Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.
17 comments:
SubhanAllah,sungguh mulia pekerti rasulullah...huhu :'D
sungguh mulia perwatakan nabi muhamammad.....Subhanallah
subhanallah
Terasa mcm nak menangis dgn budi pekerti Rasul kita ni, hebat sangat orgnya.
he's d best mankind..
hrp dpt cntohi akhlak bgnda..InshaAllah
kalo boleh di letakkan sumber cerita berkenaan ....lebih kukuh ...
akhlak mulia junjungan kita nabi muhamad saw
Mohon disertakan perawi cerita supaya tidak menjadi fitnah…ana tunggu ya
Suahanallah....ahlak terpuji yg harus dicontohi oleh umatnya.
Bismillahirahmanhirahim...
Assalammualaikum Yaa Saudara :)
Alhamdulillah Atas Infonya :)
Subhan'Allah ....
Mohon Share pada Teman Yang Lain ... Hanya Allah SWT yang dapat memblas berlipat ganda pada saudara
Insya'Allah :)
Bismillahirahmanhirahim...
Assalammualaikum Yaa Saudara :)
Alhamdulillah Atas Infonya :)
Subhan'Allah ....
Mohon Share pada Teman Yang Lain ... Hanya Allah SWT yang dapat memblas berlipat ganda pada saudara
Insya'Allah :)
Saya share di fb ya...
Subhanallah..mulianya akhlakmu wahai Muhammad..
https://carigold.com/forum/threads/hadis-nabi-saw-makan-buah-anggur-masam-adalah-palsu.644412/
Palsu semata mata
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1085-irsyad-al-hadith-siri-ke-124-kisah-nabi-dan-sebekas-anggur
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE – 124: KISAH NABI DAN SEBEKAS ANGGUR
02 NOVEMBER 2016 UMAR MUKHTAR MOHD NOOR JUMLAH PAPARAN: 22460
Soalan:
Salam ustaz, adakah benar cerita Nabi Muhammad menghabiskan sebekas anggur yang masam yang diberi kepadanya, tanpa berkongsi dengan sahabat, supaya ia tidak dijadikan bahan tertawa ke atas pemberi anggur. Sekian, terima kasih.
Jawapan:
Kisah ini adalah palsu dan tidak ditemui dalam mana-mana kitab hadis. Haram disebarkan kepada umum kecuali disertakan kepalsuannya.
Post a Comment