Kepalsuan Syaitan Gua Hira’

>> Wednesday, November 17, 2010

Ingat lagi tak dulu, kita pernah dikejutkan dengan gambar syaitan yang kononnya ditangkap di Gua Hira’. Pada masa itu ramai yang percaya akan kesahihan gambar itu (gambar di atas).

Rupa-rupanya selama ini kita telah ditipu dan dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Cuba lihat gambar sebenar di bawah.


Saya lihat gambar syaitan itu semasa saya di sekolah menengah lagi. Ada rasa sangsi pada gambar tersebut. Bukan tidak percaya syaitan itu ada tetapi daripada cerita dan gambar yang dipamerkan cukup meragukan. Ada ker syaitan boleh berposing relax jer kat gua tu.
Gambar itu dibuat bertujuan menghina Nabi Muhammad SAW. Kononnya refleks disebalik gambar itu ialah Nabi Muhammad SAW bertapa di gua Hira’ dengan syaitan (nauzubillah) dan yang menyampaikan ayat Al-Quran itu adalah dari tipu daya syaitan. Kadang-kadang gambar di internet yang dianggap sebagai lucu adalah merbahaya kepada akidah. Kita dipesong secara homur tanpa mengetahui motif disebaliknya.
Apabila kita bercakap dengan anak-anak kita bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW berada di Gua Hira’ lantas mereka terbayang pada gambar syaitan itu. Ini memberi andaian buruk dan jahat sangka dalam pemikiran kanak-kanak. Oleh itu berhati-hatilah sebelum mempercayai sesuatu atau menyebarkan perkara-perkara yang pelik dan meragukan.
The moral of the story….. ramai di kalangan kita apabila menerima email sahaja sudah mula mempercayai apa yang dibaca dan tanpa usul periksa atau membuat selidikan terlebih dahulu terus jer foward pada rakan-rakan.
Gambar di bawah menunjukkan Gua Hira' yang sebenar.

6 comments:

Mohammad Syukri Badaruddin January 7, 2011 at 6:42 AM  

Hmm... tima kasih atas pembongkaran anda.

Hairun Azmi January 9, 2011 at 1:16 PM  

Masya Allah...


Siput mengeluarkan cahaya

sollehahn January 10, 2011 at 5:14 PM  

aku tgok gambar ni masa sekolah rendah dulu...mati2 ingatkan betul...tipu rupanya

Anonymous January 21, 2011 at 9:51 PM  

encik..sy seorg gadis jahil!! selepas melanggani blog ni,sy sedar btapa bodoh dan ktuknye sy ttg ftnahan dunia,TQ kT anda..solat xkn dtinggalkn lg..

-sya-

Zharif Alimin January 23, 2011 at 11:57 AM  

sy bersyukur sebab saudari dah brubah.. teruskan beramal kerana Allah SWT

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ December 30, 2011 at 2:47 AM  

Ohhh , saya masa sekolah dlu pn percaya ni ..

Terima kasih membongkarkn nyaa :)

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP