Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya

>> Monday, July 12, 2010

Adolf Hitler



Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.



Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.



Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.



Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.



Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.



Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.



Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.



Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.



Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?



Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.



Mein Kampf



Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.



Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.




Warsaw Ghetto



Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.



Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.



Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.



Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.



Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.



Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.



Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.



Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.



Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.



Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:



“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).


Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

Read more...

Penting .Rahsia Solat Awal Waktu

>> Thursday, July 8, 2010

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Read more...

Penulis Yahudi “kita sudah kalah”


Akhbar rusia yang diterbitkan di amerika telah ditarik balik pengedarannya kerana satu artikel yang ditulis oleh penulis yahudi pada muka surat yang ke tujuh.

Ini terjemahan dari sebahgian artikel tersebut:

Penulis menyatakan:

Sekiranya kita ke gazza untuk membebaskan shalit (yg ditawan hamas sejak 2006) Kami pulang tanpanya.

Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menghentikan roket2. Sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut (sehingga hamper tel aviv) sehinggalah di hari terakhir dan semakin memberi ancaman.



Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menghapuskan hammas sesungguhnya hammas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.



Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menjajahnya Sesungguhnya telah kami sebut bahwa pasukan tentera tidak mampu menguasai satu meter pun di dalam kawasan gazza.



Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menunjukkan bahwa kita yang hebat. Sesungguhnya peperangan telah berhenti setelah mana diputuskan oleh pejuang bukannya ketika kita buat keputusan.



Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mempamirkan kekuatan kita Sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukkan ketenteraan di tel aviv.



Sekiranya kita pergi ke gazza untuk membunuh pemimpin hammas. Sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan hammas.



Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mendapat simpati dari dunia.. Sesungguhnya pandangan alam telah merubah kepada memusuhi kami. Orang yang dulu bersama kami pun telah memusuhi kami.



Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita.. Sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang2 hamas pd diri mereka.



Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah hizbullah dan tidak mencegah hammas.



Malahan bertambah ancaman dan kesombongan pemimpin2 hammas. Allah yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini dikalangan penduduk setempat iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang2 palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak harus lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian



Kita tidak pernah mendengar permintaan hammas walau sekalipun untuk genjatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya Siapa yang menakutkan siapa? Allah lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama hammas. Siapa yang menakutkan siapa ?



Akhirnya penulis membuat kesimpulan dengan kata2nya:


Peperangan ini menyebabkan rejim zionis(pertubuhan yahudi antara bangsa) membelanjakan 10.5 trilion dolar. Jumlah ini sama nilainya dengan belanja untuk kempen pengiklanan selama 40 tahun bagi mencantikkan gambaran orang2 yahudi di mata dunia. Dalam masa 22 hari , tentera2 yahudi telah memusnahkan segala2nya. Jumlah 10.5 trilion yang dikeluarkan oleh pertubuhan zionis ini tidak mencukupi bagi membiyai semua perbelanjaan perang ini.Ini juga tidak termasuk kerugian manusia di pihak askar dan orang awam yang terkena roket.

Penulis yahudi ini berkata:

Aku, olmert dan barak mengetahui kerugian manusia yang menimpa kami. Kesemuanya dilarang untuk mendedahkan jumlah kerugian manusia tersebut.

Akhirnya penulis berkata:



Cukuplah pembohongan kita selama ini. Sebenarnya kita tidak menang.

Read more...

Freemansonry-Berawal Di Mesir Berakhir Di Palestin (Bahagian 2)

>> Tuesday, July 6, 2010

Bab III: Penindasan dan Penghijrahan

Penindasan Firaun atas Bani Israel begitu hebat, hingga Allah sendiri menggunakan kalimat,

"..mereka menyeksa kamu dengan seksa yang pedih…Pada yang demikian itu ada dugaan yang besar dari Tuhan"

(Ibrahim: 6)

Penindasan tidak hanya berupa fizikal dengan menjadikan mereka hamba tetapi juga berlanjutan terhadap generasi mereka. Firaun dalam sejarah yang masyhur itu adalah Ramses II, juga memerintahkan untuk membunuh anak laki-laki Bani Israel dan para perempuannya dipermalukan. Dalam konteks moden, mempermalukan perempuan bererti dijadikan pelacur atau dijadikan objek tidak senonoh dalam bentuk tarian separuh bogel atau dijadikan pelayan dengan pakaian setengah telanjang.

Itu semua dilakukan oleh Firaun tanpa belas kasihan. Setelah lama menjadi hamba, kira-kira hampir 400 tahun lamanya, Bani Israel pun akhirnya mendapatkan seorang penolong yang pernah menjadi anak angkat Firaun sendiri iaitu Musa. Nama Musa sendiri adalah dari bahasa Kopti tua, gabungan di antara dua kata, Mu dan Sa. Mu artinya air dan Sa artinya pohon. Jadi Musa berarti pohon air. Demikian yang penulis nukil dari tafsir Al Azhar milik ulama panutan penulis, Buya Hamka di juz ke-9.


Horus, salah satu Dewa Mesir. Kini dipakai menjadi simbol negara termasuk Indonesia

Beliau dinamakan demikian sebab di waktu bayi beliau dihanyutkan oleh ibunya ke sungai Nil dengan diletakkan di dalam sebuah peti kayu, lalu dipungut oleh puteri Firaun kemudian dipelihara yang oleh Allah menjadikan Musa sebagi musuh Firaun. Pendek kata, setelah mengadu kekuatan antara sihir dan mukjizat Allah di hadapan seluruh rakyat Mesir, Firaun semakin tergugat akan kehadiran Nabi Musa di Mesir dengan misinya : Pembebasan Bani israel. Kegusaran Firaun bukan hanya terletak pada tiada artinya kekuasaanya di mata Nabi Musa akan halnya ia sebagai Tuhannya bangsa Mesir, tetapi juga akan tiadanya Bani Israel di tanah Mesir.

Apalah ertinya seorang raja tanpa hamba yang hina? Tidak ada seorang pun yang menjadi raja jika tidak ada yang menjadi hamba. Prinsip sederhana ini merupakan alasan Firaun untuk tidak melepaskan Bani Israel dari tanah Mesir. Bani Israel dihina tapi juga diperah tenaganya. Bani Israel ditindas tapi juga berguna atas nama pembangunan. Sebuah kisah klasik hingga di zaman moden: suatu bangsa ditindas akan hak-haknya tapi diguna pakai dalam sektor ekonomi atas nama Negara. Kita dapat melihatnya sekarang maka kaum buruh dengan upah yang murah tapi tidak diberikan akan hak-haknya. Meskipun demikian, para buruh tersebut sangat diperah tenaganya untuk menggerakkan roda ekonomi Negara. Menjadi hamba di Negara sendiri? Boleh jadi demikian.

Kembali ke nasib Bani Israel. Pembangunan piramid dan bangunan besar lainnya di Mesir pastilah memerlukan tenaga yang banyak tetapi murah dari jumlah kewangan negara. Dan itu jelas diperoleh dari tenaga Bani Israel. Sebuah bangsa yang begitu besar populasinya semenjak dinasti Hyksos. Maka Allah mengutus Nabi Musa untuk membebaskan Bani Israel dari perhambaan. Pembaca yang budiman, pembebasan Nabi Musa ini meliputi dua hal. Yang pertama pembebasan secara fizikal dari perhambaan. Dan yang kedua pembebasan secara spiritual dari memperhmbakan hawa nafsu dengan bertauhid kepada Allah semata. Hanya Allah sajalah yang patut disembah dan dipuja.

Apis, dewa yang kemudian menjadi model sapi betina Samiri (lihat surat Al Baqarah)

Dengan petunjuk Allah, Nabi Musa mulai melakukan manuver politik dengan menggalang kekuatan untuk siap-siap eksodus besar-besaran dari Mesir. Tetapi langkah Nabi Musa ini pun mulai dikeluhkan oleh Bani Israel sendiri. Ibarat kata, mereka seperti anjing yang tercepit di pintu pagar. Tidak ditolong anjing tersebut kesakitan tetapi jika ditolong pun ia akan menggigit. Nah, Bani Israel megeluh akan perjuangan Nabi Musa ini dicatat dalam Al Qur’an dalam surat ke-7 ayat 129,

”Mereka (Bani Israel) berkata, ”Telah disakiti kami sebelum engkau datang kepada kami, dan sesudah engkau mendatangi kami. ”

Dengan keteguhannya dan dengan optimisme berlandaskan iman, Nabi musa menyakinkan Bani Israel bahawa dia akan membimbing mereka ke tanah yang dijanjikan, Kana’an, Palestina sekarang ini. Tetapi, pembaca yang budiman, ada hal yang perlu ditekankan akan hal ini. Tanah atau bumi yang dijanjikan oleh Allah melalui Nabinya hanyalah untuk hamba-hamba Allah siapa saja yang Dia inginkan. Dengan kata lain, hanya bangsa yang beriman kepada Allahlah maka bumi atau tanah di manapun berada untuk dihuni, digarap dan dijadikan tempat untuk beribadah kepada Allah. Dengan demikian tanah Palestina adalah tanah yang dijanjikan untuk semua bangsa yang beriman (bertauhid) kepada Allah.

Bukan hanya untuk Bani Israel semata! Untuk mempertegas hal ini silakan buka surat ke-7 ayat ke-128 dan surat ke-21 ayat ke-41. Kembali ke kisah Nabi Musa, Nabi Musa membawa misi untuk membebaskan Bani Israel dari penindasan Firaun juga membawa misi lain iaitu dakwah tauhid. Sudah bukan rahsia lagi kalau bangsa Mesir begitu percaya dengan dewa-dewa. Di samping percaya dengan dewa-dewa, mereka juga percaya dengan kekuatan sihir yang menurut mereka adalah bentuk pertolongan dari para dewa. Berkaitan dengan ini, maka Firaun meminta para ahli sihirnya untuk bertarung dengan kekuatan yang dibawa oleh Nabi Musa. Maka terjadilah pertarungan terbuka antara Nabi Musa dan para ahli sihir tersebut.

ilustrasi Nabi Musa dan ahli sihir di hadapan Firaun

Singkat kata, para ahli sihir tersebut kalah. Maka kalahlah pula Firaun atas kekuatannya yang diwakilkan kepada para ahli sihirnya. Perlu pembaca ketahui bahawa ahli sihir di zaman Firaun memiliki kedudukan lebih dekat daripada para jeneral perang atau pegawai yang lainnya. Ini diperkuat oleh Al Qur’an dalam surat ke-7 ayat ke-110 ketika Firaun meminta perintah kepada ahli sihir atas kekuatan yang dibawa Nabi Musa berupa tongkat yang menjadi ular.
Anubis, Dewa Kematian

Luar biasa! Firaun meminta perintah dari ahli sihir, bukan dirinya yang memberi perintah. Dapat Anda bayangkan betapa berkuasanya para ahli sihir tersebut di mata Firaun! Tapi apa yang terjadi ketika mereka kalah dihadapan Nabi Musa? Ibarat pepatah, sudah jatuh tertimpa tangga pula. Itulah yang terjadi pada Firaun. Ahli sihir yang sudah kalah tadi juga membelot secara ideologi. Tepat dihadapan Firaun!

khnum, Dewa Ram.

Dewa ini menjadi simbol organisasi rahasia Yahudi Firaun yang kekuatannya diwakilkan pada ahli sihir tercoreng dua kali secara beruntun. Kemarahan yang begitu besar pun terlontarkan. Dan ekses ini pun berlanjut ke Bani Israel. Bani Israel pun melontarkan marahnya kepada Nabi Musa akan semuanya ini. Melihat hal ini, maka Allah memberi perintah kepada Nabi Musa. Dan perintah dari Allah untuk ini hanya satu : Segera keluar dari tanah Mesir!




Penghijrahan terbesar dalam sejarah pun terjadi. Bani Israel di bawah komander Nabi Musa mulai keluar dari tanah Mesir.Sebuah penghijrahan Bani Israel yang sangat bersejarah dan berbahaya ! Bersejarah, kerana inilah langkah awal mereka memulakan sebuah kehidupan baru hingga masa kini. Bersejarah, kerana inilah sejarah mereka menjadi sebuah bangsa yang benar-benar memiliki sebuah tanah sendiri, bukan tanah bangsa lain. Dan tanah tersebut adalah Kana’an, Palestina. Bersejarah, kerana inilah mulanya mereka menjadi sebuah bangsa yang amat kuat sifat pembangkangnya, penakut, sombong, tamak terhadap dunia, pembunuh, tukang melaga-lagakan dua belah pihak dan sebagainya yang dapat kita rasakan hingga sekarang ini.

Osiris, salah satu dewa Mesir

Bersejarah kerana inilah awal mereka akan terpecah menjadi dua kekuatan besar di masa sekarang ini selain agama Islam, Yahudi dan Nasrani. Bersejarah kerana mereka menjadi bangsa yang merdeka. Bukan lagi menjadi hamba yang hina. Berbahaya, kerana mereka pasti diburu oleh tentara Firaun untuk dibunuh disebabkan mereka keluar dari Mesir. Berbahaya, kerana mereka baru pertama kali menggembara di gurun padang pasir tanpa pengalaman sama sekali hidup di dalam dunia padang pasir. Berbahaya, kerana mereka akan menghadapi semuanya, tanah yang dijanjikan, hidup bebas, ideologi tauhid dengan taruhan nyawa.

Tetapi Bani Israel tidak punya pilihan lain. Penghijrahan atau tidak sama sekali! Ingin membuat sejarah baru atau terkubur oleh sejarah itu sendiri di tanah Mesir. Nabi Musa pun mula mengantarkan mereka menuju tanah baru. Dan itu haruslah dimulai dengan menyeberang laut merah. Ketika sampai di hadapan laut merah ini pun ada di antara mereka mulai menggerutu. Di depan laut terbentang luas sementara mereka tidak punya kapal atau perahu untuk menyeberang. Di belakang tentara Firaun bersiap untuk memenggal leher mereka.

Kembali mereka menyalahkan Nabi Musa atas situasi yang menimpa mereka. Dan kembali, sejarah besar terjadi. Dan ini pun hanya sekali dalam hidup. Bila penghijrahan besar-besaran ini hanya terjadi sekali di dalam sejarah manusia, maka laut yang terbelah terjadi hanya sekali dalam sejarah. Memang kehidupan Bani Isarel penuh dengan sejarah besar. Penghijrahan, laut terbelah adalah sebahagian dari sejarah besar mereka. Dengan terbelahnya laut Merah atas pertolongan Allah dengan melalui ketukan tongkat musa, maka selamatlah Bani Israel dari kejaran Firaun.

ilustrasi terbelahnya laut Merah

Nasib Firaun sendiri? Mati secara hinanya di lautan yang ia akui di bawah kekuasaannya bersama seluruh tenteranya ketika mencuba melalui jalan yang sama ditempuh oleh Bani Israel. Dan mayatnya ini tetap diselamatkan oleh Allah sebagai bukti kekuasaan Allah atas manusia paling sombong yang pernah lahir di dunia.

ilustrasi Bani Israel sedang menyeberangi laut Merah

Menurut sejarah, hanya mayat Firaun Ramses II ini sajalah yang di paru-parunya terdapat bekas rendaman air laut. Adapun mumia yang lain tidak ditemui akan hal ini. Ini yang membuat para ahli sejarah Mesir Kuno menyakini jika Ramses II adalah Firaun yang mengejar Nabi Musa.

Terlepas dari itu semua, sejarah kehidupan Bani Israel memasuki babak baru.

Dan artikel ini akan mengimbas bagaimana watak asli mereka hingga mampu merubah wajah dunia ini menjadi baik dan buruk.

Itu semua berawal dari penhijrahan mereka.

Dan sejarah besar ini telah berawal di Mesir !

Bagaimana selanjutnya nasib Bani Israel ini ? Silakan baca saja artikel berikutnya!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP