Apa Itu Obelisk?
Pernahkan anda mendengar tentang "Obelisk" ? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.
Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama 'Cleopatra Needle' dan diasaskan dari"Sun Pillar".
Sun Pillar
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "Obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)
Melontar Jumrah
Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama "Pagan" ? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!
Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple Pharaoh Hatshepsut,
Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Israel (1 buah)
Caesarea obelisk
Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino
Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York
Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York
Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web "Malaysia Travel Guide" ;
This is the city's own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia's history.
Sabda Rasullulah:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Hadis Riwayat Abu Daud
Gambar-Gambar Obelisk Di Putrajaya:
Berikut Adalah Gambar-Gambar Obelisk Di Serata Dunia:
St. Peter Square, Vatican
Luxor Obelisk, Paris
Central park, New York
Sao Paolo. Brazil
Buenos Aires, Argentina
Pheonix Park, Dublin
Istanbul, Turki
London, England
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Luqman 13
17 comments:
asiy.. macam2 =,='
apa motif batang panjang tu dibina di putrajaya??adakah konspirasi ataaauu???kebetulan...dah xda benchmark lain ker nak letak??
2009 zagami start a new religion called matrixism and he's a prophet. this religion based on the movie MATRIX. aparaa....
assalammualaikum..
setuju dgn saudari cherrypish,
apakah tujuannya bangunan laknat tu dibina di putrajaya? kan bagus kalau letak benchmark masjid ke apa ke walaupun masjid dah byk kat putrajaya tu.
orang yahudi ni tak habis2 dgn muslihat mereka. sebab tu orang islam mesti bersatu padu untuk membanteras unsur2 illuminati dan freemasonry ni. Allahu alam.. Semoga Allah selamatkan aqidah kita semua. amin...
Assalamualaikum,
This such has recently been build at my housing area(in a middle of roundabout).Not so tall,I immediately recognize after I read ur blog.
Sangat tak faham kenapa mesti berbentuk seperti Obelisk.
*Taman Sri Gombak, Batu Caves *
Assalamu'alaikum kepada Mawar MahSury dan tuan empunya blog anda pasti ke monumen di Putrajaya tu mirip Obelisk?
Kaji dulu sebelum berkata-kata. Cuba kalian bandingkan monumen-monumen Obelisk tu dengan di Putrajaya. Sama ke? Monumen kat putrajaya tu ada piramid ke atasnya? Sisinya berliku ke?
Jangan sebarangan cakap je.
Ye.. Stuju dgn komen di atas ni.. Bntuk obelisk di serata dunia mempnyai piramid di hujungnye.. Ttp di putrajaya tu bntuknye jauh berbeza jika dikatakn ianya obelisk jgk. Hrp same2 siasat btul dlu sblm bercerita.. Syukran..
sebenarnya kat putrajaya tu memang obelisk.dan obelisk putrajaya memang dicipta sebagai obelisk rasmi putrajaya.
kepada dua orang kat atas ni sila google untuk info yang rasmi.
cari sendiri lah
kat kota bharu pun ada kat merdeka square.hihi bangganyer.tp british yg buat.
google lah untuk gambar "kota bharu merdeka square"
monas di jakarata termasuk juga gak ya???
monumen alaf baru kata nye... puuihhh...
yg dekat kelantan tu memang sama mcm kat negara lain....
sapa yang pernah pergi masjid besi... cuba cari bentuk ni.. saya da perasan ...
sapa yang pernah pergi masjid besi... cuba cari bentuk ni.. saya da perasan ...
jika kita banyak dengar ceramah agama berkaitan akhir zaman. terutama dari ustaz Auni Mohamad. kita akan faham. mengapa tiang tiang ini dibina. ada sebab tertenttu... oleh orang tertenttu.. dengan tujuan tertentu... dan maksud tertentu... ustaz Auni jelaskan dlm ceramah berliau. selamat menonton di YT.
Yang putra jaya tu bentuk macam peluru berpandu.bukan bentuk obelisk.
Obelisk di Kota Bharu lagi dasyat kedudukannya. berada di antara 2 tiang bendera tinggi berbentuk salib (dahulunya). sejak beberapa tahun ni jer tiang bendera tu dah tak berbentuk salib. Tapi obelisk tu masih berdiri teguh kat situ walaupun Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.
sama ja malaysia dgn london
Post a Comment