Ayat-Ayat Poligami

>> Monday, November 16, 2009


Buat isteri isteri atau bakal bakal isteri, di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai konsep poligami yang seharusnya diterima dengan hati terbuka. Perkongsian ilmu kali ini adalah hasil tulisan Dr. Yusuf Al-Qardhawi bertajuk Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur’an dan Sunnah, Cetakan Pertama Januari 1997, Citra Islami Press . Pintaku, bacalah dengan akal yang waras lagi rasional bersuluh iman, bukan emosi yang membutakan mata hati sehingga tak nampak apa yang indah di dalam isi.


Poligami

Orang-orang Kristian dan Orientalis menjadikan poligami ini seakan akan syiar dari syiar-syiar Islam, atau salah satu perkara yang wajib yang perlu untuk dilaksanakan. Ini adalah sesat kerana dalam kehidupan seorang Muslim itu berkahwin dengan seorang isteri yang menjadi penenteram dan penghibur hatinya, pendidik dalam rumah tangganya dan tempat untuk meluahkan isi hatinya. Dengan demikian terciptalah suasana yang tenang, mawaddah dan rahmah, yang merupakan sendi-sendi kehidupan suami isteri menurut pandangan Al Qur’an.

Oleh kerana itu ulama mengatakan, “Dimakruhkan bagi seseorang yang mempunyai seorang isteri yang mampu memelihara dan memuaskannya untuk berkahwin lagi. Kerana ini akan membuka peluang bagi dirinya untuk melakukan sesuatu yang haram di sisi Islam.

Allah berfirman:

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terlantar” 
(An-Nisa’: 129)

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mempunnyai dua isteri, kemudian lebih mencintai kepada salah satu di antara keduanya maka ia datang pada hari kiamat sedangkan tubuhnya miring sebelah. ” 
(HR. Al Khamsah)

Adapun orang yang lemah (tidak mampu) untuk mencari nafkah kepada isterinya yang kedua atau khawatir dirinya tidak dapat berlaku adil di antara kedua isterinya, maka haram baginya untuk berkahwin lagi, Allah SWT berfirman,

“Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja…” 
(An-Nisa’: 3)

Jelas lah kepada kita yang paling utamanya adalah berkahwin dengan seorang sahaja demi menjaga diri di dunia dan akhirat demi kesejahteraan keluarga dan individu terbabit. Islam memperbolehkan untuk seorang Muslim berkahwin lebih dari satu (berpoligami), kerana Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah yang bersih, dan memberikan penyelesaian yang realistik dan baik tanpa perlu lari dari permasalahan.

Poligami pada zaman sebelum Islam dan pada zaman Islam

Sebilangan orang bercakap mengenai poligami seolah-olah Islam merupakan agama yang pertama kali mensyariatkan poligami. Ini adalah satu kejahilan dari mereka atau mereka berpura-pura tidak tahu tentang sejarah. Sesungguhnya banyak tamadun dan agama-agama sebelum Islam yang membenarkan berkahwin dengan lebih dari seorang wanita, bahkan boleh mencapai sehingga berpulah-puluh orang atau lebih, tidak ada persyaratan dan tanpa sebarang ikatan apa pun.

Di dalam Injil Perjanjian Lama diceritakan bahwa Nabi Daud dan Nabi Sulaiman mempunyai beratus orang isteri.

Ketika Islam muncul, maka islam meletakkan beberapa syarat untuk untuk berpoligami seperti menetapkan jumlah maksimum adalah empat. Ketika Ghailan bin Salamah memeluk Islam, Dia memiliki sepuluh isteri, maka Nabi SAW bersabda kepadanya, “Pilihlah dari sepuluh itu empat dan ceraikanlah yang lainnya.”

Pernikahan Rasulullah SAW dengan sembilan wanita ini merupakan kekhususan yang Allah berikan kepadanya, kerana dakwah dan pelbagai strategi dalam memperkuatkan agama Islam. Sebagian besar dari usia hidupnya bersama seorang isteri sahaja. 


Adil Merupakan Syarat Poligami

Adapun syarat yang diletakkan oleh Islam untuk berpoligami adalah kepercayaan seorang Muslim pada dirinya untuk berlaku adil di antara  isterinya, dalam persoalan makan minum, berpakaian, tempat tinggal, dan nafkah. Maka barangsiapa yang tidak yakin terhadap dirinya atau kemampuannya untuk memenuhi hak-hak tersebut dengan adil, maka diharamkan baginya untuk berkahwin lebih dari satu. 

Allah berfirman:

“Jika kamu takut berlaku tidak adil maka cukuplah satu isteri” 
(An-Nisa’:3)

Kecenderungan yang diperkatakan di dalam hadis ini adalah kecenderungan terhadap hak-hak isteri, bukan adil dalam soal hati, kerana perkara ini termasuk keadilan yang tidak mungkin dimiliki oleh manusia dan dimaafkan oleh Allah.

Allah SWT berfirman:

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.” 
(An-Nisa’: 129)

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW menggilirkan isterinya dengan adil, beliau selalu berdoa, “Ya Allah inilah penggiliranku (pembagianku) sesuai dengan kemampuanku, maka janganlah Engkau mencelaku terhadap apa-apa yang Engkau miliki dan yang tidak aku miliki.” Maksud dari doa ini adalah kemampuan untuk bersikap adil di dalam kecenderungan hati kepada salah seorang isteri Nabi.

Rasulullah SAW apabila hendak keluar jauh, beliau membuat undian untuk isterinya, mana yang mendapat undian itulah yang akan pergi bersama beliau. Beliau melakukan itu supaya dapat menghilangkan keresahan hati isteri-isterinya dan untuk memperoleh kepuasan mereka bersama.

Hikmah Diperbolehkan Poligami

Sesungguhnya Islam adalah risalah terakhir yang datang dengan syariat yang bersifat umum dan abadi. Yang berlaku sepanjang masa, untuk seluruh manusia.

Sesungguhnya Islam tidak membuat peraturan dan dasar untuk orang yang tinggal di bandar sementara melupakan orang yang tinggal di desa, tidak pula untuk masyarakat yang tinggal di iklim yang sejuk, sementara melupakan masyarakat yang tinggal di iklim yang panas. Islam tidak pula membuat peraturan untuk masa tertentu, sementara mengabaikan masa-masa dan generasi yang lainnya. Sesungguhnya Islam menekankan kepentingan individu dan masyarakat.

Ada manusia yang kuat keinginannya untuk mendapat keturunan, akan tetapi ia dikurniakan isteri yang tidak dapat beranak (mandul) kerana sakit atau sebab lainnya. Apapun hak-hak isteri pertama mestilah tidak terabai selepas suami berkahwin lain.

Ada juga di antara kaum lelaki yang kuat keinginannya dan kuat syahwatnya, akan tetapi dia dikaruniakan isteri yang dingin keinginannya terhadap lelaki mungkin kerana sakit atau masa haidnya yang terlalu lama atau sebab-sebab lainnya. Sementara lelaki itu tidak dapat menahan dalam waktu lama tanpa wanita. Sebaiknya diperbolehkan untuknya bnerkahwin dengan wanita yang halal daripada menceraikan isterinya. Islam memberi pilihan yang amat wajar.

Selain itu jumlah wanita dalam sesuatu masa terbukti lebih banyak daripada jumlah lelaki, terutama selepas peperangan yang memakan banyak korban dari kaum lelaki dan para pemuda. Maka di sinilah letaknya kemaslahatan sosial dan kemaslahatan bagi kaum wanita itu sendiri. Iaitu untuk menjadi bersaudara dalam naungan sebuah rumah tangga, daripada usianya dihabiskan tanpa merasai hidup berumah tangga, merasakan ketenteraman, cinta dan kasih sayang, serta nikmatnya menjadi seorang ibu. Inilah fitrah manusia yang tidak boleh dinafikan lagi.

Sesungguhnya ini adalah salah satu dari tiga pilihan yang ada di tangan para wanita yang jumlahnya lebih besar daripada jumlah kaum lelaki. Tiga pilihan itu adalah: 
  1. Menghabiskan usianya dalam kepahitan kerana tidak pernah merasakan kehidupan berkeluarga dan menjadi ibu.
  2. Menjadi bebas (melacur, untuk menjadi umpan dan permainan kaum laki-laki yang rosak). akan berlaku pergaulan bebas yang melahirkan anak-anak haram, anak-anak yang dibuang akan kehilangan hak-haknya dan juga moral, sehinggakan menjadi beban sosial bagi masyarakat.
  3. Berkahwin secara baik-baik oleh lelaki yang mampu untuk memberikan nafkah dan mampu memelihara dirinya, sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.

Tidak diragukan bahawa cara yang ketiga inilah yang adil dan paling baik serta merupakan ubat yang mujarab. Inilah hukum Islam. Allah berfirman:

“Dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” 
(Al Maidah: 50)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP