Keteladanan Nabi Ibrahim 'Alaihissalam
Makam Nabi Ibrahim a.s
Dalam lintasan sejarah kenabian, nama Nabi Ibrahim Alaihissalam, merupakan nama yang sudah tidak asing lagi bagi umat Islam. Selain dikenali sebagai salah seorang rasul ulul azmi (yang memiliki keteguhan), beliau juga sering disebut sebagai Khalilullah (kekasih Alloh Subhaanahu wa Ta’ala), dan Abul Anbiya' (bapa kepada para nabi). Tulisan singkat ini memberikan sedikit gambaran tentang perilaku kehidupan beliau untuk dijadikan teladan.
Keadaan di zaman Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ibrahim Alaihissalam dilahirkan di dalam lingkungan penyembah berhala, termasuk bapanya sendiri, Azar, namun situasi ini tidak memberi pengaruh terhadap dirinya. Hal ini disebabkan sikap yang beliau miliki. Suatu ketika beliau bertanya kepada bapanya tentang penyembahan berhala ini. Sebagaimana dalam firman Alloh Subhaanahu wa Ta’ala, yang artinya:
"Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan. Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".
(QS: Al-An'am: 74)
Demikianlah keteguhan iman beliau, kesesatan tetap beliau katakan sebagai kesesatan meskipun dihadapan ayahnya sendiri, sehingga di dalam riwayat lain mengatakan beliau akhirnya diusir oleh ayahnya. Nabi Ibrahim juga mencari siapakah sesembahan (Tuhan) yang sebenarnya. Tatkala beliau melihat bintang, beliau berkata "Inilah Tuhanku," namun ketika bintang itu tenggelam , beliau berkata: "Saya tidak suka yang tenggelam", demikian juga ketika melihat bulan dan matahari yang sama keadaannya seperti bintang yang tenggelam.
Akhirnya kerana merasakan bahawa objek objek di alam ini tidak ada yang patut untuk disembah maka beliau berkata, sebagaimana dalam firman Allah s.w.t, yang berbubyi:
Bulan dan matahari yang pasti tenggelam
Akhirnya kerana merasakan bahawa objek objek di alam ini tidak ada yang patut untuk disembah maka beliau berkata, sebagaimana dalam firman Allah s.w.t, yang berbubyi:
"Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan."
Kisah ini membuktikan bahawa hanya dengan berfikir dengan sihat dan hati nurani saja (fitrah), beliau dapat menjadi muslim yang muwahid (lurus tauhidnya) meskipun keadaan persekitarannya tidak mendorong beliau. Dan ini menunjukan bahwa fitrah manusia pada dasarnya adalah bertauhidkan Tuhan. Bagaimana dengan kita sebagai umat Islam sekarang ini? Bukankah selain memiliki akal dan hati nurani, kita juga mempunyai pembimbing berupa Al-Qur'an dan As-Sunnah. Masihkah kita menghindari kemusyrikan, bidaah dan kemungkaran-kemungkaran yang kita lakukan dengan alasan keadaan sekitar yang memaksa? atau sudah menjadi tradisi?
Karoeke semasa majlis perkahwinan yang sudah menjadi "trend". Tidak berdosa?
Cerdas, diplomatik dan berani
Hal ini dibuktikan ketika beliau berhadapan dengan penguasa musyrik yang bernama Namrud, raja yang memerintah Mesopotamia purba (Kini dikenali negara Iraq). Firman Allah Subhaanahu wa Ta’ala, artinya:
"Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Rabbnya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Rabbku ialah yang menghidupkan dan mematikan". Orang itu berkata: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu hairan terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
(QS: Al-Baqarah: 258)
Dalam tafsir disebutkan bahawa yang dimaksud orang yang diberi kekuasaan adalah Namrud, maksud ayat: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan" ialah membiarkan hidup seseorang dan membunuh yang lainya. Sedar akan kekuasaan Namrud yang boleh bertindak melulu maka Nabi Ibrahim menyampaikan hujjah yang mampu membuatkan Namrud diam. Nabi Ibrahim mengarahkan Namrud menerbitkan matahari dari barat jika memang benar Raja Namrud mempunyai kuasa.
Kecerdasan Nabi Ibrahim juga tertulis di dalam kisah lainya. Tatkala beliau menghancurkan berhala-berhala para musyrikin, beliau tinggalkan satu berhala yang paling besar. Ketika dalam persidangan, beliau ditanya tentang siapa yang menghancurkan berhala-berhala itu. Nabi Ibrahim menjawab: "Tanyakan saja kepada berhala yang paling besar yang belum rosak itu! Sebenarnya jika para musyrikin itu mahu menggunakan akalnya, mereka sudah tahu dengan maksud jawapan Nabi Ibrahim tersebut. Namun kerana kebodohan mereka, mereka pun balik mengumpat: "Bagaimana kami boleh bertanya kepadanya, bukankah dia hanya sebuah patung yang mati? Maka dijawab lagi oleh Nabi Ibrahim dengan nada yang lebih tegas: "Jika sudah tahu itu benda mati mengapa kamu semua menyembahnya?"
Inilah bukti kecerdikan dan kehebatan beliau dalam berdiplomasi. Memang banyak orang cerdik pemikirannya, namun jika berhadapan dengan penguasa atupun pembesar, ramai yang kehilangan kecerdikannya itu dan terikut ikut dengan penguasa.
Memiliki ketaatan yang tinggi
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t yang mengisahkan tentang perintah penyembelihan Nabi Ismail:
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih-mu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih-mu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
Perintah menyembelih anak bukanlah perintah yang biasa. Namun demikian, Nabi Ibrahim tetap mahu melakukannya, tetapi akhirnya diganti oleh Allah s.w.t dengan seekor lembu. Jika bukan kerana ketaatan yang ditunjukkan ini, sudah tentu Nabi Ibrahim tidak sanggup untuk melakukannya.
Telah kita fahami pada awal artikel ini, bahawa beliau adalah seorang yang kritis, cerdik dan diplomatik serta berani. Namun sifat itu semua sama sekali tidak berlaku di hadapan Allah s.w.t. Kalaulah nabi Ibrahim terbawa bawa sifatnya itu bila berhadapan dengan ujian Allah berikan, senestinya beliau menolak perintah penyembelihan itu kerana perintah itu tidak masuk akal, diluar kebiasaan dan kemampuannya. Jika tidak, sebagai seorang yang diplomatik, beliau boleh memberikan alasan-alasan tertentu untuk tidak melakukan perintah itu.
Akan tetapi , beliau bukanlah manusia seperti kita yang ketaata hanya setebal kulit ari ari, dan sangat mudah terhampas oleh tiupan badai. Jika bukan kerana rahmat Allah s.w.t, kita tak punyai apa-apa kekuatan untuk mempertahankannya. Rupanya yang ada dalam diri Nabi Ibrahim ketika berhadapan dengan perintah Allah s.w.t adalah Sami'na wa atha'na ya dan ya. Tak pernah ada perkataan 'tidak', 'nanti dulu' atau 'perlu mengkaji dulu', dengan tujuan supaya terlepas dari arahan. Demikianlah ciri-ciri muslim dan mukmin sejati.
Akan tetapi , beliau bukanlah manusia seperti kita yang ketaata hanya setebal kulit ari ari, dan sangat mudah terhampas oleh tiupan badai. Jika bukan kerana rahmat Allah s.w.t, kita tak punyai apa-apa kekuatan untuk mempertahankannya. Rupanya yang ada dalam diri Nabi Ibrahim ketika berhadapan dengan perintah Allah s.w.t adalah Sami'na wa atha'na ya dan ya. Tak pernah ada perkataan 'tidak', 'nanti dulu' atau 'perlu mengkaji dulu', dengan tujuan supaya terlepas dari arahan. Demikianlah ciri-ciri muslim dan mukmin sejati.
Hal ini sesuai dengan firman Allah s.w.t yang berbunyi:
"Dan tidakkah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata."
(QS: Al-Ahzab: 36)
Memang begitulah sifatnya seorang yang disebut sebagai mukmin. Jika Al Qur'an atau Sunnah mengatakan salah dan haram maka seperti itu juga yang dia katakan. Jika Allah s.w.t memerintahkan sesuatu maka itulah yang dia kerjakan dan jika Allah s.w.t melarang sesuatu larangan jangankan dia mengerjakan, mendekati pun tidak. Sungguh Allah s.w.t Maha Mengetahui bahawa seorang hamba tidak sanggup untuk menyembelih anaknya. Dan tiadalah suatu larangan dari Allah s.w.t kecuali di situ terdapat sesuatu yang merugikan manusia, oleh itu wajib untuk di jauhi.
Penutup
Oleh itu kita janganlah menjadi kambing hitam untuk mempertahankan kesalahan atau tradisi dan adat adat yang menyimpang.
Dimanakah muslim yang berjiwa seperti Nabi Ibrahim ini? memang kita tidak akan dapat menjadi seperti beliau namun setidaknya kita harus berusaha untuk menjadi muslim yang taat dan tidak membantah walaupun kita belum mampu untuk melakukannya.
(Sumber Rujukan: Al-Qur'an tafsir Bayan, Mushaf terjemah, Kitab Tauhid karya Syaikh At-Tamimi)
0 comments:
Post a Comment