If The Prophet Mohammad P.B.U.H. were Among Us

>> Monday, January 3, 2011

Penerbit cuba menggambarkan secara visual beberapa contoh yang mana jika Nabi Muhammad SAW masih hidup dikalangan kita akan bagaimana baginda mempraktikan ajaran islam dalam dunia alaf 21 yang serba moden ini.



Antara contoh yang ditunjukkan sambil di iringi lagu arab yang syahdu adalah memberi salam di mana sahaja (walaupun bertemu dalam lif, tempat yang kita tiba tiba senyap bila masuk), mengurangkan beban pekerja (yang sedang membasuh kereta), menolong isteri memasak di dapur, bermain main dengan anak, menyelamatkan anak kucing (dari dilanggar kereta) dan lain lain…

Kemudian segmen video klip tadi masuk kepada segmen “Candid Camera” yang mana Kru rangcangan ini akan membuat ujian secara live kepada orang ramai dengan mengupah seorang makcik sebagai pelakon yang berjalan di hadapan mangsa sebelum menjatuhkan beg duit di jalanan, dan pura pura tidak nampak, sedang camera-man akan bersembunyi sambil merakam 'adegan yang ingin kita lihat', macam rancangan barat ‘just for laughs’ atau “Bang Bang Boom’ di Malaysia.

Mangsa yang ternampak beg duit akan diperhatikan dan dirakam kelakuan mereka, sama ada mangsa akan mencuri atau memulangkan kembali beg duit kepada ‘pelakon’ yang ‘tidak sedar’ tadi. Jika beg duit itu di sorok atau tidak dipulangkan, maka kru filem ini akan bergegas muncul dan menangkap si pencuri lalu memberi dakwah dalam bahasa arab yang membuatkan si pencuri terus insaf serta merta ditempat kejadian.., si pencuri juga akan diberi buku tentang Nabi Muhammad SAW supaya jauh lebih insaf…

Jika dipulangkan pula beg duit tersebut kepada pelakon tadi, maka kru filem ini juga akan bergegas muncul dan terus memuji akhlak mangsa tadi secara live di tapak kejadian, sambil memberi hadiah berupa sehelai T shirt yang bertulis, “if he were among us”, dan dihujung pujian, mangsa akan di soal:

“jika Nabi masih hidup, apa yang Nabi akan cakap apabila melihat ummat islam hari ini?”

Soalan ini, bila ditanya kepada seorang muslimah, terus muslimah ini menangis.

Jawab muslimah itu sambil teresak esak, “Jika Nabi masih ada, Nabi akan menangis air mata darah kerana melihat ummat islam yang selalu menumpahkan darah.. "

Pengacara itu terus bertanya:

“Jika Nabi datang dan duduk bersendirian dengan kamu sekejap, apa yang akan kamu katakan padanya?”

Sambil air mata bergenang, berkatalah muslimah itu..

“Duduk bersama Nabi adalah impian semua orang, jika ianya benar saya mahu baginda membawa saya pergi jauh dari dunia ini” katanya sambil menangis

1 comments:

Ahyad January 11, 2011 at 6:47 PM  

Minta izin untuk disebarkan..terima kasih...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP