Ajaran Kristian, Penemuan Bible Lama dan Surah al-Maidah
Ajaran Kristian pada hari ini di katakan telah diasaskan oleh Yesus Kristus atau dikenali dengan Nabi Isa AS dalam dunia Islam, tetapi jika kita kaji dengan lebih menyeluruh terutamanya di dalam ALkitab kita akan dapati bahawa hampir keseluruhan doktrin yang terkandung didalam ajaran kristian kini adalah berasal atau pun ciptaan seorang yahudi yang bernama Saul of Tarsus yang kemudiannya dikenali dengan nama Saulus ataupun Paulus (Paul). Nabi Isa yang sebenarnya adalah seorang Nabi Bani Israel yang diutuskan sebagai nabi yang megesahkan kebenaran kitab taurat dan membawa wahyu yang bernama Injil yang datangnya dari Allah (lihat Surah Al-Maidah ayat 46). Baginda juga diutuskan Allah untuk menyampaikan perkhabaran tentang kelahiran Nabi terakhir utusan tuhan yang maha agung iaitu Nabi Muhamad SAW (lihat Surah Saff ayat 6) akan dibawakan bukti dari bible yang kedatangan nabi Muhammad itu ada di dalam kitab tersebut dalam perbincangan yang akan datang. Nabi Isa telah memperlihatkan mukjizat-mukjizat kenabiannya sebagaimana nabi-nabi yang lain di dalam melaksanakan tugas mengembangkan ajaran Allah yang kemudiannya telah diubah oleh tangan-tangan kotor mulia yang tak bertangungjawab. Kesemua mukjizat yang diperlihatkan oleh baginda itu adalah dengan keizinan dari Allah juga. Baginda menghidupkan rakannya iaitu Lazarus yang mati itu adalah atas izin Allah, baginda megubati penyakit orang yang terkena penyakit sopak juga atas izin Allah, kelahiran baginda yang ajaib tanpa berbapa itu juga adalah atas kehendak Allah yang mana kebanyakan penganut dunia kristian hari ini menolaknya dan bermacam lagi mukjizat yang diperlihatkan baginda itu adalah juga atas kehendak Allah. Baginda kemudiannya telah di selamatkan oleh Allah dari dibunuh oleh pendita yahudi yang tidak senang hati dengan baginda pada ketika itu, yang mana si pengkhianat Judas Iscariot telah diubah oleh Allah supaya menjadi seperti Nabi Isa dan akhirnya dibunuh di atas tiang salib. Begitulah antara gambaran yang telah dicatatkan di dalam “The Last & Final Testement of God iaitu Al-Quran mengenai Nabi Isa yang menjadi pegangan seluruh Islam. Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin) Ajaran kristian percaya bahawa manusia sejak dari hari dilahirkan telah pun menanggung dosa. Menurut ajaran kristian, Adam dan Hawa telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan yang di sebut di dalam Al-Quran sebagai Shajarat Al- Khuldi di dalam taman Syurga atau di dalam bible disebut The Garden Of Eden (sila lihat The book Of Genesis di dalam bible badingkan dengan versi Al-Quran). Disebabkan oleh itu Adam dan Hawa dianggap berdosa dan disingkirkan dari syurga hasil dari perbuatan mereka itu. Akibat dari peyingkiran itu keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan akibat perbuatan mereka. Manusia kemudiannya dikatakan berdosa sejak lahir. Pelbagai cara yang dibuat untuk menghilangkan dosa ini, menurut perjanjian lama atau Old Testement orang yahudi mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi untuk membersihan dosa seluruh umat manusia satu pengorbanan yang Agung perlu dilakukan iaitu dengan kematian Anak Tuhan. Doktrin anak tuhan (The Sonship of God) Untuk menyelamatkan manusia dari derita dan neraka, Tuhan telah menurunkan anaknya kedalam kandungan Maryam atau Mary yang akhirnya kan dilahirkan sebagai anak tuhan. Ajaran kristian percaya bahawa Jesus Christ adalah Anak tuhan yang tunggal (lihat John 3:16), oleh kerana jesus itu lebih hampir dengan tuhan dari orang lain maka sudah sepastinya Jesus itu amat unik. Perkara inilah yang menyebabkan Jesus telah dilahirkan dengan cara yang amat ajaib sekali iaitu tanpa melalui proses kelahiran manusia yang biasa. Doktrin ketuhanan Yesus (The Divinity of Jesus) Setelah Jesus itu digelar sebagai anak tuhan, Dunia kristian akhirnya menukarkan status Yesus sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan mereka bahawa Jesus Christ itu sebenarnya adalah tuhan yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus di dakwa sebagai tuhan adalah berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban yang ditunjukkannya dan juga kematiannya di tiang salib. Walaubagaimana pun, sesetengah golongan kristian seperti Jehovahâs Witnesses, Christadelphians dan juga golongan Unitarian tidak mempercayai doktrin ini. Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)Tiga abad selepas Jesus Christ, dalam Persidangan Nicea (325CE), doktrin Holy Trinity ini secara rasminya dijadikan asas dalam ajaran kristian, walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari puak yang berpegang dengan ketauhidan tuhan tetapi akhirnya puak ini dihapuskan dan akan diceritakan dalam bab yang lebih mendalam terhadap topik ini nanti. Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan yang mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Aliran utama kristian menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu. Doktrin Penyaliban Jesus. (The Cruxifixion Jesus) Doktrin terakhir dalam perbincangan kali ini adalah doktrin yang menjadi lambang utama dalam agama kristian iaitu misteri Penyaliban Jesus di tiang salib. Orang Kristian percaya bahawa tuhan telah menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia untuk menebus segala dosa-dosa manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia dari api neraka menerusi kaedah penyaliban yang kemudiannya bangkit semula (resurrected) atas tujuan yang sama. Ini adalah diantara doktrin yang menjadi asas bagi penganut kristian sejak dari dulu hingga sekarang. Ianya akan saya perincikan lagi dalam mesej-mesej yang akan datang dan anda akan melihat bagaimana doktrin-doktrin yang mereka gariskan yang kononnya menjadi asas ajaran Kristian itu akan dinafikan oleh kitab mereka sendiri dan juga sejarah kegerejaan yang mereka agung-agungkan. Penemuan Bible Lama Yang Membuktikan Dakwaan Islam Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. (72) Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (73) al-Maidah ayat 72 - 73
10 comments:
dri mana dpt ni,huh??
Kenapa Rasul Paulus yang disalahkan?
Kerana dia tidak menyokong muhammad dan al-quran?
kerana ajaran paulus tidak sama dengan ajaran jesus. cuba kamu baca old testement dan new. senang cerita, baca semua. jangan bergantung 100% apa yang gereja ajarkan.
Benar..jgn bergantung 100% apa yang gereja ajarkan... Buatlah kajian supaya apa yang anda imani tidak sia2....
TENGAH KAJI LA NII...ADUH HAI
Kaji betul-betul. Jangan ambik benda yang kau nak dengar je... banyak benda yang palsu kat dunia skarang nih... dunia dah nak kiamat, setan makin kuat bekerja...
ajaran Kristian bukannya berdasarkan Bible sahaja. semua ajaran-ajaran yg anda berpendapat salah ini dtg drpd Papa Paus, iaitu wakil Yesus di bumi ini. kita tiada kuasa utk menafikan ajaran-ajarannya. setan pun takut dengannya. apa lagi manusia biasa?
"Anonymous April 21, 2012 7:06 PM
ajaran Kristian bukannya berdasarkan Bible sahaja. semua ajaran-ajaran yg anda berpendapat salah ini dtg drpd Papa Paus, iaitu wakil Yesus di bumi ini. kita tiada kuasa utk menafikan ajaran-ajarannya. setan pun takut dengannya. apa lagi manusia biasa?"
hahaha..kamu buktikan sendiri yg kamu tak boleh langsung ditanya dalam ajaran kamu. Ini sama ja dgn percaya sesuatu dgn membuta tuli..kasihan...habis tu macammana kalau papa paulus kamu tu penipu?
mudah je utk dapat petunjuk yg betul tadahkan tangan kamu dgn ikhlas,minta pada Allah yg berkuasa di hari pembalasan,contohnya para muslim di wajibkan membaca surah alfatiha setiap kali solat yg bermaksud doa dgn tuhan yg satu..inilah maksud al fatiha dlm bahasa malay...bismillah...dengan nama Allah..surah doa Al fatiha
"segala puji bagi Allah pentadbir sekelian alam.pengasih dan penyayang,Allah dia berkuasa di hari pembalasan,hanya padannya kita sembah(solat)dan padanya kita memohon(segala kebaikan dunia akhirat),tunjukkan kami jalan yang lurus(jalan kebaikan), jalan para hambamu terdahulu yang penuh nikmat dan diredhai.jauhilah kami dari jalan engkau murkai dan tersesat" ..Amiiiin.
inilah doa yg lengkap dan sempurna utk semua.bagi mereka yg mahu berdoa..ku akhiri dgn pepatah
"hendak seribu daya tak hendak serbu dalih"..by pena SABAH
Sebagaimana kamu percaya dengan agamamu.. begitulah Aku percaya dengan agamaku... Kamu dengan agamamu.. Aku dengan agamaku...
Post a Comment