Kisah Murtad Dan Kesalahan Diri Kita Umat Islam

>> Wednesday, August 24, 2011



Sejak akhir-akhir ini kita 'dipeningkan' dengan masalah murtad dikalangan umat islam di dunia ini dan di negara Malaysia khususnya. Walaupun kes ini adalah kes yang terpencil dan kebiasaannya perkara ini cuba disorokkan dengan alasan menjaga keharmonian kaum. Kes yang biasa kita dengar alasan orang yang murtad ini adalah kesempitan hidup mereka. Ramai dari mereka yang telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’. Itulah permulaannya kepada murtad.


Rintihan Orang Yang Memerlukan

Rintihan muallaf yang mahu dikenali sebagai Nur di bawah ini saya petik dari sebuah web untuk kita memahami kenapa murtad amat senang berlaku di negara Malaysia ini.

You know what, it’s mostly the fault of the system, muslims and new muslim converts who are in deep need of help have to go through so much red tape and then turned away. 

I am one example. I embraced islam on my own. Not because of marriage. Aged 51 now but recently divorced. No nafkah and my rights as a muslim woman were ignored. I never have received any form of help form any islamic body even sicne i embraced islam but that is not important. What is important is now, when I am in deep need of help. 

I tried working for 4 years but got very sick due to my spondylosis ailment and for 2 years i was struggling to make ends meet with my own savings and help from friends. I went to zakat office at masjid negeri Shah Alam for help and you know what they told me? They said applications closed and to come back after Raya. 

applications closed and to come back after Raya

I have no home of my own, no money and I have to live with my aged Christian parents who barely have enough to manage on their pensions. JAIS and Zakat office have the odacity to tell me I cannot live with my Christian parents yet they turn me away and cannot help me. The Ustazah at JAIS told me that they house people like me to Sabak Bernam but noone wants to go there and I also most definitely do not want to go there. Zakat office also say I cannot live with them yet turn me away even for help. 

Alhamdulillah I embraced islam because I believe in Islam and I know the environment is not 'proper in the eyes of the islamic authorities' but what choice do i have? I am at the masjid daily from asar till after tarawih and i have my buka puasa at the masjid also. What if my iman was weak? Then what? Out of desperation, if i am unable to get the help i need after Raya. I have no choice but to accept whoever it is who can help.

Do not blame the non muslims. Blame the system and the muslims themselves for not taking care of their own. Educate our children in schools. Educate them well with good religious teachers and reach out to the muallafs, new and old. Make sure that they have proper islamic understanding and classes for fardu ain and Quran recitation etc. Don’t wait for them to come out. Many do not know and do not understand. Seek them out. If the Christians can do it, why not the muslims? 

I was had no proper fardu ain classes because I embraced islam in 1986. I had no formal classes for anything and no follow up to check on me at all even. I gave up my career for family but after the divorce, I was left with no home, no nafkah and no job. I am unable to work even due to an ailment. I know many abuse this and I understand that the authorities have to do their job with all the red tape. But after my experiences with JAIS and the Zakat office, I would have to say that the authorities are not concerned enough.

If these muslims are weak in iman, can you really blame these muslims for losing their faith in the system and turning elsewhere out of desperation for survival? Most might have their hearts with islam but just lose respect in the system. If it were kids, then consider them lost for good because their fragile minds are so easy to influence. - Nur

Beberapa Persoalan Yang Patut Ditimbulkan


1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’ kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah birokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak? Bagi saya, tidak perlulah badan zakat terlalu berhati-hati dalam memberi zakat. Lebih baik ditipu dari tidak amanah dan tidak menjalankan tanggungjawab.

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?

Mereka adalah tanggungjawab kita

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang muslim menerima bantuan daripada bukan muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan disudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap orang untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa. Janganlah jika kita gagal membantu (sedangkan kita mampu), kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Selain badan-badan berwajib menjalankan tanggungjawabnya, saya dan pembaca sekalian juga haruslah menjalankan tugas masing-masing. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita.

15 comments:

Anonymous August 24, 2011 at 11:53 AM  

Ada tak sesiapa seislam yg mampu untuk membantu saudara muslim kita ini ataupun blogger sendiri yg mempunyai rakan2 yang dapat membantunya... bantulah & carilah ia ditempat yang sering dia berada...

yusuflaili(Goku) August 24, 2011 at 12:47 PM  

Salam;
akupun dlm golongan tidak mampu..sebenarnya islam kita kini lebih condong kearah pentadbiran daripada kebajikan..masalah kebajikan banyak sangkut diperingkat pentadbiran.........

Anonymous August 24, 2011 at 1:03 PM  

Sy tak rela duit zakat sy disalahgunakan...
Aku haramkan duit zakat utk disalahgunakan...

Anonymous August 24, 2011 at 3:56 PM  

Hmm... boleh tak kita bayar zakat sendiri, tak perlu melalui baitulmal / jab. k'jaan?. Memang musykil bila kita tak boleh nak tengok betul2x duit zakat kita sampai kat mana.

Lagi puas hati kalau kita boleh bagi secara lansung kepada yang betul2x memerlukan.

Politicalamity9 August 26, 2011 at 5:19 AM  

aku pon agak tertanya tanya.. keman perginya wang zakat yang bermillion?? takkan asyik buat / bina masjid saja yang hanya penoh time jumaat?

zakat (ibadah) adalah antara kita dan Allah. Tak perlu melalui pejabat zakat pon. Boleh diberi secara terus kepada mereka yang memerlukan (correct me if im wrong).

Anonymous August 26, 2011 at 4:28 PM  

saya amat sedih bakal hubby saya tk tahan dgn tekanan kjaan us bila di apeluk islam, harta dn akaun kena freeze, dia perlu semua itu..sekarang dah lost contact dn dia mcm dah give up...

Anonymous August 26, 2011 at 4:34 PM  

Dia disenarai hitam ketika solat di masjid di Connecticut, kerana dia korporat,kejaan usa feeze akaun tkut bantu pengganas. Ingat uS moden,tpi rupanya teruk!moga2 Allah sentiasa bsamanya. Saya amat takut dia kembali ke agama asalnya.Saya pun tk tau nk cari duit di mana nk bantu dia..dia dlm kesusahan..

CETUSAN SEIKHLAS RASA August 26, 2011 at 4:41 PM  

Sebagai salah seorang saudara baru saya terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan. Syukur alhamdulilah kerana saya mungkin kalangan mereka yang bernasib baik kerana semasa barada di pusat pengajian tinggi... boleh dikatakan semua rakan-rakan yang beragama Islam begitu mengambil berat akan kebajikan diri saya. Bila saya berpindah ke Sabak Bernam... PAID Sabak Bernam telah menyediakan kelas Fardu-ain dan juga kursus-kursus berkaitan akhlak dan akidah kepada kalangan saudara baru. Alhamdulilah.... ramai saudara baru yang terbela cuma ada segelintir yang sebenarnya tidak mahu diri mereka dibantu. Pelbagai cara dibuat agar mereka datang memenuhkan kelas termasuk memberikan wang saku setiap kali kehadiran... Malah, ada yang sampai ustazah atau ustaznya datang mengajar ke rumah tapi tidak ramai yang bersyukur.... Biarlah kita renung-renungkan....

~Fara~ August 29, 2011 at 11:29 AM  

Btul tu.. tak usah tuding jari kat sape2.. diri kita sendiri kena ada usaha utk membantu.. cthnya, masa nak kluar pergi bayar zakat tu, kita bawak skali jiran tetangga @ sedare mare yg kita tahu mmg susah & tergolong dlm asnaf tu pegi daftar kat lembaga zakat.. nak tunggu orang2 lembaga zakat tu turun padang, maybe susah sket kot.. so, lau kita nie prihatin, kita lah kena usahakan..

lagi satu, lau sume orang bayar zakat sendiri (tidal melalui amil yg dilantik), pasni amil goyang kaki (takde kerja)..

*cuma pendapat peribadi..

Anonymous August 30, 2011 at 12:44 PM  

yup memang salah sistem dan orang yang menguruskan zakat. kalo difikirkan balik bukan semua golongan fakir miskin ni berpendidikan tinggi. bila da jadi camni, ada antara dorang ni tak tau pon kat mana nak mintak bantuan duit zakat. kenapa bukan pihak berwajib sendiri cuba kenal pasti sapa yg layak dan datang kat dorang hulur zakat, sumbangan dan etc. dorang ni kadang bukan tau apa2 pon pasal prosedur ke apa semua ni. kene faham tu..

Anonymous September 7, 2011 at 5:36 PM  

untuk keperluan muallaf ini semunye diberi baik dari segi klas pendidikan,bantuan wang saku dan bantuan yang lain cuma kdg2 muallaf ini tidak mengikut seperti yang dicadangkan oleh pihak berwajib.ade kelas penggajian fardhu ain tidak hadir walaupun setiap kelas yang hadir diberi elaun lagi pokok pangkal pada muallaf itu sendiri samada bimbingan yang diberi hendak diikut ataupun tidak.bagi sendiri zakat tidak menepati kehendak syariat walaupun hukum nye sah...

Anonymous September 21, 2011 at 3:46 PM  

ada pro n kontra.. usaha atas diri sendiri pun penting, usaha dari mereka yg bertanggungjwb juga penting.. masyarakat pun kena kejasama..bantu mereka yg memerlukan..org2 yg miskin dan tercicir ni mmg tak tahu apa2. jadi masyarakat yg bijak pandai lah yg patut tolong.. sedangkan kita yg terpelajar ni pun kalo nak cari pusat2 bantuan pon kena serve internet, kalo x da internet cari kat paper,, tanya org dan mcm2 cara lg.. tp mereka yg miskin harta n "ilmu" mana ada internet, nak beli paper pun x bole,, tanya org pun kena cemuh,,, so mana nak dpt bantuan??? pokok pangkal kita sesama islam kena bersama2 berusaha menjaga sesama kita..

Unknown November 21, 2011 at 1:28 PM  

pada saya kita juga ada salah sebab kita tak pedulikan orang yang memerlukan pertolongan. Kita lebih rela sedekah pada badan amal yang sah2 bukan untuk orang Islam dari bagi petolongan pada yang benar2 ISLAM

Anonymous December 20, 2011 at 9:56 AM  

selama ni memang masalah birokrasi pun. selalu sangat pertanyaan² berkisar kemana perginya duit zakat ini disuarakan tapi tak pernah ada jawapan dan penjelasan. apa dah jadi sebenarnya dengan pentadbiran negara ni? mana perginya sifat amanah yang patut dimiliki oleh setiap pemimpin yang kononnya prihatian masalah rakyat (lah sangat!). saya percaya je kalau dikatakan kebanyakan duit cukai ke apa sume tu TERlabur ke arah memenuhi kehendak peribadi mereka. saya memang HARAMKAN setiap sen duit saya yang diambil jika disalahgunakan. kenapa kebaikan pemimpin hanya nampak ketika tibanya PRU saje? common la, generasi sekarang bukan macam dulu. kami dah nampak apa yang berlaku sebenarnya. TOLONGLAH.. tolong kami yang memerlukan ni.

*berkenaan nak bagi sendiri duit zakat tu memang boleh. takde masalah pun. pada saya lebih baik bantu saudara mara sendiri yang kesusahan dari beri pada badan yang menguruskan zakat then tatau mana perginya duit tu.

Anonymous April 13, 2012 at 10:24 PM  

sungguh kita hairan jika perkara seperti ini masih berlaku...walhal pusat zakat sangat berbangga jika mereka dapat megutip berjuta-juta duit orang Islam bila mereka membayar zakat...kemana pergi wang itu? Aku ada dengar( mungkin sahaja) bahawa pengurusan zakat dan JAKIM tu ramai jugak pegawainya dari orang PAS..betul ke? kalau betul begitu..hancus la Malaysia..

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP