Syaitan Membantu Pemuda Ke Masjid

>> Thursday, April 7, 2011

Seorang pemuda bangun awl pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.


Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan berjalan menuju masjid .

Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .


Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Ketika sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan jawapannya tetap sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

lelaki itu menjawab "Aku adalah Iblis"


Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah untuk membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.

Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu.

Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah akan memaafkan dosa seluruh penduduk kampungmu, jadi saya mesti memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat'.

Moral: Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut .

9 comments:

Unknown April 7, 2011 at 10:48 PM  

sungguh kuat iman pemuda tue...
kalu terjadi kepada aku belum tentu aku ke masjid semula...

Zharif Alimin April 8, 2011 at 4:57 PM  

kalau sya, balik tido je la..hehe

G3-lina April 8, 2011 at 10:45 PM  

menarik..

Anonymous April 9, 2011 at 7:33 PM  

boleh sesiapa confirm bahawa cerita ini adalah cerita yang mempunyai sumber yang sahih dan bukan cerita adaptasi dari biblical.

Kakkoii April 10, 2011 at 2:48 AM  

Assalam.. walaupun cerita ini menarik dan nampak akan kebenarannya, namun kita tidak tahu samada ia tergolong dalam cerita "israiliat" (kalo x silap la ejaannya) atau tidak.. Mungkin ada sesuatu yang tersirat yang mampu memesongkan akidah kita.

Ttp, alhamdulillah kerana niat saudara itu diyakini baik. Semoga usaha ini mendapat kebaikan.

riff April 10, 2011 at 11:34 AM  

entri ini sangat menginsafkan..thanx bro :)

Puan Intan Syamsuri May 18, 2011 at 12:28 PM  

Assalamualaikum,....
Buat sahabat dan jemaah semua..
Cerita yang sama tapi berlainan versi..apa yang saya ingin kongsikan adalah cerita yang saya pernah dengar tetapi berbeza pada watak utamanya..

i.Seorang lelaki buta
ii.Iblis@Azazil

jalan cerita sama..
Perlu kita ingat,Itulah yang akan para2 yahudi akan lakukan bagi memesongkan mentaliti kita..Sepertinya mentaliti yang telah lama dipegang oleh org kita..
Iaitu:::Klu namanya Islam mesti masuk Syurga,sepertinya Neraka ini diibarat penjara di dunia yang apabila telah selesai hukuman akan keluarlah dia masuk ke syurga..
Mana mungkin??

Itulah yg ada di minda org kita sampai tak takut nak wat jahat sebab katanya akan masuk syurga gak...akhirnya..

Cerita saudara di atas dan cerita yang saya dengar khilaf..
tetapi jika kita takwilkan mmg kebenaran sebab Syaitan ini akan menggoda kita dari pelbagai sudut..Kemuliaan,Kehinaan,Kemiskinan,Kekayaan dan pelbagai lagi.Cuma kita jgn jadi seorang yang buta dan tuli walaupun org itu menceritakan kebaikan sekalipun.
Kembali pada Al Quran Dan AS Sunnah..
InsyaAllah...Tak sesat

Wallah'hualam

nurhamizatulzullraooh July 23, 2011 at 5:52 PM  

As'salam xdnafikn klu kita nk wat kbaikn msti ada hlangn drpd iblis.syaitan sbgnya..jd sblm kita nk mulakn ssuatu pkara mulakn dgn mbaca bismillah wlaupn skcil pkara klu kita nk solat baca surah an-anas

azzad October 25, 2011 at 11:36 AM  

persoalan: adakah syaitan bernama al-anwar? merujuk mastika, terdapat syaitan yang bernama al-anwar yang kerja menyesatkan orang untuk membuat perkara keji; zina dan liwat. ada saper yang tau ?
setau saya anwar tu bermkna cahaya.

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP