Husnul Khotimah

>> Sunday, October 31, 2010


Teringat lagi ketika saya masih dibangku sekolah menengah, seorg ustazah berkata,

"Michael Jackson itu kafir.."
"Perbuatannya mengubah ciptaan Allah tak dapat diterima"
"Namun, siapa tahu pengakhiran hidupnya nanti. Wallahualam bisawab"

Waktu tu, saya masih belum memahami apakah itu husnul khotimah. Saya dan kawan2 dipasakkan dengan kata2 bahwa semua orang Islam akan memasuki syurga pada akhirnya namun sebelum itu bagi yang berbuat dosa, akan disiksa di neraka terlebih dahulu.

hakikat ini membuatkn kami dan kebanyakan remaja melabel bukan Islam sebagai kafir atau akan mati kafir.

"cina, india tu kafir..mati kafir la"
"dorg buat baik mcmne pon, nanti jd kayu api jugk"

Fikiran ini ditanam dikepala anak2 kita. dan baru2 ini saya mendengar kata2 yang sama dari adik perempuan saya yang baru berumur 7tahun. Apakah ini yg diajar di sekolah? Apakah ini caranya kita menanam akhlak mahmudah dalam diri anak2 kita dengan mengatakan orang lain kafir dan sebagainya.

maka, tidak hairanlah bila timbul isu kafir mengkafir dikalangan orang dewasa yang berpolitik kerana isu kafir ini ditanam sejak kita kecil lagi.

Berkenaan Michael Jackson..

siapa sangka, dipenghujung hayatnya, bekas penganut kepercayaan Johowah Witness** ini memeluk Islam. Beliau akhirnya menemui Islam yang memberinya ketenangan dipenghujung hayatnya.

Kita yang dilahirkan Islam dan hampir seluruh generasi kita Islam belum tentu mati dalam keadaan Islam - Nauzubillah.

Beberapa kisah mengenai rahib tersohor ajaran Kristian Roman Katholik di Goa, India, Mother Teresa yang dikatakan menemui cahaya Islam dipenghujung hayatnya. Beliau seorg yang sangat baik sepanjang hayatnya dan disayangi ramai.

Kisah ini tidak jelas.

Namun, hakikatnya hidayah Allah itu rahsiaNya. Dia boleh dan mampu beri kepada sesiapa yang dikehendakinya - hatta kepada George W Bush sekalipun

Tiada siapa boleh mendabik dada yang kita akn mati dalam keadaan baik - Islam khususnya. Namun, amalam kita yang menentukan samada apa dan bagaimana pengakhiran hidup ini.

Moga sama2 kita menjaga iman dan amal serta berdoa agar dikurniakan kematian atau pengakhiran yang baik - husnul khotimah.

mati itu pasti
syurga dan neraka itu benar
seksaan kubur itu benar
hari kiamat itu benar


notakaki

hidup ini hanya suatu persinggahan

**Johowah Witness satu2nya
ajaran Kristian yang menolak Jesus sbg Tuhan
(Ajaran ini dianggap kafir oleh pihak Kristian yang lain)

Read more...

Kegelisahan Vatican

>> Wednesday, October 27, 2010


Paderi Itali Piero Gheddo berkata kadar kelahiran rendah di kalangan warga asal Eropah disamping kebanjiran pendatang Muslim yang berkeluarga besar akan menyebabkan Eropah dikuasai oleh Islam dalam beberapa generasi lagi. 

"Kita mesti mengambil cabaran ini dengan serius," kata Paderi Gheddo (gambar), dari Pontifical Institute for Foreign Missions di Vatican.

"Sudah tentu apabila melihat dari sudut demografi, jelas bahawa warga Itali berkurangan sebanyak 120,000 atau 130,000 orang setahun disebabkan oleh amalan pengguguran dan keretakan rumahtangga – dan pada masa yang sama terdapat lebih 200,000 pendatang yang memasuki Itali secara sah setiap tahun, di mana dari jumlah itu lebih separuh adalah Muslim dan keluarga mereka yang biasanya mempunyai kadar kelahiran yang jauh lebih tinggi." 

Katanya: "Akhbar dan program-program TV tidak pernah membangkitkan isu ini. Walaupun begitu, dalam bidang-bidang yang bersangkutan dengan agama, budaya dan identiti, kita memang memerlukan jawapannya melebihi dari yang lain." 

Paderi itu menyalahkan orang Kristian kerana tidak berpegang kepada kepercayaan mereka dan membantu mencipta "kekosongan keagamaan" yang kemudiannya diisi oleh Islam.

Dia meramalkan Islam “lambat laun akan menawan kebanyakan Negara di Eropah”. 
"Yang pastinya kebanyakan kita semakin meninggalkan agama dan kekosongan ini, tidak dapat tidak, akan diisi oleh fahaman agama lain," katanya. 

Paderi Gheddo juga berkata orang Kristian yang lemah akan memudahkan mereka diserang oleh golongan sekular. 

Dia berkata apabila "amalan agama dipinggirkan dalam negara-negara Kristian Eropah dan ketika ketidaksamaan berkembang, Kristian dan gereja akan diserang". 

"Jika kita mengatakan negara kita adalah negara Kristian, kita patut kembali kepada amalan kehidupan Kristian, dan ini akan menyelesaikan masalah kekosongan itu." tambahnya. 

Komen Paderi Gheddo hadir beberapa bulan selepas seorang cardinal Czech menyalahkan penganut Katholik yang tersasar yang menyebabkan berlakunya Islamisasi Eropah. 

Pada hari persaraannya sebagai Archbishop of Prague awal tahun ini, Kardinal Miloslav Vlk (gambar) berkata Muslim berada di tempat yang betul untuk mengisi kekosongan kerohanian “yang wujud apabila masyarakat Eropah mengosongkan pengisian Kristian dalam kehidupan mereka". 

Dia berkata masyarakat Kristian akan mendapati diri mereka tidak lagi kuat untuk menempatkan diri mereka dalam kelompok yang dihormati jika pegangan agama mereka semakin terhakis.

Dia menyeru semua penganut Kristian supaya bangun menentang ancaman Islamisasi dengan cara berpegang kepada agama mereka dengan lebih kuat. 

Pada ketika ramai bishop Katholik Eropah sering mempertahankan hak Muslim untuk bebas beribadah di tempat awam, yang lain pula lebih cenderung untuk melindungi warisan Kristian di benua mereka itu.
Tahun lepas Kardinal Jose Policarpo (gambar) dari Lisbon, memberi amaran supaya wanita Katholik tidak mengahwini Muslim. 

Kardinal Giacomo Biffi (gambar) dari Itali pula mendesak kerajaan untuk memberi keutamaan kepada pendatang-pendatang Katolik berbanding Muslim bagi melindungi identiti agama negara itu. 

Pihak Vatican juga menentang penyertaan Turki ke dalam Kesatuan Eropah (EU) sebahagiannya kerana negara majoriti Islam itu tidak berkongsi warisan Kristian seperti negara-negara lain di Eropah.

Read more...

Kecelaruan Sistem Barat: Poligami Diharamkan, Perzinaan Dibenarkan

>> Friday, October 22, 2010

Negara yang membenarkan poligami

Liberté, égalité, fraternité yang membawa makna “kebebasan, hak sama rata dan persaudaraan”, merupakan slogan yang digunakan di Perancis sejak revolusi yang meruntuhkan kekuasaan beraja dan menjadikan negara itu sebuah republik. Meskipun kononnya berpegang kepada aspirasi ini, Perancis dengan kejam telah menjajah banyak negara pada kurun 18 sehingga 20, dan pernah melibatkan diri dalam penculikan penduduk Afrika untuk dijual sebagai hamba abdi ke kawasan Amerika Utara dan Caribbean di zaman penjajahannya. Hakikatnya, slogan Liberté, égalité, fraternité hanyalah omong-omong kosong belaka!!

Kini, Perancis mengharamkan pemakaian penutup muka pula, tetapi membiarkan kawasan pantai Mediterranean menjadi pantai tempat orang berbogel berkumpul. Poligami juga nampaknya kini diharamkan di Perancis berdasarkan berita di atas. 

Lelaki yang didapati mempunyai lebih daripada seorang isteri boleh dikenakan tindakan mahkamah, tetapi lelaki yang mempunyai hubungan luar nikah dengan perempuan simpanan tidak dikenakan apa-apa tindakan mahkamah! Bahkan, Presiden Republik Peranchis ke-21, Francois Mitterrand sendiri mempunyai hubungan luar nikah dengan beberapa wanita. Beliau dikatakan mempunyai seorang anak perempuan luar nikah bernama Mazarine, hasil perhubungan beliau dengan seorang wanita simpanan (mistress) bernama Anne Pingeot. Namun, bagi mereka, ini lebih wajar dari berpoligami secara sah!

Francois Mitterrand dan Anne Pingeot

Mazarine

Ideologi Kapitalis yang dikembangkan oleh negara Barat adalah ideologi yang penuh dengan hipokrasi yang sememangnya tidak layak mengatur kehidupan manusia mengikut fitrah yang dikurniakan Allah. Hanya kehancuran dan kerosakan sahaja yang pasti akan terhasil, selayaknya bagi ideologi kapitalis kufur yang rosak!!

Perancis siasat lelaki poligami

PARIS 26 April - Minggu lalu, seorang wanita Islam didenda kerana memandu dengan mengenakan pakaian yang menutup keseluruhan muka kecuali mata. Kini suaminya disyaki mengamalkan poligami.

Situasi berkenaan kelihatannya memihak kepada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang mahu menguatkuasakan dengan segera undang-undang melarang pemakaian purdah atas alasan ia bertentangan dengan nilai negara itu.

Pendedahan minggu lepas bahawa seorang anggota polis menyaman seorang wanita berusia 31 tahun di Nantes kerana memandu dengan mengenakan pakaian yang menghalang pandangan merupakan isyarat awal tentang apa yang menanti Perancis sekiranya larangan memakai purdah dikuatkuasakan.

Wanita itu yang tidak didedahkan identitinya memutuskan untuk mencabar saman 22 euro (RM95) yang dikeluarkan awal bulan ini.

Isu berkenaan bertambah kompleks Jumaat lalu, apabila Menteri Dalam Negeri, Brice Hortefeux meminta satu siasatan dijalankan terhadap suami wanita tersebut kerana disyaki berkahwin empat.

Lelaki terbabit dikatakan memanfaatkan subsidi kerajaan bagi ibu tunggal yang diberikan kepada isteri-isterinya itu.

Jika benar, Hortefeux mahu kerakyatan Perancis lelaki kelahiran Algeria itu ditarik balik.

''Jika dia dikahwinkan mengikut acara keagamaan oleh imam-imam di Algeria atau Perancis, ia tidak diterima di bawah undang-undang Perancis,'' kata Rabah Hached, seorang peguam di sini yang mengkhusus kepada isu pendatang.

Di sebalik semua itu terdapat juga pihak yang berpendapat tindakan ke atas wanita berkenaan adalah sesuatu yang sudah diatur kerana populariti parti pemerintah semakin pudar.

''Kerajaan melihat orang Perancis sebagai bodoh dan menjadikan rakan Muslim kita sebagai kambing hitam,'' kata Ahli Parlimen Parti Sosialis, Jean-Marie Le Guen. 

Read more...

Kenapa Aku Bertudung?

>> Wednesday, October 20, 2010


Sudah hampir setahun aku memakai tudung.
Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:
"Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?"
"Apa mimpi kau bertudung?"

"Baguslah kau dah insaf, macam poyo!"
"Macam baik sangat pakai tudung."
"Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"

Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
"Baru MASUK ISLAM ke kak?"
Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.
Peristiwa Pertama
Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar.
Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.
Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye?
Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam aku memikirkan jawapannya.
Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku.
Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.
"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174
Peristiwa Kedua
Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).
Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur.
Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.
Peristiwa Ketiga
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya.
Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak.
Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.
Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.
Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.
Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.

Biodata Penulis

Adibah Amalina adalah seorang pelajar di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka. Kita doakan Adibah terus istiqamah dan mengajak sahabat lain untuk berubah sepertinya. Tahniah!

Read more...

Misteri Mukjizat Nabi Musa

Moses parting the Red Sea

Masih ingatkah teman-teman dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah dengan tongkatnya? Jika salah satu diantara teman-teman yang menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita simak tulisan yang saya uraikan dibawah ini.


Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt pada ahir tahun 1988 mendakwa bahawa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Pharaoh yang tenggelam dilautan tersebut ketika digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.

Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.

penemuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahawa sisa2 tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentara Pharaoh yang tenggelam di laut Merah. Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan, memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.

Poros Roda dari Salah Satu Kereta Kuda


 

Selain itu, ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan, yaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang, sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat sulit untuk dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi2-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka. Di antara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Pharaoh sang raja.


Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Kecerunan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 darjah, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah. Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan berapa daya atau tekanan yang diperlukan untuk membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut perkiraan, Diperlukan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima Jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, menurut beberapa perhitungan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konsisten 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! sungguh luar biasa, Allah Maha Besar.

Read more...

Apa Itu Obelisk?

>> Sunday, October 17, 2010


Pernahkan anda mendengar tentang "Obelisk" ? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.

Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama 'Cleopatra Needle' dan diasaskan dari"Sun Pillar". 
  
Sun Pillar
  
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "Obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
  
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat: 
 
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
 (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)
  
Melontar Jumrah
  
Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama "Pagan" ? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini! 
  
  
Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di: 

Mesir (8 buah) 
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor 
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple Pharaoh Hatshepsut, 
Karnak Temple, Luxor 
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo 
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum 
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m 
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m 
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m 

Perancis (1 buah) 
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris 

Israel (1 buah) 
Caesarea obelisk 

Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City) 
8 di Rome 
Piazza del Duomo, Catania (Sicily) 
Boboli Gardens (Florence) 
Urbino 

Poland (1 buah) 
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin) 

Turki (1 buah) 
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul 

United Kingdom (4 buah) 
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Victoria Embankment, London 
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham 
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset 
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London Amerika Syarikat (1 buah) 
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York 

Amerika Syarikat (1 buah) 
Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York 

Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web "Malaysia Travel Guide" ; 
  
This is the city's own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia's history. 

Sabda Rasullulah:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Hadis Riwayat Abu Daud

Gambar-Gambar Obelisk Di Putrajaya:
 





Berikut Adalah Gambar-Gambar Obelisk Di Serata Dunia: 

St. Peter Square, Vatican

Luxor Obelisk, Paris

Central park, New York

Sao Paolo. Brazil

Buenos Aires, Argentina

Pheonix Park, Dublin

Istanbul, Turki

London, England

  Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Luqman 13

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP