Perbezaan Wanita Dunia dan Wanita Akhirat

>> Tuesday, November 24, 2009



Sejak akhir-akhir ini, kita menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita akan jumpa setiap hari di Barat. Golongan ini dapat dilihat di kaca televisyen atau halaman-halaman majalah yang laris dipasaran seperti majalah hiburan khasnya.

Bagi wanita 'bebas' ini, perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini, mereka memakai pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya untuk mendapat teman lelaki atau suami yang segak, tampan dan berada.

Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di majlis-majlis sosial, menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar, bersukan dan membaca buku-buku berbentuk hiburan. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuh bila dalam keadaan berahi.

Wanita 'bebas' ini bersetuju badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan untuk berseronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan di dunia ini.

Bagi wanita bebas, pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.

Tetapi bagi wanita yang berada di sisi lain, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika dia keluar dari rumah tidak penting malah dia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bukan untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.

Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al­Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.

Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah 5 punca kepuasan hatinya dan sebagai galakan untuk menambahkan lagi amal soleh.

Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.

Bagi Muslimah, setelah bertahun-tahun lamanya barulah dia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

Kesimpulan cerita di atas

Dari kedua kisah di atas dapat disimpulkan bahawa, wanita dunia ini lebih bebas dan mementingkan keduniaan semata-mata, suka berfoya-foya dan menghabiskan masa kepada rupa paras dan keinginan nafsunya. Sanggup keluar berdua-dua dengan teman lelakinya yang bukan muhrim dengan alasan kawan biasa atau teman lelaki sehingga lewat malam. Berpegang-pegangan tangan dianggap perkara biasa dan sanggup menggadaikan maruah dan tubuh badannya kerana cinta dan sayangkan teman lelakinya. Apabila mengandung menjadi gelisah, ada yang sanggup menggugurkan anak kandungannya yang diharamkan oleh Islam akan perbuatan gugur itu. Bagi yang melahirkan anak dari darah dagingnya sendiri dengan tidak mempunyai sifat keibuan dan berperikan kemanusiaan sanggup buang bayi itu kedalam tong sampah, kedalam sungai, tandas dan sebagainya. Itulah kehebatan wanita sekarang ini yang diagungkan oleh semua golongan masyarakat dan ada sebahagian dari wanita yang tidak berpendidikan agama memperjuangkan kebebasan wanita sehingga berbagai gejala tidak baik berlaku.

Bagi wanita yang budiman dan solehah dianggap kolot dan tidak bertamadun, kerana pakaiannya yang menutup aurat. Ada diantara golongan ustazah yang mempelajari agama dan disanjungi ramai memberikan imej pakaian yang tidak sepatutnya dipakai dan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan agama menirunya dengan alasan “ustazah itu pakai tidak mengapa, kenapa saya pakai tidak boleh”. Adakah ini semua Islam sekular, Liberal, Islam moden atau sebagainya. Saya tertanya-tanya kenapa berlaku sebegini, adakah disebabkan malu memakai tudung labuh takut dihina dan dicaci atau tidak cantik, atau sebagainya. Padahal Islam membenarkan wanita Islam berfesyen dengan garis panduan yang ditetapkan. Ada wanita yang menutup kepala tetapi pakaiannya ketat sehingga menampakkan badannya, ada yang pakai tudung tapi lengan bajunya pendek, ada juga yang bertudung tetapi nampak dadanya, adakah ini fasyen Islam?

Mari kita kaji kembali perkara ini, jika ada kesalahan mari kita perbetulkan. Jangan terlalu mengejarkan fasyen sehingga kita lupa kepada batasan agama Islam kita, Kehidupan kita memerlukan redha Allah. Dari redha, manusia sebagai jaminan kita menerima balasan yang setimpal apabila dihari perhitungan nanti.

1 comments:

nurmisnan January 12, 2012 at 6:23 PM  

Alhamdulillah.. terima kasih dgn perkongsian ini

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP