Hukum Memberi Salam Kepada Non Muslim Dan Menjawab Salam
Sumber 1 dari http://sikakibangku.blogspot.com
Tidak lama dulu, ketika seorg jiran bertandang ke rumah, Makcik R berkata beliau tidak senang dengan jiran kami, Lim yang kerap memberi salam kepadanya. Menurut Makcik R, haram baginya menjawab salam Lim dan begitu juga Lim memberi salam.
Benarkah salam hanya utk sesama Islam saja? Benarkah dakwaan bahawa bukan Islam tidak boleh memberi salam?
jawapannya telah Allah jawab dlm Al Quran lebih 1400 tahun lalu.
Dan apabila kamu dihormati dgn suatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (penghormatan itu, yang sepadan) dengannya. Sungguh Allah memperhitungkan segala sesuatu
Surah An Nisa' Ayat 86
Dalam konteks Malaysia, kita tidak didedahkn dgn amalan memberi salam kepada bukan Islam. Malah, kita sendiri teragak2 utk memberi salam ketika menjawab panggilan krn bimbang pemanggil tadi bukan beragama Islam.
Adakah satu kesalahan mendoakan kesejahteraan saudara2 kita?
Sekiranya seseorg bukan Islam memberi salam, jawablah dgn baik dan berlapang dada. Ini adalah cara terbaik berdakwah kpd mereka ttg kebenaran.
sebagai contoh -
Yap : Asalamualaikum brother
Luqman : Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh Yap. Terima kasih. Yap, kamu tahu tak maksud salam yang kamu beri tadi?
Yap : saya pun tak pasti sebenarnya. ramai org Islam beri salam, saya pun terikut2.
Luqman : Begini, salam yang kamu berikan tadi
maksudnya, salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu
Yap : jawabnya pula?
Luqman : Sejahtera kembali ke atasmu dan rahmat Allah satu keberkatan keatasmu.
Yap : Oh, baru saya faham. Terima kasih ya.
Luqman : Yap, mahukah kamu saya ajarkan satu lagi perkataan dlm bahasa Arab yg sangat indah dan besar maknanya?
Yap : Sudah tentu.
Luqman : Lailallahaillallah Muhammadurasulullah.
Yap : Maksudnya?
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu Pesuruh Allah.
Alangkah indahnya jika kita dapat mengajarkn saudara bukan Islam kita mengenai satu2 maksud itu. Dan yang lebih penting, cari peluang utk menyampaikan kalimah shahadah yakni kebenaran hak Allah.
Sekiranya kita mengherdik atau mencerca mereka, nescaya kebenaran akan semakin jauh dan jauh.
Mungkin tak mampu nak mulakan dengan semua orang, mulakan dengan orang2 yang terdekat dengan kita. Salam seperti good morning atau hi juga satu permulaan yang baik. Tidak semestinya memberi salam cara Islam kerana tahap kefahaman sesetengah org itu berbeza2. Asalkan niat dan penyampaiannya berhikmah serta punya maksud yg baik.
pesanan khusus utk diri ini dan semua
Smber 2 dari http://fauwazfadzil.blogspot.com
Permasalahan hukum memberi salama kepada bukan Islam dan menjawab salam daripada mereka adalah masalah yang sering membuat orang Islam tertanya,adakah boleh kita sebagai orang Islam memberi salam kepada bukan Islam.
Ini kerana terdapat hadis yang sohih melarang kita memulakan salam kepada ahli kitab. Maka ia menjadi umum kepada semua orang bukan Islam kita tidak boleh memberi salam kepada mereka. Hadis ini ada sebabnya yang kita huraikan insyaallah.
Imam Al Qaradawi telah membincangkan perkara ini di dalam kitabnya yang bernilai Fikh Jihad begitu juga dengan Professor Dr Saadudin Hilali di dalam kitabnya Huququl Insan secara jelas yang boleh melegakan hati kita.
Imam Al-Qaradawi menyatakan bahawa sekumpulan ulama salaf berpendapat bahawa harus memberi salam kepada orang bukan Islam. Mereka berhujjah dengan beberpa ayat Al-Quran:
1: Terjemahan: Allah tidak melarang kamu kalian berbakti kepada mereka yang tidak memerangi dan tidak mengeluarkan kamu kalian daripada rumah-rumah kamu. Al- Muntahanah ayat8.
Di antara melakukan kebaikan adalah memberi salam kepada mereka.
2: terjemahan: (kata-kata Nabi Ibrahim kepada ayahnya walaupun dia kafir)
Selamatlah ke atas kamu, aku akan meminta ampun kepada Tuhanku untuk kamu. Maryam ayat47.
Imam Al-Qurtubi menyebutkan nama beberapa ulama salaf yang membolehkan memberi salam kepada non muslim. Di anataranya Ibnu Mas,ud,Hasan Al Basri, Nakahei, dan Umar Abdul Aziz.
Ibnu Hajar Al-asqalani menyebutkan di dalam kitabnya FathulBari bahawa Abu Umamah dan Ibnu Uyainah berpendapat sedemikian.
Abu Umamah berkata: Sesunguhnya Allah Taala menjadikan salam ini adalah untuk tahiyah(sambutan) kepada kita dan keamanan kepada orang bukan Islam(zimmi).
Adapun hadis yang melarang kita memberi salam,mengikut Imam Qaradawi,ia terbatas pada hari-hari peperangan sahaja. Ini kita boleh ketahui dengan meneliti keadaan hadis ini di mana Nabi ingin menuju ketempat yahudi, Nabi berkata “ Aku akan pergi menunggang esok menuju kegolongan yahudi,jangan mulakan mereka dengan salam”
Kalau kita perhatikan kata-kata Nabi, ini berlaku kerana Nabi ingin menghukum mereka kerana mengkhianati Nabi di dalam peperangan Azhab.
Memberi salam ini lebih diharuskan apabila bertemu dengan sanak saudara atau sahabat handai. Begitu sekiranya pengucapan bukan dengan salam oleh kita kepada bukan Islam seperti Sobahulkhair ia tidak menjadi masalah aau dalam bahasa kita selamat pagi.
Dalam masa yang sama,hukum menjawab salam juga harus sekiranya golongan bukan Islam menyebut kalimah assalamualaikum sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Al-Qayyim dan Imam Qaradawi.kalau mereka menyebut assamualaikum, cukup dengan menjawab alaikum
Melihat kepada keadaan negara kita, saya merasakan ucapan memberi salam termasuk kepada bukan Islam adalah perkara yang patut digalakkan selagi mana ia memberi kemesraan kepada mereka,kerana Islam ini adalah agama untuk semua,Allah ini Tuhan alam semesta bukan Tuhan orang-orang Islam sahaja. Wallah a’lam.
0 comments:
Post a Comment