Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina
Gambar hiasan
Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”
“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata
“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan”
(H.R. Atthabarani)
Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan:
“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”
Sujudlah kepadaNya tanpa alasan
Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”
Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
18 comments:
Nice article..."Sujudlah kepadaNya tanpa alasan.."..:)..mintak izin utk share...
Salam ziarah...:)
Allahuakbar....kuatkksnlah imanku intuk menirima dan melaksanskan tanggungjawabku....
yaAllah kuatkan imanku.smg aku sentiasa di sisi mu
nice blog gan
Sy izin utk share....
Ya Allah ampunkan aku..terkadang aku tertinggal solat.
The doctor felt I had high blood pressure, but I don't think my pressure is high enough to need medicating. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]http://www.mulberryhandbagssale.co.uk[/url Just be sure to effectively present your logo and contact details on every page so people will be constantly reminded of your business.. [url=http://www.goosecoatsale.ca]http://www.goosecoatsale.ca[/url] Hxhxnjckf
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora store[/url] Fjsipvbzr [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose outlet toronto[/url] wzgkrubid
sangat tidak logik cerita saudara/saudari .. Seorang nabi sangat mustahil untuk berkelakuan kasar seperti itu .. Allah s.w.t sangat menjaga kelakuan dan perkataan seorang nabi .. Dari kitab mana saudara/saudari memperolehi cerita ini ? Ianya seolah2 membuka aib nabi itu sndiri .. Sbgai saudara sesama islam , nshat sy , agar saudara/saudari selidik akan kesahihan sesuatu cerita agar tidak mendatangkan dosa .. Assalamualaikum ....
anynomous...buknla lbh bek saudra@saudari yg mncri sndri kesahihan ny...jgan asyik mnuding jari ja....peace yo
anynomous...buknla lbh bek saudra@saudari yg mncri sndri kesahihan ny...jgan asyik mnuding jari ja....peace yo
Entah nya. Cerita ni dah banyak cerita kat surau n masjid. Pegi chk sendiri betul ke tak betul.
Nabi musa.. memang memiliki 'karakter' yg mudah meletup. Untuk jelasnya silahkan mencari literatur yg lebih detil tentang nabi2.
emang bener cerita itu,saya sngat se7 sekali,semua Nabi tu manusia Beliau2 juga punya hawa nafsu,amarah,lemah lembut,dll.Nabi kita Muhammad saw.ja kalo marah tk seorang pun dpat menghentikan nya.
Izinkan saya share ye.t.kasih.
Salam, saya nak tanya.Danish ni nama nabi ke?saya google xde plak tp saya phm mksud die bijaksana je.Mohon pencerahan.
Izin share ya
Tak logik apa pulak..kisah itu daripada Rasulullah saw..kalau tak paham bertanya,,,
Post a Comment