80,000 Warga Moscow Berjemaah Menyambut Aidiladha

>> Tuesday, November 8, 2011


Beribu-ribu umat Islam merapatkan bahu sesama bahu dalam menunaikan Solat Aidiladha dalam kedinginan bandaraya Moscow, Russia.

Dianggarkan jumlah penduduk Islam yang menetap ataupun bekerja di Ibukota Russia itu sekitar 2 hingga 5 juta, tetapi tidak mempunyai masjid yang mengcukupi.

Polis memberitahu bahawa sekitar 170,000 berjemaah menunaikan Solat Aidiladha di bandar Moscow termasuk 80,000 orang yang bersama-sama menunaikannya di luar masjid utama di Moscow iaitu masjid yang telah mencapai usia 100 tahun pada september lalu, Masjid Cathedral. Sebuah masjid lagi akan dibina untuk menampung keperluan umat Islam yang semakin ramai di bandaraya ini.

Masjid Cathedral, Moscow

Ramai dari kalangan yang sudi mengharungi cuaca sejuk yang mencapai 8 darjah celsius ini untuk bersembahyang terdiri daripada pendatang yang berasal dari bekas tanah jajahan Soviet yang terletak di tengah-tengah benua Asia.

"Sudah tentu beberapa masjid baru diperlukan" kata Muruv, seorang pekerja kedai yang berasal dari Tajikistan. " Tengok betapa ramai yang berada di luar masjid dan jalanan dan disini amat sejuk. Kami berdiri disini menunggu solat sejak pukul 6 pagi lagi dan disini tidak mempunyai kemudahan".

"Kami sebagai rakyat Russia Muslim, berbangga dengan tanah kelahiran kami, Russia, dan kami cuba sedaya upaya untuk membuatkan Russia bangga pada kami, kebudayaan kami dan sumbangan kami dalam memajukan negara kami", Kata Ketua Mufti Russia, Ravil Gainutdin di dalam khutbah Aidiladha.

Ravil Gainutdin

Suasana Pagi Raya Aidiadha Di Moscow







3 comments:

yusuflaili(Goku) November 8, 2011 at 12:02 PM  

salam;
nasib rakyat islam lebih buruk jika dibandingkan islam di malaysia.

Unknown November 9, 2011 at 10:27 PM  

subhanAllah...

Anonymous July 24, 2012 at 11:53 AM  

Subhanallah....
Dulu saya pun pernah tngk tv berkenasn ini. Dan depa tngah perjuangkan syariah law and court untuk depa...pakai. Alhamdulillah. Sama2 kite membantu.....dan berdoa.... Menuju kejayaan buat mereka.....

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP