Kisah Nabi Musa a.s Dengan Seekor Burung Helang

>> Tuesday, November 29, 2011

Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun , tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.

Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini".

Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?"

Jawab burung itu : "Dari burung helang yang mahu memakan aku."

Burung itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata 

Burung helang berkata : "Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."

Nabi Musa berkata : "Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya."

Jawab burung helang : "Daging kambing tidak sesuai bagiku."

Selanjutnya burung helang itu berkata : "Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti."

Jawab Nabi Musa a.s : "Baiklah kalau demikian."

Kemudian Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.

Melihat yang demikian ini Yusa' bin Nun berkata : "Wahai Nabi Allah, apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini sahaja?"

Maka burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya. Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya : "Aku sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat Mikail. Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari qadha' Tuhanmu atau tidak."

Memang kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula.

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sabar itu ada tiga:
  1. Sabar terhadap bencana.
  2. Sabar berlaku taat.
  3. Sabar menjauhi perbuatan derhaka.

Barangsiapa sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan bumi.

Barangsiapa sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh.

Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi."

5 comments:

Unknown November 29, 2011 at 2:22 PM  

Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ini --abah khalisha

Hakim Mahmud November 29, 2011 at 7:27 PM  

saya kagum dengan entri ini terima kasih kerana sudi letak entri, dan satu lagi saya ingin bertanya boleh tak tuan sumbangkan sedikit trafik kepada blog saya sebab saya hanya ingin tampung trafik di blog saya untuk apply innity, mungkin tuan masih ingat yang saya lah orang yg komen di blog tuan dulu yg menyuruh tuan apply innity untuk buat duit dgn blog sbb dulu saya lihat blog tuan bagos tapi iklan takde rugi, kalau tuan sudi menyumbang sedikit trafik saya amat menghargainya, nanti saya bgi SCRIPT untuk diletakkan dlm blog tuan kalau tuan berminat komen di blog saya ok.

biT December 2, 2011 at 5:12 AM  

dan sabar menjauhi derhaka nyata paling susah untuk dihadapi..

sebagai anak,isteri,rakyat,dan sebagai hamba Allah..

Anonymous December 2, 2011 at 9:03 AM  

dari al-azhar..
Salam..blog ni slalu saya baca kerana info yg menarik,tp alangkah baiknya kalau admin dapat membezakan antara yang shohih dan israilliyyat macam cerita kat atas..
Saya lulusan tafsir azhar,sangat terkesan dengan israiliiyyat dalam cerita agama kita,antara hujahnya,kita mengambil ibrah atau pengajaran sahaja,tapi agama kita - wahai saudaraku yang ku hormati - menekankan sumber yg shohih..
Kerana inginkan info yg berfaedah dr admin,saya mengutarakan teguran ini sebagai peringatan bersama..

norliaarshad July 21, 2017 at 11:20 AM  

Good

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP