Syiling Baru Malaysia - Malaysia Dijajah

>> Monday, August 15, 2011

Duit Syiling Malaysia yang akan dikeluarkan

Duit syiling baru edisi ketiga yang akan dikeluarkan pada tahun depan. Tahukah anda bagaimana rupa bentuk duit syiling baru edisi ketiga tersebut?Tahukah anda apa yang akan anda lihat jika anda perhatikan duit syiling baru edisi ketiga tersebut dengan teliti? Sebelum saya menceritakan lebih lanjut tentang persamaan itu, mari kita tengok ciri-ciri duit syiling baru Malaysia edisi ketiga ini melalui sumber dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:


Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘Bank Negara Malaysia ‘sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

Pengaruh Israel

Berbalik tentang cerita disebalik lambang-lambang di syiling ini, kita mungkin terkejut melihatnya. Sebuah negara Islam telah menggunakan lambang Israel sebagai lambang rasmi di atas syiling. Mungkin bagi sesetengah pihak ini adalah kebetulan. Tetapi adakah pihak BNM tidak mengetahui sensitiviti umat Islam? Atau ini hasil dari cmpur tangan pihak luar?

Mungkin gambar di bawah ini boleh menerangkan apa yang saya ingin sampaikan. Cuba anda lihat dan teliti reka bentuk duit syiling baru edisi ketiga tu dengan lambang bendara Israel.


Telah Lama Dijajah

Sebenarnya ini adalah bukan isu baru. ini adalah kesenambungan dari kisah logo BNM itu sendiri yang amat meragukan.

Cuba kita kaji lambang pada logo bank negara. Ramai yang menganggap ini adalah lambang kijang atau rusa, tetapi kijang dan rusa ekornya tidak panjang. Cuba pula anda google images, pharaoh dog. Lihat sama atau tidak dengan imej logo bank negara. Hasilnya:



Logo Bank Negara kelihatan seperti Pharaoh Hound. Ada kemungkinan logo itu berasaskan Firaun kerana Pharaoh Hound itu juga adalah lambang kepada Mesir Kuno.

Jika kita mengkaji lebih dalam lagi, anjing ini begitu suci di dalam masyarakat mesir kuno. Anubis adalah salah satu tuhan dari berpuluh-puluh tuhan mesir kuno.


Anubis

Cuba bandingkan gambar-gambar ini dengan logo bank tersebut. Agak sama kan dibandingkan dengan kijang.

Cuba kita berfikir sejenak.

33 comments:

Arrr August 15, 2011 at 6:16 PM  

salam, pndpat sy ttg syiling tu, kn itu diambil dr simbol orang asli? kalau sama dgn bndera israel pun, kan ada bnyak masjid yg ada lambang mcm tu? kn asalnya lambang itu di solomon's temple? (sulaiman)
harap dikaji semula. selamat berbuka.

Anony3.28am August 15, 2011 at 6:20 PM  

Salam untuk semua saudaraku,

Diharap semua blogger(x kira pro manapun) berhenti bergaduh sesama kita. Kita semua tegar jadikan tema Gerakan Anti Komunis dan Kami Sokong Jais dlm blog masing2 sebagai tema perpaduan kita sempena bulan Ramadan mulia ini dan bulan Merdeka. InsyaAllah

Anony 3.28am
One Man Show

dirhamsilver August 15, 2011 at 6:53 PM  

Mari bersama mertabatkan wang syarii emas/perak dinar/dirham

Politicalamity9 August 15, 2011 at 8:55 PM  

mungkin secara kebetulan, kalau benar benar diilhamkan pon, setakat mana pengaruh lambang lambang ini dalam kehidupan?

end of the day, apa yang terniat di dalam hati kita yang penting.

wallahualam.

Anonymous August 16, 2011 at 5:33 AM  

Kepada Arr Arr dan Politicalamity9, setujukah anda kalau BNM tukar lambang pada syiling 10 sen itu kepada lambang yang bermotifkan daun ganja? Saya fikir lagi bagus kalau diletakkan motif daun ganja sebab ia tidak mewakili apa-apa elemen keagamaan atau pengaruh mana-mana ideologi.

Anonymous August 16, 2011 at 12:42 PM  

Politicalamity9...comment anda seperti anda tidak kesah lgsg dgn kezaliman yahudi..adakah anda seorang muslim yang peka dengan nasib saudara seislam yang lain..

Jangan kita layan segelintir org yang menganggap sesuatu penghinaan itu suatu yang kebetulan..

Anonymous August 16, 2011 at 4:08 PM  

saya telah trbace dlm 1 blog lambang bintang itu dikatakan lambang asal bangsa kanaan di palestine bukan lambang israel..israel menggunakan lambang itu hanya pada tahun 1945.....lambang itu juga sebenarnyer berkait rapat dengan ilmu dalam ugama Islam.....

Arrr August 16, 2011 at 4:18 PM  

nama lambang tu 'star of david'. David = Daud. Even masjid lama kat perak pun rasanya ada gunakan lambang tu. Tak perlulah kita terlalu paranoid dgn lambang2 ni mungkin? :)

Politicalamity9 August 16, 2011 at 7:31 PM  

saya hanya refer pada kegunaan lambang tanpa mengikatnya pada mana mana agama atau fahaman atau bangsa.

kalau mengikut BNM lambang itu adalah merujuk pada Orang Asli, itulah intipati yang sepatutnya kita pakai. Daun ganja pon kalau tuan tuan boleh bandingkan, lbh kurang daun bunga raya saja. jadi pokok pangkalnya, pada apa kita merujuk kegunaan lambang tersebut? pada star of david/zionis, atau orang asli MY?

kita rasakan yg star of david itu mengaibkan hanyalah disebabkan ianya berada pada bendera israel.

dalam islam niat itu adalah penting... kalau kita memegang segelas air masak, tapi kita niatkan dia sebagai satu arak semasa minum, hukumnya jatuh haram juga. Betulkan saya kalau salah, dan tolong bagi kan nas nas yang betul kalau salah.

wallahualam.

Anonymous August 16, 2011 at 9:59 PM  

setahu sy..logo BNM tu kancil kan..

Zharif Alimin August 16, 2011 at 10:53 PM  

asal bintang yahudi memang dari kaum kanan. tetapi dah menjadi trademark untuk yahudi. macam cross bg kristian adalah asal dari pergerakan matahari. boleh la kan nak pkai cross???

penglibatan consultant yahudi, Hay group dalam BNM pun meragukan. BNM pun menentang habis-habisan penggunaan dinar. Itu sebabnya saya yakin lambang itu dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam.

Politicalamity9 August 16, 2011 at 11:49 PM  

Saya tak pasti En Zharif. Saya cuma cuba mengenengahkan pandangan yang tidak terlalu stereotype.

Kalau kita terlampau nak ikut sangat penggunaan lambang dan pengertian lambang, cuba En Zharif dan tuan tuan lihat dan tenung jendela jendela rumah, pejabat dsbnya.... tidak kah ianya serupa dgn salib?

cuba juga selidik semula, lambang yang dikatakan datangnya dari orang asli itu, adakah benar atau dibuat buat. Kalau ada gambarnya sekali, boleh juga diketengahkan. Barulah boleh kita menilai semula.

Non August 17, 2011 at 12:11 AM  

Huh. Mmg dr sye kcik lg sy dh prsn gmbr binatang dlm logo bnm tuh. Sye mmg peka psl haiwan (animal lover la konon2), jd ble sye tny mak sye n dia jwb itu kijang, mmg sye xprcya. Sye rse logo bntg tu intentional la, klu da konsultant dia pon yahudi. Yahudi ni mmg licik. Ble prnh dorg kesah psl prsaan kita?

Anonymous August 17, 2011 at 3:18 AM  

Politicalamity n arrr......

dia memang npk takde apa2 kesan. Tapi cuba fikir.... askar amerika datang sini pacak bendera ameriak sana sini dalam negara kita..... apa maksudnya?
Tiada ada yg kebetulan dalam duti syling tu. Kan pernah belajar dulu kat skolah kalau ada peraduan buat lambang..... setiap inci, setiap bucu, setiap warna, setiap bentuk measti ada maknanya..... so jgn kata kebetulan... kerna ini adalah pengetahuan asas di sekolah, bukan di university.
dimana2 pun sekarang ni didunia... dorang sedang rancak membina dan menunjukkan kemuncilan meraka.... bentuk pyramid, bentuk satu mata dan lambang 2 segitiga bersilang ni adalah lambang mereka.
Keparcayaan meraka ini sama dengan kepercayaan firaun.... melayan tuhan, mengaku tuhan, mahu menghambakan seluruh ummat manusia.
kita orang awam mmg x perasan, keran ini hanya utk puppet2 mereka d seulurh dunia termaksuklah gologan bagsawan kita..... dorang nak ckap... KAMI ADA DI SINI. KAMI MEGUASAI PEMERINTAHAN/EKONOMI NEGARA INI.

Anonymous August 17, 2011 at 8:26 AM  

Memang dah kita di bawah penguasaan YAhudi laknatullah..bukan di Malaysia jer.,,dah satu dunia dia orang takluk..sangat professional kuncu iblis..pada hemat aku simbol-simbol ni adalah adalah ritual mereka pada iblis..dan iblis beritahu yahudi zionis ni supaya mereka adakan simbol ni sebagai langkah untuk menguasai dunia dan menyekutukan Allah..Itulah janji iblis dengan Allah..janji mereka melalui idealogi,teknologi,riba dan 3S(sport,sex,social) kesemua ni adalah cara melalaikan kita pada Allah..Kerolasi dengan simbol tadi sebagai nak mewujudkan perasaan fobia, paranoid dan takut dengan mereka, bukan pada Allah. dengan kata mereka ni memang telalu maju lebih kedepan hasil ilmu iblis ni melalui HAARP(High frequancy Aurora Research Program),SISTEM RIBA, 3S dan apa yang mereka rancang sudah tercapai kemuncaknya..dan sekarang mereka nak cari siapkah penentangnya sekarang..saya pun dah perasan akan hal ni pada logo bank negara tu bila beritahu gelak je dia orang..yang penting sekarang tingkatkan amal ibadah kita tegakkan kalimah lailahaillah..agak-agak kalau tukar logo BNM kepada Harimau Malay..Jadi Isu tak? Rasanye terkejut beruk Gabenor bank negara yang kuncu yahudi freemason di Malaysia ni..anyway terima kasih atas pendedahan tuan punya blog..terukan kajian anda..ALLAHUAKBAR

Qiraf August 17, 2011 at 10:00 AM  

benda camni baik tak payah post la!!! tak habis-habis dengan konspirasi itu ini..sikit2 lambang israel,sikit2 lambang israel...freemason la ntah apa...dorang dah cakap kan, yg tu motif bunga..ni apasal pandai2 ckp tu bintang israel? habis semua bnda nak kaitkan dgn propaganda israel..mcmana la melayu nak maju!

Anonymous August 17, 2011 at 2:59 PM  

jangan le fanatik sangat, asyik nak cari kesalahan orang lain. semua lambang nak kaitkan dgn yahudi, sebenarnya mereka tu bukan kuat sangat pun. bangsa yahudi memang pengecut. orang islam lebih kuat sebenarnya..itupun kalu kita bersatu.. tapi boleh ke??? cthnya majlis fatwa..

koi August 17, 2011 at 10:55 PM  

Qiraf kalau nak maju buat acuan sendirila bukan ikut telunjuk Laknat tu.

Anonymous August 18, 2011 at 9:15 AM  

ingat lh bhawa kaum kafir takkan menang dgn pperangan angkat senjata.. sebab tu dorang hanya guna akal yg sedikit demi sedikit mnyesatkn dan mnjatuhkn umat islam.. smoga kita semua tlindung dlm kekuasaanNYA :)

Anonymous August 18, 2011 at 12:04 PM  

APCO?

Anonymous August 18, 2011 at 12:08 PM  

Pendedahan Panas! Dokumen Hubungan Yahudi, APCO, BBC, Kerajaan Malaysia Dan Najib.

Anonymous August 22, 2011 at 2:05 PM  

jangan menuduh tanpa bukti.asal ada bintang 6 tu anda katakan israel.adakah telah di'claim' bintang 6 tu israel punya??maknanya memang xboleh guna bintang 6??jangan negatif sangatlah..

PUTRAROCKER August 24, 2011 at 2:19 AM  

thisisbestbro

Anonymous August 26, 2011 at 7:17 PM  

tajuk blog lu mcm pukimak la...pasal duit syiling baru pun jd issue ke..ko ni dah bodoh sgt ke apa? asal ada bintang enam bucu lambang israel..jgn la jadi bangang sial..buat malu je....serious la bodoh sgt..

Anonymous August 27, 2011 at 8:21 PM  

dah xde lambang lain ke nk gune??????? lambang ni kan penoh dgn keraguan...

wang yg terbaik digunakan adalah wang sunnah...

Anonymous September 2, 2011 at 4:20 PM  

kalo lambang 2 kancil..nape la plak bnm pnah kuakn syiling emas yg brnama kijang emas dan bermotifkn binatang bernama kijang n berekor pendek kalo bkn sbb nk bg org okir lambang dorg adalah lambang kijang?kalo korg sume nk brtengkar psl lambang bintang 2,nape x pertikaikan lambang bnm yg kononnye kijang tu>nape xde org yg nk pertikaikan kt cni n juz ckp psl bintang 2 je?cuba jd open ckit n jgn pndang kt bende yg korg bley menang je ntuk korg pertikaikan..

Anonymous September 7, 2011 at 5:43 PM  

Apasal tak letak gambar kijang? boleh la kita compare. pastu cuba zoom in sikit gambar logo BNM tu.
Ni letak gambar anjing jer mana la org nak nampak persamaan dan perbezaan...

Kita kena la adil kalo berat sebelah nanti menjawab pulak kat sana...

PendiTa giLa March 16, 2012 at 10:07 AM  

Korg bertekak apa dpt.. APTB..

Anonymous May 29, 2012 at 12:02 AM  

Betul kata PendiTa giLa..hehe
Cuba la cari sesuatu yg sohih yg patut dijadikan isu dan dibincangkan secara positif utk kemajuan.. Bukan sekadar cakap yg akhirnya bila keluar penjelasan spesifik pihak terbabit baru nk tutup mulut...tapi pekung masih terbuka.. mohon maaf?? tak pernah kot.. Saya bukan nak meng'ia'kan mahupun me'nidak'kan pandangan mana2 pihak. Harap bertanya kepada pihak yg sepatutnya supaya mendapat penjelasan, bkn bertikam lidah sesama kita.. Selamat maju jaya..

balqishDESIGN November 10, 2013 at 1:17 AM  

Ini bukan bncang pasal melayu..kita tgh bincang pasal islam. Dont waste space here.

balqishDESIGN November 10, 2013 at 1:21 AM  

Kalau wanita islam pkai tudung macam sister kat gereja tu negatif tak? Tutup aurat jugak ape. Apsal tak boleh ek? Mari kita guna akal untuk berfikir..tak negatif dan sensitif maksudnya kita tak peduli, xpeduli tanda tak cinta..

Anonymous September 7, 2014 at 9:19 PM  

yg memulakan tamadun pun islam... jadi islam dah maju dari zaman adam pun... konspirasi yahudi yg mahu memecah belahkan umat islam.. melalaikan kita dari pelbagai sudut.. walau sebesar kuman.. tuntutlah ilmu yg bermanfaat supaya diberi petunjuk dan hidayah dari Allah swt..

faroki September 29, 2015 at 10:53 AM  

sume sudah dirancangkan ...ambil tahu atau buat bodo jer..
jgn cepat tersentap.. kaji Al Quran banyak2..

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP