Freemansonry-Berawal Di Mesir Berakhir Di Palestina (Bagian 4)

>> Thursday, August 26, 2010

BAB: II

Kisah di Sebalik Kabbalah

"Keluaran" adalah judul kitab kedua dari Taurat. Kitab ini menceritakan bagaimana Bani Israil, di bawah kepimpinan Nabi Musa, meninggalkan Mesir dan melarikan diri dari kekejaman Firaun. Firaun memperhambakan Bani Israil dan tidak mahu membebaskan mereka.Tetapi, ketika berhadapan dengan mukjizat yang ditunjukkan Allah melalui Nabi Musa, dan berbagai bencana ditimpakan kepada rakyatnya, Firaun Melunak. Maka, suatu malam bani Israil berkumpul, dan memulakan penghijrahan mereka keluar dari Mesir.Kemudian, Firaun menyerang Bani Israil, tetapi Tuhan menyelamatkan mereka melalui mukjizat Nabi Musa.

Tetapi, di dalam Al Quran lah kita mencari kisah-kisah yang paling tepat tentang eksodus dari Mesir, kerana Taurat telah mengalami banyak perubahan teks dari apa yang asalnya diturunkan kepada Nabi Musa. Sebuah bukti penting tentang ini adalah bahawa isi kelima kitab Taurat - Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan - lebih banyak yang saling bertentangan. Fakta bahawa kitab Ulangan ditutup dengan kisah kematian dan pengebumian Musa merupakan bukti yang tak dapat dinafikan bahawa bahagian ini sudah pasti ditambah selepas kematian Nabi Musa.

Patung yang disembah orang Yahudi ketika mereka menyeleweng dari agama sejati mereka, menurut penyelidik, merupakan objek berbentuk anak lembu yang diperbuat dari emas.

Di dalam Al Quran, pada pengisahan tentang keluarnya bani Israil dari Mesir, sebagaimana juga pada semua kisah lain yang berkaitan dengannya, tidak ada sedikit pun perbezaan; kisah tersebut diceritakan semula dengan jelas. Bahkan, seperti pada kisah-kisah lain, Allah mendedahkan banyak kebijaksanaan dan rahsia di dalamnya. Kerana itulah, ketika kita mengkaji kisah-kisah ini dengan cermat, kita dapat menarik banyak pelajaran dari mereka.

ANAK SAPI EMAS

Salah satu fakta penting berhubung dengan eksodus bani Israil dari Mesir, sebagaimana diceritakan di dalam Al Quran, bahawa mereka mengingkari agama yang diturunkan oleh Allah kepada mereka walaupun Allah telah menyelamatkan mereka dari kekejaman Firaun melalui Nabi Musa. Bani Israil tidak mampu memahami ajaran tauhid yang disampaikan Musa kepada mereka, dan terus cenderung kepada penyembahan berhala.

Al-Quran menggambarkan kecenderungan yang aneh ini dalam ayat berikut:

"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang lautan itu, maka setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap meyembah berhala mereka, Bani Israil berkata:" Wahai Musa, buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan (berhala) ". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang tidak mengetahui (sifat-sifat Tuhan)". Sesungguhnya mereka itu akan dihancurkan kepercayaan yang dianutnya dan akan batal apa yang mereka lakukan. "
(QS. Al-A'raaf, 7: 138-139)
anak lembu emas

Ilustrasi Paman Sam atau Samiri


Ilustrasi penyembahan Dewa Aphis oleh Samiri

Walaupun telah diingatkan oleh Nabi Musa, Bani Israil tetap menentang Nabi Musa, dan ketika Nabi Musa meninggalkan mereka, mendaki Gunung Sinai seorang diri, penentangan itu nampak sepenuhnya. Dengan memanfaatkan ketiadaan Musa, tampillah seorang bernama Samiri. Dia meniup-niup kecenderungan Bani Israil terhadap keberhalaan, dan memujuk mereka untuk membuat patung seekor anak lembu dan menyembahnya.

"Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati. Nabi Musa berkata: "Wahai kaumku, bukankah Tuhanmu telah menjanjikan kepadamu suatu janji yang baik? Maka apakah terasa lama masa yang berlalu itu bagimu atau kamu menghendaki agar kemurkaan dari Tuhanmu menimpamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu dengan aku?".

Mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali tidak melanggar perjanjian dengan kemahuan kami sendiri, tetapi kami disuruh membawa beban-beban dari perhiasan kaum itu, maka kami telah melemparkannya, dan demikian pula Samiri melemparkannya", kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka (dari lubang itu) anak lembu yang bertubuh dan bersuara, maka mereka berkata: "Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa, tetapi Musa telah lupa."

(QS. Thahaa, 20: 86-88)

Mengapa ada kecenderungan yang gigih di kalangan Bani Israil untuk membina berhala dan menyembahnya? Dari mana kecenderungan ini berpunca?

Sudah tentu, suatu masyarakat yang sebelum itu tidak pernah menyembah berhala tidak akan secara tiba-tiba berkelakuan bodoh seperti membina patung dan menyembahnya. Hanya mereka yang mempunyai kecenderungan alami terhadap benda yang akan mempercayai perkara seperti itu.

Namun, Bani Israil dahulunya adalah kaum yang mengimani satu Tuhan semenjak di bawah Nabi Ibrahim. Nama "Bani Israil" atau "Anak-Anak Israil" pertama kali diberikan kepada putera-putera Ya'kub, cucu Nabi Ibrahim, dan setelahnya semua bangsa Yahudi merupakan keturunannya. Bani Israil telah menjaga iman tauhid yang mereka warisi dari keturunan mereka Ibrahim, Ishak, dan Ya'kub, 'alaihim salam. Bersama Yusuf as., Mereka pergi ke Mesir dan memelihara monoteisme mereka dalam jangka masa yang panjang, walaupun faktanya mereka hidup di tengah masyarakat Mesir yang menyembah berhala. Jelaslah dari kisah yang disebut di dalam Al Quran bahawa ketika Nabi Musa datang kepada mereka, Bani Israil adalah kaum yang mengimani satu Tuhan (ALLAH).

Satu-satunya penjelasan untuk ini adalah bahawa Bani Israil, betapapun banyaknya mereka menganut kepercayaan Monoteistik, terpengaruh oleh kaum pagan yang hidup bersama mereka, dan mula meniru mereka, menggantikan agama yang dipilihkan bagi mereka oleh Allah dengan penyembahan berhala dari negeri-negeri asing.

Berhala bangsa Mesir yang lain: Hathor, anak lembu emas.

Ketika kita mengkaji masalah ini di bawah keterangan catatan sejarah, kita amati bahawa pengaruh pagan yang memengaruhi Bani Israil adalah yang terdapat di Mesir Kuno. Sebuah bukti penting yang menyokong kesimpulan ini adalah bahawa anak lembu emas yang disembah Bani Israil apabila Nabi Musa berada di Gunung Sinai, sebenarnya adalah tiruan daripada benda Mesir, Hathor dan Aphis. Dalam bukunya, Too Long in the Sun, penulis Kristian Richard Rives menulis:

"Hathor dan Aphis, dewa-dewa lembu betina dan jantan bangsa Mesir, merupakan lambang dari penyembahan matahari. Penyembahan mereka hanyalah satu tangga atau peringkat di dalam sejarah pemujaan matahari oleh bangsa Mesir. Anak lembu emas di Gunung Sinai adalah bukti yang lebih dari cukup untuk membuktikan bahawa pesta yang dilakukan berkaitan dengan penyembahan matahari .... "

Patung Mesir Purba, Hathor.

Pengaruh agama pagan bangsa Mesir terhadap Bani Israil berlaku dalam banyak peringkat yang berbeza. Apabila mereka bertemu dengan kaum pagan, kecenderungan ke arah kepercayaan bidaah ini muncul dan, sebagaimana disebutkan dalam ayat, mereka berkata,

"Wahai Musa, buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka memunyai beberapa tuhan (berhala)."
(QS. Al-A'raaf, 7: 138)

Apa yang mereka ucapkan kepada Nabi mereka,

"Wahai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang."
(QS. Al-Baqarah, 2: 55)

menunjukkan bahawa mereka mempunyai kecenderungan untuk menyembah benda nyata yang dapat mereka lihat, sebagaimana yang terdapat pada agama pagan bangsa Mesir.

Kecenderungan Bani Israil terhadap paganisme Mesir Purba, yang telah kita gambarkan di sini, penting untuk difahami dan memberi kita wawasan tentang perubahan dari teks Taurat dan asal usul dari Kabbalah. Jika kita fikirkan kedua-dua topik ini dengan hati-hati, kita akan menemui bahawa, pada sumbernya, dijumpai paganisme Mesir Purba dan falsafah materialis.

DARI MESIR KUNO KE Kabbalah

Semasa Nabi Musa masih hidup, Bani Israil telah mula membuat objek tiruan dari benda-benda yang mereka lihat di Mesir dan menyembahnya. Setelah Musa wafat, makin sedikit yang menghalang mereka dari penyelewengan lebih jauh ke derhaka.Tentu saja, hal ini tidak terjadi pada semua orang Yahudi, tetapi sebahagian mereka memang mengadoptasi paganisme bangsa Mesir.Tentu saja, mereka meneruskan doktrin-doktrin kependetaan Mesir (para ahli sihir Firaun), yang menjadi asas bagi kepercayaan kaum itu, dan merosakkan keimanan mereka sendiri dengan memasukkan doktrin-doktrin ini ke dalamnya.

Doktrin yang dimasukkan ke dalam agama Yahudi dari Mesir Purba adalah Kabbalah. Seperti sistem dari para pendeta Mesir, Kabbalah merupakan sistem esoterik, dan berlandaskan pada amalan sihir.Yang menariknya, Kabbalah memberikan penuturan yang sangat berbeza tentang kejadian daripada yang ditemui di dalam Taurat, yakni penceritaan materialis, yang berdasarkan kepada idea Mesir Purba tentang kewujudan kekal dari bahan-bahan. Murat Ozgen, seorang Freemason berkebangsaan Turki, membahas topik ini sebagai berikut:

Sefiroth

"Jelaslah bahawa Kabbalah disusun bertahun-tahun sebelum kewujudan Taurat. Bahagian paling penting dari Kabbalah merupakan sebuah teori tentang pembentukan alam semesta.Teori ini sangat berbeza dengan kisah kejadian yang diterima oleh agama-agama ketuhanan. Menurut Kabbalah, pada awal penciptaan, muncullah benda-benda yang disebut Sefiroth, artinya "lingkaran-lingkaran" atau "orbit-orbit", yang mengandungi sifat material mahupun spiritual. Benda-benda ini berjumlah 32. Sepuluh yang pertama mewakili massa bintang-bintang di angkasa.Keistimewaan Kabbalah ini menunjukkan bahawa ia berkaitan rapat dengan sistem kepercayaan astrologis kuno .... Jadi, Kabbalah jauh dari agama Yahudi dan berkaitan rapat dengan agama-agama kuno yang misterius dari Timur. "


Sefiroth adalah ekspresi paling lugas dari ajaran pagan Kabbalah. Gambar yang terbentuk dari lingkaran-lingkaran pada lukisan Kabbalis di kanan adalah Sefiroth. Para Kabbalis berusaha menjelaskan proses kejadian melalui Sefiroth.Senario yang mereka ajukan sebenarnya adalah sebuah mitos pagan yang sepenuhnya bertentangan dengan fakta yang diungkapkan di dalam kitab-kitab suci.

Dengan mengadopsi doktrin-doktrin materialis dan esoterik dari bangsa Mesir Purba yang berlandaskan ilmu sihir ini, bangsa Yahudi mengabaikan larangan Taurat tentang hal itu. Mereka mengambil upacara sihir dari bangsa pagan lain dan seterusnya, Kabbalah menjadi doktrin mistik di dalam agama Yahudi, tetapi bertentangan dengan Taurat. Di dalam buku berjudul Secret Societies and Subversive Movements, pengarang Inggeris Nesta H. Webster menyatakan:

"Seperti kita ketahui, Ilmu sihir telah dipraktikkan oleh bangsa Kanaan sebelum pendudukan Palestin oleh bani Israel; Mesir, India, dan Greek juga mempunyai tukang tenung dan peramal. Walaupun di dalam Hukum-Hukum Musa terkandung pengharaman ke atas ilmu sihir, bangsa Yahudi, dengan mengetepikan peringatan ini, mendapat dan mencampurkan tradisi suci yang mereka warisi dengan pemikiran-pemikiran yang sebahagian dipinjam dari bangsa lain dan sebahagian karangan mereka sendiri. Secara bersamaan, sisi spekulatif dari Kabbalah Yahudi meminjam dari falsafah Parsi Magi, Neo-platonik, dan Neo-Phytagorean. maka, terdapat justifikasi bagi pendapat kumpulan anti-Kabbalah bahawa apa yang kita kenal sebagai Kabbalah saat ini tidaklah murni asli dari Yahudi. "

Ada ayat di dalam Al Quran yang merujuk kepada topik ini. Allah berfirman bahawa Bani Israil mempelajari ritual persihiran syaitan dari sumber-sumber di luar agama mereka sendiri.

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir".

Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa sesiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. "

(QS. Al-Baqarah, 2: 102)!

Ayat ini menunjukkan bahawa kalangan tertentu bangsa Yahudi, walau mengetahui bahawa akan celaka pada hari akhirat kelak, mempelajari dan mengambil amalan-amalan sihir. Dengan demikian, mereka menyimpang dari undang-undang yang telah diturunkan oleh Allah kepada mereka. Kerana mereka telah menjual jiwa mereka sendiri, terperosoklah mereka ke dalam paganisme (doktrin-doktrin sihir). "Mereka telah menjual diri" untuk sesuatu yang jahat, dengan kata lain, meninggalkan keimanan mereka.

Fakta-fakta yang didedahkan dalam ayat ini menunjukkan sifat utama dari sebuah konflik penting dalam sejarah Yahudi. Pertarungan ini, pada satu sisi, adalah antara Nabi-nabi yang dihantar Allah kepada bangsa Yahudi dan golongan Yahudi yang beriman yang taat mereka, dan pada sisi lain, golongan Yahudi yang derhaka yang mengingkari perintah-perintah Allah, meniru-niru budaya pagan dari kaum di sekitar mereka, dan mengikuti amalan-amalan budaya tersebut, bukannya hukum Allah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP