Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Mungkin aku yang paling hina dalam kalangan kamu semua
Ingatlah, bahawa semua makhluk Allah sentiasa berzikir memuji kebesaran Allah
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingati sebagai bahan sejarah agama Islam, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak kes penganiayaan terhadap haiwan. Ini menunjukkan manusia begitu jauh dengan agama. Kebanyakan mereka menjadi sangat kejam disebabkan faktor duit. Lihat video di bawah sebagai renungan kita bersama.
Peter Casey atau Abdul Malik, berlatar belakangkan seorang Yahudi-Kristian. Namun pencarian spiritual pemuda berusia 23 tahun ini berakhir kepada agama Islam. Seawal usia 15 tahun, pemuda lulusan Queens College ini memutuskan untuk bersyahadat dua kalimah syahadah.
Peter Casey
Kini namanya sangat dikenali di negara kelahirannya Amerika Syarikat, mahupun di mata dunia selepas pengakuannya dalam memilih agama Islam tersebar luas di alam maya. Sejak tragedi 11 September, ramai penganut agama Islam takut akan keselamatan diri mereka, lebih-lebih lagi di negara Amerika. Sebaliknya Peter Casey tidak takut terhadap fobia Islam yang melanda negara Uncle Sam itu malah semakin rajin menunjukkan keyakinan barunya itu di depan khalayak awam.
Beliau sering ke masjid setiap hari dengan menaiki skateboardnya yang menunjukkan gaya anak muda AS kini. Beliau juga tidak berfikir dua kali untuk menunaikan ibadah solat di Starbuck, jika kebetulan beliau tengah minum di sana dan waktu solat telah tiba.
Lelaki bermata biru ini tidak sesekali menyembunyikan identiti keislamannya. Sebaliknya, dia mengatakan sedang berusaha untuk "menentang stereotaip dan salah faham" orang lain di sekitarnya mengenai Islam.
Sebagai seorang mualaf yang dibesarkan di pinggiran bandar dengan latar belakang Yahudi-Kristian, Casey berada dalam keadaan yang sewajarnya 'mustahil' untuk melakukannya (memeluk Islam). Namun itulah tekad Casey untuk membuatkan orang belajar menerima orang Islam, mulai dari cara dia berpakaian, bercakap, dan kelakuannya.
Tempat Casey dibesarkan
Casey dibesarkan di pinggiran Long Island oleh ibu yang beragama Yahudi dan ayahnya yang beragama Kristian Katolik. Di satu sudutnya, Kristian menekankan bahawa Jesus adalah sebagai anak Allah, Tuhan Bapa, dan Roh Kudus. Di sisi lain pula, Yahudi mengatakan bahawa Jesus adalah seorang nabi palsu.
"Saya merasakan ada dua perkara ekstrem di dalam agama Yahudi-Kristian, dan saya mempelajari kedua-duanya," kata Casey.
Pertentangan antara Yahudi dan Kristian memeningkan Casey
Selepas serangan 11 September 2001, pemahaman Casey terhadap agamanya mula berubah. Casey baru mengjangkau umur 13 tahun ketika dua menara kembar WTC itu runtuh. Sejak dari kejadian itu, beliau rajin melayari dunia maya untuk mencari isi ajaran agama Islam yang dikatakan punca di sebalik serangan itu. Di internet, Casey menemui ajaran yang lebih masuk akal tentang Jesus. Al-Quran mengatakan Jesus adalah seorang nabi, seorang lelaki yang menyampaikan firman Allah. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.
"Ketika saya mula belajar mengenai Islam, saya seperti.... Inilah dia. Ini adalah agama itu (agama yang dicarinya selama ini), "katanya. Dua tahun kemudian, pada usia 15 tahun, beliau memeluk Islam.
Sejak itu, lelaki yang baru menjadi guru sejarah di sebuah sekolah Islam di Brooklyn, telah berupaya untuk mengubah sedikit sebanyak kecurigaan dan kebencian masyarakat awam AS terhadap Islam. Casey tidak hanya berdakwah melalui perbuatan seperti bersolat di tempat awam tetapi beliau juga aktif berdakwah melalui blognya, Dawah Addict. Persoalan dan topik seperti 'Muhammad dalam Kitab Injil' dan 'Bagaimana Menjadi Seorang Muslim' diulasnya dengan berkesan.
"Ketika baru-baru menjadi Muslim, masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini, ramai orang berkata, 'Mengapa tidak ada ramai orang Islam yang mengatakan keganasan adalah perkara yang buruk? Mengapa tidak ada orang Islam di luar sana yang memberitahu mengenai Islam yang sebenarnya?'," Kata casey. "Dan saya mula berfikir, saya akan melakukannya jika tidak ada orang lain yang akan melakukannya."
Saluran Casey di YouTube mempunyai lebih daripada 5,000 pelanggan dan hampir setengah juta pengunjung. Pengunjung saluran You Tube beliau terus bertambah dari masa ke semasa. Terdapat juga komen-komen negatif di salurannya.
Namun, dia tidak menoleh ke belakang. Alasannya "Saya merasa seperti saya mempunyai tanggung jawab kepada orang-orang di Amerika," katanya, "Kerana ini adalah tempat saya membesar dan ini adalah rumah saya, dan saya ingin berkongsi apa yang membuatkan saya berasa sangat bahagia dan telah memberikan perubahan yang begitu banyak kepada saya. "
Lihat video di bawah mengenai cerita-cerita menarik para muallaf termasuk Peter Casey.
Satanisme secara umumnya dikenali sebagai penyembahan syaitan dan menjadikannya sebagai tuhan. Selain menolak Allah, semua agama dan nilai keagamaan, gerakan jahat ini memiliki ajaran melaksanakan perkara-perkara yang dianggap berdosa oleh agama lain. Satanisme juga menerima syaitan, lambang kejahatan, sebagai pemimpin dan pembimbing dalam hidup mereka.
Sejarah Satanisme
Kaum Satanis, iaitu para pengikut ajaran Satanisme, wujud dan melaksanakan kegiatan mereka pada setiap tahap sejarah dan dalam setiap peradaban, dari Mesir kuno sampai ke Yunani kuno, serta sejak abad pertengahan sehigga ke hari ini. Di antara abad ke-14 dan ke-16, para tukang sihir dan orang yang menolak agama sama-sama memuja syaitan. Pada tahun 1880-an, di Perancis, British, Jerman, dan sekaligus di negara-negara lain di Eropah dan Amerika, Satanisme dilakukan di dalam kumpulan dan tersebar di kalangan orang yang tidak mempunyai keyakinan agama.
Penyembahan syaitan dari tamadun kuno ini terus berlanjutan sehingga abad ke-19, bermula dari tradisi Satanisme tradisional, kini aliran sesat ini berpecah dalam kumpulan kecil. Upacara kejam yang dilakukan oleh tukang sihir dan orang-orang yang tidak bertuhan, mengorbankan anak dan orang dewasa kepada syaitan, perayaan Misa Hitam dan upacara Satanisme tradisional yang lainnya telah diwariskan secara diam-diam dan tersembunyi secara turun temurun.
Video upacara Black Mass (Misa Hitam) di bawah
Lambang Satanisme tradisional yang terpenting adalah dewa Rom kuno Baphomet (anak kepada Iblis/Lucifer). Pada waktu itu, Baphomet menjadi lambang memuja syaitan. Para sejarawan yang mengkaji asal-usul tubuh seperti manusia yang berkepala kambing ini telah menemui beberapa petunjuk penting tentang kegiatan Satanis.
Baphomet yang berada dalam lingkungan Pentagram
Lambang Satanis kedua terpenting adalah Pentagram, iaitu bintang bersegi lima di dalam lingkaran. Yang menariknya, ada dua kumpulan dan pertubuhan rahsia di samping para Satanis yang menggunakan Baphomet dan pentagram sebagai lambang. Yang pertama adalah kumpulan Kesatria Biara Jerusalem (Knight Templars), iaitu kumpulan yang dituduh oleh Gereja Katolik sebagai penyembah syaitan, dan kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 1311. Kumpulan lain adalah kumpulan Mason yang telah bertahun-tahun lamanya menapak dengan kukuh di dalam setiap negara secara rahsia dan upacara ritualnya agak pelik.
Seperti yang kita tahu, hiburan kini sedang dikuasai oleh pengamal-pengamal sihir ini. Kebanyakan artis luar negara membawa masej, imej dan budaya yang pelik tetapi sinonim dengan kepercayaan hitam mereka.
Baphomet menjadi ikon bagi selebriti barat
Banyak sejarawan yang mengkaji kaitan antara Knight Templars dan Mason, mereka percaya bahawa terdapat hubungan antara Knight Templars dengan kumpulan Mason. Selepas Knight Templars dihalang bergerak oleh Gereja, mereka meneruskan misi dan kepercayaannya secara rahsia dan akhirnya berubah menjadi fahaman Mason. Kumpalan ini bersifat sangat rahsia, mempunyai susunan organisasi, dengan anggotanya terdiri dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Leo Taxil, yang pernah menjadi seorang Mason, namun telah keluar dari kumpulan itu, mengatakan bahawa para Mason amat menghormati Baphomet dan mereka sering mengadakan upacara yang menyerupai cara-cara penyembahan syaitan. Kenyataan lain yang menimbulkan banyak kecurigaan adalah bahawa ramai pengikut Satanisme yang kemudiannya menjadi anggota organisasi Mason.
Leo Taxil
Kini, para satanis telah meninggalkan upacara dan markasnya yang rahsia itu, untuk keluar ke jalan-jalan. Para Satanis bergiat dengan aktif di setiap negara untuk menyebarkan ajaran dan ideologinya di dalam buku-buku, rancangan telivisyen, dan juga di Internet dalam usaha mempengaruhi orang ramai. Satanis memaparkan imej yang sama walaupun di mana mereka berada. Cara berpakaian, cara penyembahan, cara berkomunikasi, senibina dan ciri lainnya menunjukkan bahawa Satanisme bukanlah gerakan biasa yang dipenuhi para penganggur, tetapi sebuah organisasi yang bersandarksn pada landasan kepercayaan.
Satanisme dan Materialisme
Pada dasarnya aliran Satanisme dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Teistik dan Atheistik. Aliran teistik atau dikenali sebagai Satanisme Tradisional, adalah suatu bentuk kepercayaan yang menganggap bahawa Syaitan sebagai dewa, sedangkan aliran Atheistik adalah satu kepercayaan yang tidak menganggap adanya Tuhan ataupun Dewa untuk disembah, melainkan mereka menggunakan "Syaitan" sebagai simbol pada diri manusia, sebagai simbol keduniawian dan keserakahan, atau dengan kata lain mereka boleh dikatakan menyembah diri mereka sendiri. Salah satu Aliran Satanisme Atheistik yang terkenal adalah Gereja Syaitan (The Church of Satan) yang ditubuhkan oleh Anton Szandor LaVey (Anton LaVey). Aliran ini dikenali dan disebut sebagai aliran LaVeyan.
Anton Szandor LaVey
Kini kaum Satanis terdiri dari golongan atheis (tidak mengakui adanya Tuhan). Mereka juga materialistik, maksudnya mereka hanya percaya kepada kewujudan objek yang boleh dilihat. Mereka tidak mempercayai adanya Tuhan dan semua makhluk ghaib. Oleh sebab itu, kaum Satanis tidak percaya kewujudan syaitan sebagai makhluk yang nyata. Meskipun disebut sebagai penyembah syaitan, mereka tidak mengakui adanya syaitan. Bagi Satanis, syaitan hanyalah lambang yang menyatakan permusuhan mereka terhadap agama dan kekerasan hati mereka. Anton Lavey menulis buku The Satanic Bible pada tahun 1969.
Dalam sebuah artikel yang bertajuk "Pengantar Satanisme" yang diterbitkan Gereja Syaitan, ada dinyatakan bahawa Satanis sebenarnya terdiri dari golongan ateis.
Satanisme adalah sebuah agama yang tidak mempercayai Tuhan dan menganut fahaman tidak ada yang perlu ditakuti selain dari akibat tindakan kita. Kaum Satanis tidak percaya adanya Tuhan, malaikat, syurga, neraka, iblis, syaitan, roh jahat, roh baik, jin, atau makhluk ghaib yang jahat. Satanisme bersifat ateis dan Otodeis (menyembah diri sendiri). Satanisme adalah materialis dan Satanisme adalah berlawanan dengan agama.
(Vexen Crabtree, "A Description of Satanisme")
Secara ringkasnya, ini adalah hasil falsafah kebendaan dan tak mempercayai Tuhan yang telah tersebar sejak abad ke-19. Satanisme menyandarkan diri mereka pada teori yang dianggap ilmiah, iaitu Teori Evolusi Darwin.
Muzik dan Filem Satanisme.
Satanisme tampil dalam pelbagai cara dan bentuk, salah satunya adalah melalui filem dan muzik. Banyak filem yang menceritakan secara terbuka ungkapan ritual satanisme, senibina, simbol-simbol serta kisah dark forces. Filem popular seperti Friday The 13th, The Crow, Devils Advocate, Interview With The Vampire dan juga cerita bersiri The X-Files mengandungi kisah dimana syaitan, satanisme atau black magik menjadi bahagian yang penting dalam filem. Dikatakan pada tahun 1968, Anton Szandor La Vey pernah menjadi penasihat teknikal untuk filem Rosemarys Baby yang telah mempopularkan satanisme.
Dalam industri muzik ada banyak sekali contoh muzik yang mengandungi unsur satanisme, contohnya:
1. Lagu dari Ozzy Osbourne"Anggur baik tetapi Wiski lebih baik, bunuh diri adalah satu-satunya jalan keluar"
2. Lagu dari David Bowie (majalah Rolling Stone) mengatakan Rock akan sering menjadi muzik syaitan
3. Lagu dari Stairway to Heaven jika di pasang dan didengar secara terbalik akan memunculkan syair pemujaan syaitan.
4. Lagu dari Metallica dalam lagu berjudul The Prince menyatakan mereka tidak takut unruk masuk neraka dan tidak peduli akan nimat syurga.
5. Pink Floyd menulis lagu Lucifer Sam dengan lirik "Lucifer Sam selalu duduk di sisimu, selalu dekat denganmu".
6. Pada tahun 1992, Red Hot Chilli Peppers ketika menerima anugerah MTV Awards berucap, "Pertama-tama kami ingin berterima kasih kepada Syaitan."
7. Marilyn Manson, dalam salah satu ucapannya pada majalah Spin edisi Ogos 1996. "Saya berharap akan dikenang sebagai orang yang mengakhiri sejarah Kekristianan, Manson tidak teragak-agak mengoyak Bible dan menghina Jesus."
Di antara band-band metal ketika ini, terdapat beberapa band yang sesat dan tidak menyembunyikan kepercayaannya terhadap kekuasaan syaitan. Band-band tersebut menjual jiwanya untuk para syaitan demi untuk mendapatkan kemasyhuran dan kekayaan. Band yang beraliran Black Metal merupakan aliran metal yang paling banyak mempunyai Band Metal-Satanis.
Band yang ditubuhkan pada tahun 1998, dan dibentuk oleh Paderi Vincent Crowley di Tampa, Florida. Selepas itu dia bergabung dengan Peter H. Gilmore, Magister Gereja Syaitan.
Band ini mengeluarkan album pertama yang berjudul "Messe Noir" pada tahun 1988. Album ini dibuat khusus dalam edisi terhad 7-inci. Acheron ini hanya dikeluarkan sebanyak 666 naskhah (666 adalah angka syaitan bagi mereka).
Pada tahun 1991, band ini membuat dunia tercengang dengan menerbitkan album kedua mereka yang berjudul Rites of the Black Mass (1991). Setiap lagu dalam album tersebut mengandungi ayat-ayat yang terdapat dalam injil hitam (Satanic Bible) dan menggunakan intro bergaya Gothik dan gitar solo yang membuat lagu-lagu tersebut seolah-olah dari dunia 'Kegelapan'. Lagu-lagu mereka berdasarkan falsafah 'Satanis'.
Band yang dibentuk pada tahun 1995 oleh Pete Helmkamp iaitu bekas anggota band Order dari Chaos. Angelcorpse berasal dari Kansas City, tetapi mereka berpindah ke Tampa Florida (yang merupakan daerah penganut Satanisme) di Amerika. Muzik mereka bertemakan Anti-Christ dan peperangan. Pada tahun 1995 dan 2007 Band ini melakukan lawatan ke Eropah untuk mendukung band-band beraliran satanisme yang ada.
Pete Helmkamp telah menulis di dalam bukunya yang berjudul 'The Conqueror Manifesto.' menurutnya, perkara-perkara yang mendukung "In the spirit of Crowley 's" dan pandangan tentang "Anti-christ" adalah merupakan kebenaran.
Band ketiga adalah band Cradle Of Filth. Berasal dari Britain dan dibentuk pada tahun 1992, dengan penyanyi utama Dani Filth.
Merupakan Band yang sangat sinonim dengan sihir, mitologi, dan perkara-perkara yang jahat. Selain menyanyikan alunan muzik Black Metal, aliran ini juga memainkan aliran Dark Metal dan Death Metal, vampyric Metal dan Satan Metal dan Symphonic Black Metal.
Band Black Metal yang berasal dari Oslo, Norway, dibentuk pada tahun 1993. Dibentuk oleh Shagrath, Silenoz, dan Tjodalv. Band ini pertama kali menerbitkan album Inn i evighetens mørke pada tahun 1994.
Band ini sering memainkan aliran lagu Symphonic Black Metal, Black Metal, Ritual Black Metal, dan Deathy Metal. Tema-tema yang dibangkitkan di dalam lirik lagu-lagunya hampir sama dengan Cradle Of Filth, iaitu tentang pemujaan kepada Syaitan, Ritual, dan Peperangan.
Arch Goat dibentuk di Finland. Album Pertama mereka dilancarkan pada tahun 1992 yang bertajuk "Jesus Spawn". Sebuah album yang di dalamnya penuh dengan penghinaan kepada Tuhan Kristian. Style dan gaya Band ini mirip dengan Angelcorpse, iaitu anti Christ dan banyak bermain Filosophy Satanis. Band ini juga kadang-kadang memainkan muzik Ritual.
Band Satanis keenam adalah band Black Metal yang berasal dari Kanada, ditubuhkan di daerah Burnaby tahun 1984 diberikan nama Blasphemy. Penampilan pertama mereka adalah di dalam album "Blood upon the Altar" pada tahun 1989, merupakan album yang mengandungi penghinaan kepada Tuhan. Band ini juga pernah melakukan jelajah ke Jerman "Fuck Christ". Dalam syair-syairnya, Band ini banyak menggunakan tema-tema yang berkaitan dengan paganisme, mitologis dan lirik-lirik Anti Christ.
Behemoth adalah band Black Metal yang berasal dari Poland. Ditubuhkan pada tahun 1991. Band ini memainkan muzik dengan tema-tema Satanis, Ritual, dan pemujaan kepada Berhala. Band ini juga memainkan aliran musik Death Metal, ada juga yang menyebutnya sebagai Black Metal, Avantgrade Metal, Pagan Metal. Namun aliran yang sebenarnya dari band ini masih diragukan kerana band ini lebih suka tidak dilabelkan dalam genre apa pun.
Band kelapan adalah band Melodic Death Metal yang berasal dari Sweden. Band ini bernama Arch Enemy. Band ini mengeluarkan album pertamanya pada tahun 1996 berjudul "Black Earth". Setiap track pada albumnya penuh dengan Melodi Gitar yang digabung dengan suara volkalis perempuan, Angela Gossow. Lirik di dalam lagu-lagunya adalah mengenai Kiamat dan Anti Christ. Selain itu, ahli band ini berasal dari para bekas Pemain band metal seperti dari band Carcass dan Yohanes Liva.
Beherit merupakan band yang dibentuk di Finland pada tahun 1989. Band ini bermaksud "syaitan" dalam Bahasa Syria. Muzik mereka bertemakan kebiadapan, Anti Christ, neraka, dan penghinaan. Band ini terkenal kerana gaya ambient yang dimainkan ahlinya. Band ini juga memainkan aliran Deathcore dan Black Metal.
Band terakhir adalah Burzum, merupakan band Black Metal yang dibentuk oleh Varg Vikernes pada tahun 1991 di Bergen, Norway. Merupakan sebuah band yang sangat gemar kepada peperangan dan kehancuran. Selain itu, band ini juga sering membuat lagu yang bertemakan anti Chirst.
Pada tahun 1993 Vokalis Burzum, Varg dijatuhi hukuman kerana melakukan pembunuhan dan didapati bersalah kerana cuba untuk membakar gereja di Norway.
Kaum kufar tidak henti-henti berusaha untuk melemahkan generasi muslim, salah satunya dengan menyebarkan ajaran Atheis iaitu satu pegangan yang tidak percayakan Tuhan. Ideologi ini sudah menular sejak kita masih bermain di taman permainan kanak-kanak lagi.
Pada tahun 1877, pembangunan Menara Eiffel di perancis dimulakan dan memakan masa 26 tahun untuk mendirikannya. Sudah semestinya, sebelum membangunkan menara tersebut, diperlukan rancangan, plan, dan reka bentuk supaya bangunan dapat berdiri dengan baik, kuat, dan kukuh. Berat seluruh bangunan ini mencapai 9000 tan, sedangkan tinggi Menara Eiffel 321 meter dan merupakan bangunan tertinggi buatan manusia selama 40 tahun.
Rancangan, plan, dan reka bentuk menara eifel ini ditiru dan diilhamkan dari struktur reka bentuk tulang paha manusia yang kecil tapi mampu menampung berat tubuh manusia yang jauh lebih berat dari berat tulang paha.
Tidak mungkin Menara Eiffel ini berdiri sendiri atau tanpa perancangan yang rapi. Menara Eiffel sememangnya dirancang oleh seseorang sehingga hasilnya seimbang dan kukuh seperti yang kita lihat hari ini.
Kepelbagaian hidupan dari haiwan berorganisma monosel sehingga yang mempunyai trilion-trilion sel, pelbagai jenis tumbuhan, dan juga manusia. Jumlah haiwan jauh lebih banyak dari jumlah manusia, kesemua jenis haiwan dan tumbuhan ini memiliki struktur dan fungsi yang sangat rumit dan sama sekali berbeza antara satu dengan yang lainnya, sehingga manusia yang memiliki akal pun tidak dapat menirunya. Kembali pada menara, bangunan, kendaraan yang megah, semua ini pasti dirancang oleh manusia.
Manusia hanya dapat meniru hakikat alam yang telah sediaada. Ciptaan hasil manusia tidak dapat menandingi seperti hasil ciptaan Allah.
Manusia membuat helikopter dengan meniru struktur dan fungsi badan pepatung, akan tetapi kemampuan terbang helikopter jauh di bawah kemampuan pepatung.
Manusia mengambil contoh tangan manusia untuk membuat Robot Tangan, tapi kemampuan robot tangan masih jauh dibawah kemampuan tangan manusia itu sendiri.
Burung helang memiliki mata yang tajam tajam dengan sudut pandangannya 300° dan dapat memperbesarkan pandangannya sebanyak 6-8x lebih besar dari penglihatan normalnya. Ketika terbang pada ketinggian 4300 meter, helang dapat memantau 30,000 hektar kawasan disekelilingnya. Dari ketinggian 1500 meter, helang dapat melihat gerakan atau perbezaan warna dengan terperinci untuk menentukan lokasi mangsanya.
Daya penglihatan yang tajam ini disebabkankan banyaknya sel kerucut peka cahaya di retina matanya. Sel-sel tersebut menerima cahaya dan menghantarkan imej tersebut ke otak. Sementara sel kerucut pada manusia jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan helang. Tentunya semua ini telah dirancang oleh Allah Sang Pencipta.
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada satu binatang melatapun melainkan Allah lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(QS. 11 Huud:56)
Manusia dapat meniru ciptaan pada lumba-lumba dan kerang untuk dijadikankan asas idea pada kapal selam, dan meniru kerang laut untuk membuat porselin, atau meniru ciptaan Allah yang lainnya, tetapi rancangan Allah tetap jauh lebih baik dibandingkan dengan rancangan manusia.
Seramik Porselin buatan manusia hanya dapat dibuat pada suhu antara 1000°-1500° Celcius, sedangkan kerang laut hanya memerlukan suhu 4° Celcius untuk membuat Porselain yang daya kekuatannya lebih kuat dan lebih tahan dibandingkan dengan seramik Porselin buatan manusia.
Jika seramik porselin buatan manusia itu jatuh dan pecah, seramik porselin tersebut tidak akan dapat memperbaiki dirinya sendiri yang pecah, sedangkan kerang laut mempunyai sistem badan yang luar biasa sehingga mampu untuk memperbaiki bahagian kerang yang rosak.
Apakah seramik porselin wujud sendirinya tanpa direka dan dicipta oleh manusia? Bagaimana dengan ciptaan cemhkerang kerang laut yang dapat membaiki dirinya sendiri jika pecah serta jauh lebih kuat, lebih cantik warnanya, lebih indah bentuknya dibandingkan dengan buatan manusia? Siapa yang mencipta nya?
Manusia memang dapat mencipta komposittiruan untuk bahan polimer yang dapat memperbarui diri jika rosak, tetapi komposit tiruan buatan manusia jauh lebih lemah dibandingkan dengan apa yang ada di alam ini. Kita ambil 1 contoh dari banyak contoh saja iaitu kulit buaya.
Ciptaan yang sempurna pada haiwan, manusia dan alam ini menunjukan tanda-tanda kekuasaan Allah sebagaimana diungkapkan di dalam Al-Qur’an:
Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran terdapat tanda-tanda untuk kaum yang meyakini.
(QS. 45 Al-Jaatsiyah:4)
Bagaimana dengan ciptaan yang ada pada berjuta-juta haiwan yang lain diseluruh muka bumi ini yang memiliki fungsi dan rekabentuk yang berbeza antara haiwan yang sejenis dan dengan jenis haiwan lainnya?
Adakah ini semua tercipta dan terjadi dengan sendirinya tanpa disengajakan?
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh tanda-tanda bagi kaum yang memikirkannya.
(QS.2: 164)
Otak manusia terdiri dan tersusun dari sekitar 10,000,000,000,000 saraf, saraf-saraf ini berhubung antara 1 sama lain melalui 100,000,000,000 sambungan. Jumlah 100,000,000,000 ini adalah jumlah yang jauh diluar pemahaman kita. Semua maklumat dan data ke otak dan dari otak bergerak dengan kelajuan yang sangat mengagumkan iaitu pada kelajuan 320 km/jam.
Sel-sel saraf penghubung otak dan bahagian tubuh lainnya menyerupai jalan lebuh raya yang membawa maklumat antara tubuh dan otak. Setiap saat, tubuh kita membawa lalu lintas yang sangat sibuk dan padat didalamnya. Ribuan aktiviti yang berbeza saling datang dan pergi dari otak hanya dalam tempoh masa satu saat sahaja. Antara 100,000 hingga 1,000,000 reaksi kimia terjadi didalam otak kita hanya dalam tempoh 1 minit sahaja.
Ketika saudara membaca tulisan ini, ratusan maklumat sedang keluar masuk antara otak dan otot saudara setiap 0.001 detik. Ratusan pesan ini meliputi informasi tentang apa yang saudara lihat, baca, memahami apa yang saudara baca, degupan jantung, bernafas, kedipan mata, pertumbuhan rambut kepala, menghidu persekitaran dan pendengaran telinga.
Untuk menjelaskan perincian 1 kegiatan yang dilakukan oleh otak, saudara memerlukan berjuta-juta halaman kertas untuk menerangkan tindak balas kimia ini. Bagaimana jika 100,000 kegiatan berlaku dalam 1 saat? Berapa juta helaian kertas yang saudara perlukan untuk menulis semuanya dalam 1 saat saja?
Buku ini cukup tebal untuk mencatat aktiviti otak? jawapannya tidak
1 kesalahan di dalam tindak balas kimia ini mengakibatkan ketidak imbangan kegiatan tubuh saudara. Namun Allah telah menciptakan manusia dengan sempurna, dan sebagai balasan hendaklah kita bersyukur pada Allah yang telah menciptakan dan memberi kita nikmat yang tak dapat dihitung oleh manusia.
10 trilion saraf otak
Dapatkah kita membuat susunan kabel elektrik yang berjumlah 10,000,000,000,000 kabel tanpa terdapat sedikitpun kesalahan selama bekerja 24 jam sehari tanpa henti sepanjang masa? Adakah ini semua tidak memerlukan perancangan?
Bagaimana pula dengan penciptaan anggota badan yang lainnya seperti mata, jantung, kulit, paru-paru, hati, telinga, lidah, saluran pencernaan, tulang, otot, sendi, saraf dan lain-lain anggota? Adakah ini juga tidak memerlukan perancangan? Siapa yang merangcang semua ini?
Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikanmu seimbang dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu.
(QS.82: 6-8)
Maka nikmat dari Tuhan manakah yang kamu dusta-kan?
Demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Allah; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Allah adalah pemelihara segala sesuatu.
(QS.6 Al-An’am:102)
Dalam Al-Qur’an, manusia diciptakan dengan sempurna termasuklah keseimbangan tubuhnya. Dengan akal kita, janganlah kita hendak disamakan dengan haiwan yang tidak memiliki akal. Manusia dahulunya tidak pandai membuat pesawat, tetapi sekarang mampu untuk mencipta pesawat yang merentasi antara benua dan bahkan mampu membuat pesawat yang bergerak ke luar angkasa dengan menggunakan kawalan jauh.
Sedangkan monyet, yang dikenali sebagai monyet sejak dari dulu lagi tetap tidak malu bertelanjang bulat tanpa baju, hanya bertepuk tangan dan diberi makan pisang atau kacang oleh manusia. Tidak pernah wujud monyet yang dapat mencipta mahupun meniru kapal terbang atau roket angkasa.
Oleh sebab itu, janganlah kita sebagai manusia disamakan dengan binatang.
Pengkhotbah 3:19 Kerana nasib manusia adalah sama dengan nasib binatang, nasib yang sama menimpa mereka; sebagaimana yang satu mati, demikian juga yang lain. Kedua-duanya mempunyai nafas yang sama, dan manusia tidak mempunyai kelebihan atas binatang, kerana segala sesuatu adalah sia-sia.
(Christian Bible, King James Version, Ecclesiastes 3:19)
Begitu pula dengan alam semesta termasuk dengan segala isinya, bumi, matahari, bulan, air, udara, tanah, atmosfera, manusia, haiwan, tumbuhan, dan seluruh alam semesta raya ini terdapat keseimbangan, kesempurnaan, saling melengkapi dan ketelitian di setiap sudut.
Tidak mungkin alam semesta dan segala isinya ini wujud secara tiba-tiba tanpa pencipta, padahal alam semesta, haiwan, tumbuhan dan manusia sendiri memiliki struktur dan fungsi yang jauh lebih rumit dan jauh lebih sulit daripada struktur Menara Eiffel atau ciptaan lain buatan manusia.
Video di bawah menunjukkan betapa luasnya alam semesta ini. Manusia bagaikan debu malah lebih kecil dari itu jika dibandingkan dengan alam ciptaan tuhan.
Penciptaan alam ini memerlukan kekuatan yang Maha Kuasa untuk menciptakannya dan Yang Maha Kuasa itu haruslah terdiri daripada 1 tuhan sahaja kerana tidak mungkin wujudnya 2 Tuhan, apatah lagi 3 Tuhan bekerja sama dengan makhluk ciptaan-Nya dalam membangunkan alam semesta ini.
Semua ukuran di alam semesta ini telah dibuat dengan ukuran yang amat teliti dan tepat. Jika terdapat kekurangan atau kelebihan sedikit pun, ini akan mengakibatkan bencana yang luar biasa. Dapat dibayangkan jika terdapat 2 tuhan yang memiliki 2 perancangan yang berbeza? Tentu planet-planet, bintang-bintang dan segala isinya akan berlaga. Dengan akal yang kita miliki, kita dapat memastikan bahawa tuhan itu hanyalah satu.
Indah dan tersusun ciptaan Allah
Dan Allah telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. Dan Allah telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Allah tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran tertentu.
(QS.15:19-21)
Yang kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi Allah dalam kekuasaan, dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan dai menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-serapinya.
(QS.25:2)
Allah berfirman: “janganlah kamu menyembah tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut”.
(QS.14 An-Nahl:51)
Jelas sekali bahawa Allah itu Maha Teliti dalam menghitung kesemua ciptaannya, tidak mungkin Allah tersalah hitungan dalam matematik atau yang lebih rumit seperti gabungan antara fizik, kimia, biologi bahkan dalam segalanya.
Berbalik kepada kata-kata “ukuran yang serapi-rapinya, ketelitian dan kesempurnaan”, bagaimana kesalahan bilangan dan matematik di dalam alkitab Kristian? Adakah beberapa kesalahan hitungan dari beribu-ribu kesalahan di dalam alkitab Kristian adalah dilakukan oleh Tuhan?
Fikirkanlah segala sesuatu yang telah diberikan oleh Allah kepada saudara. Saudara tinggal di bumi yang telah dirancang dan diciptakan khusus untuk kita. Kita tidak melakukan apapun untuk lahir ke dunia ini, dan kita tidak melakukan apapun diantara perjalanan alam semesta ini. Kita sekadar lahir, membuka mata dan mendapati kita berada ditengah-tengah segenap kenikmatan alam.
Kita dapat melihat, mendengar, merasa, mencium, mengecap rasa atas kehendak Allah yang menciptakan kita. Dan Allah tidak meminta wang untuk menyewa tubuh ini, meminta bayaran atas oksigen yang kita hirup, meminta bayaran di atas air, makanan dan tanah yang kita gunakan. Allah hanya meminta kita bersyukur, dan sebetulnya rasa syukur ini untuk kebaikan diri dan jiwa kita sendiri.
QS.16 An-Nahl:78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.
Rasa syukur kita kepada Allah ini untuk kebaikan kita sendiri, dan Allah tidaklah pernah menarik rasa terima kasih dari manusia kerana meskipun seluruh manusia ingkar dan derhaka kepada Allah.
Dengan akal, janganlah sampai kita keliru menyembah Tuhan. Jika kita keliru menyembah Tuhan tanpa berfikir menggunakan akal terlebih dahulu, ini bererti kita tidak tahu berterima kasih kerana kita telah diberikan akal namun tidak digunakan, kita telah diberi banyak sekali nikmat namun kita keliru dalam berterima kasih kepada yang bukan Tuhan.
Bersyukurlah atas segala nikmat yang tidak terhingga
Dan ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua orang tuhan selain Allah?”. Isa menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hak-ku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib”.