Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka?

>> Wednesday, November 16, 2011

Oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan ini mungkin mengejutkan. Sebab, secara umumnya ramai muslim menganggap setiap yang bukan muslim pasti akan diazab dalam neraka. Tanpa mengambil kira keadaan mereka.

Apabila saya merenung sikap baik ramai individu bukan muslim di Oxford ini dan di tempat lain juga, ia mengingatkan saya kepada Prof DiRaja Engku Aziz. Semasa saya masih Mufti Perlis, beliau pernah datang ke pejabat saya secara bersendirian. Beliau ingin berbicara dengan saya secara tertutup. Ada beberapa soalan yang beliau kemukakan, antaranya: apakah orang bukan muslim yang berakhlak baik itu tetap memasuki neraka? Saya telah jawab serba sederhana untuk beliau ketika itu.

Prof DiRaja Engku Aziz

Berbudi Baik

Soalan itu kembali bermain di fikiran saya apabila melihat ramai orang bukan muslim di Barat ini yang jauh lebih berdisiplin dalam hubungan mereka sesama manusia dibandingkan sesetengah orang muslim sendiri. Ya, bukan semua, tetapi ramai. Ya, sejarah orang Barat juga penuh dengan tompokan hitam dengan pembunuhan, penyeksaan dan pelbagai lagi. Hari ini pun, banyak negara yang mereka ganggu.

Itu cerita politik dan cerita agama yang dipolitikkan. Bukan semestinya sama cerita orang politik dengan cerita orang awam. Hakikatnya, dalam kehidupan peribadi, ramai mereka menepati janji, jujur dalam pekerjaan, ada nilai simpati yang tinggi terhadap manusia, haiwan dan alam. Banyak usaha menderma di sana sini untuk kefakiran dan malapetaka. Ada pula yang enggan memakan daging kerana simpati kepada binatang. Pelbagai lagi asas kemanusiaan dan nilai murni dalam hidup mereka. Di samping tidak dinafikan, sebagai manusia ada juga perkara negatif lain.

Di barat, sarkas juga diboikot kerana menganiayai haiwan

Saya ada seorang kawan baik daripada Austria, beliau seorang vegetarian. Dia juga enggan makan produk Nestle dan Coca-cola. Saya bertanya, “Stefanie! Apakah kerana itu satu pegangan agama? Jawabnya, “Tidak, hanya saya simpati kepada haiwan dan saya benci kepada kedua syarikat itu kerana mereka menindas orang miskin. Saya akan terus pulau mereka selagi saya hidup”. Saya diam, saya rasa kita orang muslim pun sukar hendak memulau kedua syarikat itu sekalipun isu Palestin dibangkit mengenai syarikat-syarikat tersebut. Stefanie masih muda, saya tidak tahu sehingga bila beliau boleh bertahan dengan pendiriannya.

Muslim berdakwah di tengah Bandar Oxford. Nasib baik masyarakat mereka tidak membantah orang lain berdakwah dalam negara mereka.

Halangan Hidayah

Bukan sedikit dari golongan bukan Islam yang seperti Stefanie. Jiwa mereka baik, perasaan mereka luhur. Malangnya, cahaya hidayah yang sebenar tidak sampai kepada mereka. Bagaimana hendak sampai dengan mudah, banyak hadangan yang mendindingi cahaya yang hakiki itu untuk sampai. Kemunduran negara umat Islam yang sentiasa porak-peranda, kelam-kabut, merusuh dan bergolak. Sikap buruk sesetengah orang muslim yang mendominasi keadaan lalu gagal menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat dunia. Ditambah media massa Barat yang memberikan wajah buruk tentang Islam. Disokong pula oleh tindakan umat Islam sendiri.

Kes yang memburukkan Islam di pandangan orang bukan Islam

Lihat Iran yang menzalimi rakyatnya, Pakistan yang porak peranda dan menindas wanita dan Dunia Arab yang sentiasa korupsi dan menumpah darah antara satu sama lain. Kelompok-kelompok kononnya jihad yang mengebom di sana-sini. Mereka semua itu telah menggunakan lencana ‘Islam’, jenama ‘Islam’, lambang ‘Islam’ sehingga Islam yang hakiki menjadi begitu suram dan kabur. Kesemua itu adalah gunung dan bukit yang menghalang cahaya keindahan Islam yang hakiki dari menembusi jiwa kebanyakan manusia hari ini. Maka, bukanlah satu keadilan jika Allah menghukum mereka di akhirat dalam keadaan demikian. Allah berfirman:

“Tidaklah tuhanmu itu zalim terhadap hambaNya” 
(Fussilat: 46)

Namun tidak dinafikan ada yang telah sampai penerangan yang jelas melalui jalan yang Allah kehendaki. Cuma, bukan semua berpeluang. Mungkin kita kata mereka boleh cari Islam yang sebenar dalam internet. Malangnya, maklumat dalam internet juga bercampur baur antara yang benar dan yang palsu, antara yang indah dan buruk. Entah berapa banyak puak dan aliran dalam masyarakat muslim. Jika orang yang lahir dalam masyarakat Islam pun keliru, apatahlagi yang baru hendak mencari.

Kemudian, bukan semua orang mempunyai kemampuan analisa. Tidak pula semua mempunyai cukup masa. Juga bukan semua yang sedar bahawa mereka tidak berada atas hidayah. Jika pada zaman dahulu, Salman al-Farisi mengembara dari Parsi untuk mencari Nabi dengan penuh dugaan dan derita, tapi berapa orangkah penduduk Parsi yang sanggup sepertinya? Tiada. Parsi hanya menerima Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w dengan sampainya tentera Umar bin al-Khattab ke sana. Jika Allah mewajibkan semua orang lakukan seperti Salman, pasti suatu bebanan yang tidak tertanggung oleh manusia.

Bolehkah Selamat?

Hari selesa lepas di Centre for Muslim-Christian Studies, Oxford seperti biasa ada seminar mingguan. Setiap hari, saya berjalan kaki berkilometer untuk menghadiri pelbagai seminar. Saya berjalan ke seminar tersebut sejauh dua kilometer dengan penuh harapan mendapat sesuatu yang menarik. Ini kerana tajuk minggu ini ‘Can Non-Muslims be Saved?’. Pembentangnya adalah Jon Hover, pensyarah Islamic Studies, University of Nottingham.

Jon Hover

Saya fikir beliau akan menyentuh apa yang saya harapkan. Malangnya, beliau membahaskan pemikiran Ibn Qayyim al-Jawziyyah (meninggal 751H) tentang Fana an-Nar (Penamatan Neraka). Memang, dalam beberapa karyanya khususnya Hadi al-Arwah, Ibn al-Qayyim berhujah dengan beberapa alasan yang menarik bahawa nereka itu akhirnya akan tamat. Tiada sebarang hikmat Allah menghukum manusia kuffar dalam neraka selamanya. Idea yang kontraversial itu dipertahankan oleh Ibn Qayyim dengan beberapa hujah menggunakan riwayat salaf, tafsiran al-Quran dan atas sifat rahmat Allah yang sentiasa mengatasi murkaNya. Namun, saya rasa Jon Hover gagal membentang secara rapi hujah Ibn Qayyim khususnya berkaitan ayat al-Quran Surah Hud ayat 106-108. Saya tidak berhasrat membahaskan pemikiran Ibn Qayyim itu di sini.

Saya rasa persoalan ‘can non-muslims be saved?’ bukanlah itu jawapannya yang memuaskan. Isu apakah neraka kekal atau akhirnya musnah hanyalah tafsiran dan andaian. Hanya Allah Yang Mengetahui. Apapun, yang ke neraka, tetap ke neraka. Ada perbahasan lain yang lebih menarik oleh Ibn al-Qayyim dan para sarjana Islam yang lain. Lebih sepakat, lebih jelas dalilnya dan lebih menyerlahkan keadilan Allah dan keindahan Islam.

Selamat Dari Azab

Para sarjana bersepakat dengan prinsip yang ditegaskan oleh al-Quran bahawa Allah tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutuskan rasul. Sesiapa yang tidak sampai kepadanya ajaran yang benar dari seorang rasul, tidak ditegakkan hujah yang teguh sehingga tiada alasan untuk ragu dan syak, maka dia tidak akan diazabkan oleh Allah. Ini seperti yang Allah tegaskan: (maksudnya)

“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” 
(Surah al-Israk: 15)

Inilah yang menyelamatkan bukan muslim yang tidak sampai hujah hidayah kepada mereka. Bahkan inilah juga yang menyelamatkan muslim yang jahil yang tidak disampaikan hujah dalam amalan atau kepercayaan tentang Islam mengenai sesuatu perkara. Al-Sa’di dalam tafsirnya menyebut:

“Allah itu Maha Adil, Dia tidak akan mengazab seseorang melainkan ditegakkan hujah dengan pengutusan rasul tapi dia menolaknya. Adapun sesiapa yang tidak sampai kepadanya hujah Allah, maka sesungguhnya dia tidak diazab”.

Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah: (maksudnya)

“Rasul-rasul pembawa khabar gembira dan amaran supaya tiada bagi manusia suatu hujah (alasan untuk berdalih pada hari kiamat) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” 
(al-Nisa: 165)

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut:

“Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab. Pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama ialah kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua ialah kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.

Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi:

“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” 
(m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)

Ya, maksudnya cara dan pendekatan penerangan tentang kebenaran Islam itu sehingga dianggap tertegak hujah adalah berbeza mengikut zaman, tempat dan individu. Mereka yang hidup dalam suasana hari ini caranya berbeza dengan zaman dahulu. Zaman kekeliruan tidak sama zaman kejelasan. Demikian latar tempat dan negara. Seseorang yang berada di negara muslim, tidak sama yang berada di negara bukan muslim dan seterusnya. Demikian latar pendidikan dan akal, tidak sama. Maka, apabila hujah tidak memadai untuk mereka, Allah berjanji tidak akan mengazab mereka. Apakah di Barat dan Malaysia juga hujah sudah memadai?

Read more...

Masuk Neraka Kerana Seekor Lalat

>> Monday, November 14, 2011


Dari Tariq ibn Shihab,

Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda “ Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat. Sahabat bertanya “ Bagaimana boleh berlaku ya Rasulallah : Baginda saw bersabda : Dua orang lelaki telah melalui perkampungan satu kaum yang memiliki berhala. Setiap orang yang melalui berhala tidak akan dibenarkan lalu kecuali jika melakukan korban untuk berhala berkenaan. Dua orang tadi ditahan lalu dikatakan kepada mereka berkorbanlah. Berkata seorang dari mereka kami tidak memiliki sesuatu untuk dikorbankan. Lalu berkata penjaga berhala ” berkorbanlah walaupun seekor lalat". Lalu lelaki ini mengorbankan seekor lalat, lalu dia pun dibenarkan lalu. Kepada seorang lelaki yang lain , ia berkata “ aku tidak akan mengorbankan sesuatu selain kepada Allah, lalu mereka memancung kepalanya maka masuklah dia kedalam syurga.” 
(HR Imam Ahmad)

Situasi ini mungkin sudah tidak berlaku di zaman sekarang. Tidak ada lagi orang yang memaksa untuk berkorban untuk patung ataupun berhala. Tetapi di zaman yang serba maju ini, keadaan ini sebenarnya masih berlaku tetapi dalam keadaan yang berbeza dan tidak lagi dipaksa tetapi rela. Menarik bukan.


Saya ingin kaitkan hadis ini dengan situasi masyarakat sekarang yang masih taksub dengan bomoh. Bomoh yang membakar kemenyan dan meminta pengeras sebagai korban untuk mencapai hajat apa yang diingini. Bukankah situasi ini sama dengan kisah di dalam hadis tersebut.

Pengeras

Pengamal perubatan tradisional yang juga dikenali sebagai bomoh ataupun dukun akan mengenakan bayaran tertentu sebagai upah kepada perkhidmatan yang mereka berikan. Untuk nampak lebih hebat, kononnya jumlah bayaran tu telah pun ditetapkan oleh khadam ataupun jin belaan bomoh tersebut. Bayaran Pengeras tidak sama antara bomoh dan jenis penyakit. Dari puluhan ringgit hinggalah boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. 

Pengeras yang agak tinggi biasanya akan cuba dibayar oleh pesakit walaupun tinggal sehelai sepinggan disebabkan desakan penyakit yang di alami. Cuba kita fikirkan, adakah jin memerlukan duit? Jin tidak perlu menghulurkan duit pun untuk membeli sekampit beras dikedai runcit.

Selain meminta pengeras dalam bentuk duit, ada juga yang meminta yang bukan-bukan seperti darah ayam, telur ayam kampung, pulut kuning. Barang-barang yang diminta oleh jin ataupun syaitan ini berlainan mengikut keadaan geografi (negara). Kenapa? Sebenarnya syaitan tidak memerlukan barangan tersebut. Tetapi mereka gembira kita dapat mengikut kemahuan mereka. Tujuan mereka cuma satu, untuk sesatkan manusia dan mendiami neraka bersama mereka.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Berserah kepada Allah swt. Jangan biarkan diri diperdaya oleh Syaitan. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh yang nyata. 

Read more...

Holocaust: Penipuan Terbesar Dan Perniagaan Yang Menguntungkan

>> Friday, November 11, 2011

Pada awal tahun 1935, beberapa buah kapal penumpang dengan diiringi armada kapal selam tentera telah berlayar secara rahsia dari Pelabuhan Bremerhaven, Jerman ke Haifa (Palestin). Kapal-kapal penumpang tersebut dipenuhi oleh rakyat Jerman dan beberapa Negara Eropah lain yang berbangsa Yahudi. Tertera pada badan kapal penumpang tersebut (kapal penumpang yang terbesar di kalangan kapal penumpang tersebut) perkataan Hebrew yang berbunyi Tel Aviv. Lihat video ketibaan pendatang Yahudi di sini.

Peningkatan mendadak penduduk Yahudi di Palestin

Kesemua kapal penumpang tersebut mengibarkan bendera Nazi dengan lambang Swastika. Armada kapal selam tentera yang mengiringi kapal-kapal penumpang tersebut dikatakan mempunyai bendera Third Reich (bendera Nazi Jerman). Pemilik kapal Tel Aviv itu adalah orang Yahudi, merupakan salah seorang pemimpin dalam pergerakan Teutonic Zionist. Para pengendali kapal-kapal penumpang tertsebut merupakan pegawai-pegawai SS (satu organisasi dalam Nazi) dan juga para tentera Jerman. Misi ini berterusan sehingga bermulanya Perang Dunia Kedua. Para Yahudi yang dipindahkan tersebut telah diisytiharkan mati oleh Nazi Jerman sebagai korban Holocaust.

Nampak atau tidak bagaimana angka korban Holocaust dicipta?

Holocaust adalah peristiwa pemusnahan hampir seluruh bangsa Yahudi Eropah oleh Nazi Jerman dan sekutunya ketika berlakunya Perang Dunia Kedua. Orang Yahudi sering menyebut peristiwa ini sebagai Shoah, iaitu bermaksud malapetaka atau bencana hebat dalam bahasa Ibrani. Holocaust sendiri berasal dari bahasa Yunani, holo yang bererti seluruh, dan caustos yang bererti terbakar. Kononnya, Nazi Jerman dipercayai telah memusnahkan sekitar 6.3 juta orang Yahudi (angka yang direka selama ini oleh puak-puak Yahudi)

Pembunuhan Yahudi secara beramai-ramai adalah merupakan satu rancangan besar dan pembohongan paling besar yang mereka rancang sebelum tertubuhnya negara haram Israel, dengan adanya cerita pembunuhan beramai-ramai ini, dunia akan bersimpati pada kaum Yahudi yang kononnya ditindas.

Propaganda yang Dicanangkan oleh Yahudi dan Sekutu Barat Berkenaan Holocaust



Terdapat banyak bukti yang menafikan kewujudan Holocaust terhadap Yahudi. 

Bukti Pembohongan Pertama

Dr. David Irving, seorang pakar sejarah Britain yang membuat kajian tentang Perang Dunia Kedua menegaskan Holocaust adalah mitos semata-mata. Malah, seorang lagi pakar sejarah Britain, Allan Bullock berkata, Hitler tidak pernah mengarahkan Yahudi dibunuh.

Dr. David Irving


Fakta ini disokong oleh pakar sejarah lain yang menyatakan tiada satu bukti kukuh Nazi melakukan pembersihan etnik seperti yang didakwa sama ada menerusi ribuan dokumen yang dirampas selepas perang atau kenyataan saksi.

Bukti Pembohongan Kedua

Pada Mei 1988, Irwing, membentangkan laporan yang dibuat oleh Fred A Leuchter, seorang pakar rekaan dan peniruan alat membunuh, termasuk bilik gas beracun. Leuchter yang mengkaji dan mengambil sampel dari bilik kem tahanan Auschwitz, Birkenau dan Lublin menegaskan tiada proses menyalurkan gas beracun berlaku.

Kem Tahanan Auschwitz


Malah apa yang mengejutkan kepada Leuchter, tiada sebarang kesan beracun sianida di kesan dalam bilik kem terbabit. Kajian juga menyatakan sejenis racun yang didakwa digunakan untuk membunuh Yahudi, Zyklon-B, sebenarnya hanya digunakan untuk membunuh serangga. Ini kerana Zyklon-B meninggalkan kesan yang tidak boleh hilang meskipun selepas beratus tahun dan kajian tidak menemui kesan ketara penggunaan racun itu.

Tin yang mengandungi Zyklon-B ditinggalkan di kem tahanan


Pada 1991, kerajaan Poland mengulangi ujian ini dalam usaha menyangkal hasil penemuan Leuchter, tetapi mereka juga gagal menemui sebarang bukti peristiwa kejam itu berlaku.

Ramai Orang Mempertikaikan Kewujudan Holocaust

Bukti Pembohongan Ketiga

Kewibawaan mengenai dewan bunuh ini juga amat palsu. Kajian menunjukkan bilik ini hanya sekadar bilik biasa yang tidak kedap udara dan mempunyai ruang udara yang agak besar di lantai dan di bawah pintu. Jika benar Jerman menyalurkan gas dibilik terbabit, pasti racun ini turut mematikan tentera. Selain itu tiada peralatan lain bagi melakukan proses itu ditemui.

Meskipun dakwaan enam juta orang mati akibat gas beracun, tiada satu pun mayat yang dihimpunkan selepas perang sama ada di kubur besar atau reput di tepi kem tahanan diambil untuk dijalankan bedah siasat bagi membuktikan punca sebenar kematian mereka.

Kebanyakan mangsa yang maut itu adalah rakyat Jerman dan hanya segelintir berbangsa Yahudi.

Bilik beracun di Kem Auschwitz


Malah, kajian juga membuktikan tentera Jerman memerlukan masa selama 68 tahun untuk menyumbat tahanan dalam bilik beracun seperti di Auschwitz, bagi membunuh Lima juta Yahudi.

Bukti Pembohongan Keempat

Diari Anne Frank


Menurut pakar sejarah, Diari Anne Frank juga palsu kerana sebahagian daripada diari itu ditulis menggunakan pen yang belum lagi wujud pada zaman itu. Diari berkenaan menceritakan pengalaman Anne Frank sendiri sewaktu dalam tahanan Nazi dan pengalaman ketika berlakunya peristiwa "Holocaust".

Bukti Pembohongan Kelima

Seorang rakyat Perancis yang terselamat daripada kem Nazi ini, Paul Rassinier dalam bukunya Le Mesonge d’Ulysse (Pembohongan di Ulysse) pada 1949 serta buku Le Drame des Juifs Europeens (Drama Yahudi Eropah) pada 1964, menegaskan beliau tidak pernah melihat sebarang bukti Yahudi dibunuh beramai-ramai dalam bilik beracun.

Sementara itu, dalam buku tulisan profesor Universiti Northwestern, Amerika bertajuk The Hoax of The Twentieth Century, Dr. Arthur Butz, menegaskan meskipun ramai juga Yahudi yang dibunuh oleh Nazi, mereka bukan menjadi mangsa pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai.

Butz berkata, setengah juta mati dalam kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia Kedua tetapi Yahudi merupakan sejumlah kecil daripada yang mati. Dan bukti ini diperkukuhkan oleh badan bebas yang ditubuhkan di Costa Mesa, California pada 1979 dan dikenali sebagai Institut Kajian Semula Sejarah (IHR).

Arthur Butz menyatakan bahawa gas Zyklon-B tidak digunakan untuk membunuh manusia, tapi untuk proses menghilangkan bakteria pada pakaian. Ini dinyatakan di dalam buku yang ditulisnya, "The Hoax of the 20th Century: The case against the presumed extermination of European Jewry" pada 1976.

Dari kalangan ilmuwan barat sendiri ada beberapa orang yang menyangkal kewujudan Holocaust. Di antaranya adalah pengarang Perancis Roger Garaudy, Professor Robert Maurisson, Ernst Zundel dan David Irving.



Tetapi hampir kesemua yang menafikan kewujudan Holocaust ini dimasukkan kedalam penjara. Ernst Zundel dihukum 5 tahun penjara. Seorang peguam, Herbert Schaller, menghujah bahawa semua bukti tentang adanya Holocaust hanyalah berdasarkan pengakuan mangsa-mangsanya sahaja, bukan berdasarkan fakta-fakta yang jelas. Ernst Zundel juga pernah ditahan pada tahun 1985 dan ditahan lagi pada 1988 dalam kes yang sama. Penahanan ini bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh negara barat tentang kebebasan berpendapat. 

Bukti Pembohongan Keenam

Seorang sejarawan Yahudi, David Cole telah melawat Auschwitz pada tahun 1992. Dalam lawatannya itu beliau sempat bersoal jawab dengan Ketua Muzium Hplocaust di kem itu, Dr. Fransiszek Piper.

Dalam temuramah itu, Piper mengakui bahawa bilik gas beracun yang ditunjukkan di kem itu untuk tontonan berjuta pelancong dunia, sebenarnya diubah suai oleh tentera Russia selepas perang. Berikutan itu, Cole menegaskan kenyataan Piper ini membuktikan kenyataan Irwing.

Bukti Pembohongan Ketujuh

Dalam sebuah perbicaraan yang dilangsungkan di mahkamah, Ketua Mahkamah Agung menyatakan bahawa Perbicaraan Nurmberg yang ditubuhkan bagi membicarakan pesalah jenayah perang Jerman sebenarnya adalah usaha unruk menghancurkan Jerman.

Pesalah jenayah perang Nazi pada perbicaraan itu yang sebelum ini menjadi Pemerintah Aushwitz yang juga merupakan Timbalan Fuhrer Rudolf Hess memberitahu beliau didera dan diugut untuk membuat pengakuan bahawa kem itu telah membunuh dua juta Yahudi di dewan bunuh beracun tersebut.

Adolf Hitler

Adolf Hitler merupakan orang yang dikatakan bertanggungjawab terhadap Holocaust ini merupakan keturunan Yahudi (sila baca Adolf Hitler Terbukti Berketurunan Yahudi). Dikatakan bahawa bapanya, Alois Hitler merupakan anak luar nikah di antara seorang Yahudi berpengaruh, Baron Rothschilds dengan pembantu rumahnya. Hitler juga merupakan penganut kultus kesyaitanan Thule dan Vrill.

Adolf Hitler dan Nathan Mayer Rothschild


Beberapa Keraguan Yang Terdapat Dalam Watak Hitler Dan Nazi

1. Datuk kepada bekas presiden George Bush juga pernah memberikan bantuan kepada Hitler untuk berkuasa. Berikut adalah petikan dari artikel di guardian.co.uk


“George Bush’s grandfather, the late US senator Prescott Bush, was a director and shareholder of companies that profited fromtheir involvement with the financial backers of Nazi Germany. “

Perscott Bush, Datuk kepada Bekas Presiden USA, George W. Bush

2. Ramai saintis NAZI yang diserap masuk ke dalam NASA.

3. Kedua-dua negara ini iaitu Jerman (NAZI) dan Amerika Syarikat mencetuskan visi globalisasi iaitu untuk menguasai dunia. Antara cita-cita Hitler adalah untuk memerintah dunia.

4. Adolf Hitler dipercayai adalah agen British dan pernah ke England pada 1912 untuk urusan latihan. Antara yang dipelajarinya adalah cara 'brainwash' manusia. Tempat latihannya adalah di British Military Psych-Ops War School, Tavistock, Devon dan di Ireland. Maklumat tentang Hitler ke England ada tercatat dalam buku catatan adik iparnya, “The Memoirs of Bridget Hitler” (1979). Semasa Perang Dunia Pertama, Hitler hanya menjadi ‘runner’ dalam askar Jerman dan pernah ditangkap 2 kali oleh askar British. Dia telah dikenakan hukuman oleh British Intelligence.

5. Jerman (NAZI) dan Amerika Syarikat telah membunuh jutaan manusia. NAZI bukan sahaja membunuh orang-orang Yahudi, tetapi juga orang-orang Poland, orang-orang Slavic. Orang Islam dan lain-lain

6. Hitler sendiri mempunyai darah campuran Yahudi. Dan 155,000 askar NAZI adalah berdarah Yahudi termasuklah seribu lebih pegawai-pegawai dan pegawai tertinggi.  Yahudi yang manakah mereka bunuh?

Askar Nazi Jerman ada yang berbangsa Yahudi

7. Media menggembar-gemburkan Adolf Hitler membunuh 6.8 juta Yahudi tetapi di Eropah pada masa itu hanya mempunyai sekitar 3.5 juta orang berbangsa Yahudi sahaja.

Dengan menggunakan Holocaust sebagai modal perniagaan, Yahudi memperolehi keuntungan dari segi wang, material dan sokongan dalam menjalankan misi jahat mereka.

Read more...

80,000 Warga Moscow Berjemaah Menyambut Aidiladha

>> Tuesday, November 8, 2011


Beribu-ribu umat Islam merapatkan bahu sesama bahu dalam menunaikan Solat Aidiladha dalam kedinginan bandaraya Moscow, Russia.

Dianggarkan jumlah penduduk Islam yang menetap ataupun bekerja di Ibukota Russia itu sekitar 2 hingga 5 juta, tetapi tidak mempunyai masjid yang mengcukupi.

Polis memberitahu bahawa sekitar 170,000 berjemaah menunaikan Solat Aidiladha di bandar Moscow termasuk 80,000 orang yang bersama-sama menunaikannya di luar masjid utama di Moscow iaitu masjid yang telah mencapai usia 100 tahun pada september lalu, Masjid Cathedral. Sebuah masjid lagi akan dibina untuk menampung keperluan umat Islam yang semakin ramai di bandaraya ini.

Masjid Cathedral, Moscow

Ramai dari kalangan yang sudi mengharungi cuaca sejuk yang mencapai 8 darjah celsius ini untuk bersembahyang terdiri daripada pendatang yang berasal dari bekas tanah jajahan Soviet yang terletak di tengah-tengah benua Asia.

"Sudah tentu beberapa masjid baru diperlukan" kata Muruv, seorang pekerja kedai yang berasal dari Tajikistan. " Tengok betapa ramai yang berada di luar masjid dan jalanan dan disini amat sejuk. Kami berdiri disini menunggu solat sejak pukul 6 pagi lagi dan disini tidak mempunyai kemudahan".

"Kami sebagai rakyat Russia Muslim, berbangga dengan tanah kelahiran kami, Russia, dan kami cuba sedaya upaya untuk membuatkan Russia bangga pada kami, kebudayaan kami dan sumbangan kami dalam memajukan negara kami", Kata Ketua Mufti Russia, Ravil Gainutdin di dalam khutbah Aidiladha.

Ravil Gainutdin

Suasana Pagi Raya Aidiadha Di Moscow







Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP