Kisah Burung Pipit

>> Monday, October 24, 2011

Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Aku tahu.

Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tidak akan dapat memadamkan kebakaran itu?

Burung : Aku tahu wahai pemuda.

Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?

Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu, aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.

Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.

8 comments:

Rusiah_Hazri October 24, 2011 at 3:21 PM  

Semoga kita menjadi seperti burung pipit yg tahu tanggungjawabnya wlupun kita insan yg kerdil, KECIL TAPI BESAR..

yusuflaili(Goku) October 24, 2011 at 4:07 PM  

Salam;
sekurang2nya ada usaha untuk membantu..!!.

Zharif Alimin October 24, 2011 at 4:42 PM  

Yang penting kita berusaha. jangan fikir akan ganjaran.

Alpha canis October 25, 2011 at 3:08 PM  

ibarat melihat kemungkaran..
kite disoal adakah kte mlihatnya atau tidak, kite disoal adakah kite mencegahnya atau tidak...

Fida Husain October 25, 2011 at 8:03 PM  

Subhanallah. semoga kebaikan kita dinilai Allah. dan bukan dari hati yang tiada ketetapan. InsyaAllah.

ABU YAZID October 25, 2011 at 11:45 PM  

ini cerita nabi Ibrahim as semasa kena bakar... ((^_^))

APAN October 26, 2011 at 1:39 PM  

tq tuan blog sebab bagi link tu :)

Anonymous November 2, 2011 at 3:21 PM  

macam jugak kita tgk drama2 melayu.cerita pasal islam,tapi pegang tangan dan peluk cium bukan muhrim.Tujuan cerita mmg baik tapi pelakon2 bukan muhrim dan buat benda yg diharamkan.walaupun berlakon sebagai ibu/bapa dan anak tapi matlamat x menghalalkan cara.Apakah perkara macam ini pihak Majlis agama Islam berdiam diri shj?apakah yg kita boleh lakukan sebagai penonton?

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP