Islamik Kah Perbankan Islamik?

>> Monday, December 13, 2010

Apa yang membakar lagi semangat dan meneguhkan lagi pendirian saya ini (pembiayaan bank Islam haram) adalah apabila mendengar penceramah pertama dipersidangan tersebut Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan bahawa perbankan islamik itu "double" haram. Diikuti pula oleh Sheikh Imran Hosein yang bersependapat sedemikian. Pada hari kedua pula Dr. Aziuddin dari KUIS pula menyatakan perbankan islam "triple" haram. Disini saya ingin berkongsi maklumat dan mengajak rakan-rakan merenung kembali berfikir samada islamikkah perbankan islamik itu dengan amalan-amalan perniagaan yang mereka lakukan dan juga mengapa tokoh-tokoh dipersidangan riba' ini menyatakan sedemikian.


Perbankan Islam Menghalalkan Apa Yang Haram.

Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan perbankan islam adalah dua kali (double) haram dan patut ditutup, kerana apa? kerana menurut beliau perbankan Islam telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba' dan mengaburinya dengan proses jual beli. Apa yang perbankan islam lakukan adalah menukarkan nama sahaja keatas urus niaga tetapi sebenarnya ianya adalah aktiviti yang sama iaitu riba' dan penindasan. 

Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan sekalian kepada satu hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa diakhir zaman dimana pengaruh dajjal telah bermaharaja lela, apa yang kelihatan amat berbeza dari realiti sebenar, baginda mengumpamakannya dengan air sungai yang sejuk dan juga api, apa yang kelihatan sejuk seperti air sungai adalah api yang panas dan sebaliknya, jadi mungkin apa yang dilihat suatu yang positif dari perbankan islam ini adalah sebenarnya api yang sedang membakar umat Islam yang terpengaruh dengannya? Tidak cukup hanya dengan mata fizikal dan ilmu dunia sahaja untuk melihat realiti sebenar di akhir zaman ini, perlu ada usaha lain untuk melihatnya.


Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.       Surah Al Imran 3:92

Nilai wang yang semakin menyusut disebabkan wang yang dikeluarkan tanpa sandaran

Perbankan Islam Juga "Mencipta" Wang Tanpa Sandaran.

Sebelum ke persidangan riba' yang lepas saya menganggap bahawa hanya wang deposit penyimpan didalam perbankan islamik sahaja yang akan dipinjamkan kepada peminjam, contohnya jika jumlah keseluruhan deposit penyimpan adalah 1 juta ringgit, maka hanya sejumah itu sahaja yang akan digunakan untuk membiayai pembelian untuk peminjam, akan tetapi apabila mendengar penjelasan dari pembentangan kertas kerja oleh beberapa panel dipersidangan ini, maka tiadalah lagi keraguan akan ketidak islamiknya perbankan islam itu pada diri saya. Didalam buku terbaru Real Money karangan Prof Ahamed Kameel Mydin Meera dari UIA juga jelas membangkitkan perihal aktiviti perbankan islam ini yang mana jelas bersekongkol dengan perbankan konvensional merosakkan keseluruhan masyarakat, hanya sebahagian kecil sahaja yang mendapat manafaat darinya iaitu pekerja dan pemegang saham bank tersebut (dan juga kerajaan dari cukai yang diperolehi). 

Asas perbankan konvensional dan islamik adalah sama iaitu mencipta wang baru menerusi pinjaman melalui sistem pecahan simpanan (fractional reserve sistem), perbezaannya adalah perbankan Islam menggunakan wang yang baru dicipta itu tadi untuk tujuan yang kononnya berlandaskan "shariah", majoritinya adalah melalui konsep ijarah yang mana pinjaman diberikan menerusi proses membelikan sesuatu aset bagi pihak peminjam dan menjualkannya kembali dengan harga yang berlipat kali ganda.

Lihat contoh berikut, katakan terdapat 2 rumah yang sama harganya katakanlah RM300,000 dibiayai dengan pinjaman dan pembiayaan, iaitu satu secara konvensional dan satu lagi secara "islamik" untuk tempoh 20 tahun, katakanlah kadar faedah adalah 6% yang mana digunakan terus oleh bank konvensional tetapi bagi perbankan islamik ianya juga akan digunakan sebagai asas perkiraan harga rumah yang akan dijual semula kepada peminjam. Kedua-dua bank islamik dan konvensional akan "mencipta" wang sebanyak RM300,000 melalui kira-kira perakaunan menggunakan sistem pecahan simpanan (fractional reserve system) dan wang yang baru dicipta ini bukanlah deposit dari penyimpan. Bank konvensional akan meminjamkan wang tersebut manakala islamik bank pula akan membeli rumah dan menjualkannya semula kepada peminjam 

Bayaran bulanan bagi kedua-duanya adalah RM2,149.29 (untuk memudahkan perkiraan, selalunya bayaran bulanan perbankan islamik lebih mahal dari konvensional) untuk selama 20 tahun. Perbankan Islam akan meletakkan RM515,830.59 sebagai harga jualan rumah tersebut kepada peminjam. Perbezaan sebanyak RM215,830.59 dikira sebagai bunga bagi perbankan konvensional dan keuntungan bagi perbankan islamik. Kedua-dua bank mencipta RM300,000 dengan hanya kira-kira perakunan akan tetapi keuntungan bagi pihak perbankan islamik telah pun tersedia. Supaya anda lebih memahaminya lagi mari kita lihat baki pinjaman selepas 10 tahun. 

Menerusi perbankan konvensional baki selepas 10 tahun adalah sebanyak RM193,594.77 manakala bagi pembiayaan islamik pula adalah RM257,914.80. Disini dapat dilihat akan perbezaan baki yang mana bagi perbankan islamik lebih banyak dari perbankan konvensional sebanyak RM64,320.03. Dan jika peminjam mahu menjelaskan pembiayaan tersebut pada masa tersebut, peminjam perbankan terpaksa membayar harga yang lebih kecuali mendapat ihsan diskaun dari pihak bank. Mungkin sebab itu jugalah hampir kesemua perbankan konvensional berlumba-lumba membuka bahagian perbankan islamik kerana mereka tahu ianya lebih memberi dan menjamin keuntungan. Mungkin ada yang berkata sekurang-kurangnya jika BLR naik peminjam perbankan islamik akan terjamin, ini tidak seperti yang disangkakan sebenarnya kerana keuntungan perbankan islamik sudah pun terjamin jika kita lihat dari perkiraan diatas. Perbankan islamik sebenarnya lebih menjaga kebajikan mereka sendiri berbanding peminjam dan ini yang gagal dilihat oleh kebanyakan masyarakat.

Masaalah terbesar sekarang ini sebenarnya lebih terletak kepada bagaimana wang pembiayaan itu yang "dicipta" "out of thin air" iaitu atas angin dan tidak berdasarkan suatu yang punyai nilai, hanya bersandarkan kepada janji peminjam untuk membayar balik. Jika RM1000 dipinjamkan pada kadar 10% setahun, selepas setahun RM100 yang dikenakan dianggap riba', bagaimana pula dengan RM1000 yang dicipta tanpa bersandarkan suatu yang bernilai dan secara automatiknya memberikan kuasa membeli tanpa risiko 10 kali lebih banyak dari riba' itu sendiri,bukankah itu riba' yang lebih besar? Ini yang wajib difikirkan semula oleh seluruh masyarakat lebih-lebih lagi oleh cerdik pandai islam yang menyokong perbankan islamik itu sendiri.

Pada pendapat saya, syariahnya perbankan islam itu hanya dilihat dari sudut hubungan antara pelabur dan juga pihak bank sahaja, manakala kebajikan pihak peminjam mahupun masyarakat samada sedikit ataupun tidak langsung diambil kira. Tidak kiralah samada bank islam membeli rumah dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi kepada peminjam ataupun bank konvensional meletakkan pembayaran pinjaman beserta faedah, dalam kedua-dua kes jumlah wang yang terpaksa dipulangkan kembali kepada bank oleh peminjam akan senantiasa tidak mencukupi kerana ianya melebihi jumlah wang yang dikeluarkan pada asalnya. Akibat dari ini masyarakat terpaksa bersaing sesama sendiri untuk mengumpul sejumlah wang yang mungkin bagi membayar balik pinjaman, contohnya jika 100 ribu dipinjamkan dan 110 ribu terpaksa dipulangkan, dari mana datangnya 10 ribu itu tadi? Ianya tidak wujud kecuali lebih banyak lagi pinjaman diberikan yang mana melaluinya wang baru akan dicipta. Apa terjadi apabila masyarakat terpaksa bersaing untuk mengaut sebanyak mana wang yang mungkin untuk membayar balik hutang yang berganda banyaknya dari jumlah asal? Masyarakat akan menjadi lebih pentingkan diri sendiri, kedua ibu bapa terpaksa keluar bekerja, anak-anak semakin terabai dan pelbagai lagi masaalah sosial. Pastinya anda seorang yang buta matanya jika tidak nampak keadaan ini berlaku kepada masyarakat kita hari ini? Bandingkan kemajuan masyarakat islam Malaysia khasnya dan sedunia amnya selama berbelas tahun perbankan islamik ini bertapak, adakah masyarakat islam semakin maju? Ya semakin maju meninggalkan Islam dan bukan sebaliknya.


Bagaimana pula dengan inflasi yang mengurangkan kuasa membeli masyarakat dengan penciptaan wang tanpa sandaran yang dilakukan oleh perbankan islamik ini? Bukankah itu satu penganiayaan dan penindasan kepada semua golongan masyarakat baik Islam atau tidak dan golongan manakah yang paling teruk merasakan bahana inflasi itu? Tidak lain tidak bukan mereka yang kurang bernasib baik terutamanya golongan miskin. Bagi yang berjawatan, berpangkat, punyai kerja tetap dan naik gaji saban tahun, itu tidak jadi masaalah. Sebab itulah boleh saya katakan kebanyakan mereka yang beriya-iya menyokong perbankan islamik ini adalah muslim dari golongan sebegini. Mereka tidak dapat melihat kesan sebenar tindakan institusi perbankan baik islamik atau konvensional ini kepada keseluruhan masyarakat. Maaf saya katakan mereka ini seolah-olah sudah dibutakan oleh keselesaan mereka sendiri.


Perbankan Itu Bukanlah Satu Perniagaan

Jika kita lihat pada pandangan kebanyakan masyarakat moden hari ini, rata-rata menganggap sistem perbankan itu adalah satu perniagaan tetapi tidak pada pendapat saya, ini adalah kerana dari penjelasan diatas tadi secara jelas ianya adalah institusi riba' yang di"halal"kan, oleh siapa?, oleh pemerintah hasil dari benih yang disemai oleh penjajah British sebelum memberi kemerdekaan fizikal, walaupun penjajahan kolonial itu telah lama berlalu namun sebenarnya negara dan rakyat masih dijajah secara halus, baik dari segi ekonomi dan juga jajahan minda. Walaupun ada contoh yang menyatakan terdapat individu Islam yang bertindak sebagai bank pada awal zaman kebangkitan Islam, persoalan yang patut difikirkan adalah adakah ketika itu wang kertas yang digunakan, dan juga adakah penciptaan wang baru menerusi kira-kira perakaunan diamalkan? Sudah tentunya tidak, jadi tidak bolehlah contoh tersebut diberikan untuk asas melabelkan bank sebagai satu perniagaan.

Rumah terbengkalai yang menjadi beban kepada pinjaman bank

Perniagaan melibatkan risiko antara semua pihak, ini amat penting kerana dari sudut Islam itu sendiri, apa jua tindak-tanduk kita didunia ini mestilah menjaga kepentingan semua umat manusia baik secara langsung atau tidak dan inilah asas kepada tujuan ibadah dan juga perundangan islam. Adakah wujud risiko didalam sistem perbankan? Apabila disebut risiko didalam perniagaan bank ini, selalunya dirujuk risiko antara pihak bank dan juga pihak pelabur, pihak pelabur menanggung risiko akan keupayaan bank untuk memastikan keuntungan dari pelaburan mereka, bagaimana pula dengan risiko kepada peminjam? Ambil contoh projek perumahan terbengkalai yang risikonya hanya ditanggung oleh peminjam. Walaupun pemaju gulung tikar, bank akan tetap cuba memaksa si peminjam agar melunaskan wang yang telah pihak bank keluarkan (walaupun ia tidak wujud secara nyata, hanya kira-kira akaun sahaja). Jadi nampaknya tiada risiko bagi pihak bank dalam hubungannya dengan peminjam. Maka apabila risiko hanya ditanggung oleh satu pihak, kekayaan hanya akan mengalir kesatu arah sahaja. Pihak bank akan semakin kaya dan peminjam akan semakin miskin dan ini bukanlah perniagaan, buktinya lihatlah betapa gahnya bangunan milik institusi perbankan pada hari ini.

Salah satu sifat riba' adalah terciptanya keupayaan membeli (purchasing power) atau nilai tanpa mengambil apa jua risiko, maka apabila bank mendapat keuntungan dengan peminjam membayar balik walaupun barang tidak sampai ke peminjam contohnya kes rumah terbengkalai, ternyatalah bank mendapat keupayaan membeli (keuntungan) atau nilai tanpa risiko, maka ianya adalah riba'. Jadi proses contohnya rumah dibelikan oleh bank islam dan dijual semula pada peminjam hanyalah helah semata-mata, tujuannya tetap sama dengan bank konvensional iaitu mendapatkan "purchasing power" atau nilai tanpa mempunyai risiko ataupun risikonya dikurangkan seminimum mungkin. Hanya Allah SW sahaja yang boleh mencipta sesuatu dari sesuatu yang tidak wujud (create something out of nothing), bank mencipta wang menerusi kira-kira perakaunan iaitu menerusi pinjaman, bank tanpa mereka sedari (atau mungkin sedar) juga telah bertindak sebagai tuhan.

Tanpa sedar kebanyakan manusia yang meminjam dibank baik konvensional atau islamik menjadi hamba kepada mereka, manusia sepatutnya menjadi hamba hanya kepada Allah SW. Sistem ekonomi ini adalah perhambaan baru yang tidak kelihatan dikalangan masyarakat, pertamanya kerana sejak dari awal lagi ianya dianggap suatu yang normal (norma kehidupan), kedua kerana melalui sistem ekonomi ini banyak kesenangan dan kemewahan (nikmat dunia) dapat dikecapi dengan cepat contohnya tanpa perlu menunggu lama mengumpul wang manusia boleh mendapatkan barangan diluar kemampuan tunai dan ketiganya kerana tiada atau kurang pendedahan maklumat mengenai sistem perbankan itu sendiri.


Manusia yang diperhambakan ini rata-rata terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan, akan tetapi mereka yang bekerja keras itu tadi bukanlah sebenarnya penerima utama usaha mereka tadi tetapi sebaliknya pihak yang punyai keistimewaan memberikan pinjaman, pihak yang mencipta wang tanpa sandaran iaitu pihak bank. Amat malang sekali perkataan islamik pada bank tidak menggambarkan semangat islam sebenarnya berteraskan keadilan kepada semua umat manusia. Selama berbelas tahun perbankan Islam bertapak di negara kita adakah kualiti kehidupan masyarakat khasnya umat Islam semakin baik terutamanya iman? Kehidupan umat manusia akhir zaman hari ini kebanyakannya telah terjerumus kearah mengejar materialistik, ini jelas kelihatan dengan kecenderungan untuk mengejar wang dan harta, persaingan mendapatkan pekerjaan ataupun keuntungan dalam perniagaan, semua ini pula menjurus kepada masyarakat yang semakin tidak bermoral, semakin nipis iman, semakin kurang masa untuk keluarga, saudara-mara dan masyarakat yang mana ini pula menghasilkan generasi baru yang semakin hilang nilai moral, lebih terpengaruh dengan gejala luar dan sebagainya.

Ramai yang memberi alasan bagaimana bank boleh berfungsi jika mereka tidak mengambil keuntungan dari usaha mereka? Bagaimana hendak membayar gaji pekerja dan juga memberi pulangan kepada penyimpan? Untuk menjawabnya saya ajukan soalan, adakah bayaran yang dikenakan oleh bank setampil dengan usaha yang mereka lakukan? Adakah dengan hanya mencipta wang menerusi kira-kira akaun mereka berhak mengenakan bayaran berganda dari pinjaman yang diberikan? Pada pendapat saya perkhidmatan kesihatan yang sepatutnya diswastakan sepenuhnya dan khidmat bank dikendalikan oleh kerajaan dengan mengenakan bayaran perkhidmatan yang paling minimum. Hampir kesemua penyakit masyarakat moden hari ini datangnya dari stress, dan boleh dikatakan hampir kesemua stress ini datangnya dari hal berkenaan dengan wang baik secara langsung atau tidak, jadi sekiranya punca stress ini diminimakan bukankah punca penyakit dapat dikurangkan? Ini menghasilkan masyarakat yang lebih sihat. Apabila manusia bebas dan tidak diperhambakan maka akan lahirlah generasi yang lebih cemerlang. Kebebasan adalah asas kepada kreativiti dan kreativiti pula asas kepada penghasilan idea dan produk baru yang mana akan kembali semula memberi manafaat kepada manusia itu sendiri.

Melalui sistem perbankan ini juga kekayaan dengan mudahnya berpindah dari pihak yang mempunyai keistimewaan atau kuasa untuk mencipta wang tanpa perlu membanting tulang. Lihat senario ini, apabila peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman contohnya pinjaman rumah, apa tindakan yang akan pihak bank lakukan? Mereka akan mendapatkan perintah mahkamah untuk merampas rumah tersebut. Bank yang pada asalnya mencipta wang hanya melalui kira-kira akaun akhirnya menjadi pemilik harta yang sebenar, bukan lagi wang yang bersandarkan hutang. Apabila rumah itu dilelong, bank kemudiannya akan punyai wang nyata iaitu tidak dicipta melalui hutang. Amat malang lagi jika rumah yang dilelong tidak cukup membiayai baki hutang, jika peminjam punyai tanah, tanah itu juga akan berpindah milik kepada bank akhirnya. Ini bermakna bank dengan hanya menaip data kira-kira didalam sistem akaun bank lama kelamaan akan menjadi "raja" yang berkuasa. Menerusi mekanisma perbankan inilah kekayaan berpindah secara bathil, penipuan menerusi muslihat yang tidak kelihatan oleh pemikiran yang tenggelam dengan hiburan muzik, filem, permainan video, facebook dan sebagainya.

Kesan buruk sistem perbankan moden hari ini tidak dapat dilihat hanya dari sudut yang sempit, hanya kerana memiliki pekerjaan yang tetap, gaji yang melayakkan untuk mendapat pinjaman, manusia merasakan tiada salahnya membayar sejumlah wang setiap bulan sebagai balasan kepada perbankan Islam yang telah membelikan rumah atau kereta bagi pihak mereka dan menjualkannya semula dengan harga yang lebih tinggi. Kesan buruknya harus dilihat dari sudut keseluruhan masyarakat. Pertamanya apabila kita meminjam dari bank, nilai wang akan semakin cair, dan ini yang dinamakan inflasi, keduanya jumlah wang yang terpaksa dipulangkan kembali kepada bank sentiasa melebihi jumlah wang yang telah dikeluarkan maka wujudlah persaingan, didalam sistem kewangan sekarang ini hidup manusia ibarat permainan kerusi musik, apabila musik berhenti (ekonomi jatuh) pasti akan ada yang kecundang (bankrap). Sebab itulah Allah sw mengishtiharkan perang terhadap riba' kerana kesannya adalah kepada keseluruham masyarakat dan bukan kepada satu individu sehaja.
Kemiskinan, segalanya berkemungkinan membawa kepada kekufuran.                         (Baihaqi dan Tabarani)
Lihatlah kesan buruk yang diberikan oleh inflasi, jika beberapa tahun dahulu simiskin boleh membeli sebungkus nasi lemak dengan 50 sen, sekarang terpaksa membayarnya dengan seringgit, bukankah ini satu penindasan, dan rata-rata simiskin adalah mereka yang paling teraniaya didalam sistem ekonomi moden ini kerana kurangnya upaya mereka untuk meminta gaji yang lebih tinggi (tiada kelayakan sijil, ijazah dll.) apatah lagi mendapatkan pinjaman dari bank (contohnya tiada slip gaji atau penyata bank). Simiskin ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah sedikit wang yang ada pada mereka nilainya semakin menurun, mereka juga tersepit antara persaingan pelanggan-pelanggan bank yang bersaing untuk mengaut wang sebanyak mungkin untuk membayar balik pinjaman kerana jumlah wang yang ada dalam kitaran sentiasa kurang dari wang yang terpaksa dibayar balik kepada bank. Apabila mereka sedar mereka semakin kalah dan semakin miskin, maka jalan akhirnya adalah mendapatkan wang tersebut secara paksa iaitu mencuri. Secara tidak langsung masyarakat sendiri yang mencipta pencuri, lihatlah kebanyakan kawasan perumahan sekarang ini terpaksa dikawal, siapa yang harus disalahkan jika bukan diri sendiri? Fikir-fikirkanlah pula rumah yang terpaksa dikawal itu adakah rumah yang dibeli secara tunai atau secara pinjaman? Tiada bezanya dengan penjara, cuba anda fikir-fikirkan, penjara dihuni oleh pencuri dan diluar penjara adalah orang yang dicuri atau teraniaya, didalam kawasan perumahan berpagar dan dikawal, didalamnya juga adalah "pencuri" dan diluar pula adalah golongan yang teraniaya. "Pencuri" yang saya maksudkan adalah mereka yang bersubahat bersama-sama dengan pihak bank menurunkan nilai wang kepada seluruh masyarakat dan yang paling menerima kesannya adalah simiskin menerusi penciptaan wang melalui pinjaman (fractional reserve system) dan juga menyebabkan persaingan didalam masyarakat berlumba merebut wang yang tidak pernah cukup dalam masyarakat,jadi siapa pencuri yang lebih besar sebenarnya?

Hanya riba' sahaja dosa yang Allah SW mengishtiharkan perang terhadapnya dan perumpamaan besarnya dosa riba' walaupun yang paling kecil adalah umpama berzina dengan ibu sendiri, kerana apa? Kerana ianya melibatkan seluruh masyarakat dan bukan hanya bank dan peminjam sahaja. Jadi melihat kepada kesan buruk secara halus kepada masyarakat yang dilakukan oleh perbankan Islam ini maka tiada bezanya dengan perbankan konvensional yang mengamalkan riba' secara terbuka.

Tiada yang percuma didunia ini, setiap nikmat yang dinikmati ada harga yang terpaksa dibayar, salah satu falsafah fizik kuantum adalah manusia itu sendiri mencipta realiti kehidupannya, malangnya rata-rata umat manusia tanpa sedar mencipta realiti kehidupan mereka itu dan menyalahkan insan lain apabila musibah berlaku kepada mereka, contohnya pencuri yang jelas kelihatan sedangkan mereka tanpa sedar dan secara halus mencuri nilai dari manusia lain dengan membantu menambahkan inflasi dan juga persaingan. Etika sebenar ekonomi Islam adalah kekayaan beralih dari golongan kaya kepada golongan miskin melalui zakat dan sedekah akan tetapi menerusi sistem ekonomi moden yang berasaskan riba ini jelas menyebabkan keadaan sebaliknya, dan ini jelas juga berlaku dalam perbankan islamik. 

Tidak guna mengemukakan masaalah tanpa cuba memberikan jalan penyelesaiannya, didalam dunia moden yang telah diselimuti oleh riba' ini teramat sukar untuk kita semua lari darinya, inilah yang digambarkan oleh hadis Nabi SAW akan debu atau wap riba' yang akan menimpa seluruh umat manusia. Pada pendapat saya langkah pertamanya adalah seluruh umat Islam wajib berusaha untuk kembali kepada penggunaan wang sunnah, iaitu wang yang punyai nilai sebenar (intrinsic value) seperti logam bernilai atau komoditi atau paling tidak pun wang kertas itu sendiri disandarkan dengan suatu yang bernilai. Penggunaan wang contohnya emas ini adalah untuk urusan harian dan bukan untuk simpanan semata-mata seperti yang dilakukan oleh masyarakat hari hari ini yang mana tentulah mereka yang bernasib baik dan mempunyai wang sahaja yang mampu membelinya. Apa guna menyimpan emas jika tiap ketika kita takut akan kehilangannya, bukankah berusaha mencapai keadilan ekonomi kepada seluruh masyarakat itu lebih patut diutamakan, barulah tidur malam lebih lena walaupun tingkap terbuka luas. Keduanya pula adalah mengembalikan kuasa mencipta wang kepada masyarakat dan bukan kepada sesetengah pihak sahaja iaitu bank, contohnya jika petani menanam padi, beras yang dihasilkan boleh menjadi wang baru samaada ianya ditukarkan dengan emas atau wang yang disandarkan dengan emas keluaran bank yang dikendalikan oleh kerajaan atau sebagai kemasukan debit didalam akaun kewangannya yang mana ianya akan digunakan oleh petani itu tadi untuk membeli barangan lain contohnya ayam dari penternak pula.

Persoalan seterusnya adalah adakah kerajaan yang memimpin kita pada hari ini berminat untuk melakukan perubahan kearah keadilan sosial ini? Pada pendapat saya mereka tidak berminat untuk melakukannya, kerana apa? Kerana saya tidak nampak pemimpin yang ada sekarang ini "nawaitu" adalah lillahita'ala. Rata-rata insan yang saya jumpa dan beriya-iya menyokong kepimpinan sekarang ini juga adalah mereka yang mendapat kesenangan dunia dengan sokongan mereka terhadap pemimpin mereka. Hanya pemimpin yang takutkan Allah SW sahaja yang mampu melakukannya dan bukan pemimpin yang takutkan isteri. Jika untuk memimpin isteri menjadi lebih soleh contohnya dengan bertudung pun tidak mampu, janganlah pula kita nak harapkan pemimpin sebegini untuk melakukan suatu yang lebih besar lagi kearah menyelamatkan ummah. Hanya sistem khilafah sahaja jalan penyelesaiannya. Demokrasi? Samalah juga dengan sistem perbankan ciptaan barat yang penuh penipuan, tiada demokrasi dizaman moden ini sebenarnya, yang ada hanyalah manipulasi menerusi kawalan minda dengan pengawalan media, pendidikan dan sebagainya.

Adakah Perubahan Boleh Dijalankan Dengan Mendadak?

Tiada tamadun yang terbina dalam masa setahun dua akan tetapi yang pasti semuanya bermula dari minda, dari kesedaran akan kebathilan dan juga keinginan yang kuat untuk berubah, moga insyaallah adalah hendaknya generasi baru yang akan sedar dan mampu melihat dengan mata keimanan dan apabila mereka ini bangkit menjadi pemimpin satu hari nanti insyaallah akan mampu mengubah dengan tangannya. Jadi buat masa ini apa yang boleh dilakukan? Tidak mampu dengan tangan maka dengan bersuara dan menyatakan ketidak setujuan dengannya, dan inilah yang cuba saya lakukan dengan artikel saya ini disamping berusaha untuk memberi kesedaran. Harap rakan-rakan juga berusaha bersama menjadi agen perubahan dengan menjadi penyebar ilmu, paling tidak pun ungkitkan perbincangan mengenai perkara ini kepada rakan-rakan yang lain bila ada kelapangan untuk berbual, bukankah tindakan anda itu ibarat menanam saham akhirat berbanding dengan borak kosong.

Saya juga telah pun bertaubat tidak akan lagi meminjam dari bank dan meminimakan sebanyak mungkin wang yang disimpan didalam bank kerana wang yang disimpan itu juga akan digunakan oleh pihak bank sebagai syarat simpanan (reserve requirement) untuk memberi pinjaman baru, ini secara tidak langsung bersubahat dengan pihak bank mencipta wang baru dan menambahkan lagi inflasi, beban yang kembali kepada diri saya sendiri dan juga kepada seluruh masyarakat. Mungkin akan ada yang merungut bagaimana nak hidup dizaman moden ini jika tidak meminjam? Saya sudahpun memberi contoh menyewa dan kemudiannya membeli secara tunai rumah dalam artikel saya yang lepas. Bagaimana dengan kenderaan? Nampaknya terpaksalah bersusah-susah dahulu dengan pengangkutan awam sebelum bersenang-senang kemudian akan tetapi dengan cara generasi baru yang rata-rata dibesarkan dengan kesenangan mudah (contohnya mainan semuanya tersedia dialam kotak dan tidak seperti generasi dahulu yang membuat mainan sendiri) dan kehidupan yang diselimuti kemewahan, maka tepuk dada, guna frontal lobe dan tanyalah iman.

Hidup didunia ini ibarat kita berjalan kaki pulang kerumah, perjalanan yang jauh dan sukar dengan panas terik dan hujan lebat. Sedang kita berjalan itu ada insan yang mahu memberi kemudahan menumpangkan kita dengan kenderaannya akan tetapi dengan syarat iaitu sebahagian dari kawasan rumah kita mesti diserahkan kepadanya. Kerana tidak sanggup bersusah payah maka kita pun bersetuju, lepas beberapa ketika tuan punya kenderaan sampai ke destinasi akan tetapi kita masih belum sampai dan kembali semula berjalan, keadaan yang sama berulang kembali dengan ada insan lain yang mahu menumpangkan. Lama kelamaan kerana kita mahukan kesenangan dan tidak mahu bersusah-payah, akhirnya rumah kita akan tergadai. Perbuatan berjalan kaki itu adalah kehidupan kita didunia ini, rumah yang dimaksudkan itu adalah syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SW bagi mereka yang kekal mengikut perintahNya dan insan yang memberi tumpang itu adalah syaitan yang memperdayakan manusia.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah Akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Surah Al Imran 3:185.
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
 Telah pun saya jelaskan sebaik mungkin dan terpulanglah kepada rakan-rakan sekalian untuk menilai, nilaikanlah ianya ikut akal dan bukan ikut rasa. Saya hanyalah penyampai yang mencuba sebaik-baiknya untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, apa yang saya harapkan adalah agar rakan-rakan dapat melihat perkara ini dari sudut keseluruhan kesan kepada masyarakat dan tidak hanya faedah kesenangan dunia kepada diri sendiri sahaja. Apabila saya melihat masyarakat kita semakin hari semakin rosak akhlaknya dan semakin nipis imannya, saya banyak berfikir mengapa dan hasil kajian dan penelitian, sistem kewangan dan perbankan baik islamik atau tidak inilah salah satu punca utamanya dan saya tidak mampu menahan diri dari lantang bersuara. Ribuan ampun dan maaf jika artikel saya ini mengguris hati sesetengah pihak, lumrah ubat itu pahit dan manis itu racun maka fikirkanlah. Moga kesedaran akan sampai jua akhirnya, insyaallah. Jadi Islamikkah perbankan islamik? Terpulanglah pada anda kembali untuk menentukannya.


16 comments:

Muhammad December 17, 2010 at 9:37 PM  

Assalamualaikum,mohon pandangan saudara mengenai isu ini.. juga mengenai artikel di bawah yang saya sertakan linknya.. Apakah bermakna kita perlu meninggalkan sistem perbankan islam dan mengambil sistem konvensional? Bukankah dalam kebanyakan kes, sistem perbankan Islam dipantau oleh penasihat syariah yang biasanya dari golongan yang arif tentang fiqh waqi'? Bukankah mereka berijtihad berdasarkan ilmu? Wallahu a'lam.. Mohon penjelasan saudara. Saya benar-benar ingin mencari kebenaran, langsung tiada niat untuk berdebat, atau menyebelahi mana-mana pihak kecuali yang benar.

http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/928-dua-isu-sukar-dipermudah--kewangan-islam-a-wahabi.html

Muhammad Sidiq December 18, 2010 at 1:42 AM  

Salam , saudara.
Saya cuma nak bagi pendapat , betul atau salah ALLAH sahaja yang tahu.
Pada saya , Perbankan patut dianggap sebagai Business. Why ?
Dengan keadaan kita yang sekarang ramai yang tak sanggup nak buat kerja tanpa return. Kalau ada memang alhamdulillah.
Kita kena fikir juga kenapa Bank kenakan charge semua , kalau Bank tak kenakan sebarang charge atau apa-apa bayaran. Macam mana diaorang nak survive. Memang benar Riba itu Haram. Saya wonder , pada Zaman Rasulullah S.A.W dulu tak mungkin tak ada orang yang tak berhutang. Mesti ada , Si pemberi hutang pun mesti sudah buat janji dengan si penerima hutang dan si penerima mesti clear dengan deal tersebut. Kalau betul bank islam itu haram. Saya cadangkan saudara buka 1 bank sendiri yang tidak menggenakan apa-apa charge. Saya nak tengok berapa lama Bank saudara boleh hidup tanpa sebarang keuntungan. Kalau boleh , syukur alhamdulillah.

Apa yang saya rasa tak patut wujud ialah INSURANCE. Kalau Bank memang wajar dia buat macam itu.

Maaf kalau ada tersalah , just 2 cent from me. Saya hamba yang lemah.

Unknown December 23, 2010 at 9:29 AM  

Perbankan apa pun hari ini adalah haram kerana menggunakan sistem mata wang yg tidak bernilai dan kehadiran inflasi yg wajib ke atasnya. Senang cerita sistem duit kertas ni pon dah riba'.

Riba umpama maksiat paling besar terhadap ALLAH selepas syirik kepada-NYA. Dosa riba dlm satu riwayat menyatakan umpama berzina dgn ibu kandung sebnyak 35kali dan dlm 1 riwayat lain menyatakan umpama berzina dgn isteri jiran sebelah rumah kita. Na'uzubillah himinzaalik.

Semua org boleh mmberi pendapat yg sama seperti saya atau berlainan atau lebih lagi dari saya. Ini mmbawa maksud semua org boleh, dgn kecerdikan akal anugerah dari ALLAH mampu memberi pendapat2 yg bernas mengikut kadar ilmu mereka. Namun ia hanyalah pendapat. Selama ni kita byk berckp ttg ini haram itu haram, salah satu cth ialah perbankan Islam.

Sekiranya kita beranggapan perbankan Islam sekarang ini haram, apakah jln keluar trbaik bagi org Islam? Ada satu jln yg digalakkan sekarang ini ialah dgn menyimpan emas. Walaubagaimanapun, mampukah sebuah keluarga berpendapatan RM1000 menanggung 4 anggota keluarga dan tidak mempunyai harta mampu utk melabur dlm emas? Di mana jihad org2 kaya ISlam utk keluar membantu para miskin dan yg yg tdk berkemampuan?

Sekarang ni bkn zaman hanya berckp dn merancang tapi akhir zmn ini adalah masa utk kita merancang, bertindak dan dakwah.

Anonymous December 24, 2010 at 11:23 AM  

Salam,dengan rendah diri saya pohon kita sama2 tambah ilmu berkaitan Syariat. Sekadar yang hamba tahu, isu keharusan duit kertas sebagai media pertukaran adalah khilaf dan jumhur mengharuskannya. Tapi sepengalaman hamba belajar dan mengajar topik berkaitan Riba,transaksi duit kertas sendiri adalah bukan riba. Berkaitan quotation dr Kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik tu, kena diperbahaskan oleh kalangan ulama dengan penuh hati-hati dan penuh amanah ilmu. Sekadar pandangan ringkas. Wallahu a'lam.

Helmis December 27, 2010 at 10:46 PM  

Assalamualaikum,

Terimakasih kerana bersama menjadi penyebar ilmu, akan tetapi saya harapkan janganlah diedit buangkan artikel asal dan cut & paste apa yang membuatkan artikel ini seolah-olah tulisan saudara. Memang sumbernya diletakkan akan tetapi biarlah telus dan tiak mengelirukan.

Terimakasih sekali lagi, moga Allah SW sahaja yang membalas segala usaha saudara ini.

Helmis
http://syurgadidunia.blogspot.com

Anonymous January 16, 2011 at 7:48 PM  

mende ni dah di jawab oleh UZAR bahawa tuduhan ini adalah tidak benar. banyak hadis2, ayat al quran dan pandangan2 Imam-imam besar dunia digunakan bagi menyokong sistem Islamic Banking. bukan saja pandangan mereka bertentangan dengan pandangan 4 mazhab utama, tetapi juga bertentangan dengan Ijma' Ulama.

semua apa yang saudara tuliskan itu telah dijelaskan dengan terperinci menggunakan dalil, Nas dan hujah. Dalil2 yang digunakan di dalam article ini langsung tiada sokongannya daripada Hadis dan al-Quran.

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila . Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (al-Baqarah 2:275)

jangan sampai sesuatu urusan jual beli itu dinamakan sebagai Riba', kerana kita takut dengan seksaan Allah yang pedih.

Anonymous February 13, 2011 at 6:13 AM  

Salam..

Dalam sistem ekonomi berteraskan riba dan fractional banking semua wang kertas (fiat money)akan akhir nya menuju kepada nilai benar (intrinsic value) sifar/kosong.

Wang fiat seperti ini pasti ditimpa dengan penyakit "atrophy" iaitu inflasi.

Pada saya...semua bank tempat kita menyimpan wang telah pecah amanah kerana telah bukan sahaja mengunakan wang tersebut tanpa izin malah telah melipat gandakan jumlah nya berdasarkan nisbah cadangan yg ditetapkan oleh BNM.

Tindakan seperti ini bakal mencairkan nilai wang dan merupakan satu kezaliman dan ketidakadilan sosial.

Pada saya umat Islam akan selama nya terjajah dan jadi abdi kpd bank selama mana gerak kerja dan cara fikir mereka berlandaskan asuhan dan ajaran berteraskan sistem kapitalis.

Umat Islam kenapa tidak simpan duit dan kekayaan mereka kat Baitul Mal?

Kekuatan dan kelebihan Baitul Mal warisan Islam ini kenapa tak di gunakan untuk selamatkan umat Islam seluruh nya dari riba dan api neraka?

Sudah tentu zakat dan sedekah serta "social safety net" Baitul Mal ini tak mungkin sama dengan riba/faedah dan fees itu ini; bank konvensional atau bank Islam.

Renung renung kan lah.....

MatAwang@Matjen
abangjii@maktoob.com

Naz May 10, 2011 at 7:25 PM  

Bagi saya semua permasalahan ini timbul disebabkan dua perkara:

1) Konspirasi Yahudi/dajjal menyesat umat manusia (bukan hanya Islam) dgn menubuhkan sistem perbankkan (riba) tak kira melalui bank konvensional mahupun "islamik" yg merupakan teknik terbaru mereka memperdaya golongan muslim..

Bukankah wahyu terakhir berkenaan larangan keras riba'? maka dr situlah mereka menciptakan sistem perbankkan/riba melalui kewujudan wang kertas!!

2) Kerakusan umat manusia (termasuk yg Islam) terhadap duniawi yg juga dicipta oleh mereka; kereta, hartanah, pakaian, dgn sgalanya. Bukan kah ekonomi, perbankan dan jenama pd waktu ini dikuasai oleh mereka??

Jd mereka mencipta "dunia" dan mengambil kesempatan terhadap kerakusan kita terhadap "dunia" yg kita kejar tersebut!!

Sy juga meningatkn kpd dri sya supaya bersyukur dgn ape yg ada. kecintaan/ketamakan kita terhdp dunia sebenarnya yg mendorong kita terjebak dgn riba ini.

Bayangkan setiap muslim redha dgn rezeki yg ada, berusaha mengikut kemampuan, Insyaallah usaha kita akan diberkati. Bahkan jika semua antara kita berkata tidak kpd riba' mungkin shj sistem perbankan yg menindas ini tidak akan pernah wujud kerana tiadanya permintaan!!

Anonymous May 15, 2011 at 4:44 AM  

Assalamualaikum saudara,

saya ni tak lah arif sangat pasal sistem perbankan ni. and saya pon baru je tertarik dengan isu riba' ni kira2 dlm stahun lepas, biasalah, tengah blaja kolej, barulah tahu makna duit y sebenarnya.

okey, saya cuma ada 1 kemusykilan sahaja, saya nak tanya, kalaulah bank islamik yang menggariskan panduan pembayaran yang nyata semasa sebelum membuat pinjaman, bagaimana pula ianya dikatakan riba?
sedangkan tiada costing yang tersorok didalam urusan kertas kerja pinjaman tersebut.
bukankah ianya hak bagi si peminjam untuk mengaut keuntungan dengan cara yang nyata, dengan menyatakan "saya akan mengenakan caj sebanyak ini dan ini", anda dikehendaki membayar balik hutang saya dengan tambahan sebanyak "sekian sekian". Disini tiadalah caj yang tersorok sebagaimana yang diamalkan sistem konvensional. yang menggunakan 'percentage' yang tak lain tak bukan hanyalah mengelirukan si peminjam kerana ianya terdapat banyak ruang untuk penipuan berlaku.

bandingkan sistem islamic dengan konvensional, digunapakai terhadap seseorang individu yang tidaklah berpelajaran tinggi dalam ilmu matematiknya, sistem manakah yang amat cenderung bagi individu tersebut ditipu?sudah jelas sekali sistem konvensional bukan?

setahu saya, meletakkan harga caj bagi si peminjam itu merupakan hak dia sebagai peminjam.dan dia menyatakan dengan jelas bahawa bagaimana dan banyak mana kadar si penghutang perlu bayar.di sini tiadalah apa2 caj yang tersorok. dan ia menjadi hak si peminjam ini untuk reject deal tersebut jikalau si peminjam merasakan tiada daya untuk melangsaikan hutang atau tidak berminat.tambahan pula ianya dinyatakan secara jelas bagaimana jikalau si penghutang gagal membayar menigikut perjanjian semasa penyataan deal tersebut.
bagaimana pula ianya dikatakan sebagai riba?

secara keseluruhan, konteks perbankan memanglah tak dinafikan diasaskan dari yahudi laknatullah, bagaimana mata duit akan berkurangan dari masa ke semasa.
Di sini saya hanya mahu menanya saudara tentang transaksi tentang islamic banking dan konvensional banking dengan riba, bukanlah secara keseluruhan konteks sistem perbankan yang diamalkan.
tolong beri penjelasan?
tq.

bagaimana pendapat anda?

The Real Me September 17, 2011 at 6:08 PM  

Sesetengah manusia TERLALU TAKSUB, dan paranoid dengan YAHUDI. Yahudilah yg mencipta itu, mencipta ini. Dajjal sana, dajjal sini. Kalau ANDA meninggal pada hari ini, Apakah Allah azza wajalla bertanya perihal dajjal?? Atau perihal Solatmu, puasamu, zakat mu, dan ibadat2 lainnya?

BERTAQWALAH KEPADA ALLAH.

Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dosa itu sebagai PASTI untuk terkena sesuatu kaum. Dan ANDA ingin menyatakan bahawa Perbankan Islam RIBA ini RIBA, itu HARAM. Janganlah menjahilkan diri dengan sesuatu yang tidak berlandaskan nas dalil yang kukuh.

Sekiranya ANDA menyatakan perbankan Islam itu HARAM, maka anda telah memperlekehkan usaha beribu-ribu para ulama di seluruh dunia yang berusaha mengeluarkan manusia daripada RIBA.

Sekiranya ANDA mengatakan Perbankan Islam itu HARAM, maka ANDA seolah-olah lebih bijak daripada ulama-ulama di seluruh dunia dalam menjatuhkan sesuatu hukum.

Diamlah daripada menyebarkan sesuatu yang kamu jahil akannya.


Faizin Bin Mohd Shamsuddin,
Pelajar Syariah(Ekonomi dan Perbankan Islam).

Anonymous September 23, 2011 at 2:34 AM  

ini semua sbb xde kerajaan Islam (khilafah).mari lah kita sama2 berusaha membangunkan sebuah kerajaan Islam yg berkuasa seluruh dunia agar kita dapat memerintah dan mentadbir berlandaskan Al-quran dah Sunnah d muka bumi ini.jgn nafikan musuh kita ialah syitan.dan boneka mereka ialah org2 kafir yg akan membuat kita mengikut2 cara hidup mereka yg bertuhan kan syaitan.sbb itu kita perlu berdoa agar d jaukan dari fitnah dajjal.tapi hakikatnye zaman ni kita mmg dalam fitnah dajjal yg mana kita terpaksa mengikut sistem ekonomi mereka,sistem sosial dan pendidikan mereka.ramai ulama yg di bayar untuk menghalalkan ape yg haram.berhati2 lah.skali lagi,mari lah kita sama2 berusaha menegakkan zaman khilafah seperti zaman Rasulullah SAW.itu yg sebaik2nya.semoga usaha kita kearah itu dapat melepaskan tanggungjawap kita terhapat ALLAH tuk memakmurkan muka bumi ni..

Anonymous December 2, 2011 at 12:00 PM  

assalamualaikum...
saudara pemilik blog...adakalanya untuk sesuatu yg kita tidak arif baik kita diamkan...sesetengah penulisan saudara ada benarnya..akan tetapi,saudara perlu pikir adakah saudara betul2 seorang yg beriman dan tidak terjebak dalam riba..kan sistem perbankan yg malaysia guna memang asalnya dari conventional system..dan kita sekarang ni sedang bergerak kearah satu sistem yg betul2 islamic...dan saudara perlu tahu term2 atau kaedah2 yg digunakan didalam perbankan islam bg menjadikan sesuatu produk bank itu boleh digunakan oleh org islam..sebagai contoh pembiayaan peribadi ataupun personal financing berbeza dgn konvensional pinjaman peribadi ataupun personal loan...kenapa islamic bank guna term personal financing...kalau saudara mahu tahu yg didalam personal financing ini, bank akan menggunakan konsep bai-inah..."""ali perlukan duit untuk tujuan perniagaan sebanyak RM10,000..jadi dia mahu buat pembiayaan peribadi di bank islam..dam konsep bai inah, sekiranya ali ada asset sebagai contoh kereta kancil,ali akan jual kancilnya itu kepada Bank secara tunai sebanyak RM10,000..dan bank akan beri tunai kepada Ali RM10,000...selepas itu ali akan beli keretanye semula dgn harga RM12,000...dan ali akan bayar kpd bank dengan ansuran bulanan RM1,000 selama setahun..."""semua transaksi berjalan secara jelas...RM2,000 adalah keuntungan bank...bank pun nak hidup kan....???...ok kalau kita tengok pinjaman peribadi utk konvensional plak...ali pinjam RM10,000...interest rate 4%...dan interest rate ini akan berubah2 bergantung kepada BLR...kena plak time ekonomi gawat...ape jadi?????so....saudara jgn terlalu mengatakan perbankan islam itu haram kerana perbankan islam telah wujud berpuluh tahun dahulu dan berjaya membantu umat islam...pernahkah saudara dengar tentang MIT GHAMR..bank ini telah berjaya membantu umat islam suatu ketika dahulu...kita hidup dalam dunia yg mencabar...saya akui perbankan islam masih banyak kelemahan kerana untuk menjadikan sesuatu itu deterima dalam islam mengambil masa untuk kajian dan penetapan hukum...penerimaan umat islam pulak sikit terhadap perbankan islam...kita ada penasihat syariah yg memang arif tentang fiqh muamalat ini...siapa kita untuk mengatakan ijtihad mereka tidak betul kerana kita masih cetek ilmu...kecuali saudara adalah seorang yg hebat didalam fiqh muamalat ini...menurut kajian,lebih ramai org bukan islam menggunakan produk bank islam berbanding orang islam itu sendiri...org macam saudara la tu...orang cina ataupun india...mereka pandai...kerana ape???kerana mereka telah fikir ape yg akan berlaku pada masa akan datang..dan perbankan islam akan menjamin mereka dari masalah ekonomi contohnya....org islam juga pandai dan lebih pandai...jd...jgn kita nak argue ape yg bagus untuk umat islam...saya sedih bila saudara mengata perbankan islam...umpama saudara mengata pemikir pemikir islam yg berusaha membantu saudara-saudaranya dari conventional bank....


sekian dari saya,maaf cume mahu saudara tahu perkara sebenar...jgn mengharamkan sesuatu sekiranya anda tidak tahu...


shahrul nizam-student BBA hons islamic banking...

Oche October 11, 2015 at 2:13 PM  

Nama saya Yusri aisyah, i am from malaysia, dengarlah, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang keras anda yang diperolehi. Saya dan suami saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
Kami juga meminjam wang untuk membayar pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kami mendapat apa-apa.
Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Maha Suci: gloryloanfirm@gmail.com

Unknown November 28, 2015 at 11:29 PM  

Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

Unknown March 2, 2016 at 11:07 AM  

mencari pinjaman dalam talian untuk membantu MDO anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda, anda perlu meminjam wang untuk meningkatkan pengkomersilan organisasi anda? Atau anda ditolak kredit daripada bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih alasan, atau tidak? Anda perlu pinjaman atau gadai janji berkongsi beban? Anda mempunyai lokasi yang tepat untuk hutang anda di sini! Syarikat Hollings Oz pinjaman pinjaman kepada orang-orang terkenal - dan terkenal.
Faedah rendah dan boleh diterima dari 2% tanpa colerteral.
Sila hubungi kami di E-mail kami hari ini jika anda perlu meminjam urget E-mel: perniagaan Hollingsozloanfirm@gmail.com.y tumbuh

Diet Diet Sihat November 21, 2019 at 12:10 PM  

artikel yang membuka minda

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP