Oprah Winfrey Show Tonjolkan Kebenaran Islam

>> Sunday, November 15, 2009



Hati saya amat gembira dan penuh dengan kebanggaan sebagai Muslim ketika sebuah kumpulan nasyid melantunkan nada-nada penuh semangat pada acara Musda DPD PKS Kota Bandung yang diselenggarakan di Pusdai, Bandung.

Ini kerana nasyid itu sangat menyentuh hati dan perasaan, dan kerana juga  beberapa jam sebelumnya saya baru saja menonton dan terpesona dengan salah satu episod talk show paling popular di dunia, iaitu The Oprah Winfrey Show. 

Dalam episod yang ditayangkan itu, fokus bual bicara adalah tentang diskriminasi terhadap umat Islam. Ceritanya tentang seorang lelaki dari AS yang benci terhadap Islam diajak tinggal bersama sebuah keluarga Muslim selama sebulan dan disuruh ‘menyamar’ sebagai seorang Muslim, lengkap dengan janggut dan pakaian yang dipakai oleh orang-orang Arab. Salah satu misinya adalah untuk mengetahui kehidupan seorang Muslim yang sebenarnya dan merasakan sendiri bagaimana menjadi seorang Muslim yang sering menerima diskriminasi oleh kebanyakan warga AS.

Pendek kata, dia dapat memahami dan mengalami sendiri bagaimana pahitnya menjadi seorang Muslim yang dicurigai hanya kerana memeliki janggut dan memakai pakaian islam yang sopan, padahal semua tuduhan itu sama sekali tanpa bukti. Dia telah berjalan jalan di kota dengan penampilan seperti itu, dan kebanyakan respon yang diberikan orang sekitar terhadapnya sangat menyakitkan. 

Bahkan sebagian besar warga AS yang diajaknya berbincang secara bersemuka menolak untuk tidak mendiskriminasikan umat Islam kerana mereka yakin dan percaya bahawa semua Muslim adalah pengganas. 

Di sudut lain, 30 hari yang dihabiskannya bersama sebuah keluarga Muslim benar-benar menunjukkan sebaliknya dari apa yang dia jangkakan selama ini. Dia merasakan bahawa keluarga itu sangat bahagia, walaupun banyak yang tidak difahami, namun dia mengakui bahawa banyak masalah dapat diselesaikan dengan ajaran Islam. 

Salah satu kisah yang paling menarik adalah ketika lelaki itu duduk berdua duaan dengan isteri tuan rumah di sebuah ruangan rumah. 

Kemudian tuan rumah datang dan mengatakan bahawa dalam Islam tidak dibenarkan berduaan duaan di tempat yang tidak mempunyai orang. Ini kerana pihak ketiga akan muncul iaitu Syaitan yang akan menggoda manusia melakukan maksiat.

Perkara ini di fikirkan oleh lelaki bukan islam tersebut dan berfikir ini adalah prinsip yang benar-benar gila. Tetapi di hadapan Oprah dan semua penonton di studio ketika itu, akhirnya dia mengakui bahawa prinsip hubungan diantara berlainan jantina dalam Islam seperti yang dialaminya benar-benar dapat menyelesaikan banyak masalah yang terjadi dalam pergaulan sosial di AS yang serba bebas. 

Pencabulan, perzinaan, sex songsang, sehinggakan penyebaran HIV / AIDS pun dapat dicegah dengan jalan Islam, lebih efektif daripada cara apa pun dan tidak memerlukan kos.

Pengakuan ini membuatkan saya terkejut mendengar pengakuannya. Saya tidak menyangka seorang bukan islam dengan begitu beraninya mengakui kebenaran Islam di hadapan jutaan penonton melalui televisyen. 

Walaupun saya mengakui keberanian Oprah dalam mengangkat cerita cerita yang kontroversi, saya tetap terkejut melihat bagaimana dia berani mengenengahkan cerita ini di sebalik arus media yang berterusan menghentam umat Islam yang dikatakan pengganas

Anda boleh melihat sendiri betapa buruknya Islam di pendangan mata kebanyakan orang. Oprah telah membuka jalan bagi syiar Islam, iaitu dengan membuktikan bahawa keteladanan akan menghancurkan semua kesimpulan dan tanggapan yang salah. 

Kalau mereka tidak mahu percaya pada kata-kata, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikanlah bahawa umat Islam bukan pengganas. Kita harus membuktikan bahwa kita adalah sebenar-benarnya umat terbaik (khairu ummah) yang mampu memberikan penyelesaian bagi setiap masalah. Kita harus menjadi umat yang menyenangkan, bukan menjadi beban kepada dunia. 

Dan kita memang mampu memberikan penyelesaian yang paling bagus, asalkan kita terus berpegang pada Al-Qur’an dan Al-Hadits. Tidak ada petunjuk yang lebih jernih daripada keduanya. Sesungguhnya kebenaran adalah kebenaran. Tidak peduli ras mana pun, bangsa apa pun, atau bagaimana pun keadaannya, kebenaran akan selalu diterima sebagai kebenaran. Kalau mereka menolak, mungkin kerana mereka belum melihat buktinya. 

Tugas kita sekarang adalah memberi pembuktian.

wassalaamu’alaikum wr. wb.

12 comments:

Purplemama June 25, 2011 at 10:22 PM  

Alhamdulillah...

jaerul August 10, 2011 at 2:54 PM  

....semoga diberi pentunjuk oleh-Nya ...

Anonymous November 26, 2011 at 3:25 AM  

semoga pengacara ni di beri petunjuk dn org yg di interview tu...amin

Unknown December 9, 2011 at 2:34 PM  

Subhanallah...
Semoga hati org tu terbuka utk Islam....
bgus gak oprah ni....

nurmisnan December 18, 2011 at 7:49 AM  

Di US ramai rakyat beragam islam. Jadi tidak
menjadi hairan jika Oprah berani menyiarkan
pengakuan lelaki ini. Ramai sudah mengakui
kehebatan ISLAM tapi US sendiri yang
memburuk2kan ISLAM hanya kerana kufarat
israel...

i like this post. membuka mata hati kita umat
Islam yang masih teraba2 mencari kehebatannya...

Hafifi Borhan El Said December 31, 2011 at 3:09 AM  

i like top show oprah winfrey

Jαnnαhツ January 19, 2012 at 1:39 PM  

islam is the best

hambaALLAH January 21, 2012 at 2:12 PM  

semoga ALLAH mmbuka pintu hatinya utk islam.. AMIN

The Black Jubah January 28, 2012 at 10:02 PM  

Assalamaualaikum, saya memang dah lama suka Oprah. Pada pendapat saya dia memiliki hati yang sangat mulia...moga-moga Allah beri beliau petunjuk.

Anonymous March 9, 2012 at 10:33 PM  

Begini la yg kita maw..walaupun agama berlainan, saling memahami..Bg sa, negeri borneo ada nilai2 moral mcm ne..

adanaberkat April 23, 2012 at 1:02 AM  

terbaik..terima kasih sahabat,Berdoalah kita semua.. semoga Oprah bersyahadah,bersama-sama kita menuju Islam yang lebih gemilang..Amin

NJihe.am April 23, 2012 at 12:50 PM  

saya pun..suka cerita oprah, ada satu lagi tajuk berhubung islam 'Marriage around the world', wanita Islam dari Turki, Dubai dan Istanbul terlibat melalui Skype. sagt2 teruja, semoga 'Oprah Winfrey' diberi petunjuk.

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP