20 Fakta Menarik Tentang Islam

>> Friday, March 18, 2011


Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.
1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”
2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24. clik sini untuk melihat persamaan matematik yang lain
5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030. lihat video disini
6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).
9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11. klik untuk lihat video
Makam Nabi Muhammad S.A.W.
10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi
11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:
13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. artikel lanjut di sini
14.  Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.
15.  Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.
16.  Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.
17.  Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.
18.  Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19.  Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
20.  Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

Read more...

Rachel Corrie: Remaja Amerika Korbankan Nyawa Untuk Gaza

>> Thursday, March 17, 2011

Di sebuah perkampungan di Rafah, Gaza, wilayah Palestine yang diduduki Israel - seorang anak gadis berumur 23 tahun menjadikan dirinya perisai manusia berdiri di laluan bulldozer Israel untuk cuba menghalang jentera 60 tan itu dari meruntuhkan rumah sebuah keluarga Palestin.  Dengan megaphone di tangan dia melaungkan gesaan supaya  jentera raksasa buatan Caterpillar, USA itu berhenti.   Namun bulldozer yang dipandu tentera Israel itu tidak berhenti lalu  merempuh dan menggeles anak gadis itu dibawah roda besinya. Selepas itu pemandu tersebut mengundurkan jenteranya semula untuk menggeles anak gadis itu buat kali kedua.

 Tengkorak dan tulang rusuk Rachel hancur selepas digelek oleh jentolak Israel (Ini adalah anugerah pembayar cukai AS untuk Israel).

Beliau adalah Rachel Aliene Corrie berasal dari Olympia, Washington US. Anak kepada Craig Corrie dan Cindy Corrie. Dia adalah anak bungsu daripada tiga beradik dan pelajar di Evergreen State College, Olympia, Washington. Beliau memohon cuti setahun untuk pergi ke Gaza yang pada masa itu sedang hangat bergolak dalam kebangkitan Intifada Kedua. 

Craig and Cindy Corrie

Menurut ibunya semenjak kecil dia menunjukkan ciri seorang yang berjiwa murni dan mempunyai sentimen kuat memperjuangkan nasib golongan yang tertindas. Pada umurnya 11 tahun membaca ‘sajak’ nya mydream di sebuah majlis rasmi yang mencerminkan keperihatinannya terhadap kanak-kanak di seluruh dunia yang tidak bernasib baik dan tidak terbela.

Dia bertolak ke Gaza di atas simpati yang mendalam kepada kesengsaraan warga Palestine yang menderita di bawah belenggu penjajahan Israel yang zalim. Beliau kesana untuk menyatakan solidariti diri dan keluarga beliau kepada warga Palestin yang mana 12,000 daripada rumah kediaman di sana telah dimusnahkan sebahagian dengan bulldozer dan sebahagian diletupkan menggunakan bom. Dia mahu menyatakan simpati kepada keluarga yang kehilangan anggota keluarga di muncung senapang dan bom tentera Israel yang dilakukan ke atas mereka pada setiap hari tanpa sebarang pembelaan. Dia ke Gaza bersama aktivis lain dari International Solidarity Movement memberi sumbangan menghalang tentera zionis dari memusnahkan lebih banyak rumah penduduk di sana.

Saban hari semasa di Gaza dia mengirim surat dan email kepada keluarganya menceritakan bagaimana penderitaan warga Palestin yang terjajah. Bagaimana dia tersentuh dengan layanan mesra, kebaikan budi serta keperihatinan dari semua anggota masyarakat di sana walaupun mereka sendiri berada dalam kegawatan dan kesukaran hidup dalam kemiskinan, kelaparan dan ketakutan .

Pada pagi itu dia berdiri di hadapan bulldozer Israel dengan keyakinan penuh bahawa bahawa kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan tertegak di muka bumi ini dan ketiganya dia yakin Israel tidak akan membunuhnya. Tetapi ‘keyakinannya’ telah ‘dikhianati’ oleh tentera zionis. Ironisnya bulldozer Caterpillar buatan Amerika itu disumbangkan secara percuma kepada zionis Israel oleh amerika dari hasil kutipan cukai rakyat amerika. 

Sebagaimana biasa pihak Israel dengan mudah mengatakan bahawa kematian Rachel Corrie adalah disebabkan ‘kemalangan yang tidak dapat dielakkan’, ‘terpaksa dilakukan untuk menjamin keselamatan’ malah sebaliknya dia dituduh sebagai pengganas atau cuba melindungi pengganas. Sebagaimana lazim juga media amerika tidak menyiarkan malah menggelapkan langsung berita kematian kejam Rachel Corrie - tidak ada riuh rendah seperti yang biasanya berlaku sekiranya rakyat amerika di bunuh di mana-mana negara lain. 

Israel sememangnya sentiasa mendapat pembelaan dan sokongan tidak berbelah bagi dari pentadbiran amerika. Dalam apa juga situasi Israel lebih diutamakan daripada rakyat amerika sendiri. Pentadbiran amerika juga memejamkan mata terhadap Israel yang telah membunuh rakyat amerika sebelum itu. Contoh yang paling nyata di mana pada 8 Jun 1967 tentera laut Israel telah menyerang USS Liberty sebuah kapal Amerika di laut Mediteranean mengorbankan 34 anggota tentera laut dan mecederakan 172 yang lain. Peristiwa itu juga dikuburkan daripada pengetahuan rakyat amerika dan tidak pernah disentuh di dalam catatan sejarah perang di timur tengah. Lihat video di bawah.



Tiada airmata buat Rachel Corrie kecuali daripada ibu bapa dan keluarganya, warga Gaza yang mengaggapnya sebagai srikandi Amerika berdarah Palestine dan rakan-rakan serta kumpulan-kumpulan pejuang keamanan dan organisasi pro-palestine yang sehingga hari ini tidak putus asa terus cuba menuntut pembelaan terhadap kematiannya.

Read more...

Mustafa Kamal Ataturk : Allah Menunjuk Kebesarannya Untuk Renungan Kita.

Mustafa Kamal Ataturk

Apabila jatuhnya empayar Uthmaniyah ditangan anak didik barat, Mustafa Kamal Ataturk dengan membawa ideologi sekularisme. Mujadid Said Nursi mengatakan bahawa Turki akan pulih selepas tujuh keturunan setelah beliau melihat  bagaimana Islam telah dihina dan dikeji. 

Beliau sendiri dipenjarakan oleh rejim Ataturk semasa mempertahankan Islam daripada segolongan  sekular didikan barat yang diketuai oleh Mustafa Kamal Ataturk  dengan ideologi sekularisme. Sehingga kini pihak tentera masih lagi berpaksikan ideologi Kamalisme walaupun tampuk kerajaan Turki sudah diambil alih Erdogan yang pro Islam.
Kebenaran Said Nursi,setelah tujuh keturunan Turki hampir berubah
Mustafa Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Sultan Abdul Hamid 11,Khalifah Ottoman/Uthmaniyah terakhir
Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kesalahan Mustafa Kamal Ataturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian  Mustafa Kamal Ataturk Yang  Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah: 
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Kamal Ataturk Laknatullah selepas bumi tidak menerima jasadnya.
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Bangunan yang menepatkan jasad Kamal Ataturk Laknatullah.
Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Read more...

Al-Quran Yang Tersalah Cetak

>> Wednesday, March 16, 2011

Pernah saya terdengar manusia-manusia "hebat" mencaci ulama-ulama diatas fatwa salah yang dikeluarkan oleh ulama tersebut. Hebat sangat agaknya hingga bisa mencaci dan memaki manusia yang bergelar ulama'. Namanya ulama' kerana ilmu yang dipelajarinya, bukan kerana mulianya dirinya. Mencaci ulama' bermakna mencaci ilmunya yang juga milik Allah swt. Siapakah kita mahu mencacinya?

Pewaris Anbiya.

Adalah sangat masyhur hadis Nabi saw, tentang yang ingin saya kongsikan ini.

"Ulama' adalah pewaris para Nabi".


Ulama' adalah antara manusia utama yg perlu kita muliakan. Namun hari ini, penyanyi lebih dikenali dari pewaris para Nabi. Itulah hakikat akhir zaman kini. Pentas hiburan lebih meriah dari kuliah alQuran atau sajian pembina iman. Kebebasan artis hiburan dalam menyampaikan mesej lagu dan karya lebih luas berbanding kebebasan ulama' dalam menyampaikan mesej da'wah dan ilmu-ilmu agama. Itulah jadinya bila artis dipuja-pujakan. Ulama' dibenci dan diketepikan.

Ular Dalam Semak.

Ya. Saya tahu, ada juga manusia bergelar ulama', namun, fatwanya, sikapnya, persepsinya, cakapnya, tak kurang macam "Ular Dalam Semak". Tetapi, harus kita tahu, mereka ini telah korbankan masa hidup mereka mempelajari ilmu-ilmu agama melebihi masa kita mempelajari agama. Mereka telah berjumpa banyak guru agama untuk mendapatkan ilmu-ilmu agama. Mereka telah banyak mengkaji dan meneliti usul-usul ilmu-ilmu agama. Bicara mudahnya, mereka lebih banyak berkorban untuk mendapatkan ilmu agama berbanding mereka yg tidak bergelar ulama' ini. 

Akan tetapi, masih wujud ulama' yang tak tumpah seperti "ular dalam semak". Maka, jalan terbaik yang perlu kita pilih adalah, anggaplah mereka-mereka ini seperti "AlQuran yang Tersalah Cetak". 


Bila AlQuran tersalah cetak, adakah namanya akan bertukar menjadi Kamus bahasa Arab?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah isinya boleh ditolak secara total?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dipijak-pijak?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dimaki dan dicaci?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dipegang alQuran itu tanpa wudhu yang sah?

Jangan kita pijak mereka, jangan kita hina mereka, jangan kita hukum mereka sesat. 

Tetapi...

Muliakan mereka sepertimana kita perlu mengambil wudhu saat memegang AlQuran tersalah cetak itu, Jaga hati mereka sepertimana kita perlu menghormati isi-isi AlQuran yang tersalah cetak itu. Terimalah apa jua nasihat mereka selagi ia tidak lari dari fatwa sebenar sepertimana kita menerima ayat-ayat yang dicetak secara betul didalam AlQuran  yang tersalah cetak itu walaupun sedikit sahaja yang betul.

Kerana yang mereka permata dalam agama. Walaupun terjatuh ditempat kotor, nilainya tak pernah gugur. Hanya perlu cuci kotoran itu dengan air bersih dan kain lembut untuk mengembalikan sinarnya.

Wallahualam.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP