalakkan pemberian hutang dan hutang itu pula meningkat dari masa ke masa kerana adanya riba. Maka, si kaya yang menyimpan di bank khayal dengan janji kekayaan yang meningkat oleh riba. Di satu pihak lagi, si miskin yang berhutang terus miskin kerana hutang dan beban riba.
Institusi kewangan yang menjadi agen riba ibarat badut yang membaling bebola berwarna. Bebola tersebut ibarat produk-produk kewangan yang menarik. Tangan kanan badut ibarat si kaya dan tangan kirinya ibarat si miskin.
Kewangan
Kedua-duanya inginkan produk kewangan tersebut. Tepuk sorak penonton adalah upah buat si badut. Semakin banyak bebola di baling dan disambut, semakin kuatlah tepuk sorak penonton dan semakin ghairahlah si badut.
‘Pengembangan’ oleh riba bermakna semakin banyak dan pantaslah bebola berwarna yang perlu dibaling dan disambut oleh si badut. Sehingga ke satu tahap, pasti kesemua bebola akan terjatuh!
Pengibaratan di atas menjelaskan konteks modus operandi institusi kewangan masa kini. Hakikatnya, jumlah kekayaan ‘sebenar’ adalah terhad untuk satu masa tertentu. Namun, riba telah memperdayakan kita dengan ‘menggandakannya’ meskipun pada realitinya, gandaan dari riba itu sebenarnya tidak bernilai – ibarat buih.
Panik dalam sistem kewangan tercetus apabila si kaya cuba menterjemahkan kekayaan yang ada dalam nilai yang sebenar. Maksudnya, bukan kekayaan dalam bentuk jumlah pada helaian kertas atau angka yang tercatat.
Untuk memenuhi tuntutan si kaya, si miskin dikerah oleh institusi kewangan untuk membayar hutang termasuk dengan ribanya sekali. Malang kerana si miskin tidak mempunyai apa-apa untuk dipersembahkan. Maka, rumah, kereta dan apa sahaja milik si miskin dirampas oleh institusi kewangan untuk dinilai semula.
Tetapi, tidak ada sesiapa yang mampu dan ingin membeli harta-harta yang dirampas itu. Ini kerana si kaya sudah hilang yakin pada kekayaan yang dimilikinya, dan si miskin pula sudah jatuh papa. Pinjaman juga sukar untuk diperolehi di mana-mana. Lantaran, semakin merudumlah nilai harta-harta tersebut.
Maka tembelang modus operandi institusi kewangan pecah terbongkar. Institusi kewangan rupanya memberi pinjam berlipat kali ganda daripada jumlah aset yang ada. Ketidakseimbangan aset-liabiliti semakin membesar apabila impak riba diambil kira. Panik berlaku di mana-mana.
Apabila kerajaan AS cuba menyelamatkan institusi-institusi kewangannya dengan pakej AS$700 bilion, kerajaan itu juga sebenarnya sudah lama dihimpit beban hutang dan riba. Kelulusan pakej menyelamat itu dilihat melengkapkan episod terakhir kejatuhan AS sebagai kuasa ekonomi dunia
0 comments:
Post a Comment