Showing posts with label Illuminati dan Freemason. Show all posts
Showing posts with label Illuminati dan Freemason. Show all posts

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi

>> Wednesday, January 25, 2012

Lion Of Judah

Singa adalah raja rimba dan raja di darat. Singa sangat sinonim bagi kekuatan, kegagahan dan kepimpinan. Pelbagai organisasi sering menggunakan singa sebagai jata mereka. Namun, tahukah pembaca tentang asal usul simbol singa ini?

Jikalau ada di kalangan pembaca masih belum tahu, maka di sini penulis ingin pembaca tahu serta faham asal usul simbol singa ini.

Asal Usul

Dikisahkan bahawa simbol singa yang kebanyakkan organisasi gunakan pada hari ini adalah berasal daripada salah satu simbol suku kaum Bani Israel iaitu suku Judah. Dalam bahasa Hebrew, ia dikenali dengan suku Yahuda.

12 suku Israel

Ia bermula apabila Prophet Jacob (Nabi Yaakub as) memuliakan anak keempatnya, iaitu Judah dengan gelaran Gur Aryeh yang bermaksud Singa Muda. Ia boleh dilihat dalam kitab Old Tastament, Genesis 49:9

You are a lion’s cub, O Judah; you return from the prey, my son. Like a lion he crouches and lies down, like a lioness–who dares to rouse him? 
(Genesis 49:9)

Judah adalah anak Jacob melalui isterinya Leah. Ini tertera dalam kitab Old Tastement, Genesis 35:23

The sons of Leah: Reuben the firstborn of Jacob, Simeon, Levi, Judah, Issachar and Zebulun.
(Genesis 35:23)

Melalui keturunan Judah, Bani Israel telah menguasai wilayah Palestin serta Kanaan dan seterusnya membentuk sebuah negara yang kuat yang dikenali dengan Kingdom of Judah. King Saul iaitu raja pertama Bani Israel adalah berasal daripada suku Judah. Kemudian, King Saul diganti pula King David (Nabi Daud as), juga berasal daripada suku Judah. Selepas wafatnya King David, King Solomon (Nabi Sulaiman as) telah menaiki takhta. King Solomon adalah anak kepada King David.

Bendera Kingdom of Judah pada ketika itu tertera lambang singa. Singa itulah Lion of Judah. Ia digunakan dengan meluas di seluruh wilayah yang dikuasai Bani Israel pada waktu itu.

Antara negara yang menggunakan simbol yang sama adalah Habsyah (sekarang dikenali Ethiopia). Diriwayatkan bahawa, anak kepada King Solomon hasil perkahwinannya dengan Ratu Sheba (Ratu Balqis) iaitu Menelik I telah berhijrah ke Habsyah dan membentuk sebuah negara di sana. Kini, negara Ethiopia telah menggantikan bendera lamanya yang menggunakan simbol Lion of Judah. Oleh itu, jika pembaca melihat bendera Ethiopia yang dulu, pembaca akan faham mengapa simbol singa diletakkan pada bendera negara ini.

Bendera Ethiopia

Pada masa ini, jata Juruselam yang telah dikuasai rejim Zionis terpampang kemas simbol Lion of Judah.

Jata Juruselam tertera Lion of Judah

Simbol Singa menjadi simbol keagamaan dan politik

Simbol juga mengalami zaman evolusi. Jika dahulu, ia digunakan oleh Kingdom of Judah, namun sekarang, simbol Lion of Judah digunakan oleh pelbagai pihak. Kelaziman yang berlaku adalah orang Yahudi sering menggunakannya bagi menunjukkan identiti bangsa mereka. Namun, ini tidak bermakna hanya bangsa Yahudi sahaja menggunakannya. Antara organisasi lain yang menggunakan secara meluas adalah Rastafari.

Rastafari

Rastafari sebenarnya adalah satu agama yang baru yang berasal dari Afrika. ‘Agama’ ini menggunakan simbol Lion of Judah yang dianggap mereka sebagai lambang pemimpin agung mereka, Haile Selassie I. Mengikut kepercayaan mereka, Haile Selassie I mempunyai jalur keturunan yang sampai kepada King David dan King Solomon. Ironinya, Haile Selassie I adalah penganut Kristian Katholik yang taat. Beliau juga menyangkal dakwaan golongan Rastafari yang mendakwa beliau adalah jelmaan semula Jesus Christ.


Haile Selassie I bersama seekor singa yang digelar Lion of Judah

Iran

Iran sebelum Revolusi Islam pernah menggunakan simbol Singa dan Matahari daripada tahun 1429 hinggalah 1979. Simbol Singa dan Matahari ini dipengaruhi oleh budaya Parsi, Arab, Turki, Mongol dan Yahudi. Ketika pemerintah Safavid daripada dinasti Qajar, simbol singa dan matahari ini lebih sinonim dengan ajaran Syiah. Mengikut kepercayaan mereka, simbol singa memberi maksud Imam Ali (Saidina Ali bin Abi Talib). Manakala simbol matahari di belakang singa memberi maksud King Jamshid iaitu seorang raja yang amat dihormati oleh masyarakat Parsi suatu ketika dahulu.

Bendera Iran lama

Simbol Jesus Christ

Penganut Kristian mempercayai bahawa simbol Lion of Judah adalah merujuk kepada Jesus Christ. Penganut Kristian berlandaskan satu petikan ayat di dalam kitab suci mereka, iaitu Bible melalui Book of Revelation 5:5

Then one of the elders said to me, “Do not weep! See, the Lion of the tribe of Judah, the Root of David, has triumphed. He is able to open the scroll and its seven seals 
(Book of Revelation 5:5)

Jesus Christ dipercayai mempunyai jalur keturunan daripada King David, raja agung Bani Israel satu ketika dahulu. King David adalah berketurunan suku Judah. Oleh sebab itu, sehingga kini, banyak negara Kristian dan organisasi yang berlandaskan Kristian menggunakan simbol singa secara meluas.

Antara negara yang menggunakan simbol singa adalah Scotland, England, Armenia, Estonia, Denmark, Belanda dan Finland.

Satu buku pada abad pertengahan yang popular di Eropah iaitu Mediaval Bestiary menghuraikan mengenai pelbagai jenis haiwan termasuk singa. Singa dalam buku tersebut menurut mereka mempunyai sifat ‘ketuhanan’ seperti sentiasa waspada dan tidak tidur. Sifat semulajadi Singa sentiasa membuka mata miskipun ia sedang tidur mirip sifat ketuhanan iaitu sentiasa berjaga-jaga dan tidak lalai.

Simbol singa juga menjadi simbol bagi seorang hawari Jesus Christ iaitu Mark the Evangelist. Tetapi simbol singa Mark the Evangelist berlainan dengan Lion of Judah kerana singa Mark mempunyai sayap.

Patung singa bersayap di Piazzetta,Venice mewakili Hawari Jesus Christ, Mark

Lions Club

Sebuah pertubuhan yang ditubuhkan oleh Malvin Jones di Amerika Syarikat pada 1917. Dipercayai Malvin Jones adalah seorang Freemason. Lions Club ditubuhkan untuk membuat amal dan mengutip derma. Pertubuhan ini telahpun tersebar ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Dicatatkan Lions Club telah bertapak di Malaysia sejak 1959 lagi. Beberapa individu terkenal di tanah air sering menghadiri majlis anjuran pertubuhan ini.

Lions Club International

Ramai mempercayai Lions Club adalah salah satu cabang Freemason untuk mengaburi mata masyarakat. Selain Lions Club, terdapat beberapa badan pertubuhan yang dikaitkan dengan Freemason iaitu Rosarians, the Rotary Club, Bilderberg Group, the Club of Rome, dan the Trilateral Commission. Freemason sepertimana sedia maklum adalah pertubuhan yang berakar umbi daripada Yahudi bermatlamat untuk membina kembali Kuil Haikal (Solomon’s Tample).

Kenapa pertubuhan ini dinamakan Lions Club? fikir-fikirkanlah.

Mengapa Rabbi yahudi, ahli Freemason dan Lions Club berada dalam satu majlis?

Penutup

Apa yang pembaca perlu sedar adalah setiap simbol yang berunsurkan singa mesti mempunyai kaitan rapat denga Yahudi dan Kristian. Sebaiknya, kita perlu berhati-hati apa yang berlaku di sekeliling kita. Jadilah orang yang sentiasa mahu tahu dan ambil tahu. Umat Islam sentiasa ditipu dengan dakyah-dakyah karut golongan Yahudi dan Nasrani. Mereka sebenarnya banyak mempengaruhi kita dalam setiap perlakuan harian. Jika anda menonton filem Hollywood misalnya, anda mesti akan sedar gambar di bawah ini bukan? Seekor singa mengaum. Tahukah anda siapakah di sebalik singa mengaum ini? Mereka adalah pemilik Metro Goldwyn-Mayer iaitu Samuel Goldwyn dan Louis B. Mayer. Mereka berdua adalah berketurunan Yahudi-Amerika.

Petikan montaj produksi MGM

Read more...

Bukti Bergambar Dan Video Persediaan Menyambut Bencana Yang Dirancang

>> Thursday, December 8, 2011

Keranda di Kem Fema

Perancangan dajjal melalui pengikutnya untuk menakluk dunia baru mereka semakin hampir. Disini saya sertakan bukti bergambar dan video sebagai peringatan bahawa kita sekarang akan menghadapi peperangan sepertimana disebut-sebut dalam hadis, kitab-kitab dan ramalan dari perbagai sumber.

Federal Emergency Management Agency (FEMA) merupakan agensi yg bertanggungjawab menguruskan segala krisis kecemasan (kononnya). Jika anda amati logo FEMA sebelum 2003, terdapat simbol piramid diatas kepala burung ini sama seperti logo illuminati. Mungkin ini kebetulan ataupun tidak. Tetapi tidak mustahil ianya dirancang disebabkan mereka terdiri dari golongan yang sama.

Logo FEMA sebelum 2003

Kalau benar FEMA bertindak sebagai penyelamat manusia mengapa mereka mesti menyediakan berjuta-juta keranda. Membina keranda bukanlah penyelamat tetapi bersedia untuk kematian besar-besaran. Saya pun tidak pasti apakah yang dirancang oleh mereka. Kemungkinan mereka ingin mencetuskan perang dunia ke-3 atau mengurangkan populasi penduduk dunia. Ini semua adalah dalam perancangan mereka (illuminati)

lihat video dan gambar-gambar di bawah.






Lokasi Kem Fema berterabur di seluruh Amerika


Read more...

Sejarah Perkembangan Pemuja Syaitan

>> Wednesday, October 5, 2011


Satanisme secara umumnya dikenali sebagai penyembahan syaitan dan menjadikannya sebagai tuhan. Selain menolak Allah, semua agama dan nilai keagamaan, gerakan jahat ini memiliki ajaran melaksanakan perkara-perkara yang dianggap berdosa oleh agama lain. Satanisme juga menerima syaitan, lambang kejahatan, sebagai pemimpin dan pembimbing dalam hidup mereka.

Sejarah Satanisme

Kaum Satanis, iaitu para pengikut ajaran Satanisme, wujud dan melaksanakan kegiatan mereka pada setiap tahap sejarah dan dalam setiap peradaban, dari Mesir kuno sampai ke Yunani kuno, serta sejak abad pertengahan sehigga ke hari ini. Di antara abad ke-14 dan ke-16, para tukang sihir dan orang yang menolak agama sama-sama memuja syaitan. Pada tahun 1880-an, di Perancis, British, Jerman, dan sekaligus di negara-negara lain di Eropah dan Amerika, Satanisme dilakukan di dalam kumpulan dan tersebar di kalangan orang yang tidak mempunyai keyakinan agama.

Penyembahan syaitan dari tamadun kuno ini terus berlanjutan sehingga abad ke-19, bermula dari tradisi Satanisme tradisional, kini aliran sesat ini berpecah dalam kumpulan kecil. Upacara kejam yang dilakukan oleh tukang sihir dan orang-orang yang tidak bertuhan, mengorbankan anak dan orang dewasa kepada syaitan, perayaan Misa Hitam dan upacara Satanisme tradisional yang lainnya telah diwariskan secara diam-diam dan tersembunyi secara turun temurun.

V
ideo upacara Black Mass (Misa Hitam) di bawah




Lambang Satanisme tradisional yang terpenting adalah dewa Rom kuno Baphomet (anak kepada Iblis/Lucifer). Pada waktu itu, Baphomet menjadi lambang memuja syaitan. Para sejarawan yang mengkaji asal-usul tubuh seperti manusia yang berkepala kambing ini telah menemui beberapa petunjuk penting tentang kegiatan Satanis. 


Baphomet yang berada dalam lingkungan Pentagram

Lambang Satanis kedua terpenting adalah Pentagram, iaitu bintang bersegi lima di dalam lingkaran. Yang menariknya, ada dua kumpulan dan pertubuhan rahsia di samping para Satanis yang menggunakan Baphomet dan pentagram sebagai lambang. Yang pertama adalah kumpulan Kesatria Biara Jerusalem (Knight Templars), iaitu kumpulan yang dituduh oleh Gereja Katolik sebagai penyembah syaitan, dan kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 1311. Kumpulan lain adalah kumpulan Mason yang telah bertahun-tahun lamanya menapak dengan kukuh di dalam setiap negara secara rahsia dan upacara ritualnya agak pelik.

Sep
erti yang kita tahu, hiburan kini sedang dikuasai oleh pengamal-pengamal sihir ini. Kebanyakan artis luar negara membawa masej, imej dan budaya yang pelik tetapi sinonim dengan kepercayaan hitam mereka.



Baphomet menjadi ikon bagi selebriti barat

B
anyak sejarawan yang mengkaji kaitan antara Knight Templars dan Mason, mereka percaya bahawa terdapat hubungan antara Knight Templars dengan kumpulan Mason. Selepas Knight Templars dihalang bergerak oleh Gereja, mereka meneruskan misi dan kepercayaannya secara rahsia dan akhirnya berubah menjadi fahaman Mason. Kumpalan ini bersifat sangat rahsia, mempunyai susunan organisasi, dengan anggotanya terdiri dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Leo Taxil, yang pernah menjadi seorang Mason, namun telah keluar dari kumpulan itu, mengatakan bahawa para Mason amat menghormati Baphomet dan mereka sering mengadakan upacara yang menyerupai cara-cara penyembahan syaitan. Kenyataan lain yang menimbulkan banyak kecurigaan adalah bahawa ramai pengikut Satanisme yang kemudiannya menjadi anggota organisasi Mason.

Leo Taxil


Kini, para satanis telah meninggalkan upacara dan markasnya yang rahsia itu, untuk keluar ke jalan-jalan. Para Satanis bergiat dengan aktif di setiap negara untuk menyebarkan ajaran dan ideologinya di dalam buku-buku, rancangan telivisyen, dan juga di Internet dalam usaha mempengaruhi orang ramai. Satanis memaparkan imej yang sama walaupun di mana mereka berada. Cara berpakaian, cara penyembahan, cara berkomunikasi, senibina dan ciri lainnya menunjukkan bahawa Satanisme bukanlah gerakan biasa yang dipenuhi para penganggur, tetapi sebuah organisasi yang bersandarksn pada landasan kepercayaan.

Satanisme dan Materialisme

Pada dasarnya aliran Satanisme dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Teistik dan Atheistik. Aliran teistik atau dikenali sebagai Satanisme Tradisional, adalah suatu bentuk kepercayaan yang menganggap bahawa Syaitan sebagai dewa, sedangkan aliran Atheistik adalah satu kepercayaan yang tidak menganggap adanya Tuhan ataupun Dewa untuk disembah, melainkan mereka menggunakan "Syaitan" sebagai simbol pada diri manusia, sebagai simbol keduniawian dan keserakahan, atau dengan kata lain mereka boleh dikatakan menyembah diri mereka sendiri. Salah satu Aliran Satanisme Atheistik yang terkenal adalah Gereja Syaitan (The Church of Satan) yang ditubuhkan oleh Anton Szandor LaVey (Anton LaVey). Aliran ini dikenali dan disebut sebagai aliran LaVeyan.

Anton Szandor LaVey


Kini kaum Satanis terdiri dari golongan atheis (tidak mengakui adanya Tuhan). Mereka juga materialistik, maksudnya mereka hanya percaya kepada kewujudan objek yang boleh dilihat. Mereka tidak mempercayai adanya Tuhan dan semua makhluk ghaib. Oleh sebab itu, kaum Satanis tidak percaya kewujudan syaitan sebagai makhluk yang nyata. Meskipun disebut sebagai penyembah syaitan, mereka tidak mengakui adanya syaitan. Bagi Satanis, syaitan hanyalah lambang yang menyatakan permusuhan mereka terhadap agama dan kekerasan hati mereka. Anton Lavey menulis buku The Satanic Bible pada tahun 1969.

Dalam sebuah artikel yang bertajuk "Pengantar Satanisme" yang diterbitkan Gereja Syaitan, ada dinyatakan bahawa Satanis sebenarnya terdiri dari golongan ateis.

Satanisme adalah sebuah agama yang tidak mempercayai Tuhan dan menganut fahaman tidak ada yang perlu ditakuti selain dari akibat tindakan kita. Kaum Satanis tidak percaya adanya Tuhan, malaikat, syurga, neraka, iblis, syaitan, roh jahat, roh baik, jin, atau makhluk ghaib yang jahat. Satanisme bersifat ateis dan Otodeis (menyembah diri sendiri). Satanisme adalah materialis dan Satanisme adalah berlawanan dengan agama. 
(Vexen Crabtree, "A Description of Satanisme")

Secara ringkasnya, ini adalah hasil falsafah kebendaan dan tak mempercayai Tuhan yang telah tersebar sejak abad ke-19. Satanisme menyandarkan diri mereka pada teori yang dianggap ilmiah, iaitu Teori Evolusi Darwin.

Muzik dan Filem Satanisme.

Satanisme tampil dalam pelbagai cara dan bentuk, salah satunya adalah melalui filem dan muzik. Banyak filem yang menceritakan secara terbuka ungkapan ritual satanisme, senibina, simbol-simbol serta kisah dark forces. Filem popular seperti Friday The 13th, The Crow, Devils Advocate, Interview With The Vampire dan juga cerita bersiri The X-Files mengandungi kisah dimana syaitan, satanisme atau black magik menjadi bahagian yang penting dalam filem. Dikatakan pada tahun 1968, Anton Szandor La Vey pernah menjadi penasihat teknikal untuk filem Rosemarys Baby yang telah mempopularkan satanisme.

Dalam industri muzik ada banyak sekali contoh muzik yang mengandungi unsur satanisme, contohnya:

1. Lagu dari Ozzy Osbourne "Anggur baik tetapi Wiski lebih baik, bunuh diri adalah satu-satunya jalan keluar"

2. Lagu dari David Bowie (majalah Rolling Stone) mengatakan Rock akan sering menjadi muzik syaitan

3. Lagu dari Stairway to Heaven jika di pasang dan didengar secara terbalik akan memunculkan syair pemujaan syaitan.


4. Lagu dari Metallica dalam lagu berjudul The Prince menyatakan mereka tidak takut unruk masuk neraka dan tidak peduli akan nimat syurga.

5. Pink Floyd menulis lagu Lucifer Sam dengan lirik "Lucifer Sam selalu duduk di sisimu, selalu dekat denganmu".

6. Pada tahun 1992, Red Hot Chilli Peppers ketika menerima anugerah MTV Awards berucap, "Pertama-tama kami ingin berterima kasih kepada Syaitan."

7. Marilyn Manson, dalam salah satu ucapannya pada majalah Spin edisi Ogos 1996. "Saya berharap akan dikenang sebagai orang yang mengakhiri sejarah Kekristianan, Manson tidak teragak-agak mengoyak Bible dan menghina Jesus."

Di antara band-band metal ketika ini, terdapat beberapa band yang sesat dan tidak menyembunyikan kepercayaannya terhadap kekuasaan syaitan. Band-band tersebut menjual jiwanya untuk para syaitan demi untuk mendapatkan kemasyhuran dan kekayaan. Band yang beraliran Black Metal merupakan aliran metal yang paling banyak mempunyai Band Metal-Satanis.

10 Band Penganut Satanisme Yang Popular


Band yang ditubuhkan pada tahun 1998, dan dibentuk oleh Paderi Vincent Crowley di Tampa, Florida. Selepas itu dia bergabung dengan Peter H. Gilmore, Magister Gereja Syaitan.

Band ini mengeluarkan album pertama yang berjudul "Messe Noir" pada tahun 1988. Album ini dibuat khusus dalam edisi terhad 7-inci. Acheron ini hanya dikeluarkan sebanyak 666 naskhah (666 adalah angka syaitan bagi mereka).

Pada tahun 1991, band ini membuat dunia tercengang dengan menerbitkan album kedua mereka yang berjudul Rites of the Black Mass (1991). Setiap lagu dalam album tersebut mengandungi ayat-ayat yang terdapat dalam injil hitam (Satanic Bible) dan menggunakan intro bergaya Gothik dan gitar solo yang membuat lagu-lagu tersebut seolah-olah dari dunia 'Kegelapan'. Lagu-lagu mereka berdasarkan falsafah 'Satanis'.


Band yang dibentuk pada tahun 1995 oleh Pete Helmkamp iaitu bekas anggota band Order dari Chaos. Angelcorpse berasal dari Kansas City, tetapi mereka berpindah ke Tampa Florida (yang merupakan daerah penganut Satanisme) di Amerika. Muzik mereka bertemakan Anti-Christ dan peperangan. Pada tahun 1995 dan 2007 Band ini melakukan lawatan ke Eropah untuk mendukung band-band beraliran satanisme yang ada.

Pete Helmkamp telah menulis di dalam bukunya yang berjudul 'The Conqueror Manifesto.' menurutnya, perkara-perkara yang mendukung "In the spirit of Crowley 's" dan pandangan tentang "Anti-christ" adalah merupakan kebenaran. 


Band ketiga adalah band Cradle Of Filth. Berasal dari Britain dan dibentuk pada tahun 1992, dengan penyanyi utama Dani Filth.

Merupakan Band yang sangat sinonim dengan sihir, mitologi, dan perkara-perkara yang jahat. Selain menyanyikan alunan muzik Black Metal, aliran ini juga memainkan aliran Dark Metal dan Death Metal, vampyric Metal dan Satan Metal dan Symphonic Black Metal.


Band Black Metal yang berasal dari Oslo, Norway, dibentuk pada tahun 1993. Dibentuk oleh Shagrath, Silenoz, dan Tjodalv. Band ini pertama kali menerbitkan album Inn i evighetens mørke pada tahun 1994.

Band ini sering memainkan aliran lagu Symphonic Black Metal, Black Metal, Ritual Black Metal, dan Deathy Metal. Tema-tema yang dibangkitkan di dalam lirik lagu-lagunya hampir sama dengan Cradle Of Filth, iaitu tentang pemujaan kepada Syaitan, Ritual, dan Peperangan.


Arch Goat dibentuk di Finland. Album Pertama mereka dilancarkan pada tahun 1992 yang bertajuk "Jesus Spawn". Sebuah album yang di dalamnya penuh dengan penghinaan kepada Tuhan Kristian. Style dan gaya Band ini mirip dengan Angelcorpse, iaitu anti Christ dan banyak bermain Filosophy Satanis. Band ini juga kadang-kadang memainkan muzik Ritual.


Band Satanis keenam adalah band Black Metal yang berasal dari Kanada, ditubuhkan di daerah Burnaby tahun 1984 diberikan nama Blasphemy. Penampilan pertama mereka adalah di dalam album "Blood upon the Altar" pada tahun 1989, merupakan album yang mengandungi penghinaan kepada Tuhan. Band ini juga pernah melakukan jelajah ke Jerman "Fuck Christ". Dalam syair-syairnya, Band ini banyak menggunakan tema-tema yang berkaitan dengan paganisme, mitologis dan lirik-lirik Anti Christ.


Behemoth adalah band Black Metal yang berasal dari Poland. Ditubuhkan pada tahun 1991. Band ini memainkan muzik dengan tema-tema Satanis, Ritual, dan pemujaan kepada Berhala. Band ini juga memainkan aliran musik Death Metal, ada juga yang menyebutnya sebagai Black Metal, Avantgrade Metal, Pagan Metal. Namun aliran yang sebenarnya dari band ini masih diragukan kerana band ini lebih suka tidak dilabelkan dalam genre apa pun.


Band kelapan adalah band Melodic Death Metal yang berasal dari Sweden. Band ini bernama Arch Enemy. Band ini mengeluarkan album pertamanya pada tahun 1996 berjudul "Black Earth". Setiap track pada albumnya penuh dengan Melodi Gitar yang digabung dengan suara volkalis perempuan, Angela Gossow. Lirik di dalam lagu-lagunya adalah mengenai Kiamat dan Anti Christ. Selain itu, ahli band ini berasal dari para bekas Pemain band metal seperti dari band Carcass dan Yohanes Liva.


Beherit merupakan band yang dibentuk di Finland pada tahun 1989. Band ini bermaksud "syaitan" dalam Bahasa Syria. Muzik mereka bertemakan kebiadapan, Anti Christ, neraka, dan penghinaan. Band ini terkenal kerana gaya ambient yang dimainkan ahlinya. Band ini juga memainkan aliran Deathcore dan Black Metal.

10. Burzum

Band terakhir adalah Burzum, merupakan band Black Metal yang dibentuk oleh Varg Vikernes pada tahun 1991 di Bergen, Norway. Merupakan sebuah band yang sangat gemar kepada peperangan dan kehancuran. Selain itu, band ini juga sering membuat lagu yang bertemakan anti Chirst.

Pada tahun 1993 Vokalis Burzum, Varg dijatuhi hukuman kerana melakukan pembunuhan dan didapati bersalah kerana cuba untuk membakar gereja di Norway.

Read more...

Syiling Baru Malaysia - Malaysia Dijajah

>> Monday, August 15, 2011

Duit Syiling Malaysia yang akan dikeluarkan

Duit syiling baru edisi ketiga yang akan dikeluarkan pada tahun depan. Tahukah anda bagaimana rupa bentuk duit syiling baru edisi ketiga tersebut?Tahukah anda apa yang akan anda lihat jika anda perhatikan duit syiling baru edisi ketiga tersebut dengan teliti? Sebelum saya menceritakan lebih lanjut tentang persamaan itu, mari kita tengok ciri-ciri duit syiling baru Malaysia edisi ketiga ini melalui sumber dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:


Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘Bank Negara Malaysia ‘sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

Pengaruh Israel

Berbalik tentang cerita disebalik lambang-lambang di syiling ini, kita mungkin terkejut melihatnya. Sebuah negara Islam telah menggunakan lambang Israel sebagai lambang rasmi di atas syiling. Mungkin bagi sesetengah pihak ini adalah kebetulan. Tetapi adakah pihak BNM tidak mengetahui sensitiviti umat Islam? Atau ini hasil dari cmpur tangan pihak luar?

Mungkin gambar di bawah ini boleh menerangkan apa yang saya ingin sampaikan. Cuba anda lihat dan teliti reka bentuk duit syiling baru edisi ketiga tu dengan lambang bendara Israel.


Telah Lama Dijajah

Sebenarnya ini adalah bukan isu baru. ini adalah kesenambungan dari kisah logo BNM itu sendiri yang amat meragukan.

Cuba kita kaji lambang pada logo bank negara. Ramai yang menganggap ini adalah lambang kijang atau rusa, tetapi kijang dan rusa ekornya tidak panjang. Cuba pula anda google images, pharaoh dog. Lihat sama atau tidak dengan imej logo bank negara. Hasilnya:



Logo Bank Negara kelihatan seperti Pharaoh Hound. Ada kemungkinan logo itu berasaskan Firaun kerana Pharaoh Hound itu juga adalah lambang kepada Mesir Kuno.

Jika kita mengkaji lebih dalam lagi, anjing ini begitu suci di dalam masyarakat mesir kuno. Anubis adalah salah satu tuhan dari berpuluh-puluh tuhan mesir kuno.


Anubis

Cuba bandingkan gambar-gambar ini dengan logo bank tersebut. Agak sama kan dibandingkan dengan kijang.

Cuba kita berfikir sejenak.

Read more...

Amerika Dan Satanisme (Part 2)

>> Friday, August 12, 2011

Plan burung hantu di US Capitol

Sambungan dari Amerika Dan Satanisme (Part 1)


Setiap orang pernah mendengar perkataan ”Wise as an Owl…” (bijaksana seperti burung hantu). Tetapi tahukah anda dari manakah asalnya frasa ini? Frasa ini berasal dari ”goddess of wisdom” yang juga digambarkan sebagai seekor burung hantu.

Athena sinonim dengan burung hantu


Anda boleh cuba mencari “owl symbol” di enjin pencarian laman web, maka anda akan dapati bermacam macam referensi untuk owl sebagai simbol dari Athena. Untuk pengetahuan, nama saintifik untuk burung hantu adalah ”Athene Noctua”. Mungkin juga anda pernah menonton filem-filem yang menampilkan dewi Athena dengan burung hantu sebagai binatang peliharaannya. Duit syiling orang Greek juga memaparkan wajah Athena dan burung hantu. Sehinggakan duit syiling ini dikenali sebagai owl coin.

Owl Coin

Tukang sihir King Arthur, iaitu Merlin, selalu digambarkan dengan burung hantu pada bahunya. Burung hantu adalah simbol yang tidak ada gantinya untuk kepandaian dan kebijaksanaan.

Athena juga di panggil sebagai Simiramas di dalam kebudayaan bangsa lain dan Athena juga di kenali dengan nama Ishtar dan Isis.

Isis ”goddess of Towers”


Isis dikenal sebagai ”goddess of Towers” (a master builder) dan juga ”goddess of wisdom” sehinggakan burung hantu juga mempunyai kaitan dengan Isis.

Pengaruh Burung Hantu di Amerika

Jika anda mengunjungi Washington DC melalui Google Earth, jangan terkejut jika anda melihat dengan jelas beberapa bangunan dan senibina-senibina yang bercirikan paganism seperti patung-patung burung hantu, syaitan, dewa-dewa pagan, Satanism dan lain-lain. Amerika mengadoptasikan simbol-simbol ini dari agama mesir purba.

Simbol Pagan di Capitol City

Senibina di bahagian timur Capitol City

Perhatikan simbol burung hantu tergambar di sana. Adakah Uncle Sam telah merancang dari awal lagi untuk menjadikan Washington DC sebagai pusat ‘kebijaksanaan’ yang memerintah dunia.

Upacara Memuja Syaitan

Upacara ini melibatkan pembakaran yang di panggil Dull Care, sebagai simbolik melepaskan beban dan tanggungjawab yang ingin dihilangkan sementara waktu. Lebih dari 100 Bohemians mengambil bahagian dalam upacara ini sebagai pemimpin upacara, pembantu, pembawa obor, pembawa ornament, dan tukang perahu. 


Selepas upacara penyampaian pidato-pidato yang hebat dari kalangan mereka, mereka sebenarnya menunggu sehingga upacara ‘api’ ini dimulakan. Semua Bohemians harus meminta nasihat dari ‘the night owl’ ” O thou, great symbol of all mortal wisdom, Owl of Bohemia, we do beseech thee, grant us counsel” mengikuti suara pemimpin upacara. 


Cahaya akan terpancar di sekitar kepala patung burung hantu, dan kemudian burung besar itu akan menunjukan ‘hikmat’nya. Pemimpin upacara akan menyalakan api pada tompokan kayu pengorbanan dengan menggunakan api dari Lamp of Fellowship, yang terletak berhampiran dengan ”Altar of Bohemia” di bahagian bawah kuil.

(Sumber William Domhoff, The Progressive, January 1981 “Bohemian Bigwigs Perpetuate Canaanite Cult”)

 

Close up menampakkan tulang hasil pembakaran.

Helmut Schmidt memberikan pidato (1991)

Dalam autobiografi Helmut Schmidt, ”Men and Powers, a Political Retrospective” beliau berkata, bahawa dia merupakan salah seorang anggota dari Council of Foreign Relations, Trilateral Commission dan Bilderberg Group. Dia juga menegaskan bahawa dia aktif dalam merangka dan mencapai matlamat pemerintahan dunia baru (New World Order). Dalam buku yang sama Schimdt mengakui terdapat pertemuan setiap tahun pada musim panas yang di hadiri oleh pemimpin-pemimpin dunia. Dia juga berbicara mengenai grove dan ritual yang sama di jerman, namun bohemian grove adalah tempat kegemarannya.

National Press Club


National Press Club (NPC) diasaskan pada tahun 1980 di Washington DC tidak lama selepas tertubuhnya Bohemian Club di west coast. Anggotanya terdiri dari ‘newsmakers’ reporter, termasuk 17 presiden Amerika Syarikat. Presiden AS seperti Carter dan Reagen pernah mengumumkan pencalonan mereka sebagai presiden di grove. Simbol NPC ini banyak bercirikan illuminati.


Sekilas Fakta Mengenai Bohemian Grove (BG)


  1. Project Manhatan, Apollo, Area 51 dan sebagainya dirancang di BG
  2. Secara berkala pemimpin Russia dan USA bertemu di BG
  3. Semua presiden Amerika adalah pendukung New World Order (NWO) dan anggota Bohemian Club (BC) kecuali John F.Kennedy (dipilih pada apex triangle piramid)
  4. Semua organisasi NWO, bertemu di BG setiap tahun disertai oleh pemimpin-pemimpin Eropah, AS dan negara-negara besar lainnya.
  5. BC bukan untuk AS sahaja tetapi mewakili skala yang lebih besar menguasai dunia.
  6. Ritual lain di dalam BC adalah pesta sex homosexual. Seluruh anggota BC adalah lelaki. Hanya terdapat satu wanita di dalam BG iaitu patung.
  7. Presiden Amerika ‘dipilih’ di BG bukannya di dalam pilihanraya.


Sebenarnya kta sedang ditipu hidup-hidup oleh golongan elit ini melalui pelbagai medium terutamanya media. Sedarlah umat Islam sekalian. Jangan bersubahat walaupun sedikit

Bukti-Bukti Amerika Dikuasai Oleh Satanisme







(Sumber)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP