Mustafa Kamal Ataturk : Allah Menunjuk Kebesarannya Untuk Renungan Kita.

>> Thursday, March 17, 2011

Mustafa Kamal Ataturk

Apabila jatuhnya empayar Uthmaniyah ditangan anak didik barat, Mustafa Kamal Ataturk dengan membawa ideologi sekularisme. Mujadid Said Nursi mengatakan bahawa Turki akan pulih selepas tujuh keturunan setelah beliau melihat  bagaimana Islam telah dihina dan dikeji. 

Beliau sendiri dipenjarakan oleh rejim Ataturk semasa mempertahankan Islam daripada segolongan  sekular didikan barat yang diketuai oleh Mustafa Kamal Ataturk  dengan ideologi sekularisme. Sehingga kini pihak tentera masih lagi berpaksikan ideologi Kamalisme walaupun tampuk kerajaan Turki sudah diambil alih Erdogan yang pro Islam.
Kebenaran Said Nursi,setelah tujuh keturunan Turki hampir berubah
Mustafa Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Sultan Abdul Hamid 11,Khalifah Ottoman/Uthmaniyah terakhir
Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kesalahan Mustafa Kamal Ataturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian  Mustafa Kamal Ataturk Yang  Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah: 
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Kamal Ataturk Laknatullah selepas bumi tidak menerima jasadnya.
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Bangunan yang menepatkan jasad Kamal Ataturk Laknatullah.
Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

12 comments:

Shafiq Zainal May 12, 2011 at 8:52 PM  

perlu di ambil iktibar...

Ali ridha June 26, 2011 at 8:13 AM  

pernah baca tentang Kamal Ataturk .beliau bertanggungjawab kejatuhan umat islam Turki...

najib June 26, 2011 at 8:43 PM  

kn najib pnh letak bunga n bangga dgn laknatullah ni...
kte skg ad pmimpin laknatullah...
maka tdk hairan rakyat2 aka dilaknat krn mmbiarkn pemimpin sbgitu mempin kte...

Unknown June 27, 2011 at 2:12 AM  

skrg ni pun pemimpin Islam mengampu pemimpin DAP laknatullah yg telah terang2 menghina islam...

Anonymous June 28, 2011 at 2:55 PM  

cuba semak balik fakta. kamal attaturk sorang tidak mampu menjatuhkan empayar. khalifah terakhir tidak competent dan menyerahkan pegangan empayarnya termasuk palestin kepada kuasa paksi. Ini menimbulkan kemarahan golongan muda dan kamal attaturk bijak mengambil kesempatan

Anonymous June 29, 2011 at 3:40 PM  

yang aku nampak pemimpin MCA a.k.a pelakon lucah menghina agama islam..yang tu ko tak nampak ke zulfikar?

Anonymous July 1, 2011 at 6:06 AM  

hahaha pmimpin MCA 2 kapir mn tau halal haram sengal!! yg pmimpin mlayu islam penzina n pliwat 2 xhina agama ker?? Tuhan bg otak gnela jgn ltk kt lutut..

Miecyber July 3, 2011 at 10:40 PM  

Semua tiada Kamal Atartuk Kedua di dunia...

Menambah Trafik Dengan Oh!Belog

Azrin's Blog | Blog Azrin July 18, 2011 at 4:12 PM  

balasan tuhan..

kaizen August 2, 2011 at 7:27 AM  

pemimpin kat Msia ni sumer da xleh pkai gamaknyer... aku suke lg kalo ulama yg pegang pimpinan negara dr umara.... korg taw x beza ulama n umara??

latest entry Benda yang Aku BENCI time Ramadhan!! & Urban : Camera Paling CANGGIH

Anonymous July 15, 2012 at 10:32 PM  

org yg sokong peliwat ni,lgbt....

Abd Latif Mamat September 6, 2012 at 10:50 PM  

Orang liwat ke,main ke, kita jgn cakap kalau kita tak ada 4 org saksi "adil". Biar pendakwa yg cakap. Sbb bila kita cakap bererti kita menuduh, maka wajib bagi kita bawa 4 saksi, kalu tak hukumnya sebat 80 rotan, kalau di dunia lepas diakhirat akan kena, ini janji Allah, jadi jgn cakap sembarangan.

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP