Cahaya Islam Bersinar Di Korea Selatan

>> Wednesday, December 21, 2011


Dicatatkan oleh: Dr. Zainur Rashid

Salam
 Doktor. Saya Ahnaf Abdul Qais dari Seoul, Korea. Boleh doktor datang ke sini untuk memenuhi jemputan kami sebagai penceramah? Komuniti masyarakat Malaysia di Korea akan mengadakan program kemuncak Demi al Aqsa pada Novemver 2011 ini. Begitulah di antara teks ringkas yang saya terima daripada saudara Ahnaf Qais, seorang jurutera Malaysia yang kini bekerja di Seoul, Korea Selatan.

Ini adalah kunjungan sulung saya ke Korea Selatan bagi memenuhi undangan ceramah di sana disamping membuat liputan mengenai perkembangan Islam di bumi Sonata ini.

Seoul, Ibu kota Korea Selatan yang merupakan kawasan metropolitan yang ke 2 besar di dunia

Alhamdulillah, rancangan ini menjadi kenyataan apabia saya mula bermusafir dengan pesawat MH 67 ke Seoul dengan penerbangan yang mengambil masa selama 7 jam. Saya selamat mendarat di awal pagi pada jam 6.45 pagi dan agak teruja dengan kedinginan suhu paginya yang mencecah 5’C di kala musim sejuk sebenar belum pun menjelang tiba.

Seoul Central Mosque, Itaewon

Setelah berehat buat seketika di penginapan yang disediakan, saya memulakan lawatan ke Korea ini dengan bersolat Jumaat di Seoul Central Mosque di Itewon. Subhanallah, masjid ini merupakan sebuah Pusat Islam dan masjid jamek yang besar lagi tersergam indah di atas sebuah bukit di tengah-tengah ibu kota Korea ini.

Saya terpaksa mencuri peluang masuk dengan berhimpit sebelum berjaya ke dalam dewan solat masjid kerana jemaah yang hadir telah pun memenuhi ruang solat sehingga melimpah ke bahagian luar masjid. Kelihatan khatib tempatan yang bernama Ustaz Sulaiman sedang berkhutbah dengan penuh bersemangat di dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Korea. Para Jemaah yang hadir kelihatan khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan.

Khutbah Jumaat di Seoul Central Mosque

Jelas kelihatan bahawa mereka mempunyai asal latar-belakang yang berbeza, seolah-olah kami sedang berada di sebuah perhimpunan umat Islam antarabangsa. Selain daripada masyarakat tempatan dari Korea, ramai juga kelihatan orang-orang Islam yang berketurunan Pakistan, Bangladesh, Turki, Arab, Malaysia dan Indonesia. Selepas solat Jumaat, saya mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan masyarakat Islam di sini.

Saya juga bersempatan melawat Seoul Central Mosque dengan lebih dekat lagi. Pejabat operasinya nampak kemas dan kakitangannya sentiasa kelihatan mesra menyambut kedatangan tetamu dari dalam dan luar Negara. Kelihatan juga sebuah sekolah rendah Islam yang telah dibangunkan bagi memberikan pendidikan Islam secara khusus kepada anak-anak Muslim terletak di perkarangan kawasan masjid ini.

Majoriti penduduk Korea Selatan yang berjumlah seramai 48.8 juta orang ini secara rasminya tidak menganut sebarang agama. Manakala umat Islam pula adalah kaum yang begitu minoriti di sini. Namun begitu, syiar Islam semakin hari semakin terserlah perkembangannya. Pada setiap minggu dan bulan, semakin ramai rakyat Korea yang membuat keputusan untuk memilih Islam sebagai agama mereka.

Kini, penduduk beragama Islam di negara yang terkenal dengan produk ginseng itu dianggarkan mencecah kira-kira 140,000-150,000 orang termasuk pelajar dan pekerja yang menetap di situ. Daripada jumlah ini, kira-kira 35,000 orang adalah Muslim daripada kalangan rakyat tempatan Korea Selatan.

Perkembangan Islam di situ dapat dilihat dengan jelas apabila semakin banyak masjid dan surau dibina di beberapa penempatan penduduk Islam. Ia bukan hanya berfungsi sebagai tempat menunaikan solat, bahkan sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam. Apa yang jelas, dakwah yang dijalankan oleh imam dan pemimpin agama terdahulu dan sekarang terutamanya di kalangan rakyat tempatan telah berjaya menyedarkan masyarakat Korea untuk memilih agama Islam dengan rela hati.

Menurut sejarah, Islam telah mula bertapak di Korea sejak ratusan tahun dulu tetapi subur bercambah di antara tahun 1950-1953 yang lalu ketika negara itu berada di dalam kancah peperangan dan rakyatnya berada di dalam keadaan yang sangat miskin. Risalah Islam mula dibawa dan kemudiannya disebarkan oleh beberapa orang tentera dari battalion ketenteraan Turki yang bertugas di Korea.

Kini, penyebaran agama Islam di negara ginseng ini banyak dibantu oleh Korean Muslim Federation (KMF) yang telah ditubuhkan bagi menangani kebajikan dan dakwah kepada masyarakat Islam setempat serta kepada rakyat Korea yang lainnya.

Seoul Central Mosque yang merupakan masjid yang pertama dibina di Korea Selatan iaitu pada 1976, telah dipilih oleh KMF sebagai pusat dakwah dan pusat pendidikan Islam kepada penduduk setempat di situ.

Pendakwah dari Turki yang memiliki BA, MA dan PhD dalam Bahasa Korea

Saya sempat menemui saudara Dr Hussein Janj, pegawai eksekutif KMF yang berketurunan Turki yang memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran (PhD) di bidang bahasa Korea. Dr Hussein yang telah berdakwah selama 16 tahun di Korea menyatakan bahawa semakin hari semakin ramai rakyat Korea yang memilih Islam sebagai agama mereka. Saban hari dan di hujung minggu terutamanya, semakin ramai rakyat tempatan yang datang ke masjid untuk mempelajari Islam dengan lebih dekat dan kemudiannya memeluk Islam. Melalui kelas pengajian ‘What Is Islam? yang dijalankan di Seoul Central Mosque sahaja telah berjaya menarik kira-kira seramai 150 orang memeluk Islam pada setiap tahun.


Sehingga kini perkembangan Islam di Korea Selatan cukup membanggakan apabila 10 buah masjid, 40 buah surau dan lima buah Pusat Islam telah didirikan di seluruh negara. Di antara masjid yang ada di Korea Selatan ialah di Seoul (1976), Pusan (1979), Anyang (1986), Jeonju (1986), Ansan (2001), Incheon Bupyong (2004), Paju (2005), Pochean (2005) dan Gwangju (2005).

Masjid di Pusan

Ada di antara surau-surau di negara itu yang dibina oleh para pekerja yang datang dari negara Arab, Pakistan dan Bangladesh tetapi ianya cukup bermakna kepada pembangunan Islam di negara Sonata ini.

Kekuatan umat Islam yang paling ketara ialah apabila setiap hari Jumaat, lebih 1,000 orang jemaah berhimpun menunaikan solat Jumaat di setiap masjid utama di seluruh Korea Selatan termasuklah rakyat asing dan pelajar-pelajar universiti yang datang dari negara luar.

KMF bukan hanya berperanan membimbing umat Islam, malah menyediakan perkhidmatan membekalkan daging lembu, kambing dan ayam untuk diedarkan di restoran yang menyajikan hidangan halal di seluruh Korea Selatan.

Kebanyakan daging lembu serta kambing yang dibekalkan oleh KMF biasanya diimport dari New Zealand dan Australia. Jadi masyarakat dan pelancong Islam tidak perlu merasa bimbang untuk mendapatkan makanan halal kerana KMF memainkan peranan mereka dengan baik.

Anggota Tentera korea yang memilih Islam sebagai agama

Walaupun setakat ini Islam tidak disekat atau dihalang di sini, namun ianya mempunyai cabaran tersendiri termasuklah hijab bagi wanita yang bekerja, makanan halal dan pendidikan Islam untuk generasi anak-anak mereka.

Umumnya, rakyat Korea adalah masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi yang telah menjadi budaya kerja dan budaya hidup mereka. Rata-rata di kalangan mereka bekerja dengan penuh kesungguhan sejak awal pagi dan hanyalah pulang ke rumah menjelang lewat malam. Kesannya kini terbukti bahawa Korea Selatan begitu terkenal dengan kejayaan mereka yang telah menempah nama di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuklah teknologi, ekonomi, sukan dan lain-lain lagi.

Kadar bunuh diri tertinggi di dunia

Namun begitu, kebanyakan rakyatnya jelas di dapati merasai kekosongan dari sudut rohaninya. Majoriti daripada mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganut sebarang agama. Sebagai contohnya, kadar membunuh diri di kalangan rakyat Korea adalah merupakan kadar yang tertinggi di dunia bersama Negara Jepun. Di sini, jelas kelihatan bahawa kemajuan dunia yang hebat tidak mempunyai apa-apa erti yang besar jauh apabila rohani masyarakatnyanya kosong daripada petunjuk Ilahi. Dengan berlalunya masa, cahaya Islam dilihat oleh masyarakat tempatan Korea semakin jelas mempunyai jawapan kepada erti kehebatan dan kecemerlangan kehidupan yang sebenar.

Cuba saksikan beberapa tayangan yang membuktikan betapa cahaya Islam semakin berkembang di bumi Sonata ini.

Anak muda Korea membaca al Quran


Islam di Korea


Semakin terbukti bahawa cahaya Islam kian mekar berkembang ke seluruh pelusuk alam dengan dakwah Islamiah yang disebarkan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar.

Salam perjuangan

Seoul yang sejuk tetapi hangat dengan perkembangan Islam

14 comments:

Nadhyat December 24, 2011 at 2:31 PM  

SubhanaAllah, islam semakin berkembang, ad 1 dokumentari sy tengok dulu, kat bandar Itaewon ramai org Arab, India. Dan area tu jugak ad retoran2 arab yg menyajikan makanan halal.
Sya, tertanya jugak camna pendidikan remaja dan kanak2 islam kat sana, mesti diorang hidup lam keadaan mencabar...bersabarlah wahai saudaraku..

Anonymous June 2, 2013 at 7:35 AM  

Hey! I simply want to give a huge thumbs up for the great info you’ve right here on this
post. I will likely be coming again to your weblog for more soon.


Take a look at my page :: semper fidelis tattoo

Anonymous June 2, 2013 at 7:50 AM  

Hello! I just wish to give an enormous thumbs up for the nice data you
have got right here on this post. I will be coming back to your blog for extra soon.


Also visit my web site ... Web Ranking

Anonymous June 4, 2013 at 5:04 AM  

Hello! I just want to give an enormous thumbs up
for the good information you’ve gotten here on this post.
I will be coming again to your weblog for more soon.

my web page: watch queen seon deok episode 4

Anonymous June 5, 2013 at 2:14 AM  

Hello! I just would like to give a huge thumbs up for the good info
you will have right here on this post. I will be coming back to your weblog for extra soon.


Visit my web page seo in guk jung eunji all for you lyrics

Anonymous June 6, 2013 at 7:32 AM  

Hey! I simply would like to give a huge thumbs up for the good info you might have right here on this post.

I will probably be coming again to your blog for extra soon.


Feel free to visit my blog google ceviri ile beatbox

Anonymous June 6, 2013 at 10:35 AM  

Hi there! I simply want to give a huge thumbs up for the
nice info you have right here on this post. I will be coming again to
your weblog for extra soon.

Take a look at my web page :: seoul bbq garden grove

Anonymous June 7, 2013 at 2:51 AM  

Hello! I just want to give a huge thumbs up for the good info
you will have right here on this post. I shall be coming again to
your weblog for extra soon.

Here is my page ... seminole community college ged program

Anonymous June 7, 2013 at 5:49 AM  

Hiya! I simply would like to give a huge thumbs up for the
great information you may have right here on this post. I will probably be coming
again to your blog for extra soon.

my web page SEO

Anonymous June 8, 2013 at 1:17 PM  

Hey! I just wish to give a huge thumbs up for the good information you have right here on this post.
I will probably be coming again to your weblog for more soon.


Also visit my blog post - seo do young and han hyo joo images

Anonymous June 12, 2013 at 8:50 PM  

Hi there! I simply want to give an enormous thumbs up
for the good info you’ve got right here on this post.
I will probably be coming again to your blog for more soon.


My blog post; best seo tools reviews

Anonymous June 13, 2013 at 7:32 PM  

Hiya! I just would like to give an enormous thumbs up
for the great information you’ve right here on this post.
I will probably be coming again to your weblog for more soon.



My weblog: google chrome seo toolbar

sexy January 19, 2015 at 9:58 AM  

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. (Imam Hassan A Basri)

Farina May 26, 2015 at 11:48 AM  

Islam sudah tersebar ke seluruh dunia. dah bertambah umat islam sekarang ini. ini la Kekuasaan Allah. Islam tidak mati dengan wafatnya baginda. kita perlu berusaha untk menarik ramai org lg kenal islam.

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP