Warga Sweden Berlumba-Lumba Masuk Islam

>> Tuesday, January 12, 2010



“Dalam ujian carilah peluang” itulah ungkapan yang sering didengarkan banyak orang di waktu menghadapi ujian, dugaan dan krisis. Terutama berkait dengan agama kita, Islam dan berkait dengan gerakan fanatisme kelompok, gerakan penghinaan dan pendustaan terhadap kemuliaan Rasulullah saw. dan cubaan-cubaan untuk menghalang sinar cahaya Islam di Eropah.



Itulah yang terjadi di Sweden, ketika tersebarnya gambar-gambar yang menghina Rasulullah saw. justeru pada waktu yang sama, beribu-ribu penduduk Sweden memeluk agama Allah.



Keadaan demikian teruangkap ketika delegasi Pemuda Sweden menghadiri Muktamar Wartawan di Lembaga Pendidikan Sweden di daerah Iskandariah, Mesir pada hari Sabtu, 16/11/08.



Mereka mengemukakan data, 15 000 penduduk asli sweden memeluk Islam, dan umur mereka antara 20 sampai 40 tahun, setelah kejadian penghinaan terhadap Rasulullah saw. subhanallah!



Delegasi yanng terdiri dari 12 orang -muslim dan muslimah- itu sedang menggarap 4 projek dakwah untuk melayani kepentingan umat muslim di Sweden.



Projek pertama, pendidikan pemuda muslim, bagaimana mereka berinteraksi dengan masyarakat Sweden.



Projek kedua, pendidikan Bahasa Arab bagi para imam, kerana generasi baru muslim Sweden tidak boleh berbahasa Arab.



Projek ketiga, peduli terhadap problematika lingkungann dan pelestariannya.



Projek keempat, dialog antara agama.



Projek-projek ini bertujuan untuk merubah pandangan masyarakat Sweden terhadap Islam, di mana mereka sebelumnya mengaggap Islam sebagai sumber masalah, merubahnya menjadi pengakuan bahwa Islam sebahagian dari agama-agama yang ada di tengah-tengah mereka. Penilian keliru masyarakat Sweden lantaran pemahaman mereka yang tidak benar tentang Islam.



Islam terhitung menjadi agama kedua di Sweden. Populasi muslim lebih dari setengah juta orang dari jumlah penduduk Sweden 8.5 juta orang.



Islam terbilang baru berkembang di Sweden, namun jumlah orang yang memeluk agama Islam terus bertambah banyak, terutama kerana komuniti muslim di sana tidak mendapatkan kekangan dalam menjalankan syiar dan simbol-simbol peribadatan Islam. Juga berdirinya masjid-masjid di seluruh penjuru kota di bawah undang-undang resmi yang diakui oleh parlimen Sweden, iaitu undang-undang kebebasan bergama, hak-hak pemeluk agama dalam menjalankan keyakinannya tanpa harus ada kekhawatiran sedikitpun meskipun bagi kelompok minoriti.



Di Ibu Kota Sweden ada 45 institusi Islam dan Islamic Centre, dan kota-kota besar terhitung ada 15 institusi Islam dan Islamic Centre. Begitu juga paling tidak ada 4 masjid utama di setiap kota besar.



Di Sweden digalakkan terjemah kandungan Al Qur’an, pembangunan masjid-masjid baru. Islam tersebar lebih banyak di kalangan perempuan, terutama lingkungan kampus dan golongan akademik. Penyebabnya adalah adanya ambivalensi di kalangan perempuan Eropah, di sisi lain perempuan muslimah Swedia mendapatkan kehormatan dan penerimaan yang utuh dari agama Islam dan komuniti muslim, yang tidak ada dalam agama-agama lain.



Muslimah Sweden mendirikan institusi khusus bagi para muslimah pada tahun 1984, pada saat Islam baru pertama kali berkembang di Sweden. Di organisasi ini aktivis muslimah melaksanakan kegiatan dakwah dan sosial di seluruh kota, berupa seminar, ceramah, kajian agama, muktamar Islam, bazar, stand amal, penyediaan perawat bagi anak-anak, pelatihan pendidikan anak, dan juga menyelesaikan masalah berkaitan Islam.



Disebutkan dalam sejarah, bahwa Islam masuk di Sweden pada tahun 50-an pada abad 20 M, dibawa oleh sedikit orang yang bisa dihutung dengan jari, kebanyakan mereka dari Asia Tengah, yang lari dari Komunisme, dan sebagian lain dari Palestin yang diusir oleh Israel dari negaranya.

Read more...

Yahudi Yang Bijak

>> Sunday, January 10, 2010


Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakannya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semoga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan generasi yang baik. Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA. Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani 'housemanship' di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu 'Mengapa Yahudi Bijak?'. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?




Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau kepingan) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka untuk merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri!) (sedarlah wahai para perokok sekalian). Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat 'stimulate' (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!

Segala pelajaran akan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institusi yang tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok.

Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? USD7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma USD0.70 dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana?

Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya, itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Read more...

PALESTIN- Cerita dari Gaza


"Empat bulan setelah kesyahidan suamiku dan dua anak-anakku, cucuku lahir," kata Fathiya Abu Jbarah.



Fathiya adalah janda Abu Jihad Jbarah dan ibu dari Basil, 30, dan Usamah, 21, yang dibunuh pada tanggal 4 Januari 2009 oleh sebuah rudal Israel yang menghentam rumah mereka di kem pelarian Al-Bureij di tengah Jalur Gaza. Rumah mereka terkena serangan Israel udara dan darat yang berlangsung selama 22 hari dan membunuh lebih dari 1,400 orang dan mencederakan ribuan orang lain.



Merenungkan kelahiran cucunya, Lina, Jbarah Abu Fathiya berkata, "Hatiku hampir meletup. Apa yang dilakukan oleh bayi tak berdosa ini hingga dilahirkan tanpa seorang ayah?"



"Kami ibu-ibu Palestin seperti ibu-ibu lain, tidak pernah mahu melihat anak-anak dan cucu-cucu kami menjadi anak-anak yatim atau sebagai isteri menjadi janda," ujar Fathiya yang berusia pertengahan 50-an itu, sambil menggendong Lina dalam pelukannya. "Kami ingin hidup dalam damai dengan semua bangsa lain di dunia ini. Namun, penjajahan Israel tidak pernah mahu membiarkan hal itu terjadi. Israel mesti terus menyerang kami selama beberapa dekad. Bukankah sudah saatnya bagi kami untuk hidup normal?"



Selain pembunuhan Jihad dan dua putranya, keempat anggota keluarga, Khaled, 19, menderita luka parah pecahan peluru ke perut dan lengan, dan dipindahkan ke rumah sakit di Arab Saudi untuk rawatan.



Muhammad Abu Jbarah, 24, menjelaskan bahawa almarhum ayahnya telah memutuskan untuk membangun sebuah rumah keluarga pada tahun 2006, namun kerana sekatan, dia tidak boleh mendapatkan bahan baku, dan itulah sebabnya dia menyewa rumah yang diserang oleh Israel itu tahun lalu. Setelah serangan, keluarga mereka tinggal selama berbulan-bulan di rumah seorang kerabat, tetapi kerana keperluan, mereka memutuskan untuk membangun rumah baru. Sebuah perjuangan yang sangat besar.



"Kami membangun rumah baru ini selama hampir lapan bulan, berusaha untuk mendapatkan bahan bangunan baku yang tersedia di pasar tempatan," Muhammad menjelaskan. “Biayanya sangat besar - sekitar $ 70,000, sebahagian besar yang dipinjam dari sanak keluarga atau teman. Kami berhutang sekitar 70 peratus dari jumlah itu. Dan memerlukan sedikitnya enam atau tujuh tahun untuk melunasinya, tapi kami tidak punya pilihan."



Walaupun menderita selama itu, Khaled Abu Jbarah masih menyimpan harapan dan memandang ke depan untuk kehidupan yang lebih baik. "Saya mengharapkan situasi yang lebih baik, tidak hanya bagi saya tetapi juga untuk anak-anak kecil kami. Kami, rakyat Palestin ingin hidup dalam perdamaian dan ketenangan bagi generasi yang akan datang, tetapi sayangnya, setiap generasi kami mengalami penderitaan yang sama di tangan penjajah ini, yang tidak pernah mematuhi deklarasi gencatan senjata, perjanjian damai, atau resolusi-resolusi internasional lainnya. "



Meskipun situasi telah umumnya tenang, Khaled mengatakan bahawa "tentera Israel terus menembak dari waktu ke waktu dan beberapa orang telah terbunuh dan cedera baru-baru ini."



Rumah selalu memberikan kenyamanan, tapi Fathiya Abu Jbarah berkata, "Apa yang anda lihat tidak pernah dapat mengimbangi kehilanganku. Selama bulan Ramadhan, saya menangis mengingat suami tercinta dan anak-anak, sekaligus menyajikan iftar kepada keluarga saya yang masih ada."

Read more...

Keajaiban Makkah dan Kaabah

>> Saturday, January 9, 2010

Eloklah saya mulakan artikel ini dengan mencatat mafhum firman Allah SWT: "Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (segala ufuk-ufuk dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? " (Fussilat 41:53).

Makkah, iaitu kota suci bagi umat Islam bukan saja menjadi pusat ibadah, ia adalah pusat bagi planet bumi ini. Ketika saya masih bujang lagi, saya ada membaca sebuah kitab lama yang mencatat bahawa planet bumi ini pada asalnya dipenuhi air. Tapak Ka'abah itu adalah kerak bumi yang mula-mula sekali muncul di permukaan lautan, kemudian barulah muncul tanah-tanah yang lain hingga menjadi benua-benua. Itu catatan kitab lama. Akhir-akhir ini pakar-pakar Muslim telah menimbulkan semula perkara itu dan telah menghujahkan bahawa Makkah adalah 'pusat bumi'. Sila baca seterusnya.


MAKKAH SEPINTAS LALU

MAKKAH Al-Mukarramah adalah kota suci turunnya wahyu llahi kepada Nabi Muhammad. Di sini, terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi tanda kebesaran Allah. Makkah adalah kota paling suci di bumi ini serta paling dicintai Allah dan rasulNya. Ia juga menjadi tanah kelahiran Nabi Muhammad dan pusat terpancarnya nur Allah di bumi ini.

Berjuta umat Islam seluruh dunia datang ke Makkah pada setiap tahun untuk mengerjakan Haji, Umrah dan juga Ziarah. Tidak ada agama lain yang punya kota suci sehebat Makkah



















Abdullah bin `Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, maksudnya: "Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai olehNya. Andai kata aku tidak diusir dari kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu)." (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidzi). Ibn 'Abbas pula berkata: Rasulullah bersabda: "Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini) untuk hidup di satu tempat yang lain."

Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan pelbagai nama yang berjumlah sebelas semuanya. Antaranya adalah Makkah, Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan Al-Baldah Al-Tayyibah. Bahkan, Allah bersumpah dengan kota suci ini serta memberikan kelebihan dan keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota lain.

Masjidil Haram dan Kaabah Baitul Atiq yang menjadi kiblat umat Islam sedunia, menjadikan kota suci ini sangat dicintai dan berpengaruh besar bagi umat Islam sepanjang masa. Setiap umat Islam menghadapkan muka ke arah kiblat sekurang- kurangnya lima kali sehari semalam. Ia menjadi tempat untuk seluruh kaum Muslimin sedunia menunaikan haji dan umrah.

Kehebatan dan keagungan kota Makkah bukan sekadar catatan dalam sejarah Islam dan melalui firman Allah dan hadis semata-mata, malah dibuktikan melalui kajian dan penyelidikan saintifik. Hal ini dibuktikan oleh profesor dari Mesir, Prof Hosien Kamal El Din Ibrahim yang mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. (Berita Harian 21 December 2004)

KIBLAT WAKTU, BUKAN SAJA KIBLAT SOLAT

MAKKAH berada hampir dengan Laut Merah. Tanah Arab merupakan semenanjung, sebagaimana kedudukan Tanah Melayu.


















Pada 21 April 2004 di Doha, Qatar, telah berlangsung satu persidangan ilmiah yang penting bagi dunia Islam. Sebilangan para sarjana dan ulama Islam telah membincangkan kemungkinan untuk mengubah hitungan waktu (masa) yang selama ini menjadikan Greenwich Mean Time (GMT) sebagai meridian sifar, lalu menjadikan Makkah sebagai kiblat hitungan waktu, maksudnya Makkah akan menjadi meridian sifar menggantikan bandar Greenwich.

The Mecca Time concept asserts that Mecca, the holiest city of Islam located in Saudi Arabia on the surface of the Earth, is the true center of the Earth, and thus should replace the Greenwich Meridian (GMT). The demand was made by Sheikh Yusuf al-Qaradawi and other Muslim scientists and clerics meeting in Doha, Qatar on April 21, 2008 for a conference titled "Mecca: the Center of the Earth, Theory and Practice." The conference sought to promote "Ijaz al-Koran" - the belief and growing trend amongst Muslims that the Koran, the central Islamic religious text reveals many scientific facts. (en.wikipedia.org)



Persidangan ilmiah bersejarah itu telah dirasmikan oleh Dr Yusuf Qaradhawi. Ianya diberi nama "Mecca: the Center of the Earth, Theory and Practice." Turut hadir ialah pakar geologi Mesir, Dr Zaglur Najjar yang juga pensyarah geologi di Universiti Wales, Britain, dan Ir Yaseen Shaok, saintis yang menjadi pelopor jam Makkah.



Persidangan itu menyeru umat Islam sedunia menjadikan Makkah, khususnya Ka'abah yang berada di 21 darjah 25 minit latitud (garis lintang utara) dan 39 darjah 50 minit longitud (garisan bujur timur) sebagai titik awal hitungan waktu. Sebabnya jelas iaitu menurut kajian ilmiah, Makkah adalah PUSAT BUMI.

The conference revived a decades-old controversial issue, contending that the Greenwich Meridian was "imposed" by Britain and Western civilization during the colonial period and that Islam, unlike other religions in their view, does not contradict science. One of the contentions was that unlike other longitudes, Mecca was in perfect alignment with the magnetic north. Muslim clerics hail this as evidence of the "greatness" of the qibla - the direction determined to be towards Mecca that Muslims across the world must turn towards while reciting prayers. Expostulated by Yasin a-Shouk, the Switzerland-based inventor of Palestinian origin said it runs anti-clockwise in the direction of Tawaf, the rotation around the holy site of Kaaba within the Masjid Al-Haram in Mecca. The "Mecca watch" (Saat Makkah) is promoted to help Muslims determine the direction of Mecca from any point on Earth for purposes of daily prayers. (en.wikipedia.org)

Kajian tersebut telah dilakukan oleh Profesor Dr Hosien Kamal El Din Ibrahim, ilmuwan yang berasal dari Mesir, yang diterbitkan di The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center. Pusat penelitian yang berpusat di Kaherah, Mesir itu telah melakar peta baru dunia.

Di dalam peta dunia itu terlukis garisan-garisan menghubungkan kota-kota di pelusuk dunia ke arah Makkah. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah spherical triangle (bebola segitiga), Hosien menyimpulkan kedudukan Makkah berada di pusat daratan bumi (kerak bumi).



Dalam ertikata lain, Makkah, tempat Kabah berada telah disimpulkan sebagai PUSAT BUMI. Ini sekaligus membuktikan bahawa daratan bumi berkembang dari Makkah. Adalah menarik untuk direnungkan pada fenomena bahawa setiap tahun jutaan umat Islam sedunia mendatangi Kabah di Makkah untuk melaksanakan haji. Ketika tawaf, jutaan umat Islam mengelilingi Kabah, dengan arah berlawanan jarum jam. Arah itu bertentangan dengan putaran waktu hitungan Greenwich.



The (Qatar) meeting also reviewed what has been described as a Mecca watch, the brainchild of a French Muslim. The watch is said to rotate anti-clockwise and is supposed to help Muslims determine the direction of Mecca from any point on Earth. (BBC News)


Penelitian menggunakan program komputer oleh Hosien itu sebelumnya pernah dilakukan menggunakan perhitungan matematik oleh ilmuwan Islam, Abi Fadlallah Al-Emary, yang meninggal dunia pada 749 H. Peta itu kemudian diabadikan di dalam kitabnya Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar.



Peta yang menggariskan arah kiblat, Makkah, juga telah dilakar oleh pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal dunia pada 958 H), menggunakan hitungan astronomi. Hasil kajian dua ilmuwan itu juga membuktikan bahawa Makkah adalah PUSAT BUMI.



Dalam persidangan di Doha, salah seorang pembahas telah menjelaskan bahawa Makkah berada di titik lintang yang sejajar dengan titik magnetik Kutub Utara. Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana kota lain di dunia hatta Greenwich sendiri walaupun ia dijadikan sebagai meridian sifar.


Siapakah yang menetapkan Greenwich sebagai Meridian sifar? Ia adalah Britain, yang pada waktu itu (tahun 1884) merupakan kuasa besar kolonial dunia. Kini Britain hanyalah sebuah negara biasa, dan sangat wajar jika Makkah menggantikan Greenwich kerana kedudukanya yang telah terbukti secara ilmiah sebagai PUSAT BUMI.



Dr Yusuf Qaradhawi yang menjadi Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa menggalakkan dunia Islam menjadikan Makkah sebagai titik awal perhitungan waktu menggantikan Greenwich. Qaradhawi menjelaskan mengapa Allah SWT menjadikan Baitul Haram sebagai kiblat umat Islam di muka bumi.



"Kajian ilmiah moden itu (oleh Profesor Dr Hosien Kamal El Din Ibrahim) meneguhkan kemuliaan kiblat umat Islam. Juga menegaskan lagi teori bahawa Makkah adalah pusat bumi. Ini adalah sama dengan penegasan jati diri keislaman serta mengangkat tinggi kemuliaan umat Islam atas agama, umat, dan peradabannya," ujar Qaradhawi.



Persidangan di Qatar merupakan sebahagian dari usaha dunia Islam mencari bukti saintifik dari Al-Qur'an. Idea dasarnya adalah bahawa kebenaran ilmiah sudah termaktub dalam Al-Qur'an, dan tugas para ilmuwan ialah mencari bukti-bukti yang sudah diterangkan dalam Al-Qur'an tersebut.



BARAT MENENTANG IDEA INI



Saya telah meneliti beberapa forum di internet. Ternyata sebilangan individu Barat agak emosional dari segi ini. Mereka bukan hanya tidak bersetuju Makkah dijadikan meridian sifar, malah telah memburukkan Islam. Pada hemat saya, mereka perlu membezakan antara agama dan penemuan saintifik. Jika mereka tidak mahu menerima Islam, mereka tidak wajar menolak bukti saintifik lantaran bias ini.



Masjidil Haram dan Ka'abah dilihat menerusi satelit (perisian Google Earth).



















Seorang ahli astronomi Institut Teknologi Bandung, Moedji Raharto, menyatakan bahawa pembahagian waktu bermula dari Makkah tidak menjadi masalah. "Itu membuat budaya baru di tengah kemapanan sistem yang sudah ada," katanya.



Pihak-pihak yang menentang menyatakan bahawa selama ini seluruh kegiatan di dunia merujuk pada waktu Greenwich. Mulai dari transaksi perbankan, perhitungan waktu di internet, dunia penerbangan, setting jam di kilang-kilang, seluruhnya merujuk perhitungan waktu Greenwich. Sebarang usaha untuk mengubahnya memerlukan perubahan dan dana yang besar.



Makkah sebenarnya memang telah menjadi perhatian dunia, bukan hanya oleh umat Islam dan bukan hanya ketika ibadah haji berlangsung. Jika Makkah menjadi meridian sifar, ia merupakan berita baik untuk umat Islam. Kata Moedji "Arah kiblat merupakan garis spiritual karena semua manusia tertuju ke sana." Moedji juga berpendapat bahawa menyatukan perhitungan waktu berdasarkan Makkah boleh dilakukan, "Dari segi matematik itu bisa dilakukan." (islamonline)



MAKKAH DAN GOLDEN RATIO



Untuk memahami mengenai apakah Golden Ratio atau Golden Mean, sila baca artikel Hasil Kajian: Rahsia Golden Ratio Alam Semesta Terbongkar.

Sebuah video yang memaparkan penemuan Erdem Cetinkaya mengenai kedudukan Makkah yang menurut kajiannya berada TEPAT di posisi Golden Mean 1.618. "This discovery is made by the 3d graphic artist, director who made some works that are world-wide famous, Erdem Cetinkaya. Right now his work of documentary-movie which includes the miracle of Kaaba and the miracles named Holy Mysteries".

Cetinkaya mendapati bahawa jika dibahagikan jarak Makkah dari noktasina Kutub Utara (7631.68 kilometer) dengan jarak Makkah dari noktasina Kutub Selatan (12348.32 kilometer) adalah TEPAT 1.618.

Selanjutnya, jika dibahagikan jarak antara noktasina Kutub Utara dan Kutub Selatan (19980.00 kilometer) dengan jarak Makkah dari noktasina Kutub Selatan (12348.32) maka jawapannya juga TEPAT 1.168.

Dengan menggunakan sebuah perisian grafik pula, beliau mendapati bahawa arak garis lintang antara Makkah ke garis ekuinoks Timur dan Barat juga punya nisbah TEPAT 1.618.

Beliau juga telah mengukur garis silang dari Makkah hingga ke garis ekuinoks dan mendapati bahawa ia juga punya Golden Ratio 1.618.




GOLDEN RATIO VS PUSAT BUMI

Setakat ini anda sudah membaca dua maklumat yang utama. Pertama: Makkah sebagai PUSAT BUMI. Kedua: Makkah berada di kedudukan Golden Ratio. Para skeptik mungkin berkata: "Mengapakah dua fakta ini bercanggah? Bukankah pusat itu berada di tengah-tengah?".

Maka sebagai permulaan, kita jawab: "Perhatikan pusat (navel) anda sendiri. Dia berada di tengah tubuh anda, dan dia berada di Golden Mean "The bottom the the girdle (waist-band) is also at a golden section point for the whole figure from the top of the head to the soles of the feet... this is also the position of the navel in the human body.. (www.mcs.surrey.ac.uk). Maka andai para skeptik mahu menolak hakikat ini, mereka perlulah ubah pendirian seluruh manusia di dunia bahawa pusat (navel) bukan berada di tengah-tengah tubuh. Janin menerima makanan (nutrition) melalui pusat itu, lalu mengalami proses tumbesaran.



AYAT DALIL MENGENAI MAKKAH

Izinkan saya membentangkan Hasil Kajian saya pula. Pada kali ini kita akan perhatikan Surah Ali 'Imran 3:96. Perhatikan maksud ayat ini, saya salinkan dari beberapa pentafsir:





"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia." (Melayu)

"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia." (Indonesia) "Verily, the first House (of worship) appointed for mankind was that at Bakkah (Makkah), full of blessing, and a guidance for Al-'Alamîn (the mankind and jinn)." (Dr Mohsin). "Lo! the first Sanctuary appointed for mankind was that at Becca, a blessed place, a guidance to the peoples;" (Marmaduke Pickthal). "The first House (of worship) appointed for men was that at Bakka: full of blessing and of guidance for all kinds of beings:" (Yusuf Ali).




Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP