Kita Selesa Kerana Kita Tidak Nampak
Assalamualaikum.
Saya baru sahaja membaca satu artikel.Artikel yang bertajuk Gambar-Gambar Pertempuran Terbaru Di Palestin.
Ada beberapa gambar diletakkan di situ.
Rakyat Palestin melemparkan batu ke arah pasukan Israel di Jerusalem Timur pada Selasa, 16 Mac, sebagai sebahagian dari protes, di mana Israel tidak mahu membatalkan rancangan kontroversial mereka membangun 1,600 unit rumah baru. Palestin tak pernah berharap menjadikan Jerusalem Timur sebagai ibukota mereka.
Para demonstran Palestin menolak sebuah kontainer sampah yang mereka gunakan sebagai pelindung selama pertempuran. Lebih dari 40 warga Palestin cedera dalam pertempuran tersebut, dan hanya sembilan orang Israel, menurut Haaretz.
Pasukan polis mengejar seorang demonstran Palestin. Rakyat Palestin juga bereaksi terhadap pembangunan Sinagog Hurva di Yahudi di Kota Lama Jerusalem . Pembangunan ini menurut rakyat Palestin sangat membahayakan Masjid Al-Aqsha berhampirannya.
Seorang polis Israel yang menyamar, menawan seorang remaja Palestin. Beberapa Anggota Arab Israel di Knesset mengecam rancangan bangunan Israel. MK Jamal Zahalka berkata, "Siapapun yang membangun permukiman di Jerusalem sama saja dengan menggali kuburan untuk perdamaian."
Polis perbatasan Israel menangkap seorang pemuda Palestin sewaktu demo di kem pelarian Shufat. Israel memperketat pembatasan terhadap warga Palestin yang akan mengunjungi Temple Mount.
Lihatlah bagaimana mereka, tentara Israel itu memperlakukan rakyat Palestin, pemilik asli tanah yang mereka rebut dan duduki sekarang ini.
Seorang anak Palestin berjalan melewati pasukan Israel selama pertempuran. Jika tidak ada kamera media antarabangsa, anak ini tidak mustahil akan menjadi sasaran juga.
Sekarang,saya ingin bertanya,kita semua tahu bukan bahawa umat Islam itu bersaudara?
Tetapi,ada beberapa persoalan di sini yang ingin diajukan.
Ya..
Persoalannya,apakah yang kita lakukan pada waktu dan saat ini sementara masih ramai saudara kita yang ditindas pada saat ini?
Mari baca penulisan ini dan muhasabah diri kita.
1) Kita semua tahu bahawa ada saudara kita di dunia sebelah sana yang sedang ditindas, tetapi untuk mengetahui suatu hakikat itu sahaja tiada guna. Kebanyakan dari kita seperti sudah kebal dengan isu ini. Malah, ada masanya di mana kita tidak berminat langsung untuk mengetahui apakah yang berlaku di sana. Lihat sahajalah di dalam surat khabar. Bahagian manakah yang kita baca dahulu? Apakah reaksi kita apabila membaca isu ini?
2) Kita hanya kecoh dengan isu Palestin apabila media-media mula memperbesar-besarkan isu ini. Tidak konsisten. Semasa media mula menghebah-hebahkan isu ini, muncullah golongan di kalangan kita yang baru hendak bangkit memprotes. Tetapi, protes itu tidak lama biasanya. Hanya berbekalkan semangat protes-7-hari, kemudian senyap.
3) Kita juga ada buat kempen boikot. Tetapi, adakah boikot kita itu benar-benarboikot? Atau kita bersikap bias? Cakap sahaja tidak guna. Berkorban dan bersikap seriuslah sedikit dalam melaksanakan kata-kata.
4) Sebenarnya dalam isu ini, emosi tidak boleh digunakan. Ya. Tiada guna langsung emosi itu. Kebanyakan dari kita ,apabila melihat sahaja isu ini dipaparkan di dalam berita (media), segeralah kita menjoin group di Facebook yang berbunyi SAYA BENCI *******. Kemudian, kita mencarut-carut di dalam group itu. Adakah itu akhlak umat Islam? Adakah menyertai group-group buang masa di Facebook dapat mengubah dunia?
5) Sedang saudara kita ditindas, kita menikmati keamanan secara tidak bersyukur. Kita katakan kita saudara mereka, tetapi kita masih menyokong syarikat-syarikat pihak yang menyerang mereka (kritikan kepada diri sendiri juga). Kenapa? Susah sangat ke hendak tegas dalam menyatakan ke-tidak-setuju-an kita? Malah masih ada dari kita yang berbangga lepak Starbucks. Urban katanya..
6) Kita juga masih memikirkan model handphone apakah yang mahu ditukar pada esok hari, masih lagi mahu memikirkan kereta apakah yang mahu dibeli. Maksudnya, masih memikirkan bagaimana hendak memuaskan nafsu sendiri pada ketika umat Islam di seluruh dunia ditindas.
7) Agak menghairankan apabila sembahyang pun tidak dijaga, tudung pun tidak dipakai, ada di antara kita mengimpikan menyertai pasukan tentera Imam Mahdi. Begitu konfiden sekali mereka mengatakannya. Tetapi, yang wajib tidak dibuat? Atoi,atoi..Ini menunjukkan bahawa banyak pemahaman pelik-pelik muncul dalam masyarakat kita, kerana kurangnya ilmu. Kita hanya berminat untuk belajar perkara-perkara mistik sahaja. Atau dalam kata lain, perkara fun. Fikirkanlah.
8) Anak muda kita juga hanyut dilanda masalah yang amat besar. Tewas dari pelbagai sudut. Yang menang adalah musuh kita.
9) Tanya diri kita, do we really care about them? Atau sekadar berbicara kosong sahaja. Jangan begitu. Jangan jadi umat yang hanya pandai beretorik.
Apa yang hendak disampaikan di sini adalah, bukannya hendak menyuruh kita mengangkat senjata pergi ke tempat mereka membantu.
Sememangnya sukar bagi kita kerana mereka jauh di sana.
Tetapi,ada perkara yang kita boleh buat. Tahukah anda? Perkara ini sebenarnya tidak payah kita hendak buat campaign besar-besaran, cukuplah mulakan dengan diri kita dahulu. Kemudian, suruh keluarga kita, kemudian jiran kita dan begitulah seterusnya.
Apakah perkara itu?
Kita (umat Islam yang diberikan Allah nikmat keamanan sementara di dunia ini) kembalilah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.Hayati maksudnya.
Dan juga kita lakukanlah perkara-perkara di bawah ini :
-Tunaikanlah solat 5 kali waktu sehari.
-Hentikanlah maksiat di dalam diri.
-Hentikanlah hiburan tahyul melampau.
-Sudah-sudahlah menonton rancangan televisyen tidak henti-henti.
-Bersikaplah serius dalam menegakkan agama Allah SWT.
Selain itu,kita juga hendaklah :
-Jangan buang masa duduk di warung kopi/Facebook berbalas-balas hujah atas isu bodoh.
-Berdoalah kepada Allah agar diberikan bantuan/petunjuk/hidayah kepada kita.
-Jangan membazirkan duit anda dengan benda-benda tidak berfaedah. Baik dermakan duit itu ke badan kebajikan atau terus ke tangan pihak yang layak mendapat bantuan.
Itulah..
Kadang-kadang terasa lawak juga melihat ada wanita/lelaki di Facebook,menyertai group "ISLAM ITU BENAR!" tetapi seminit selepas itu mereka menyertai pula group"ARTIS WANITA COMEL".
Adakah itu Islam?
Hati itu penting..
"Semoga Allah merahmati seseorang hamba yang serius memerhatikan niatnya. apabila niatnya kerana Allah SWT, maka ia terus berjalan; dan apabila bukan kerana Allah, ia berhenti tidak meneruskan amalan tersebut." (Imam Hassan Al-Basri)
Kemudian, ada juga orang. Yang suka bermain dengan perkataan-perkataan kafir.
Jangan begitu. Jangan serang agama orang lain sesuka hati.
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." [6:108]
Allah tidak menyuruh kita memaki-maki sedemikian. Sebaliknya, kita yang patut menjadi contoh kepada mereka yang bukan Islam.
Patutnya, kita tunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Barulah mereka tertarik kepada Islam. Tetapi, jika kita sendiripun buat status emo di Facebook dan peratusan jenayah di Malaysia dikuasai kita yang kononnya mengaku umat Islam, bagaimanakah orang hendak tertarik kepada Islam?
Orang tidak akan hormat kita, jika kita sendiri pun tidak hormat dan memperbetulkan diri kita sendiri.
Juga,apakah yang lain kita perlu lakukan?
Bersikap seriuslah kita di dalam kehidupan.Jangan asyik bergelak ketawa.
Cuba fikir ,saudara kita sedang mati ditembak di sana, kita boleh bergelak ketawa? Dan kepada wanita,janganlah kerana isu-isu kecil, anda marah kepada ibu bapa/rakan anda. Ingatlah. Kita semua saudara. Bermaaf-maafanlah sesama kita.
Jangan juga menikam belakang. Jangan mengumpat. Mengumpat itu dosanya lebih besar dari zina.
"Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang yang melakukan umpatan tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) (Sedikit renungan untuk diri sendiri dan anda semua)."
Kembalilah saudara-saudaraku.
Sudah-sudahlah kita dilekakan. Ini semua mainan syaitan sahaja hiburan ini. Kembalilah..
Ini bulan Julai pengaruh World Cup pula sudah tiada,berhentilah kita dari terus bersuka-ria menyokong pasukan "kegemaran" kita. Pada bulan Jun dulu kita telah lupakan segala masalah serta isu yang melanda saudara-saudara kita, atas alasan semangat kesukanan kononnya.. Lihatlah, begitu mudah mereka mempermainkan kita. Aduh.. Sebentar lagi akan tibanya Bulan Ramadhan, jangan pula kita tewas dengan BPL (liga Inggeris) yang bakal bermula nanti, banyakkanlah ibadat dan Tekadkan hati.
Tahukah anda Palestin sudah tiada kewujudannya di dalam Google Maps?
Hurmm..
Sudah-sudahlah tu berhibur dan leka..
Saya menulis untuk mengingatkan diri saya juga.
Semoga mendapat sesuatu di sini.
Anda juga boleh menonton video ini sebagai tambahan maklumat kepada anda.
Kesimpulannya, satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah melalui ilmu, yakni kembali kepada sumber ilmu kita iaitu Al-Quran dan Hadis.
Jika tiada ilmu ,itulah yang membuatkan kita emosi semacam tu bila mereka lontarkan kita dengan beberapa isu.
Sekian dari saya buat masa ini. Sememangnya kita memerlukan masa untuk berubah, tetapi, jangan memanjakan diri terlalu banyak. Bimbang tidak sempat untuk berubah. Juga, disiplin dan berilah ketegasan kepada diri dalam melakukan perubahan.
Dan, diingatkan. Jika anda benar-benar mahu berubah, sememangnya banyak golongan yang akan menentang anda. Bersabarlah. Berdoalah kepada Allah SWT.
10 comments:
As salam.
Saudara,
Saya mmang simpati atas kekejaman yang berlaku di palestine apabila melibatkan saudara seislam. tapi pada pandangan saya untuk kita bantu mereka adalah amat sdikit yang dapat dilakukan. Kesedaran dr bangsa mereka sendiri dan apa pengorbanan yang mereka sendiri perlu hadapi. pada pendapat sya yang x berapa ini, mereka sendiri telah dipecah perintah oleh israel. walau pun ada yang menentang spt pertubuhan hamas, tetapi ada juga yang menjadi talibarut kepada pihak zionis ini. kemungkinan pihak zionis mengugut atau pun menyogok pihak2 talibarut ini. Bagi saya inilah masalah utama rakyat palestine. kita sibuk2 nk bantu tetapi mereka sesama sendiri bertelagah. sebenarnya mereka prlu ada 1 org pemimpin yang blh menyatukan mereka semua. saya percya bila ini terjadi secara x langsung impak yang lbh positif akan terjadi.Wallahualam.
Alhamdulillah..saya cume seorang remaja perempuan yang hampir tersesat di jalan dunia..Tahniah..nasihat saudara, walaupun sangat kecil tapi amat menyentuh hati. Terima kasih, atas perkongsian ilmu..sama ada yang disedari ataupun tidak.
Assalam....itu lah permasalahanya....
nnn
salam...lama dah tak masuk dunia maya ni....eratkan perhubungan dgn tuhan...cuba kenali tuhan dan diri kita sendiri...banyakkan baca buku agama dan dengar ceramah...lagi baik hadiri kelas2 agama kat surau atau masjid..cuci hati..banyakkan zikir...jangan terlalu asyik sgt kat dunia maya lupe pulak waktu solat.biasakan solat awal waktu..pergi masjid ke tak...bila masa kita nak dpt jemaah subuh sama dgn jemaah jumaat...pakaian kite pulak sebaiknya semua umat islam pakai ikut nabi saw barulah ade kelaian antara islam dengan agama lain....fikirlah...kita semua dah jauh ...(cara hidup)akidah ok lagi...(islam=berserah=tawakal)tapi kita takut takde duit.kawan.umah..so..di mana kita...ape yang tuhan inginkan hanya kita semua jadi macam nabi saw(baginda lah idola kita)...kalau manusia biasa taraf wali dah tu...so semua orang islam adalah wali...ape ade pada kafir..
Saya pula simpati BANGSA MELAYU yg sehingga June 2012 yang masi LAYU dan tak mampu berdaya saing dengan BANGSA LAIN yg ada di Malaysia....the percentage is too small be compared...KESIAN MELAYU...masih lagi punyai sikap salahkan kerajaan...antara yang PALING KETARA tak bekemampuan berbahasa Inggeris...kalau nak ajar anak2 berbahasa Ingeris...APA YG SAYA PERHATIKAN di Pasaraya atau public area sekadar perkataan "cat"..."fish" dan "CAT"....kesian bagsa ku yang MASIH DITAHAN TAHUN 50% interm of achivements percentage.
KESIANLAH BANGSA SENDIRI DAHULU yang MASIH LAYU....lupakan dahulu bangsa lain dinegara luar tersebut
layu dan layuuuuuuuuu bangsa ku
nasib baik di Malaysia ni ada Muslim bangsa India....IF NOT WE MALAY will be no where.....MELAYU MELAYU
salam , pada pandangan saya kita rujuk quran , fahamkan , telitikan , , kajikan , sejarahkan baru nampak allah suruh kita buat utk tangani apa jua masalah , kerana yg mengarang buku itu bukan manusia yang lemah tapi allah yang menciptakan semuanya , kerajaan allah lah langit dan bumi kataNya , jd dialah hakim yg hak atas ciptaanNya kataNya , jangan ambil hakNya sebagai hakim .
Post a Comment