Marlon King: Penyerang EPL yang Memeluk Islam di Penjara
Freemansonry-Berawal Di Mesir Berakhir Di Palestin (Bahagian 1)
Selama di Mesir inilah Nabi Ibrahim mendapatkan isteri keduanya yang bernama Hajar, yang menurut beberapa riwayat adalah seorang budak dari Firaun tetapi ada juga yang mengatakan Hajar adalah anak kandung Firaun dari rahim selirnya. Mana yang benar antara kedua-dua riwayat ini bukan itu yang menjadi perdebatan. Inti sejarahnya adalah dari kedua-dua rahim isteri nabi Ibrahim inilah dunia saat ini menjadi sebuah wacana pertempuran tiga ideology besar: Yahudi, Nasrani dan Islam.
Seterusnya, Nabi Ibrahim kembali lagi ke Kan'an (Palestin) dan singgah di Hebron. Di tanah Kana'an ini beliau sempat melawat bebarapa tempat seperti Beersheba, AL Quds, el Khali dan tempat lain.
Dari isteri kedua beliau, Hajar, Nabi Ibrahim mendapatkan keturunan Ismail dan dari isteri pertama, Sarah, beliau mendapatkan keturunan Ishak, yang kedua- duanya kelak menjadi seorang Nabi pula. Kemudian Nabi Ishak mendapatkan putra bernama Nabi Yaakub, yang mempunyai nama gelaran Israel.
Untuk nama Israel ini, di dalam Al-Quran hanya disebut sekali saja untuk merujuk kepada Nabi Yaakub iaitu di surat 3 ayat 93. Silakan anda memeriksa ayat tersebut.
Nabi Yakub dilahirkan di Palestin pada abad kelapan sebelum Masihi, atau kira-kira pada tahun 1750 sebelum Masihi. Menurut riwayat beliau berhijrah ke tanah Haran. Di tanah baru ini beliau berkahwin dan dikarunia dua belas putera: Simeon (Samson), Reuben, Levy, Judah, Issachar, Zabulon, Dan, Naphtali, Gad dan Asher. Sedangkan putra terakhir beliau Benyamin, dilahirkan di tanah Kana'an (Palestin), selepas Nabi Yakub kembali bersama anak-anaknya ke Sa'ir, dekat el Khalil (Hebron).
Yaakub dan keluarganya selanjutnya berhijrah ke Mesir seperti kejadian yang dialami oleh Nabi Ibrahim , masa paceklik. Selanjutnya di Mesir inilah Al-Quran mengisahkan bagaimana kehidupan Nabi Yusuf dalam surat Yusuf.
Dan atas kebaikan Nabi Yusuf inilah anak-anak nabi Yaakub dan semua keturunannya hidup dengan tenang. Dan inilah babak awal dari masa Bani Israel. Hal ini dikatakan demikian kerana semua keturunan Nabi Yaakub disebut Bani Israel.
Sejarah Bani Israel pun bermula dari Mesir. Dan Sejarah besar pun bermula terukir di tanah ini hingga nanti ke Palestin.
Seperti yang telah disebutkan sebelumnya, Mesir-Palestin merupakan dua tanah sejarah semenjak Nabi Ibrahim hingga sekarang.
Dan tajuk artikel ini adalah tepat kerana dari Mesirlah awal sejarah besar terukir dan di Palestinalah akhir sejarah akan diukir.
Sysru pernah berkata tentang Athens, "ketika kita menjejakkan kaki kita di sini, maka kita tengah berjalan di atas sejarah."
Kalimat Sysru di atas tepat juga untuk dilabelkan kepada artikel ini: tanah Mesir-Palestin, adalah dua tanah yang akan menjadi sejarah akan bermula sejarah Bani Israel dan berakhirnya Yahudi.
Bab II: Bani Israel di Mesir
Para sejarawan berpendapat ketika Nabi Yaakub dan semua keluarganya berhijrah ke Mesir, Mesir ketika itu di bawah pemerintahan dinasti Hyksos pada abad kesembilan belas sebelum Masihi (1878-1580) .
Hyksos adalah bangsa pengembala asal Asia yang berhijrah ke Mesir. Kisah klasik suatu bangsa pindah adalah masa paceklik. Bangsa ini berjaya memanfaatkan kelemahan penguasa Mesir pada saat itu dan membentuk empat dinasti penguasa Mesir selanjutnya.
Selama masa Dinasti Hyksos, Bani Israel hidup dalam keadaan aman dan makmur. Singkat kata, Ahmes berjaya mengalahkan dinasti Hyksos pada abad keenam belas dan mengusir mereka. Maka Mesir kembali di bawah pemerintahan bangsa asli Mesir dan membentuk dinasti XVIII.
Dinasti penguasa Mesir baru ini melihat bahawa Bani Israel lebih berpihak kepada Hyksos dari pada kepada mereka, maka dinasti ini pun mulai merasa resah akan kewujudan Bani Israel di Mesir.
Sebagai bahan tambahan saling berganti masa penguasa tanah Mesir berikut penulis sajikan kepada anda silsilah masa kekuasaan Mesir.
Tempoh sebelum masa dinasti 3500-3100 sebelum Masihi
Tempoh Dinasti awal 3100-2686 sebelum Masihi
Dinasti pertama c.3100-2890 sebelum Masihi
Narmer
Menes (Hor-Aha )
Djer
Wadj (Djet)
Den
Anendjib
Semerkhet
Qa'a
Dinasti kedua c.2890-2686 Sebelum Masihi
Hotepsekhemwy
Raneb
Nynetjer
Seth-Peribsen
Khasekhemwy
Kerajaan Tua c.2686-2181 Sebelum Masihi
Dinasti ketiga c.2686-2613 sebelum Masihi
Sanakhte (Nebka) (c.2688-2668)
Djoser (c.2668-2649)
Sekhemkhet (Djoser Teti) (c.2649-2641)
Khaba (c.2641-2637)
Huni (c.2637-2613)
Wangsa keempat c.2613-2494 sebelum Masihi
Snofru (c.2613-2589)
Khufu (Cheops) (c.2585-2566)
Djedefre (c.2566-2558)
Khafre (Rekhaf) (c.2558-2532)
Menkaure (Mykerinos) (c.2532-2514 )
Shepseskaf (c.2514-2494)
Wangsa V c.2494-2345 sebelum Masihi
Userkaf (c.2494-2487)
Sahure (c.2487-2475)
Neferirkare Userkhau (c.2475-2455)
Shepseskare (c.2455-2448 )
Raneferef (c.2448-2445)
Niuserre (c.2445-2421)
Menkauhor (c.2421-2413)
Djedkare (c.2413-2381)
Unas (Wenis) (c.2381-2345)
Wangsa VI c.2345- 2181 sebelum Masihi
Teti (c.2345-2313)
Pepi I Meryre (c.2313-2279)
Merenre (c.2279-2270)
Pepi II Neferkare (c.2279-2181)
Tempoh pertengahan awal c.2181-2040 sebelum Masihi
Wangsa VII / VIII c.2181-2173 sebelum Masihi
Wadjkare Qakare Iby
Dinasti IX / X c.2160-2040 sebelum Masihi
Meryibre Kheti (Akhtoy) I
Merykare
Kanrferre
Nebkaure Kheti (Akhtoy) II
Wahkare Kheti (Akhtoy) III
Merikare 11th Dynasty c.2133 -1991 sebelum Masihi
Intef I (Inyotef I) Sehertawy (c.2133-2123)
Intef II (Inyotef II) Wahankh (c.2123-2074)
Intef III (Inyotef III) Nakhtnebtepnefer (c.2074-2066)
Mentuhotep I? (C.2066-2040)
Kerajaan zaman pertengahan c.2040-1786 sebelum Masihi
Dinasti XI
Mentuhotep II Nebhepetre (c.2040-2010)
Mentuhotep III Sankhkare (c.2010-1998)
Mentuhotep IV Nebtawyre (c.1998-1991)
Wangsa XII c.1991-1786 sebelum Masihi
Amenemhet I Sehetepibre (c.1991-1962)
Senusret I Kheperkare (c.1962-1917)
Amenemhet II Nubkaure (c.1917-1882)
Senusret II Khakhperre (c.1882-1878)
Senusret III Khakaure (c.1878-1841)
Amenemhet III Nimaatre (c.1841-1796)
Amenemhet IV Maakherure (c.1796-1790)
Queen Sobeknerfu Neferusobek (c.1790-1786)
Tempoh pertengahan kedua c.1786-1567 sebelum Masihi
Dinasti XII (kira-kira ada 70 raja) c.1786-1633 sebelum Masihi
Wegaf Khawitawire (c.1783 - 1779)
Amenemhet V Sekhemkare
Harnedjheriotef Hetepibre
Sobekhotep I Khaankhre (ca.1750)
Hor
Amenemhet VII Sedjefakare
Sobekhotep II Sekhemre-Khutawy (ca.1745 )
Khendjer
Sobekhotep III
Neferhotep I Khasekhemre (c.1723-1713)
Sobekhotep IV Merihotepre Khaneferre (c.1713)
Iaib (c.1713-1703)
Ay Merneferre (c.1703-1680)
Neferhotep II
dan lebih daripada lapan raja pada Dinasti XIV c.1786-1603 sebelum Masihi
Nehesy Dinasti XV c.1674-1567 sebelum Masihi
Hyksos kings
Sheshi (Salitis?)
Yakubber (Bnon?)
Khyan (Apachnan)
Apepi I (Apophis)
Apepi II (Khamudi?) (c.1542-1532 )
Wangsa XVI c.1684-1567 sebelum Masihi Raja-raja Hyksos
Anather
Yakobaam?
Dinasti XVII c.1650-1567 sebelum Masihi
Sobekemsaf I
Sekhemre Wadjkhau
Sobekemsaf II
Intef VII
Tao I Seakhtenre
Tao II Sekenenre
Kamose Wadjkheperre
Kerajaan Baru c.1570-1070 sebelum Masihi
Dinasti XVIII c.1570-1293 sebelum Masihi
Ahmose I Nebpehtyre (c.1570-1546)
Amenhotep I Djeserkare (c.1546-1527)
Thutmose I Akheperkare (c.1527-1515)
Thutmose II Akheperenre (c.1515-1498)
Queen Hatshepsut Maatkare (c.1498-1483)
Thutmose III Menkhepere (c.1504-1450)
Amenhotep II Akheperure (c.1450-1412)
Thutmose IV Men-khepru-Re (1412-1402)
Amenhotep III Nebmaatre (c.1402-1364)
Amenhotep IV / Akhenaten Neferkheperure (c.1350-1334)
Smenkhkare Ankhheperure (c.1334)
Tutankhamen Nebkheperoure (c.1334-1325)
Ay Kheperkheperure (c.1325-1321)
Horemheb Djeserkheperure ( c.1321-1293)
Dinasti XIX c.1293-1185 sebelum Masihi
Ramses I Menpehtyre (c.1293-1291)
Seti I Merienptah Menmaatre (c.1291-1278)
Ramses II Meriamen Usermaatre Setepenre (c.1279-1212)
Merneptah Hetephermaat Baenre Meriamen (c.1212-1202)
Amenmes Heqawaset Menmire Setepenre (c.1202-1199)
Seti II Merenptah Userkheperure Setepenre (c.1199-1193)
Merneptah Siptah Sekhaenre / Akhenre (c.1193-1187)
Queen Twosret Setepenmut Sitre Meriamen ( c.1187-1185)
Dinasti XX c.1185-1070 sebelum Masihi
Sethnakhte Userkhaure Setepenre (c.1185-1182)
Ramses III Usermaatre Meriamen (c.1182-1151)
Ramses IV Usermaatre / Heqamaatre-Setepenamen (c.1151-1145)
Ramses V Usermaatre Sekheperenre (c.1145-1141)
Ramses VI Nebmaatre Meriamen (c.1141-1133)
Ramses VII Usermaatre Setepenre Meriamen (c.1133-1128)
Ramses VIII Usermaatre Akhenamen (c.1128-1126)
Ramses IX Neferkare Setepenre ( c.1126-1108)
Ramses X Khepermaatre Setepenptah (c.1108-1098)
Ramses XI Menmaatre Setepenptah (c.1098-1070)
Tempoh pertengahan ketiga c.1070-664 sebelum Masihi
High priests (Thebes)
Wangsa XXI sementara ada di Tanis
Herihor Siamun Hemnetjertepyenamun (c.1080-1074)
Piankh (c.1074-1070)
Pinedjem I Meriamen Khakheperre Setepenamun (c.1070-1032)
Masaherta (c.1054-1046)
Djedkhonsefankh (c.1046-1045)
Menkheperre (c.1045 -992)
Smendes II (c.992-990)
Pinedjem II (c.990-969)
Psusennes (c.969-959)
Dinasti XXI
Tanite c.1070-945 sebelum Masihi
Nesbanebded Hedjkheperre Setepenre (Smendes I) (c.1070 -1043)
Nephercheres (Neferkare-hekawise Amenemnisu Meramun (c.1043-1039)
Psusennes I Akheperre Setepenamun (c.1039-1000)
Amenemope Usimare Setepenamun (c.1000-991)
Osorkon the elder (Osochor) (c.991-985 )
Psinaches (c.985-976)
Psusennes II Titkheprure (c.976-962)
Siamun Nutekheperre Setepenamun Siamun Meramun (c.962-945)
Dinasti XXII
Bubastite c.945-730 sebelum Masihi
Sheshonq I Hedjkheperre Setepenre (c.945- 924)
Osorkon I Sekhemkheperre Setepenre (c.924-889)
Sheshonq II Hekakheperre Setepenre (ca. 890)
Takelot I Usimare (c.889-874)
Osorkon II Usimare Setepenamun (c.874-850)
Harsiese (ca. 865)
Takelot II Hedjkheperre Setepenre (c.850-825)
Sheshonq III Usimare Setepenamun (c.825-773)
Pamai (c.773-767)
Sheshonq V Akheperre (c.767-730)
Osorkon IV (c.730-712)
Dinasti XXIII
Tanite c.817-730 sebelum Masihi
Pedibastet Meriamen Usermaatre Setepenre (c.818-793)
Iuput I (ca. 800)
Sheshonq IV Usermaatre Meriamen (c.793-787)
Osorkon III Usermaatre Setepenamen (c.787-759)
Takelot III Usermaatre (c.764-757)
Rudamon Usermaatre Setepenamen (c.757-754)
Iuput II Meriamen sibastet Usermaatre (c.754-712)
Nimlot (ca. 740)
Peftjauabastet nefer-ka-re (c.740-725)
Thutemhat (ca. 720)
Pedinemti (ca. 700)
Dinasti XXIV c.720-714 sebelum Masihi
Shepsesre Tefnakht (c.724-717)
Wahkare Bakenrenef (c.717-712)
Dinasti XXV 747-656 sebelum Masihi
Piye Usimare Sneferre (Piankhi ) (747-716)
Shabaka Neferkare Wahibre (716-702)
Shebitku Djedkaure Menkheperre (702-689)
Taharka Khunefertemr (689-663)
Tanutamun Bakare (663-656)
Tempoh Dinasti terkini 664-332 sebelum Masihi
Dinasti XXVI 664-525 sebelum Masihi
Necho I (664-656)
Psammetic I Wahemibre Psamtek (656-609)
Necho II Wahemibre Neko (609-594)
Psammetic II Neferibre Psamtek (594-587)
Wahibre (Haaibre) (Apries) (587-569)
Ahmose II Khnemibre (Amasis) (569-526)
Psammetic III Ankhkaenre (526)
Dinasti XXVII 525-404 sebelum Masihi
Cambyses II (525-522)
Darius I (521-486)
Xerxes (486-465)
Artaxerxes I (465-424)
Darius II (423-405)
Artaxerxes II (405-359)
Wangsa XXVIII 404-399 sebelum Masihi
Amenirdis (Amyrtaeus) (404-399)
Wangsa XXIX 399-380 sebelum Masihi
Nefaarud I (Nepherites I) (399-393)
Psammuthis Userre Setepenptah Pasherienmut (ca. 392)
Hakor Khnemmaere Setpenkhnum (Achoris) (392-380)
Nefaarud II (Nepherites II) (380)
Dinasti XXX 380-343 sebelum Masihi
Nakhtnebef Kheperkare (Nectanebo I) (380-362)
Djedhor (362-360)
Nekhtharehbe Snedjemibre Setpenanhur (Nectanebo II) (360-343)
Wangsa XXXI 343-332 sebelum Masihi
Artaxerxes III (343-338)
Arses (338-336)
Darius III (336-332)
Tempoh Rom Purba Raja-raja Masedonia
Alexander the Great (332 -323)
Philip III Arrhidaeus (323-317)
Alexander IV Aegus (317-311)
Dinasti Ptolemaik 323-30 sebelum Masihi
Ptolemy I Soter (305-282)
Ptolemy II Philadelphus (284-246)
Arsinoe II (278-270)
Ptolemy III Euergetes I (246-222)
Bernice II (246-221)
Ptolemy IV Philopator (222-205)
Ptolemy V Epiphanes (205-180)
Harwennefer (205-199)
Ankhwennefer (199-186)
Cleopatra I (194-176)
Ptolemy VI Philometor (180-164)
Cleopatra II (175-115)
Ptolemy VII Neos Philopator (164-145)
Ptolemy VIII Euergetes II (145)
Cleopatra III (142-101)
Ptolemy IX Soter II (116-80)
Ptolemy X Alexander I (107-88)
Ptolemy XI Alexander II (80)
Ptolemy XII Neos Dionysos (80-51)
Queen Bernice IV (58-55)
Ptolemy XIII (51-47)
Queen Cleopatra VII (51-30)
Ptolemy XIV (47 - 44)
Ptolemy XV (44-30)
Kembali ke nasib Bani Israel, pada masa Dinasti XIX berkuasa, tepatnya pada masa Ramses II, Bani Israel mengalami masa-masa yang paling sukar dalam kehidupan mereka.
Hal ini disebabkan pada masa dahulu, orang-orang Mesir mendapat layanan yang berbeza dalam masa Dinasti Hyksos dan juga semakin banyaknya penduduk mereka hingga menjadi begitu dominan dalam masyarakat.
Dan ketika Ramses II berkuasa, Bani Israel dijadikan hamba yang hina dengan hak-hak kehidupan yang begitu jauh dari orang-orang Mesir pada umumnya. Di samping alasan di atas, Bani Israel dijadikan hamba kerana manuver-manuver mereka yang cuba untuk mengkudeta Dinasti XIX tersebut.
Dalam keadaan tertekan inilah, tampillah putra terbaik dari Bani Israel yang kemudian dijadikan oleh Allah menjadi nabi sekaligus pembebas Bani Israel daripada kehinaan iaitu Nabi Musa.
Bagaimana nasib Bani Israel selanjutnya? Pastikan anda terus mengikuti rencana ini kerana rencana ini baru permulaan dan nantinya akan membahas freemasonry, dll.
20 Keistimewaan Wanita
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga. 4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. 5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail. 6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya. 12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.” 13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun) 15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah. 17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan. 19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. 20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam. Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.
Nabi Isa (Jesus) Menghalalkan Alcohol?
Ke Gereja Untuk ke Masjid
“Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah!” saya melafazkan syahadah. Laura mengulang bilah-bilah kesaksian itu dengan penuh kesungguhan. “Alhamdulillah. Welcome back, sister!”, saya menadah tangan mengucap syukur. Laura menangis. Bukan sedih. Tetapi riak wajahnya menampaknya suatu kelegaan yang besar. Pagi itu Laura telah mengisytiharkan keIslamannya di hadapan saya dan beberapa warga masjid, termasuk beberapa muslimat yang saya jemput untuk meraikan Laura. “Thank you, Imam. I feel so blessed that no word can describe my feeling right now. I can’t believe that I am now a Muslim. Finally!” kata Laura. Saya sendiri berasa sebak dan terharu. Selepas beberapa kali berutus soal jawab melalui telefon, pagi itu Laura nekad untuk melafazkan syahadahnya. Saya mengalu-alukan ‘kepulangan’ beliau dengan ucapan ‘Welcome back‘, kerana mahu mengangkat hakikat yang diterangkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bahawa setiap insan itu dilahirkan fitrah. Muslim by nature. JALAN DATANG KEPADA ISLAM “Izinkan saya bertanya, apakah yang mengundang nekad kamu untuk memeluk Islam pagi ini?” saya cuba mendapatkan cerita. Ia perkara biasa setiap kali ada saudara baru yang memeluk Islam. Saya suka meneliti kisah-kisah mereka kerana ia berguna untuk muhasabah dakwah saya. “Imam pun tahu yang saya memang sudah agak lama cenderung kepada Islam, bukan?” tanya Laura kepada saya. Saya mengangguk. Semenjak lebih 6 bulan, Laura sudah berhubung dengan saya. Beliau merupakan pelajar Biologi di universiti berdekatan. Kajian-kajian Laura tentang hal-hal berkaitan evolusi membawa beliau dekat kepada Islam. Beliau terperangkap di antara peperangan Creationist Christian dan Evolutionist yang sering bernada Atheist. Tetapi Laura tidak punya kekuatan untuk melakukan hijrah. Banyak perkara yang dipertimbangkannya, terutamanya aspek sosial. Sanggupkan dirinya melakukan perubahan dan bagaimanakah penerimaan keluarga dan rakan… ini merupakan isu besar buat Laura. Saya mengambil inisiatif menemukan Laura dengan Hannan, iaitu isteri kepada majikan saya yang juga merupakan seorang Irish Muslim. Lanjutan daripada itu, Laura ditemukan dengan beberapa orang lagi Irish Muslim, yang meyakinkan beliau bahawa beliau tidak bersendirian dengan hijrah yang bakal dilakukannya nanti. “Tetapi, saya mendapat kekuatan itu akibat peristiwa malam tadi!” kata Laura. “Apa yang berlaku?” saya ingin tahu. “Malam tadi kami sekeluarga ke gereja untuk menghadiri mass bersempena dengan Hari Ibu. Ajaib sekali, ceramah yang disampaikan oleh paderi di gereja itu sungguh mengesankan. Saya asyik mendengarnya malah ahli gereja yang lain juga begitu mengaguminya” cerita Laura. “Selepas selesai majlis, seperti biasa paderi berdiri di pintu gereja, bersalaman dengan kami semua. Apabila tiba giliran, saya mengucapkan tahniah kepadanya atas ceramah beliau yang sungguh hebat” sambung Laura. “Wah bagus begitu. Jarang sekali Imam masjid menghargai mereka yang hadir ke masjid sedemikian rupa. Saya juga harus mengamalkannya!” saya mencelah. Laura dan hadirin yang lain ketawa. “Apa isi ceramahnya?” saya mahukan kepastian. “Oh, ceramah malam tadi ialah tentang hubungan ibu dengan anak, dari kandungan hingga penyusuan dan kepentingan menyusukan anak sendiri” kata Laura. Saya mengangguk. Jemaah yang lain juga khusyuk mendengar. “Lalu saya beritahu paderi tersebut: tahniah, kerana ceramah awak yang sangat bagus. Cuma, saya ingin tahu, pernahkah tuan membaca apa-apa dari Quran, buku orang Islam, tentang tajuk yang dibentangkan tadi?” cerita Laura lagi. Saya khusyuk mendengar cerita Laura. Beliau memang pengunjung setia gereja. Tetapi aturan Allah sedikit berbeza. Setiap kehadirannya ke gereja, menjadikan beliau semakin hampir kepada masjid. “Paderi itu membisikkan ke telinga saya bahawa sebenarnya beliau mengambil keseluruhan inti ceramahnya daripada al-Quran! Beliau tidak bertemu dengan keterangan sebaik keterangan al-Quran tentang topik tersebut” tegas Laura. “Allah!” saya mengurut dada. “Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu” [Al-An'aam 6: 114] “Saya sangat terkejut dengan statement beliau. Hampir rebah saya dibuatnya. Apabila saya kembali ke rumah, emak dan ayah masih lagi bercerita tentang kehebatan ceramah paderi di gereja tadi. Saya beritahu mereka apa yang paderi itu sendiri nyatakan kepada saya” sambung Laura. “Bagaimana reaksi keluarga anda?” saya bertanya. “Mereka sangat terkejut dan emak saya ketakutan kerana dia tahu kecenderungan saya kepada Islam” jawab Laura. “Saya sudah lama meyakini kebenaran Islam. Kata-kata paderi itu malam tadi telah memberikan satu-satunya yang saya perlukan untuk menjadi Muslim, iaitu kekuatan. That’s it. I am now a Muslim and I will declare my faith tomorrow!” kata Laura dengan penuh yakin. Beliau menganggap dirinya telah menjadi Muslim semenjak malam tadi. Tetapi beliau datang ke masjid agar keIslamannya disaksikan oleh pihak masjid untuk maslahah-maslahah yang sedia maklum. SECEBIS KISAH Itulah kisah daripada siri peristiwa saya menguruskan proses menerima Islam oleh warga Ireland selama saya bertugas sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre, Northern Ireland. Kebanyakan mereka yang memeluk Islam di Ireland, melakukannya hasil kajian dan pembacaan sendiri. Lazimnya, saya hanya membantu menyelesaikan beberapa isu berbaki sebelum mereka mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Sebagai seorang Muslim yang juga Imam di masjid tersebut, tentu sahaja saya bergembira dan bersyukur dengan perkembangan ini, khususnya selepas insiden 11 September 2001. Namun apa yang lebih menggembirakan saya, ialah hakikat integrasi, keterbukaan dan komitmen kepada dialog menjadikan usaha dakwah subur di bumi Eropah. Saya yakin, jika umat Islam di negara ini memperbaiki identiti mereka agar lebih mudah didekati, bercakap dengan rasional tanpa dikaburkan oleh sentimen dan emosi, maka jalan untuk penyebaran Islam akan terbuka dengan lebih luas. Kita tidak perlu terlalu terburu-buru mahu mengIslamkan sesiapa, sebaliknya harus banyak menumpukan perhatian kepada menerangkan tentang Islam secara baik kepada mereka yang mencari. Tumpuan kepada berhujah dan berdakwah untuk menyebarkan kebaikan serta kebenaran adalah lebih sejahtera daripada usaha mengIslamkan non Muslim secara tergesa-gesa seolah-olah urusan itu demi kepentingan kita, dan bukannya dia, dan ALLAH. Malah kita juga harus memberi galakan agar masyarakat Kristian kembali ke gereja. Biar Buddha dan Hindu kembali rajin ke kuil mereka. Selain mengembalikan fungsi agama pada membaikkan manusia, menghargai agama, menjadikan mereka semua setapak lebih hampir kepada Islam. Materialisma yang menjadi anutan manusia hamba duit dan harta, sangat membutakan kehidupan seperti kisah Sahib al-Jannatain di dalam Surah al-Kahf ayat 32 hingga 46. Jika mereka menerima Islam dan terbuka hatinya untuk memeluk Islam, maka setinggi-tinggi syukur kita lafazkan. “Tiada paksaan di dalam agama” [Al-Baqarah 2: 256] Jika mereka tidak memeluk Islam, penerangan dan hujah yang disampaikan melalui dakwah dan pendidikan tetap berguna menjauhkan mereka daripada permusuhan membuta tuli terhadap Islam dan seterusnya lebih ‘dekat’ dengan kita, biar pun tidak atau belum bersama. Kira-kira sebulan selepas memeluk Islam, Laura telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dengan Ali, seorang sahabat yang berasal dari Libya. Saya telah mengurus dan mengakadkan nikah mereka dengan nasihat agar Ali terus membimbing Laura dengan nasihat agama dan wasiat iman. Berikan komitmen kepada dakwah, itu tugas yang kita warisi daripada Rasulullah.. Wa saLlallahu ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa sahbihi wa sallam. Walhamdu liLLaahi Rabb al-’Aalameen.