Mazhab Kristian yang 'mirip' Islam
Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang mazhab kristian ini. Sebuah mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?
Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.
Kenapa ajaran ini muncul?
Ada pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan mazhab ini sebab berpendapat untuk mengelirukan umat Islam. Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan segolongan kecil dalam komuniti kristian yang cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh nabi Isa as.
Sebagai Seorang Islam, kita seharusnya berdoa agar mereka semakin rapat dan mengenali Islam semoga dicerahkan hati menerima dan memeluk agama Islam. Elakkan dari berburuk sangka. Panjangkan langkah kita untuk menarik mereka ke dalam Islam berbanding mencaci mereka yang membuatkan mereka terus jauh dari Islam.
Ajaran kristian Coptic yang sujud ketika sembahyang
25 comments:
terima kasih sebab post kan bende nie...
dapat la sikit ilmu untuk asay hari ni....
mohon share ye...
Mohon utk share...
nak share yer......
Nak share yer....
no problem :)
Ni bukti jelas Isa bukan tuhan dan Isa pun sembah Allah. Isa agamanya betul, penganut kristian sekarang dah silap.
cara amalan diorang hampir sama...
mmg agak mengelirukan org islm ..==))
tp tdak terkjt la.. cara pemakai org yahudi pom hampir sama....
org kristian skarang pom da mula sedar and mencari tu tuhan yg satu... tp selalu mengada-adakan and memutar hukum Allah..
salam...syi baru dlm dunia blog ni..kebetulan terjumpa blog kamu.minta izin share ye..
oh, mcm tu pulak..hari tu sy ada berdebat dgn seorang paderi kristian ni..dia ada tanya sy pasal jesus..
sy jwb je la apa yg saya tahu..tapi, bila saya tanya balik, & saya soal mcm2, dia x leh jwb..tak tahu la tu mcm mana dia skrg..
mtk2 Allah bukakan la hati dia..sama2 la doakan dia yer...insya-Allah, x payah nak ajak org masuk Islam :)
tugas kita hanya berdakwah. selebihnya hanya berserah.
bagi kristian, apa2 soalan yg x terjawab, mereka katakan tu adalah misteri..
terima kasih 4 info ye..dapat sedikit ilmu
Sape yang ikut sape ni...Tapi kita harus berjaga2.Mereka ini banyak skali helahnya.Umat Islam saja yang masih tak sedar.Masih saling menghancurkan sesama sendiri.Bangunlah wahai umat MUHAMMAD.......
Benar ke mazhab kristian seperti ini wujud? berhati-hatilah, jangan sampai kita terpesong akidah dan tersalah ikut imam.
tq...baru tahu....
pengikut mazhab ni mesti lebih mudah memeluk islam. tp betul ke mazhab ni wujud?
terima kasih dgn info anda. mohon share ye?
sukar nak membezakan kalau nampak dari pandangan biasa
sy pernah terbaca pasal agama nie...dan ustaz sy pon pernah menyebutkanya dlm naskah beliau...kalau tak silap sy mazhab nie berasal dr iran, mengikut katanya mazhab nie ortodoks sesuatu yg lama...mereka tak mencapur adukkan spt mana kristian skrg...kemungkinan besar kata ustaz sy mereka ahli kitab...wallahualam...semoga allah melindungi kita...amin
woi...mana da org kritian bersujud mcm tue, klau 'sister' mungkin juga... jgn slh terpilih info sudahlah... klau kritian masuk islam, pupuslah kritian..ko org islam kan?? ko cerita lah psl org islam...
sorry lah yer.
Moga allah beri kita kekuatan iman dan tidak berpaling dari ajaran yang sebenar
christian coptic terdapat byk di Egypt.
APA YANG BERLAKU SEMUANYA KEHENDAK ALLAH KITA HANYA MAMPU BERKATA-KATA, MELIHAT,MENDENGAR MENYALAHKAN ANTARA SESAMA MANUSIA.KENAPA,MENGAPA,SIAPA,BAGAIMANA..... SELALU DILONTARKAN SEBAB MANUSIA ADA AKAL BERFIKIR BAGAIMANA HENDAK BERMUSUHAN,BERDAMAI.....SEMUANYA SUDAH TERTULIS,MANUSIA BERUSAHA BERIKHTIAR TAPI ITU JUGA YANG TERTULIS SESUDAHNYA.TUNGGU SAHAJA SEHINGGA YANG TERTULIS DI AL KITAB KEHANCURAN ALAM AKAN BERLAKU JUGA KEBENARANNYA HINGGA MANUSIA TIDAK KENAL LAGI SIAPA DIRINYA SEMUA FANA DAN HANYA YANG TINGGAL...... 'A L L A H '
walaupon mirip tp sama kerana mereka menafikan kerasulan nabi Muhammad SAW dan tdak beriman dgn ajarannya mereka bknlah dari golongan Hunaif(agama tauhid sblm kedatangan islam).Firman Allah SWT didlm Al Quran pun tleah menybut"tiada agama yg diterima oleh KU selain Islam jd mereka ni mungkin sama tp x serupa.
Kristian ortodok,yahudi ortodok.zmn itu tak disebut agama kristian or agama yahudi.tapi ajaran para nabi atau ahli kitab dan ia dari sumber yg sama. cara mereka sembahyang dah ada sebelum kedatangan nabi terakhir.
Post a Comment