Sumber Yang Menyatakan Napoleon Bonapart Masuk Islam

>> Thursday, January 6, 2011

SEORANG Jeneral dan Kaisar Perancis yang terkenal kelahiran Ajaccio, Corsica 1769. Napoleon Bonaparte, namanya sudah terkenal dan terdapat dalam turutan ke-34 dari seratus tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah yang ditulis oleh Michael H. Hart.

Karya di bidang ketenteraan Napoleon mempersembahkan paradoks yang menarik. Kepintaran beliau merancang strategi amat memukau. Bila diukur dari segi itu semata-mata, boleh dianggap seorang jeneral terulung sepanjang zaman. Sebagai seorang yang berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Perancis sejak Ogos 1793, sepatutnya ia merasakan puas dengan segala yang telah dimilikinya itu.

Tetapi rupanya kemegahan dunia belum dapat memuaskan hatinya, agama yang dianuti waktu itu ternyata tidak dapat membuat Napoleon Bonaparte merasa tenang dan damai. Akhirnya pada 02 Julai1798, 23 tahun sebelum kematiannya d itahun 1821, Napoleon Bonaparte menyatakan ke Islamannya secara terbuka. Namanya berubah menjadi ‘Aly (Ali) Napoleon Bonaparte’.

Apa yang membuat Napoleon ini lebih memilih Islam meninggalkan agama lamanya, Kristian?

Berikut adalah kenyataannya yang pernah dimuat di majalah Genuine Islam, edisi Oktober 1936 terbitan Singapura.

“I read the Bible; Moses was an able man, the Jews are villains, cowardly and cruel. Is there anything more horrible than the story of Lot and his daughters?”

“The science which proves to us that the earth is not the centre of the celestial movements has struck a great blow at religion. Joshua stops the sun! One shall see the stars falling into the sea… I say that of all the suns and planets,…”

“Saya membaca Bible; Musa adalah orang yang cekap, sedang orang Yahudi adalah bangsat, pengecut dan jahat. Adakah sesuatu yang lebih dahsyat daripada kisah Luth beserta kedua puterinya?” (Lihat Kejadian 19:30-38)

“Sains telah menunjukkan bukti kepada kita, bahawa bumi bukanlah pusat cekera alam, dan ini merupakan pukulan hebat terhadap agama Kristian. Yosua menghentikan matahari (Yosua 10: 12-13). Orang akan melihat bintang-bintang berjatuhan kedalam laut…. saya katakan, semua matahari dan planet-planet ….”

Selanjutnya Napoleon Bonaparte berkata:

“Religions are always based on miracles, on such things than nobody listens to like Trinity. Yesus called himself the son of God and he was a descendant of David. I prefer the religion of Muhammad. It has less ridiculous things than ours; the turks also call us idolaters.”

“Agama-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib, seperti halnya Triniti yang sukar difahami. Jesus memanggil dirinya sebagai anak Tuhan, padahal ia keturunan Daud. Saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad. Islam terhindar jauh dari kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristian); Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang-orang penyembah berhala dan dewa.”

Selanjutnya :

“Surely, I have told you on different occations and I have intimated to you by various discourses that I am a Unitarian Musselman and I glorify the prophet Muhammad and that I love the Musselmans.”

“Dengan penuh kepastian saya telah mengatakan kepada anda semua pada kesempatan yang berbeza, dan saya harus memperjelas lagi kepada anda di setiap ceramah, bahawa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.”

Akhirnya ia berkata :

“In the name of God the Merciful, the Compassionate. There is no god but God, He has no son and He reigns without a partner.”

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhlukNya tanpa pendamping.”

Napoleon Bonaparte mengagumi Al-Quran setelah membandingkan dengan kitab sucinya terdahulu, Alkitab. Akhirnya ia menemui keunggulan-keunggulan Al-Quran, juga semua cerita yang melatar belakanginya.



Dalam buku yang berjudul ‘Bonaparte et I’Islarn oleh Cherlifs, Paris, halaman 105’, Napoleon Bonaparte berkata sebagai berikut:

“I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the prinsiples of the Qur’an wich alone can lead men to happiness.”

“Saya meramalkan bahawa tidak lama lagi akan dapat dipersatukan semua manusia yang berakal dan berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan prinsip–prinsip ajaran Islam, kerana hanyalah Qur’an itu satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan.”

Beberapa sumber lain yang menyatakan keIslaman beliau:
  • Buku ‘Satanic Voices – Ancient and Modern’ dengan penulis David M. Pidcock (1992 ISBN: 1-81012-03-1), pada hal. 61.
  • Surat kabar Perancis ‘Le Moniteur’, yang menulis bahawa beliau masuk Islam pada tahun 1798.
  • Buku ‘Napoleon And Islam’ dengan penulis C. Cherfils (ISBN: 967-61-0898-7).
Islam tidaklah menjadi majoriti di Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi berjaya melahirkan seorang 'Napoleon Bonaparte'. Itu adalah salah satu contoh dari pribadi Muslim yang berjaya, walaupun berada di dalam negara minoriti Islam seperti Perancis.

Meskipun pada akhirnya Napoleon dikebumikan secara Kristian di Perancis pada 15 Desember 1840 di gereja Paris, namun hal tersebut diangap sebagai sesuatu cubaan mengaburkan fakta bahawa beliau adalah seorang Muslim.


Read more...

Anjing dan Hukum Islam

>> Tuesday, January 4, 2011


Perlumbaan anjing baka Saluki di sempadan Arab Saudi dan UAE

As'salamualaikum semua.

Salam dari saya pembuka bicara , ingin kongsi ilmu kepada semua . Kita semua mengetahui bahawa haiwan yang boleh dipelihara atau yang tidak boleh kan ? Satu contoh yang ingin saya ambil ialah anjing . Kita sebagai orang Islam tidak boleh membela anjing tetapi boleh membela anjing sekiranya ia membawa manfaat tertentu . Apa maksudnya ini ? Kata tak boleh bela anjing tapi ini lain pulak yang diperkatakan . Mari semua , saya jelaskan dengan lebih terperinci supaya anda semua lebih faham apa yang saya maksudkan 'boleh membela anjing sekiranya ia membawa manfaat tertentu' .

Menurut penasihat Syariah Telaga Biru Sdn.Bhd , Dr.Zahazan Mohamed berkata , anjing merupakan antara segelintir binatang yang disebut di dalam Al-quran dan hadis Nabi S.A.W.

" Dalam surah Al-Khafi ada menyebut seekor anjing yang menemani pemuda-pemuda Ashabul Kahfi menanti di pintu gua tempat mereka tidur , untuk menakut-nakutkan musuh mereka .

Katanya , ini menunjukkan bahawa ada kebaikan pada anjing untuk umat islam .

" Dalam surah Al-Maidah pula ada menjelaskan bahawa haiwan liar yang ditangkap oleh binatang buruan seperti anjing adalah halal untu dimakan .

" Para ulama menafsirkan anjing boleh dibela , jika ia digunakan untu pemburuan , menjaga ladang yang terlalu besar atau untuk menjaga kambing , lembu dan binatang ternakan .

Bagaimanapun , Dr. Zahazan menjelaskan adalah tidak wajar untuk seorang Muslim membela anjing di dalam rumah tanpa sebarang tujuan .

" Ini kerana dalam satu hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim ada menyebut sekiranya kita membela anjing di dalam rumah tanpa ada sebarang keperluan , pahala kita akan berkurang setiap hari .

" Dalam kes lumba anjing , kalau anjing itu telah dilatih dan ditugaskan untuk berlari pantas dan memburu ia dibolehkan , tidak menjadi masalah , " katanya .

Kenyataan Dr.Zahazan turut disokong bekas Mufti Perlis , Dr.Mohd Asri Zainul Abidin. Katanya, tidak menjadi masalah bagi orang Islam untuk membela anjing sekiranya ia membawa manfaat tertentu seperti digunakan untuk menjaga rumah dan kebun .

" Islam tidak pernah menyuruh umatnya menganiyai anjing (seperti gambar di bawah) . Tidak salahnya membela anjing tetapi kita mestilah berlaku baik kepada haiwan tersebut dan hukum-hukum berkaitan anjing perlulah dijaga , misalnya air liurnya adalah najis .


Acara yang di haramkan oleh Taliban tetapi telah di 'halalkan' oleh pemerintah boneka afganistan sekarang

" Dalam hadis turut menyebur kisah seorang wanita yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan memperoleh pahala, " katanya .

Menurut Asri , tidak menjadi masalah sekiranya umat Islam membela anjing dan membawanya pergi menyertai pertandingan lumba anjing .

" Adapun tentang hadis yang menyebut membela anjing di dalam rumah dikurangkan pahalanya , para ulama membuat tafsiran bahawa kita disuruh untuk mementingkan manusia berbanding haiwan dan soal hospitaliti , kehadiran anjing mungkin membawa ketidakselesaan pada tetamu .

" Ada juga kajian menunjukkan bahawa anjing membawa penyakit . Bagaimanapun sekiranya anjing dibela di luar rumah dan memberi manfaat ia tidak menjadi masalah , " katanya .

walahualam .

Read more...

If The Prophet Mohammad P.B.U.H. were Among Us

>> Monday, January 3, 2011

Penerbit cuba menggambarkan secara visual beberapa contoh yang mana jika Nabi Muhammad SAW masih hidup dikalangan kita akan bagaimana baginda mempraktikan ajaran islam dalam dunia alaf 21 yang serba moden ini.



Antara contoh yang ditunjukkan sambil di iringi lagu arab yang syahdu adalah memberi salam di mana sahaja (walaupun bertemu dalam lif, tempat yang kita tiba tiba senyap bila masuk), mengurangkan beban pekerja (yang sedang membasuh kereta), menolong isteri memasak di dapur, bermain main dengan anak, menyelamatkan anak kucing (dari dilanggar kereta) dan lain lain…

Kemudian segmen video klip tadi masuk kepada segmen “Candid Camera” yang mana Kru rangcangan ini akan membuat ujian secara live kepada orang ramai dengan mengupah seorang makcik sebagai pelakon yang berjalan di hadapan mangsa sebelum menjatuhkan beg duit di jalanan, dan pura pura tidak nampak, sedang camera-man akan bersembunyi sambil merakam 'adegan yang ingin kita lihat', macam rancangan barat ‘just for laughs’ atau “Bang Bang Boom’ di Malaysia.

Mangsa yang ternampak beg duit akan diperhatikan dan dirakam kelakuan mereka, sama ada mangsa akan mencuri atau memulangkan kembali beg duit kepada ‘pelakon’ yang ‘tidak sedar’ tadi. Jika beg duit itu di sorok atau tidak dipulangkan, maka kru filem ini akan bergegas muncul dan menangkap si pencuri lalu memberi dakwah dalam bahasa arab yang membuatkan si pencuri terus insaf serta merta ditempat kejadian.., si pencuri juga akan diberi buku tentang Nabi Muhammad SAW supaya jauh lebih insaf…

Jika dipulangkan pula beg duit tersebut kepada pelakon tadi, maka kru filem ini juga akan bergegas muncul dan terus memuji akhlak mangsa tadi secara live di tapak kejadian, sambil memberi hadiah berupa sehelai T shirt yang bertulis, “if he were among us”, dan dihujung pujian, mangsa akan di soal:

“jika Nabi masih hidup, apa yang Nabi akan cakap apabila melihat ummat islam hari ini?”

Soalan ini, bila ditanya kepada seorang muslimah, terus muslimah ini menangis.

Jawab muslimah itu sambil teresak esak, “Jika Nabi masih ada, Nabi akan menangis air mata darah kerana melihat ummat islam yang selalu menumpahkan darah.. "

Pengacara itu terus bertanya:

“Jika Nabi datang dan duduk bersendirian dengan kamu sekejap, apa yang akan kamu katakan padanya?”

Sambil air mata bergenang, berkatalah muslimah itu..

“Duduk bersama Nabi adalah impian semua orang, jika ianya benar saya mahu baginda membawa saya pergi jauh dari dunia ini” katanya sambil menangis

Read more...

Al-Qaeda ciptaan Amerika Syarikat

Dalam sebuah filem dokumentari terbitan BBC berjudul "The Power of Nightmares" pejabat CIA secara terbuka mengakui bahawa Al-Qaeda sebenarnya merupakan 'rekacipta' yang tidak pernah ada kebenarannya. Pentadbiran George W Bush memerlukan sebuah alasan yang logik sesuai dengan undang-undang sehingga mereka mampu mencari kambing hitam 'the bad guy of their choice' iaitu Undang-undang yang telah dijalankan, dalam rangka melindungi kita dari demonstrasi dan "organisasi pengganas" seperti mafia. Mereka membayar Jamal al Fadl ratusan ribu dolar supaya mencipta 'story line' mengenai Al-Qaeda untuk pentadbiran Amerika Syarikat.

"Al Qaeda bukanlah sebuah organisasi. Al Qaeda sebenarnya merupakan sebuah cara kerja ...tetapi hal tersebut mempunyai hallmark dalam pendekatannya."

Dokumentari penuh The Power of Nightmare 




Al-Jazeera

Al-Jazeera merupakan saluran berita Arab terbesar dan yang paling kontroversi di Timur Tengah. Stesen TV itu menawarkan berita dari seluruh dunia selama 24 jam setiap harinya dan memusatkan pemberitaannya pada wilayah konflik terpanas. Ditubuhkan pada tahun 1996 dan berpusat di Qatar, jaringan berita Al-Jazeera merupakan jaringan berita yang paling cepat berkembang di antara komuniti Arab dan orang-orang yang bertutur dalam bahasa Arab di seluruh dunia. 

Al-Jazeera dimiliki oleh Putera Alwaleed Talal, rakan kongki Rupert Murdoch (taikun Yahudi) 
Putera Alwaleed (al-Jazeera) dan Rupert Murdoch (20th Century)
Ketahuilah bahawa Al-Jazeera sebenarnya merupakan media propaganda utama untuk kepentingan Amerika Syarikat dan keseluruhan rancangannya dilakukan di Amerika Syarikat dengan kerjasama Allied Media Corp. Setiap kali Al-Jazeera melaporkan berita terbaru sama ada melalui video atau audio mengenai Al-Qaeda atau Osama yang mengancam keselamatan Amerika Syarikat, ia sebenarnya telah dilakukan di studio Allied Media Corp. Padahal dengan melakukan hal itu, secara tidak sengaja pentadbiran Amerika Syarikat mengancam keselamatan rakyatnya sendiri. Studio-studio Allied Media Corp membuat video dan audio tape untuk Presiden Bush dalam rangka Amerika Syarikat untuk meneruskan Perang Menentang Pengganas serta perang saraf menentang rakyatnya sendiri (anti-Zionis dan pro-Kristian Katholik) selain negara-negara berdaulat lainnya di dunia.
 
Hebat...Osama bin Laden juga sudah memakai 'dai' pada jambangnya. hehehe
George W. Bush telah menggunakan Allied Media Corp dengan mencipta sebuah video dan audio tape yang dilakonkan oleh seorang lelaki berpewatakan seakan-akan Osama. Rata-rata video tersebut memperlihatkan bahawa Osama serta al-Qaeda membuat ancaman untuk menyerang Amerika Syarikat. Ia dilakukan oleh pentadbiran Bush sebagai dalam rangka mempengaruhi serta memaksa Kongres untuk memberikan Bush kekuasaan diktator serta merampok hak-hak sivil dan kemerdekaan rakyat Amerika.

Wajah-wajah presiden dan bekas presiden 'perang' Amerika Syarikat
Osama tidak menyingkirkan kebebasan anda, Bush di White House-lah yang melakukannya. Bin Laden tidak menyerang Amerika Syarikat pada 11 September 2001, kerajaan andalah yang melakukannya. Bin Laden tidak membuat ekonomi Amerika Syarikat terjejas, kerajaan andalah yang melakukannya. (Sejarah menunjukkan bahawa semua kerajaan besar runtuh akibat pembiayaan yang sangat mahal dalam kampen yang agresif) Bin Laden dan Saddam Hussein tidak membunuh lebih dari 1 juta orang warganegaranya yang tidak bersalah, kerajaan andalah yang melakukannya (Pertama dilakukan oleh pemerintahan Clinton, kemudian semasa pemerintahan George W. Bush dan Dick Cheney dan sekarang ketika pemerintahan Barack Obama. 

Kesimpulan

Al Qaeda adalah sebuah organisasi ciptaan pemerintah Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada 'pendekatan matlamat menghalalkan cara' untuk menghapuskan umat Islam di sebelah Timur. Terorisme yang dicipta adalah untuk tujuan sebuah agenda politik Amerika Syarikat semata-mata. 

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP