Misteri Binaan Piramid Dijawab Oleh Al-Quran

>> Wednesday, September 14, 2011


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ 

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta."
(Al-Qasas: 38)


Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)


Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of the American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Piramid Bosnia


Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.


Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.


Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

17 comments:

LePaK SiNi September 14, 2011 at 4:49 PM  

info menarik...terima kasih atas perkongsian ini

pdaus September 14, 2011 at 5:33 PM  

Quran memang awesome

majalah biar betul September 15, 2011 at 6:22 PM  

thanks kerana post artikel ini disini..boleh exchange bloglist?

MajalahBiarBetul

Anonymous September 16, 2011 at 9:55 AM  

maha suci Allah. Alangkah bagusnya kalu ada saintis islam yang mengkaji AL Quran yg menbongkar misteri ini. Tapi sayang sekali bila misteri itu dah terjawab barulah kita merujuknya didalam Al Quran.

Anonymous September 19, 2011 at 11:00 AM  

musuh islam mmg selalunya ingin membuktikan kepalsuan Al-Quran melalui kajian2 mereka, sebaliknya mereka menemui kebenarannya.Oleh kerana umat islam sendiri gagal memahami isi Al-Quran maka mereka dengan senangnya mengakui telah menjumpai jawaban kpd kemusykilan2 yg selama ini tidak di ketahui sedangkan jawabannya semmgnya terkandung dalam Al-Quran.

mr.q September 19, 2011 at 5:06 PM  

yup,Quran mmg awesome n terbaek...tapi umat islam suke duk lepak,relax,malas..kurang bminat nk carik bukti compare to kristian,etc2..so,ble mat saleh2 ni dapat bukti baru la kite nk belek Quran,t'igt ke..n bangun nk claim dalam Quran da ade sume tu,tp dri awal lagi ade kte nk carik?those kristian wat rsearch,care susah..xbnased baek mcm kite,kite da ade Quran,care mudah..tp ade kite peduli?dri dulu org2 tertanyer2 de org islam bgi jawapan?food for thought~

Anonymous September 21, 2011 at 12:04 AM  

stakat artkel copy paste blh la..cb la ko wat research sndri sm

Anonymous September 21, 2011 at 12:32 PM  

baca artikel kopi paste pun dh cukup besar rahmat bg aku

Honey IsyQi September 22, 2011 at 2:19 PM  

ok la copy paste..atleast dapat sampaikan apa yg kita tak tau..dpd dok komen tapi xde apa2 sumbangan pun...

btw thanx 4 info...=))

KhairulZamanKhobin October 2, 2011 at 2:45 PM  

copy paste pun, kalau ada rujukan (hyperlink), bagus la tu... baik dari yang tak pernah ambil tahu dan menyebarkan...

ORANGPERLIS MENULIS (update):
: Sebuah Review: AL-HIJAB
GOOFSPOTONFILM (update):
Movie Mistakes: HANTU BONCENG

balqishDESIGN November 9, 2013 at 1:21 AM  

Quite an entry for your food for thought..just wondering, what are YOU doing now? Are u reseaching or just simply critisizing stupid thoughts? What do u know whether muslims had done any research on al-quran..have you joined their research? Well i have, the only difference is we muslims are suppressed by the western and the fund for research are never enough. Think back and see who's relaxing now?

balqishDESIGN November 9, 2013 at 1:29 AM  

Btw, if u talked about christians, their own bible is just too confusing and misleading..so what so great about them that u think they're the only people who do researches? Surely if you know the difference between quran and the bible, u wouldn't even think twice to criticize muslims..muslims are great people but what happen to us now are one of the things to test our faith and patience. Yes we must join forces but all this need a very detailed and thorough plan..if you're here to critisize your own brothers and sisters then u're not doing a great job being a muslim and Allah will ask this of you..and surely u're not gonna answer "yeah, i condemn and critisize my brothers and sisters alot and i'm proud of it"..that's just retarded.

balqishDESIGN November 9, 2013 at 1:38 AM  

Who says muslims fail to understand the essence of al-quran or are you ashamed to claim that u are the one who failed at that? Then dont manipulate the words as though other muslims are failures except u..

balqishDESIGN November 9, 2013 at 1:40 AM  

Please think before posting..or else u're just a waste of space.

balqishDESIGN November 9, 2013 at 1:49 AM  

Assalamualaikum zharif alimin..
Semua entry awk sgt byk memberi pengetahuan dan setiap pengetahuan yg sy terima sentiasa bermain-main di minda ttg kebesaran Allah..Sy yakin artikel2 yg ada tidak mudah dibina walaupun copy paste.. dan sy juga yakin ramai yg baca artikel awak juga mengalami fenomena "terfikir-fikir" kebesaran Ilahi dan "terkenang-kenang" segala dosa yg pernah dibuat..semoga rahmat Allah s.w.t sentiasa di sisi awk. Aminnn.

Unknown December 16, 2014 at 10:10 PM  

We have freedom of speech under article 10 of the federal constitution, people can express their opinions in accordance with the law. It is not wrong to generally say we Muslims are not do much efforts in studying Islam. If you managed to do your own research, its good then but mocking others because of not acknowledging yours is not a smart thing to do. We can share opinions and respect others. If you think you are good enough, THERE ARE MORE PEOPLE OUT THERE WHO ARE BETTER THAN YOU DO. Stop meroyan cik kak.

Unknown December 16, 2014 at 10:14 PM  

Keep calm and keep learning. We will never be perfect in term of knowledge. Those who keep learning and think there are stupid and much other things to learn are the smart ones. Low your head, your ego. Be wise and smart.

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP