Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatican, dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies).
Setiap Pope yang dilantik di Vatican mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja para Pope tetapi para Bishop dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sunber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak mengkaji dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatican dan Dunia Kristian itu sendiri.Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera' peringkat pencerahan agung' (Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatican.
Pope John Paul II
Pope Benedict XVI
Setiap Pope telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran' mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, bishop hinggalah mencapai pangkat Pope sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyk rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ni telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Amat terpaksa. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah. Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian. Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam.
Tentu anda ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Pope atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Rahsia yang akan saya beritahu ini adalah bertaraf'Rahsia Dalam Rahsia'. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Master berpangkat 33 Darjat Freemason atau Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).
Para pengikut Freemason itu sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya 'Pencerahan' - Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.
Juga, para pengikut Kristian juga tidak tahu tentang Dua Rahsia Terbesar yang mati-mati disorokkan paderi-paderi besar mereka.Pope Vatican di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatikcan sehingga diwujudkan banyak kod rahsia, lorong rahsia dan bilik rahsia dan segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah ( The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, akan memimpin anda kepada satu 'Zikir Agung'.
Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan air matanya. Sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama 'takdir' Sang Iblis. Ingin saya maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah-Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari 'makmal' penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan Kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.
Skrol Nag Hammadi
Rahsianya tersembunyi di sebalik lambang Papal Vatican ini.
The Keys To Kingdom Of Heaven
2 Orang budak kecil melambangkan kunci dan menjunjung tiara/ mahkota. Ini adalah antara kod-kod rahsia yang ditinggalkan.
Dua Rahsia Sulit Terbesar Dua Kunci Rahsia
Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Pope Vatican sebagai Ketua Kristian Katolik dan pemerintah negara Vatican. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang Satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Pope Vatican. Bagi penganut Kristian yang tidak mengkaji, tiada ap yang istimewa dari lencana Pope ini. Tapi bagi para pengikut Illuminati peringkat tertinggi,lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang amat terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee ,Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dlm tulisan-tulisan ,melakarkannya dalam lukisan-lukisan ,mengukirnya pada ukiran-lukisan, mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia,petunjuk-petunjuk dan kata kunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.
Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang
Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa 'pendoktrinan palsu' oleh para Elit dalam 'secret societies' yang mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut saja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada Kristian. Sehingga para Pope sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Pope kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason.Para Bishop dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatican. APA YANG ANDA INGIN BUAT JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA? Ini adalah kuasa yang amat hebat,dan inilah yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini.Amat bodohlah The AntiChrist/ Dajal jika mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan untk menakluk dunia.KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD YANG DIGERUNINYA.
Dunia Kristian harus dikawal sebaiknya.Jika tidak ,dikhuatiri mereka akan terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa a.s) dan beramai-ramai mencari agama yang diredhai oleh Allah s.w.t, agama yg benar, Islam.Sebab itu siapa yang menjadi Kardinal dan Pope adalah penting bagi The AntiChrist.Amat penting.Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi.Ini adalah lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar.Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Pope dan paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba peringkat tinggi Illumination of AntiChrist & Azazel.
Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin kita kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar..Dua kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Pope atas arahan Church of Lucifer supaya jangan diketahui oleh para pengikut Kristian. Sudah tentu anda ingin tahu dan ingin melihat kunci-kunci rahsia ini.Sudah tentu anda ingin tahu apakah petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang.The Papal Crossed Key yang penuh rahsia.Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang ini, saya akan membawa anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel,untuk membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer.Pada ketika-ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, KINGDOM OF HEAVEN dan bergurau senda dengan para Malaikat 'Angels' yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.
Untk menjejak rahsia The Crossed Key,mari kita sama-sama telusuri apakah maksud di sebalik Dua Kunci Bersilang ini.
The Secret Beyond The Crossed Key
Lambang ni berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa a.s) kepada Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah (Petros dlm bahasa Greek,Cephas dlm bahasa Aramaik Kuno,Bithrus dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah,Simon Peter,Simon atau Simeon atau dalam sebutan Arab Syam'un)..Seorang Yahudi Galilee (arab, al-Jaleel) yang berasal dari Bet'shayid (Bethsaida) sebuah kota di timur sungai Jordan.Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun dgn bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani). Bahasa yang sama digunakan oleh Isa a.s dan kitab Injil yang asli. Saint Peter (atau Petrus) inilah yang diabadikan namanya pada ibu pejabat Pope Vatican,St. Peter Basilica yang terkenal itu. Beliau termasuk dlam 12 sahabat Nabi Isa a.s (Twelve Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam AlQuran.
St. Peter Basilica
"Maka tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah ; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri"
-Surah Ali Imran 3:52.
"Dan (ingtlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepada AlHawariyyun,’ Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku’. Mereka menjawab,’Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang2 yang patuh (kepada seruanmu)"
-Al-Maidah 5:111.
Sudah pasti St. Peter (St.adalah singkatan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran itu.Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa a.s:
The Twelve Apostles.
1. Peter
2. Andrew
3. James
4. John
5. Philip
6. Bartholomew
7. Matthew
8. Thomas
9. James
10. Thaddeus
11. Simon the Zealot
12. Judas Iscariot
St. Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Bishop pertama. Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom yang beragama pagan ketika itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero, Maharaja Rom ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri yang merasa tidak layak disalib pada posisi yang sama dengan Nabi Isa a.s (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan dalam Islam) di lapangan Nero (Nero's Circus) berdekatan Obelisk Vatican yang kemudiannya diletakkan di hdapan St. Peter Basilica pada hari ini.
Obelisk Vatican
Crossed Key di dalam lencana Pope adalah perlambangan kepada KUNCI-KUNCI KERAJAAN TUHAN 'KINGDOM OF HEAVEN' yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada sahabatnya itu (Peter)
"And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven."
-Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)
Maksud dalam Bahasa Melayu, saya terjemahkan.
"Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga."
Kata kunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.
Apakah dia kunci utuk membuka Kingdom of Heaven itu? Adakah Jesus (Isa a.s) telah membukakan rahsianya kepada Peter?Apakah kunci Syurga itu?
Ini adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Pope.Amat penting sehingga ramai paderi diracun dan para Bishop dan Kardinal diugut.Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana DUA KUNCI RAHSIA BERSILANG INI.Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter? Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible? Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea?
APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?
Untuk menjawab persoalan Ini, saya kongsi dengan anda satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan sorang paderi Katolik.Kisah ni menyimpan banyak rahsia besar.Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatican.Dan apakah fungsi AlQuran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatican. Kisah ni saya petik dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah.
Paderi & Kunci Syurga.
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."
Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"
Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."
Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "
Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"
mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
Saudara islamku sekalian!
Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.
Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan lepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.
DUA KUNCI SYURGA YG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.
Miftahul Jannah. Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu.Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yg tidak dapat menerima kehadiran sorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab. Junjungan besar kita.. Nabi Muhammad s.a.w.
Sedikit rujukan 'Miftahul Jannah' dari sumber Islam:
Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)
Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga" (HR. Hakim)
Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”
Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”
'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yg dimaksudkan darinya.
Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)
Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter,tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab,tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya.
Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata:
"Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".
(Al-Saff 61:6)
Juga di dalam kisah Nabi Isa:
Telah sekian lamanya Nabi Isa as melakukan perjalanan untuk menjalankan ibadah. Pada suatu saat, dalam perjalanan beliau melihat sebuah gunung yang tinggi. Kemudian beliau mendaki gunung itu. Sesampainya di puncak gunung, Nabi Isa as melihat batu besar berwarna putih seperti air susu yang sangat indah. Beliau pun menyaksikan batu itu dari dekat dan mengagumi keindahannya.
Ketika sedang mengamati batu indah itu, Allah swt menurunkan wahyu kepada nabi Isa as: “Wahai Isa, senangkah bila Aku menampakkan kapadamu sesuatu yang menakjubkan bila engkau melihatnya?”
“Ya” jawab Isa.
Tiba-tiba batu itu terbuka dengan sendirinya dan membuat nabi Isa terkejut. Di dalam batu itu terdapat seorang syekh yang sudah tua, di tangannya memegang tongkat biru dan di hadapannya ada anggur yang masih segar. Ketika itu ia sedang melakukan solat.
Dengan hairan nabi Isa bertanya, “Ya syekh! Bagaimana anda dapat hidup di dalam batu ini?”
“Tidakkah anda lihat anggur segar di depan mataku ini? Ini merupakan rezekiku sepanjang hari” sahut syekh itu.
“Sejak bilakah anda beribadah pada Allah di dalam batu ini?” Tanya Nabi Isa lagi.
“Sejak empat ratus tahun lalu” jawab syekh.
“Ya Allah. Sungguh aku tidak dapat membayangkan bila ada di antara makhlukMu yang lebih mulia dari orang ini.” Kata Nabi Isa dengan suara agak halus.
Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada nabi Isa:
“Sesungguhnya akan datang suatu umat, iaitu umat Muhammad saw. Jika mereka beribadah kepadaKu dengan sungguh-sungguh, maka kedudukan mereka lebih mulia bagiKu daripada orang yang beribadah selama empat ratus tahun ini.”
“Ya Allah, betapa beruntungnya umat Muhammad, dan betapa bahagianya aku jika Engkau jadikan aku umat Muhammad” kata Nabi Isa as.
Terdapat banyak lagi sumber-sumber yang menceritakan seperti perkara-perkara di atas dan sememangnya Nabi Isa a.s (Jesus) adalah rasul yang diutuskan Allah s.w.t untuk membawa agama-Nya.Tetapi setelah Nabi Muhammad s.a.w diutuskan,syariat ajaran Nabi Isa a.s dan lain2 rasul atau nabi (syariat,bukannya akidah atau konsep agama Allah) adalah automatik terbatal (di mana jika kaum Nasrani benar-benar mengikut ajaran Isa a.s/Jesus mereka hendaklah memasuki agama Islam) dan hanya Islamlah sahaja agama yang benar.
Sabda Rasullah s.a.w:
Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. (Riwayat Bukhari)
Firman Allah:
Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam.
(Ali Imran ayat 19)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
ALLAHUAKBAR...dialah yang menciptakan langit dan bumi...dan Dia lah raja kepada raja...لااله الا الله ومحمد رسول الله
YA ALLAH. engkau lah tuhan kami dan engkau yang mencipta kami YA ALLAH ampunilah dosa2 kami dan tunjuk kan lah kejalan yang engkau redhoi.
bodo punya blog,.mana lu dapat sumber ni,.aiyo.,patut la,dasar anak muhammad kaki penipu,.
sesungguhnya nabi Muhamad pernah berkata : sesiapa yang mencari agama selain daripada islam, maka diakhirat nanti orang tersebut termasuk dalam golongan orang yang rugi. harap ini dapat menginsafi buat saudara yang nicknamenya 'islam murtad' dan juga kepada orang lain
Ini bermakna kristian itu pon agama islam ke?
Assalamualaikum..kepada manusia yang meletakkan nama islam murtad. Terimalah bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Sesungguhnya jika anda tidak menerima islam. Tanda ahli Neraka bagi saudara sudah jelas. Jika benar anda ingin menentang islam. Saya akan cari saudara sampai dapat.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud " Adam adalah Islam dan semua para rasul dan nabi adalah islam " riwayat imam muslim, bukhari dari kitab al bidayah wa nihayah ibnu kathir. Sejak zaman Adam a.s. lagi agama islam telah diturunkan malah Isa a.s. juga adalah islam oleh kerana itu tiada agama yang diredhai Allah melainkan Islam dan syariat Islam dahulu telah dilengkapkan sekarang dengan Nabi Muhammad s.a.w dengan mukjizat Alquran.
islam murtad... kau la bodo yg g bca blog ni wat pe... BODOH...
alahai si murtad berapa sangatlah usia kau hidup di dunia ni 80tahun 60 ,40,entah esok kau mati disambar petir,dlm kubur seorang diri,kalu nak rasa matilah hari ini ,kami tak nak jadi bodoh macam kau,biar jasad hancur roh akan tetap tersiksa selamanya,insaflah,biar kami masih tak layak utk syurga Allah,namun mati tanpa kalimah laaillaha ilallah tiada dalam kamus kami.hai si murtad kau nak ikut iblis,sedangkan iblis ciptaan Allah yg di laknat..rugilah selamanya tiada hujungnya penghuni neraka...ingatlah kau duduk di bumi,makan,minum,sedut udara,melihat,dgn deria yg lain,adalah atas rahmat Allah,sedar dirilah sikit tak malu punya murtad.by saba
alahai si murtad sesungguhnya kau tak layak lagi utk tinggal di bumi Allah,carilah kau dunia lain tak malu,tapi kau nak cari dimana kesian kerna semua Allah yg punya mau menumpang di bumi Allah,buatlah cara menumpang,kau ni ngam diturunkan di marikh yg tiada udara,2 saat kemudian kau akan merayu ya Allah"ampunkan aku sini tiada udara tiada mahluk yg lain pasti aku mati dalam berapa saat lagi tlng kembalikan aku di bumi aku akan sentiasa ber amal soleh 24 jam....cubalah selami andai ianya terjadi gunakan akalmu tu yg saya rasa masih berfungsi...kecuali engkau di lahirkan gila...murtad shorting..ikhlas dariku fikir umat
Tolong lah saya,,,,,,,,saya mau masuk kristen asalkan di kitab sucinya bibel ada pernyataan dari yesus yg mengatakansbb: wahai umatku sembahlah aku krn aku adalah allah,,,,,!.
mohon carikan kalimat itu,,,,,,,,please......
Tidak perlu saudara2 pembaca blog merasa gusar dan tertekan atau marah kepada pengkomen seperti yg namanya islamurtad itu. Sememangnya Iblis dan kuncu2nya akan tetap saja ada hingga lah hari kiamat. Mereka terlepas di dunia tetapi tiada yg akan lepas dari penghitungan-NYA. Mereka boleh bersembunyi tetapi tidak akan lepas dari pemerhatian-NYA. Mereka tahu Isa itu Rasul tetapi mereka memaksa hati untuk menerimanya sebagai Tuhan, meski tahu kalau Isa itu hanya manusia adanya. Laksana Iblis yang tahu akan Hakikat akan kebenaran Allah tetapi tetap saja ingkar kerana kesombongannya. Mereka telah memilih jalannya maka itu adalah hak mereka. Sekiranya Allah mahu maka semua makhluknya nescaya tiada yg akan kufur ingkar melainkan semuanya akan mentauhidkan DIA. Tetapi sedarlah bahwa inilah kebebasan dan ujian iman terhadap makhluknya yg bergelar manusia. Nabi SAW juga tidak pernah memberi ugutan kpd musyrikin yg menantang atau bahkan mengugutnya. Lebih baik kita gusarkan keperibadian diri kita sendiri. Jgn risau soal keimanan orang lain. Lebih baik bertanya kpd diri sendiri, sudah sejauhmana ketakwaan kita. Tugas kita hanya menyampai, soal hidayah terserah ALLAH adanya. La ikra hafiddin.
Post a Comment