Langit dan Rupa-rupanya yang Berbeza

>> Monday, November 9, 2009


Diriwayatkan bahawa;

Sesuatu yang mula-mula diciptakan oleh Allah SWT adalah Jauharah. Kemudian Allah melihatnya dengan pandangan haibah, maka hancurlah ia berkeping-keping kerana takut akan Allah. Kemudian ia menjadi air dan Allah memandangnya pula dengan pandangan rahmat. Maka separuhnya menjadi beku untuk kemudian dijadikan Arasy yang bergerak-gerak, lalu Allah tuliskan padanya, "La ila ha illa Allah Muhammadur Rasullullah" sehingga Arasy menjadi diam. Namun yang separuhnya tetap sebagai air yang terus bergerak-gerak sampai hari kiamat. 

Demikianlah yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلا سِحْرٌ مُبِينٌ 

Maksudnya:
"...dan adalah Arasy -NYA diatas Air..."
(Q.S. Hud:7)

Selanjutnya air itu bergelombang dan saling berlaga hingga mengeluarkan asap dan naik sebahagian demi sebahagian dalam keadaan tersusun rapi dan berbuih. Maka darinya Allah SWT menciptakan langit dan bumi yang bertingkat-tingkat. Kedua-duanya amat berkait rapat dan dari situlah Allah SWT menciptakan angin sehingga ia membelah antara langit dan bumi, sebagai mana dikhabarkan Allah SWT dalam firmannya:

قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

Maksudnya:
"Kemudian Dia(Allah) menyengaja ke langit, sedang ia berasap..."
(Q.S As-Sajadah:11)

Para cendekiawan mengatakan bahawa Allah menciptakan langit dari asap dan tidak menciptakannya dari wap. Ini kerana asap tercipta sebagai bahagian-bahagian yang boleh dipegang, yang pada akhirnya akan menetap. Sedangkan wap selalu berputar berulang-ulang dan demikianya merupakan kesempurnaan ilmu Allah SWT dan hikmahNYA. 

Kemudian Allah SWT memandang air dengan pandangan rahmat sehingga menjadi beku sebagaimana adanya. 

Ketebalan dan kekerasan di antara langit dan bumi dan di antara satu langit dengan langit yang lainya adalah dalam jarak lima ratus tahun perjalanan. Kemudian dikatakan langit itu lebih putih dari susu. 

Langit:
  1. Yang pertama kelihatan hijau kerana kehijauan Jabal Qaf dan langit itu dinamakan Raqi'ah.
  2. Yang keduanya terdiri daripada besi yang memancarkan cahaya iaitu Fidum atau Ma'un.
  3. Yang ketiga daripada Tembaga dan biasanya disebut Malakut.
  4. Yang keempat daripada Emas Putih yang menyilaukan mata iaitu Zahirah.
  5. Yang kelima dari Emas Merah dan biasanya disebut Mazinah atau Masharah.
  6. Yang keenam dari Jauharah iaitu Khalisah.
  7. Yang ketujuh daripada Yaqut Merah yang digelar Labiyyah atau Dami'ah.
Lapisan langit

Di langit ketujuh terdapat Baitul Makmur yang mempunyai empat tiang. Salah satu tiangnya terdiri dari Yaqut Merah dan yang lainnya dari Zabrjud Hijau, Emas Putih dan Emas Merah dan menurut qaul yang lebih muktamad bahawa bumi adalah lebih afdal dari langit. Ini Kerana para nabi tercipta darinya dan terkubur juga di sana. Sedang tingkat bumi yang termulia adalah yang teratas. Kerana disitulah tempat kemanfaatan alam. 

Dirawikan dari Ibnu Abbas RA, bahawa langit yang terutamanya adalah yang atapnya Arasy Ar- Rahmah,iaitu Al-Kursyi. Oleh kerana ia dekat dengan Arasy dan segala bintang yang bermanfaat tumbuh di sana. Kecuali tujuh bintang yang berada di sekeliling matahari. Betapa menakjubkan ciptaan Allah SWT. Dia menciptakan tujuh langit dari asap, namun kondisi setiapnya adalah berbeza. Allah SWT juga menurunkan air dari langit, dan kerananya bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berbeza baik warna dan rasanya. 

Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT:

وَفِي الأرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Maksudnya:
"...(Dalam pada itu)Kami lebihkan setengahnya dari yang lain,tentang rasa buahnya. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi keterangan(akan adanya Allah)..." 
(Q.S Ar-Ra'du:4)

Bahkan Allah SWT menciptakan manusia dalam keadaan yang berbeza-beza pula. Ada yang putih, hitam, berduka, mukmin, kafir, pandai dan ada pula yang bodoh dan yang sebenar asalnya adalah satu iaitu Adam.

3 comments:

Anonymous December 20, 2011 at 1:36 PM  

SubahanAllah.. Allahuakbar! Jazakallahu khayran for this information.

Semoga Allah memberikan anda daya upaya and kemudahan untuk terus berkongsi ilmu yang bermanfaat seperti ini di blog ini.
Amin.

Anonymous May 29, 2012 at 2:48 PM  

thanks 4 sharing the artikel.
semoga dapat dimanfaatkan oleh sekalian umat islam dunia.semoga islam, ka'bah dan makkah sentiasa dalam peliharaan Allah

Anonymous February 23, 2015 at 10:33 AM  

Betul ka??

Mcm salah je terjemahan As-Sajadah:11 tu...

Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)". As-Sajadah:11

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP