Kejatuhan Amerika, Petanda Israel Akan Menjadi Kuasa Dunia yang Tunggal
Amerika Syarikat kini berada di ambang menjadi sebuah negara Dunia Ketiga kerana negara ini masih terbeban dengan hutang yang banyak, pengangguran yang meningkat secara mendadak dan ekonomi yang terus memburuk kerana dollar Amerika di keluarkan dan dicetak tanpa sebarang cagaran. Ini menguatkan lagi teori yang mengtakan bahawa Israel akan menguasai dunia selepas kejatuhan Amerika. Pada ketika itu dollar amerika tidak lagi menjadi medium urus niaga sebaliknya 'invisible money' akan mengambil alih peranan dollar tersebut sebagai medium kewangan antarabangsa yang di kawal sepenuhnya oleh puak-puak New World Order.
Beberapa tanda amaran itu sudah muncul dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Tanda-tanda yang mungkin menunjukkan kejatuhan teruk Amerika dari sebuah negara Dunia Pertama menjadi negara Dunia Ketiga, termasuk peningkatan pengangguran dan kemiskinan.
Menurut Spiegel Online, Amerika Syarikat baru-baru ini menghadapi fenomena baru yang disebut "negara yang baru miskin."
Di Ventura California-sebuah bandar peranginan yang mewah-sekitar 20 peratus daripada penduduknya berisiko menjadi homeless atau tidak lagi mempunyai rumah.
Menurut Kapten William Finley, ketua tempatan dari Salvation Army, orang-orang yang dulunya kaya, yang telah kehilangan rumah mereka, kini terpaksa tidur di dalam kereta mahal mereka yang diparkir di sudut-sudut kota.
Selain daripada itu dia memberitahu bahawa dalam bulan-bulan terakhir ini, jumlah orang yang mengambil makanan dari program makanan meningkat menjadi dua kali ganda.Banyak dari mereka yang memandu BMW terpaksa menerima makanan percuma, tambahnya.
Isyarat lain yang menandakan kejatuhan terbesar Amerika adalah kehilangan rakyat kelas menengah.
Selama beberapa tahun kebelakangan ini, jurang antara orang kaya dan miskin meningkat dengan amat pantas, dan secara sistematik telah menghapuskan kewujudan kelas menengah di Amerika.
Ketidaksetaraan pendapatan di negara Uncle Sam juga telah mencapai tahap di mana hanya satu peratus sahaja dari rakyat Amerika sendiri yang menikmati jumlah keseluruhan kekayaan negara.
Itu bermakna bahawa jika sebuah CEO (Chief Executive Officer) rata-rata menerima pendapatan 30 kali lebih banyak sebagai pekerja biasa di tahun 1950, hari ini ia menerima bayaran sebanyak 300 kali ganda.
Sementara itu, dalam laporan tahunan Jabatan Pertanian AS menekankan bahawa sekitar 50 juta orang Amerika tidak mampu membayar makanan yang mencukupi pada tahun 2009. Ini juga menunjukkan tahap kesihatan semakin menurun.
Laporan itu juga menyebut bahawa satu dari lapan orang Amerika dewasa dan satu daripada empat anak-anak sekarang hidup bergantung pada kupon makanan dari kerajaan. Ini adalah angka yang luar biasa bagi sebuah negara terkaya di dunia, demikian kata Spiegel.
Setakat ini, ahli politik Amerika sendiri telah gagal untuk mengurangkan krisis yang semakin hari semakin berkembang.
Penerima Nobel bidang Ekonomi, Paul Krugman menulis pada bulan lepas bahawa "Cahaya akan menjauh dari seluruh Amerika." Hal ini disebabkan oleh fakta bahawa banyak warga Amerika tidak boleh lagi menghabiskan wang kerana mereka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi.
Rumah mereka telah kehilangan separuh dari nilainya, mereka tidak lagi memenuhi syarat untuk mendapatkan pinjaman-bahkan untuk pinjaman yang berbunga rendah, mereka menghasilkan wang kurang dari sebelumnya atau mereka sedang menganggur. Ini menyebabkan pengurangan atau kehilangan kemampuan mereka untuk membayar cukai.
Akibatnya, banyak bahagian dan daerah menghadapi defisit anggaran yang sangat besar. Di Hawaii, beberapa sekolah ditutup pada hari Jumaat untuk menjimatkan wang negara. Sebuah desa di Georgia telah menghapuskan semua perkhidmatan bas awam dan di Colorado Springs, sebuah bandar yang berpenduduk 380.000 orang, satu pertiga dari lampu jalannya telah dimatikan untuk menjimatkan kuasa.
Bahkan, Amerika Syarikat, yang ketika ini tenggelam dalam krisis menanggung hutang yang besar iaitu sebanyak 90% daripada KDNK (Produk Domestik Bruto), terancam oleh Zaman Es sosial yang lebih teruk dari negara itu yang pernah alami sejak era The Great Depression.
Inilah sebabnya mengapa bulan lepas, seorang kolumnis talian terkemuka, Arianna Huffington, mengeluarkan amaran hampir apokaliptik bahawa "Amerika sedang berada dalam bahaya besar; menjadi sebuah negara Dunia Ketiga."
0 comments:
Post a Comment