Husnul Khotimah

>> Sunday, October 31, 2010


Teringat lagi ketika saya masih dibangku sekolah menengah, seorg ustazah berkata,

"Michael Jackson itu kafir.."
"Perbuatannya mengubah ciptaan Allah tak dapat diterima"
"Namun, siapa tahu pengakhiran hidupnya nanti. Wallahualam bisawab"

Waktu tu, saya masih belum memahami apakah itu husnul khotimah. Saya dan kawan2 dipasakkan dengan kata2 bahwa semua orang Islam akan memasuki syurga pada akhirnya namun sebelum itu bagi yang berbuat dosa, akan disiksa di neraka terlebih dahulu.

hakikat ini membuatkn kami dan kebanyakan remaja melabel bukan Islam sebagai kafir atau akan mati kafir.

"cina, india tu kafir..mati kafir la"
"dorg buat baik mcmne pon, nanti jd kayu api jugk"

Fikiran ini ditanam dikepala anak2 kita. dan baru2 ini saya mendengar kata2 yang sama dari adik perempuan saya yang baru berumur 7tahun. Apakah ini yg diajar di sekolah? Apakah ini caranya kita menanam akhlak mahmudah dalam diri anak2 kita dengan mengatakan orang lain kafir dan sebagainya.

maka, tidak hairanlah bila timbul isu kafir mengkafir dikalangan orang dewasa yang berpolitik kerana isu kafir ini ditanam sejak kita kecil lagi.

Berkenaan Michael Jackson..

siapa sangka, dipenghujung hayatnya, bekas penganut kepercayaan Johowah Witness** ini memeluk Islam. Beliau akhirnya menemui Islam yang memberinya ketenangan dipenghujung hayatnya.

Kita yang dilahirkan Islam dan hampir seluruh generasi kita Islam belum tentu mati dalam keadaan Islam - Nauzubillah.

Beberapa kisah mengenai rahib tersohor ajaran Kristian Roman Katholik di Goa, India, Mother Teresa yang dikatakan menemui cahaya Islam dipenghujung hayatnya. Beliau seorg yang sangat baik sepanjang hayatnya dan disayangi ramai.

Kisah ini tidak jelas.

Namun, hakikatnya hidayah Allah itu rahsiaNya. Dia boleh dan mampu beri kepada sesiapa yang dikehendakinya - hatta kepada George W Bush sekalipun

Tiada siapa boleh mendabik dada yang kita akn mati dalam keadaan baik - Islam khususnya. Namun, amalam kita yang menentukan samada apa dan bagaimana pengakhiran hidup ini.

Moga sama2 kita menjaga iman dan amal serta berdoa agar dikurniakan kematian atau pengakhiran yang baik - husnul khotimah.

mati itu pasti
syurga dan neraka itu benar
seksaan kubur itu benar
hari kiamat itu benar


notakaki

hidup ini hanya suatu persinggahan

**Johowah Witness satu2nya
ajaran Kristian yang menolak Jesus sbg Tuhan
(Ajaran ini dianggap kafir oleh pihak Kristian yang lain)

Read more...

Kegelisahan Vatican

>> Wednesday, October 27, 2010


Paderi Itali Piero Gheddo berkata kadar kelahiran rendah di kalangan warga asal Eropah disamping kebanjiran pendatang Muslim yang berkeluarga besar akan menyebabkan Eropah dikuasai oleh Islam dalam beberapa generasi lagi. 

"Kita mesti mengambil cabaran ini dengan serius," kata Paderi Gheddo (gambar), dari Pontifical Institute for Foreign Missions di Vatican.

"Sudah tentu apabila melihat dari sudut demografi, jelas bahawa warga Itali berkurangan sebanyak 120,000 atau 130,000 orang setahun disebabkan oleh amalan pengguguran dan keretakan rumahtangga – dan pada masa yang sama terdapat lebih 200,000 pendatang yang memasuki Itali secara sah setiap tahun, di mana dari jumlah itu lebih separuh adalah Muslim dan keluarga mereka yang biasanya mempunyai kadar kelahiran yang jauh lebih tinggi." 

Katanya: "Akhbar dan program-program TV tidak pernah membangkitkan isu ini. Walaupun begitu, dalam bidang-bidang yang bersangkutan dengan agama, budaya dan identiti, kita memang memerlukan jawapannya melebihi dari yang lain." 

Paderi itu menyalahkan orang Kristian kerana tidak berpegang kepada kepercayaan mereka dan membantu mencipta "kekosongan keagamaan" yang kemudiannya diisi oleh Islam.

Dia meramalkan Islam “lambat laun akan menawan kebanyakan Negara di Eropah”. 
"Yang pastinya kebanyakan kita semakin meninggalkan agama dan kekosongan ini, tidak dapat tidak, akan diisi oleh fahaman agama lain," katanya. 

Paderi Gheddo juga berkata orang Kristian yang lemah akan memudahkan mereka diserang oleh golongan sekular. 

Dia berkata apabila "amalan agama dipinggirkan dalam negara-negara Kristian Eropah dan ketika ketidaksamaan berkembang, Kristian dan gereja akan diserang". 

"Jika kita mengatakan negara kita adalah negara Kristian, kita patut kembali kepada amalan kehidupan Kristian, dan ini akan menyelesaikan masalah kekosongan itu." tambahnya. 

Komen Paderi Gheddo hadir beberapa bulan selepas seorang cardinal Czech menyalahkan penganut Katholik yang tersasar yang menyebabkan berlakunya Islamisasi Eropah. 

Pada hari persaraannya sebagai Archbishop of Prague awal tahun ini, Kardinal Miloslav Vlk (gambar) berkata Muslim berada di tempat yang betul untuk mengisi kekosongan kerohanian “yang wujud apabila masyarakat Eropah mengosongkan pengisian Kristian dalam kehidupan mereka". 

Dia berkata masyarakat Kristian akan mendapati diri mereka tidak lagi kuat untuk menempatkan diri mereka dalam kelompok yang dihormati jika pegangan agama mereka semakin terhakis.

Dia menyeru semua penganut Kristian supaya bangun menentang ancaman Islamisasi dengan cara berpegang kepada agama mereka dengan lebih kuat. 

Pada ketika ramai bishop Katholik Eropah sering mempertahankan hak Muslim untuk bebas beribadah di tempat awam, yang lain pula lebih cenderung untuk melindungi warisan Kristian di benua mereka itu.
Tahun lepas Kardinal Jose Policarpo (gambar) dari Lisbon, memberi amaran supaya wanita Katholik tidak mengahwini Muslim. 

Kardinal Giacomo Biffi (gambar) dari Itali pula mendesak kerajaan untuk memberi keutamaan kepada pendatang-pendatang Katolik berbanding Muslim bagi melindungi identiti agama negara itu. 

Pihak Vatican juga menentang penyertaan Turki ke dalam Kesatuan Eropah (EU) sebahagiannya kerana negara majoriti Islam itu tidak berkongsi warisan Kristian seperti negara-negara lain di Eropah.

Read more...

Kecelaruan Sistem Barat: Poligami Diharamkan, Perzinaan Dibenarkan

>> Friday, October 22, 2010

Negara yang membenarkan poligami

Liberté, égalité, fraternité yang membawa makna “kebebasan, hak sama rata dan persaudaraan”, merupakan slogan yang digunakan di Perancis sejak revolusi yang meruntuhkan kekuasaan beraja dan menjadikan negara itu sebuah republik. Meskipun kononnya berpegang kepada aspirasi ini, Perancis dengan kejam telah menjajah banyak negara pada kurun 18 sehingga 20, dan pernah melibatkan diri dalam penculikan penduduk Afrika untuk dijual sebagai hamba abdi ke kawasan Amerika Utara dan Caribbean di zaman penjajahannya. Hakikatnya, slogan Liberté, égalité, fraternité hanyalah omong-omong kosong belaka!!

Kini, Perancis mengharamkan pemakaian penutup muka pula, tetapi membiarkan kawasan pantai Mediterranean menjadi pantai tempat orang berbogel berkumpul. Poligami juga nampaknya kini diharamkan di Perancis berdasarkan berita di atas. 

Lelaki yang didapati mempunyai lebih daripada seorang isteri boleh dikenakan tindakan mahkamah, tetapi lelaki yang mempunyai hubungan luar nikah dengan perempuan simpanan tidak dikenakan apa-apa tindakan mahkamah! Bahkan, Presiden Republik Peranchis ke-21, Francois Mitterrand sendiri mempunyai hubungan luar nikah dengan beberapa wanita. Beliau dikatakan mempunyai seorang anak perempuan luar nikah bernama Mazarine, hasil perhubungan beliau dengan seorang wanita simpanan (mistress) bernama Anne Pingeot. Namun, bagi mereka, ini lebih wajar dari berpoligami secara sah!

Francois Mitterrand dan Anne Pingeot

Mazarine

Ideologi Kapitalis yang dikembangkan oleh negara Barat adalah ideologi yang penuh dengan hipokrasi yang sememangnya tidak layak mengatur kehidupan manusia mengikut fitrah yang dikurniakan Allah. Hanya kehancuran dan kerosakan sahaja yang pasti akan terhasil, selayaknya bagi ideologi kapitalis kufur yang rosak!!

Perancis siasat lelaki poligami

PARIS 26 April - Minggu lalu, seorang wanita Islam didenda kerana memandu dengan mengenakan pakaian yang menutup keseluruhan muka kecuali mata. Kini suaminya disyaki mengamalkan poligami.

Situasi berkenaan kelihatannya memihak kepada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang mahu menguatkuasakan dengan segera undang-undang melarang pemakaian purdah atas alasan ia bertentangan dengan nilai negara itu.

Pendedahan minggu lepas bahawa seorang anggota polis menyaman seorang wanita berusia 31 tahun di Nantes kerana memandu dengan mengenakan pakaian yang menghalang pandangan merupakan isyarat awal tentang apa yang menanti Perancis sekiranya larangan memakai purdah dikuatkuasakan.

Wanita itu yang tidak didedahkan identitinya memutuskan untuk mencabar saman 22 euro (RM95) yang dikeluarkan awal bulan ini.

Isu berkenaan bertambah kompleks Jumaat lalu, apabila Menteri Dalam Negeri, Brice Hortefeux meminta satu siasatan dijalankan terhadap suami wanita tersebut kerana disyaki berkahwin empat.

Lelaki terbabit dikatakan memanfaatkan subsidi kerajaan bagi ibu tunggal yang diberikan kepada isteri-isterinya itu.

Jika benar, Hortefeux mahu kerakyatan Perancis lelaki kelahiran Algeria itu ditarik balik.

''Jika dia dikahwinkan mengikut acara keagamaan oleh imam-imam di Algeria atau Perancis, ia tidak diterima di bawah undang-undang Perancis,'' kata Rabah Hached, seorang peguam di sini yang mengkhusus kepada isu pendatang.

Di sebalik semua itu terdapat juga pihak yang berpendapat tindakan ke atas wanita berkenaan adalah sesuatu yang sudah diatur kerana populariti parti pemerintah semakin pudar.

''Kerajaan melihat orang Perancis sebagai bodoh dan menjadikan rakan Muslim kita sebagai kambing hitam,'' kata Ahli Parlimen Parti Sosialis, Jean-Marie Le Guen. 

Read more...

Kenapa Aku Bertudung?

>> Wednesday, October 20, 2010


Sudah hampir setahun aku memakai tudung.
Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:
"Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?"
"Apa mimpi kau bertudung?"

"Baguslah kau dah insaf, macam poyo!"
"Macam baik sangat pakai tudung."
"Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"

Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
"Baru MASUK ISLAM ke kak?"
Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.
Peristiwa Pertama
Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar.
Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.
Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye?
Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam aku memikirkan jawapannya.
Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku.
Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.
"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174
Peristiwa Kedua
Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).
Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur.
Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.
Peristiwa Ketiga
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya.
Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak.
Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.
Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.
Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.
Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.

Biodata Penulis

Adibah Amalina adalah seorang pelajar di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka. Kita doakan Adibah terus istiqamah dan mengajak sahabat lain untuk berubah sepertinya. Tahniah!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP