Showing posts with label Atheist. Show all posts
Showing posts with label Atheist. Show all posts

Fibonacci Dan Golden Ratio Membuktikan Kewujudan Tuhan

>> Friday, October 21, 2011


Fibonacci adalah satu nama kepada penisbahan pernomboran alam yang juga dikenali sebagai Golden Ratio. Penisbahan ini berlaku ke atas semua makluk dan objek di dunia ini. Tidak hanya terhad kepada benda-benda kecil seperti benih bunga dan saiz tangan manusia. 

Nisbah panjang tulang yang berhampiran adalah 1.618 (golden ratio)

Malah Fibonacci ini terbukti membawa nisbah yang tepat terhadap ukuran yang lebih besar seperti galaxy. Ini menyangkal sama sekali pihak yang menafikan kewujudan Allah s.w.t. Semua ciptaan berada dalam kitaran dan aturan yang ditetapkan. Sungguh indah sekali ciptaan Allah s.w.t. Lihat video di bawah untuk kita sama-sama menyelongkar misteri Golden Ratio ini.





Golden Ratio juga dapat mengenal pasti pusat sesuatu objek. Seperti kita tahu, semua objek yang wujud mempunyai pusatnya yang tersendiri supaya sesuatu perkara itu boleh wujud dengan stabil. Jika diambil kira teknik Fibonacci ini, kita akan dapati Kaabah adalah pusat bumi. Lihat bukti di bawah.


Read more...

Bukti Allah Itu Ada

>> Monday, October 3, 2011


Kaum kufar tidak henti-henti berusaha untuk melemahkan generasi muslim, salah satunya dengan menyebarkan ajaran Atheis iaitu satu pegangan yang tidak percayakan Tuhan. Ideologi ini sudah menular sejak kita masih bermain di taman permainan kanak-kanak lagi.

Pada tahun 1877, pembangunan Menara Eiffel di perancis dimulakan dan memakan masa 26 tahun untuk mendirikannya. Sudah semestinya, sebelum membangunkan menara tersebut, diperlukan rancangan, plan, dan reka bentuk supaya bangunan dapat berdiri dengan baik, kuat, dan kukuh. Berat seluruh bangunan ini mencapai 9000 tan, sedangkan tinggi Menara Eiffel 321 meter dan merupakan bangunan tertinggi buatan manusia selama 40 tahun.

Rancangan, plan, dan reka bentuk menara eifel ini ditiru dan diilhamkan dari struktur reka bentuk tulang paha manusia yang kecil tapi mampu menampung berat tubuh manusia yang jauh lebih berat dari berat tulang paha.

Tidak mungkin Menara Eiffel ini berdiri sendiri atau tanpa perancangan yang rapi. Menara Eiffel sememangnya dirancang oleh seseorang sehingga hasilnya seimbang dan kukuh seperti yang kita lihat hari ini.


Kepelbagaian hidupan dari haiwan berorganisma monosel sehingga yang mempunyai trilion-trilion sel, pelbagai jenis tumbuhan, dan juga manusia. Jumlah haiwan jauh lebih banyak dari jumlah manusia, kesemua jenis haiwan dan tumbuhan ini memiliki struktur dan fungsi yang sangat rumit dan sama sekali berbeza antara satu dengan yang lainnya, sehingga manusia yang memiliki akal pun tidak dapat menirunya. Kembali pada menara, bangunan, kendaraan yang megah, semua ini pasti dirancang oleh manusia.

Manusia hanya dapat meniru hakikat alam yang telah sediaada. Ciptaan hasil manusia tidak dapat menandingi seperti hasil ciptaan Allah.

Manusia membuat helikopter dengan meniru struktur dan fungsi badan pepatung, akan tetapi kemampuan terbang helikopter jauh di bawah kemampuan pepatung.

Manusia mengambil contoh tangan manusia untuk membuat Robot Tangan, tapi kemampuan robot tangan masih jauh dibawah kemampuan tangan manusia itu sendiri.

Burung helang memiliki mata yang tajam tajam dengan sudut pandangannya 300° dan dapat memperbesarkan pandangannya sebanyak 6-8x lebih besar dari penglihatan normalnya. Ketika terbang pada ketinggian 4300 meter, helang dapat memantau 30,000 hektar kawasan disekelilingnya. Dari ketinggian 1500 meter, helang dapat melihat gerakan atau perbezaan warna dengan terperinci untuk menentukan lokasi mangsanya.

Daya penglihatan yang tajam ini disebabkankan banyaknya sel kerucut peka cahaya di retina matanya. Sel-sel tersebut menerima cahaya dan menghantarkan imej tersebut ke otak. Sementara sel kerucut pada manusia jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan helang. Tentunya semua ini telah dirancang oleh Allah Sang Pencipta.

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada satu binatang melatapun melainkan Allah lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(QS. 11 Huud:56)

Manusia dapat meniru ciptaan pada lumba-lumba dan kerang untuk dijadikankan asas idea pada kapal selam, dan meniru kerang laut untuk membuat porselin, atau meniru ciptaan Allah yang lainnya, tetapi rancangan Allah tetap jauh lebih baik dibandingkan dengan rancangan manusia.

Se
ramik Porselin buatan manusia hanya dapat dibuat pada suhu antara 1000°-1500° Celcius, sedangkan kerang laut hanya memerlukan suhu 4° Celcius untuk membuat Porselain yang daya kekuatannya lebih kuat dan lebih tahan dibandingkan dengan seramik Porselin buatan manusia.

Jika seramik porselin buatan manusia itu jatuh dan pecah, seramik porselin tersebut tidak akan dapat memperbaiki dirinya sendiri yang pecah, sedangkan kerang laut mempunyai sistem badan yang luar biasa sehingga mampu untuk memperbaiki bahagian kerang yang rosak.



Apakah seramik porselin wujud sendirinya tanpa direka dan dicipta oleh manusia? Bagaimana dengan ciptaan cemhkerang kerang laut yang dapat membaiki dirinya sendiri jika pecah serta jauh lebih kuat, lebih cantik warnanya, lebih indah bentuknya dibandingkan dengan buatan manusia? Siapa yang mencipta nya?

Manusia memang dapat mencipta komposit tiruan untuk bahan polimer yang dapat memperbarui diri jika rosak, tetapi komposit tiruan buatan manusia jauh lebih lemah dibandingkan dengan apa yang ada di alam ini. Kita ambil 1 contoh dari banyak contoh saja iaitu kulit buaya.

Ciptaan yang sempurna pada haiwan, manusia dan alam ini menunjukan tanda-tanda kekuasaan Allah sebagaimana diungkapkan di dalam Al-Qur’an:

Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran terdapat tanda-tanda untuk kaum yang meyakini.
(QS. 45 Al-Jaatsiyah:4)

Bagaimana dengan ciptaan yang ada pada berjuta-juta haiwan yang lain diseluruh muka bumi ini yang memiliki fungsi dan rekabentuk yang berbeza antara haiwan yang sejenis dan dengan jenis haiwan lainnya?

Adakah ini semua tercipta dan terjadi dengan sendirinya tanpa disengajakan?


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh tanda-tanda bagi kaum yang memikirkannya. 
(QS.2: 164)

Otak manusia terdiri dan tersusun dari sekitar 10,000,000,000,000 saraf, saraf-saraf ini berhubung antara 1 sama lain melalui 100,000,000,000 sambungan. Jumlah 100,000,000,000 ini adalah jumlah yang jauh diluar pemahaman kita. Semua maklumat dan data ke otak dan dari otak bergerak dengan kelajuan yang sangat mengagumkan iaitu pada kelajuan 320 km/jam.

Sel-sel saraf penghubung otak dan bahagian tubuh lainnya menyerupai jalan lebuh raya yang membawa maklumat antara tubuh dan otak. Setiap saat, tubuh kita membawa lalu lintas yang sangat sibuk dan padat didalamnya. Ribuan aktiviti yang berbeza saling datang dan pergi dari otak hanya dalam tempoh masa satu saat sahaja. Antara 100,000 hingga 1,000,000 reaksi kimia terjadi didalam otak kita hanya dalam tempoh 1 minit sahaja.

Ketika saudara membaca tulisan ini, ratusan maklumat sedang keluar masuk antara otak dan otot saudara setiap 0.001 detik. Ratusan pesan ini meliputi informasi tentang apa yang saudara lihat, baca, memahami apa yang saudara baca, degupan jantung, bernafas, kedipan mata, pertumbuhan rambut kepala, menghidu persekitaran dan pendengaran telinga.

Untuk menjelaskan perincian 1 kegiatan yang dilakukan oleh otak, saudara memerlukan berjuta-juta halaman kertas untuk menerangkan tindak balas kimia ini. Bagaimana jika 100,000 kegiatan berlaku dalam 1 saat? Berapa juta helaian kertas yang saudara perlukan untuk menulis semuanya dalam 1 saat saja?
Buku ini cukup tebal untuk mencatat aktiviti otak? jawapannya tidak


1 kesalahan di dalam tindak balas kimia ini mengakibatkan ketidak imbangan kegiatan tubuh saudara. Namun Allah telah menciptakan manusia dengan sempurna, dan sebagai balasan hendaklah kita bersyukur pada Allah yang telah menciptakan dan memberi kita nikmat yang tak dapat dihitung oleh manusia.

10 trilion saraf otak

Dapatkah kita membuat susunan kabel elektrik yang berjumlah 10,000,000,000,000 kabel tanpa terdapat sedikitpun kesalahan selama bekerja 24 jam sehari tanpa henti sepanjang masa? Adakah ini semua tidak memerlukan perancangan?

Bagaimana pula dengan penciptaan anggota badan yang lainnya seperti mata, jantung, kulit, paru-paru, hati, telinga, lidah, saluran pencernaan, tulang, otot, sendi, saraf dan lain-lain anggota? Adakah ini juga tidak memerlukan perancangan? Siapa yang merangcang semua ini?

Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikanmu seimbang dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu.
(QS.82: 6-8)

Maka nikmat dari Tuhan manakah yang kamu dusta-kan?

Demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Allah; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Allah adalah pemelihara segala sesuatu.
(QS.6 Al-An’am:102)

Dalam Al-Qur’an, manusia diciptakan dengan sempurna termasuklah keseimbangan tubuhnya. Dengan akal kita, janganlah kita hendak disamakan dengan haiwan yang tidak memiliki akal. Manusia dahulunya tidak pandai membuat pesawat, tetapi sekarang mampu untuk mencipta pesawat yang merentasi antara benua dan bahkan mampu membuat pesawat yang bergerak ke luar angkasa dengan menggunakan kawalan jauh.


Sedangkan monyet, yang dikenali sebagai monyet sejak dari dulu lagi tetap tidak malu bertelanjang bulat tanpa baju, hanya bertepuk tangan dan diberi makan pisang atau kacang oleh manusia. Tidak pernah wujud monyet yang dapat mencipta mahupun meniru kapal terbang atau roket angkasa.

Oleh sebab itu, janganlah kita sebagai manusia disamakan dengan binatang.

Pengkhotbah 3:19 Kerana nasib manusia adalah sama dengan nasib binatang, nasib yang sama menimpa mereka; sebagaimana yang satu mati, demikian juga yang lain. Kedua-duanya mempunyai nafas yang sama, dan manusia tidak mempunyai kelebihan atas binatang, kerana segala sesuatu adalah sia-sia.
(Christian Bible, King James Version, Ecclesiastes 3:19)

Begitu pula dengan alam semesta termasuk dengan segala isinya, bumi, matahari, bulan, air, udara, tanah, atmosfera, manusia, haiwan, tumbuhan, dan seluruh alam semesta raya ini terdapat keseimbangan, kesempurnaan, saling melengkapi dan ketelitian di setiap sudut.

Tidak mungkin alam semesta dan segala isinya ini wujud secara tiba-tiba tanpa pencipta, padahal alam semesta, haiwan, tumbuhan dan manusia sendiri memiliki struktur dan fungsi yang jauh lebih rumit dan jauh lebih sulit daripada struktur Menara Eiffel atau ciptaan lain buatan manusia.

Vi
deo di bawah menunjukkan betapa luasnya alam semesta ini. Manusia bagaikan debu malah lebih kecil dari itu jika dibandingkan dengan alam ciptaan tuhan.



Penciptaan alam ini memerlukan kekuatan yang Maha Kuasa untuk menciptakannya dan Yang Maha Kuasa itu haruslah terdiri daripada 1 tuhan sahaja kerana tidak mungkin wujudnya 2 Tuhan, apatah lagi 3 Tuhan bekerja sama dengan makhluk ciptaan-Nya dalam membangunkan alam semesta ini.

Semua ukuran di alam semesta ini telah dibuat dengan ukuran yang amat teliti dan tepat. Jika terdapat kekurangan atau kelebihan sedikit pun, ini akan mengakibatkan bencana yang luar biasa. Dapat dibayangkan jika terdapat 2 tuhan yang memiliki 2 perancangan yang berbeza? Tentu planet-planet, bintang-bintang dan segala isinya akan berlaga. Dengan akal yang kita miliki, kita dapat memastikan bahawa tuhan itu hanyalah satu.

Indah dan tersusun ciptaan Allah

Dan Allah telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. Dan Allah telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Allah tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran tertentu.
(QS.15:19-21)

Yang kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi Allah dalam kekuasaan, dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan dai menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-serapinya.
(QS.25:2)

Allah berfirman: “janganlah kamu menyembah tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut”.
(QS.14 An-Nahl:51)

Jelas sekali bahawa Allah itu Maha Teliti dalam menghitung kesemua ciptaannya, tidak mungkin Allah tersalah hitungan dalam matematik atau yang lebih rumit seperti gabungan antara fizik, kimia, biologi bahkan dalam segalanya.

Berbalik kepada kata-kata “ukuran yang serapi-rapinya, ketelitian dan kesempurnaan”, bagaimana kesalahan bilangan dan matematik di dalam alkitab Kristian? Adakah beberapa kesalahan hitungan dari beribu-ribu kesalahan di dalam alkitab Kristian adalah dilakukan oleh Tuhan?

Fikirkanlah segala sesuatu yang telah diberikan oleh Allah kepada saudara. Saudara tinggal di bumi yang telah dirancang dan diciptakan khusus untuk kita. Kita tidak melakukan apapun untuk lahir ke dunia ini, dan kita tidak melakukan apapun diantara perjalanan alam semesta ini. Kita sekadar lahir, membuka mata dan mendapati kita berada ditengah-tengah segenap kenikmatan alam.

Kita dapat melihat, mendengar, merasa, mencium, mengecap rasa atas kehendak Allah yang menciptakan kita. Dan Allah tidak meminta wang untuk menyewa tubuh ini, meminta bayaran atas oksigen yang kita hirup, meminta bayaran di atas air, makanan dan tanah yang kita gunakan. Allah hanya meminta kita bersyukur, dan sebetulnya rasa syukur ini untuk kebaikan diri dan jiwa kita sendiri.

QS.16 An-Nahl:78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

Rasa syukur kita kepada Allah ini untuk kebaikan kita sendiri, dan Allah tidaklah pernah menarik rasa terima kasih dari manusia kerana meskipun seluruh manusia ingkar dan derhaka kepada Allah.

Dengan akal, janganlah sampai kita keliru menyembah Tuhan. Jika kita keliru menyembah Tuhan tanpa berfikir menggunakan akal terlebih dahulu, ini bererti kita tidak tahu berterima kasih kerana kita telah diberikan akal namun tidak digunakan, kita telah diberi banyak sekali nikmat namun kita keliru dalam berterima kasih kepada yang bukan Tuhan.

Bersyukurlah atas segala nikmat yang tidak terhingga

Dan ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua orang tuhan selain Allah?”. Isa menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hak-ku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib”.
(QS.5 Al-Maa’idah:116)

Read more...

Topik Yang Paling Menakutkan Charles Darwin

>> Friday, September 2, 2011

Charles Darwin

Mata adalah organ yang amat kompleks dan sempurna rekaannya. Ia terdiri daripada 40 komponen, dan ia tidak dapat berfungsi jika salah satu daripadanya hilang. Setiap komponen ini mempunyai perincian rumit yang membuatkannya mustahil untuk ia muncul secara kebetulan. Contohnya, jika lensa tidak ada, mata tidak dapat berfungsi. Atau, jika lensa dan pupil bertukar tempat, mata tidak dapat berfungsi.

Malah air mata yang kelihatan seperti cecair ringkas adalah amat penting kepada mata. Mata yang tidak mempunyai air mata akan kering dan seterusnya menjadi buta. Lagipun, khasiat antiseptik air mata melindungi mata daripada kuman.

Struktur mata

Struktur mata dapat disamakan dengan kereta. Sebuah kereta terdiri daripada banyak ceraian. Jika semua komponennya telah dipasang tetapi pedalnya hilang, kamu tidak akan dapat memandunya. Jika salah satu wayar motornya terputus, kereta tersebut tidak akan dapat bergerak. Mata juga seperti kereta, ia tidak dapat berfungsi jika salah satu komponennya hilang.

Bagaimanapun, para penyokong evolusi gagal menjelaskan bagaimana mata terbentuk, kerana mustahil sebiji mata dapat terbentuk secara kebetulan. Fikirkan, adakah mungkin 40 komponen berbeza dapat bercantum pada masa dan tempat yang sama? Ini termasuklah pupil, lensa, retina, kelopak mata, pembuluh mata, dan lain-lain perlu terbentuk secara kebetulan dan bercantum dengan sendiri. Sudah tentu ini adalah mustahil.

Jika kamu melihat sebuah kereta ketika kamu berjalan-jalan di dalam hutan dan bertanya bagaiman kereta ini boleh berada di sini, seseorang memberitahu kamu bahawa beberapa bahan daripada hutan telah bercantum dan membentuk kereta ini, adakah kamu akan mempercayainya? Apakah seseorang itu waras sekiranya dia mempercayai bahawa motor, pedal gas, stering, brek kaki, brek tangan, cermin hadapan, rangka dan bahagian-bahagian lain kereta dapat muncul secara mendadak dan bercantum untuk membentuk sebuah kenderaan?

Struktur mata lebih rumit dan sempurna daripada sebuah kereta. Oleh itu kita perlu mempersoalkan kesihatan mereka yang mendakwa mata terbentuk secara kebetulan. Darwin sendiri tidak dapat memahami bagaimana mata dapat muncul dan dia berkata, "Saya masih ingat apabila memikirkan tentang mata, ia membuatkan saya merasa seram sejuk". (Norman Macbeth, Darwin Retried: An Appeal to Reason, Boston; Gambit, 1971, muka surat 101) Pencipta teori ini tidak dapat membantu untuk menjelaskan tentang kesempurnaan struktur mata.

Kecantikan yang mempunyai penciptanya

Darwin juga tidak mahu memikirkan tentang bulu burung merak. Pernahkah kamu mengkaji dengan terperinci bulu seekor burung? Bulu burung mempunyai ciri-ciri amat kompleks untuk membantunya terbang. Setiap bulu burung ini pula mempunyai warna yang berbeza dan kita gemar melihatnya. Contohnya, bulu burung merak sangat cantik sehingga manusia menjadikannya subjek lukisan atau kanvas pin renda.

Struktur bulu burung yang unik

Bagaimanapun, terdapat seorang yang amat tidak menggemarinya, terutama bulu burung merak. Beliau ialah Charles Darwin. Kerana Darwin percaya bulu burung merak terbentuk secara kebetulan. Tetapi, ia terlalu cantik sehingga menyukarkan orang lain menerima bahawa ia terbentuk secara kebetulan. Darwin menerangkan tentang bulu ini, "Sekarang, memikirkan tentang struktur-strutur khusus sering menyebabkan saya tidak tenteram. Petanda yang terdapat pada bulu ekor merak, setiap kali saya melihatnya, membuatkan saya pening".

Penulis ialah Harun Yahya/Adnan Oktar (Kaum-kaum Yang Pupus, Penipuan Evolusi, Relativiti Masa dan Hakikat Takdir). Dipetik daripada buku Keajaiban Ciptaan Allah.

Read more...

Tuhan Adalah Ilusi?

>> Tuesday, June 14, 2011

Menempuh suatu era sains moden pada hari ini, muncul suatu golongan yang tidak mempercayai kewujudan tuhan dan berpendapat bahawa alam ini terjadi secara sendirinya.Dokumentari hasil daripada produksi Bushwack ini, akan cuba merungkai dan menjawab segala hujah pandangan dan kepercayaan golongan atheist dan ini akan dihuraikan secara terperinci merangkumi hujah saintifik, logik, falsafah dan matematik sebagai bukti kewujudan tuhan yang diragui mereka. 

Antara perkara yang dikupas di dalam siri ini adalah:
  • Persoalan mengenai kewujudan alam dengan sendirinya tanpa sebab
  • Sedikit kaitan teori sains dengan al-Quran
  • Kejuruteraan alam yang mengagumkan sebagai bukti kewujudan pencipta
  • Mukjizat yang terkandung di dalam al-Quran
  • Isu-isu yang melanda masyarakat kita pada hari ini

Semoga siri ini dapat memantapkan lagi kefahaman akidah kita. Terima kasih kepada Fr33DoMFighT3Rz atas video-video ini dan terjemaahannya.








Read more...

Kalau tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

>> Saturday, December 12, 2009



Ini adalah kisah benar. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tetapi mempunyai pengetahuan cetek tentang agama. 

Ceritanya Bermula 

Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks membeli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. 

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tetapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar tahun 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Gadis itu dikenakan denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz menjalankan tugasnya dengan memberikan nasihat. 


"Selepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk dalam perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka dengan tidak patuh akan perintahNya ,takut nanti tidak sempat bertaubat dan bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka." Nasihat ustaz tersebut.

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia kepanasan telinga, tidak tahan mendengar nasihat ustaz itu.

Penting ke neraka wujud?


Ustaz tersebut terkedu seketika. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah gadis ini. Setelah gadis itu selesai membebel, ustaz itu pun berkata, "Adik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak akan jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?" 

Gadis itu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka penuh kehairanan, ustaz itu jelaskan, "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua boleh masuk syurga. Maka apa gunanya menjadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tidak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh di dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga. Selepas itu boleh rogol lagi kalau dia mahu. Tiada siapa yang akan menerima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita mahukan? Awak rasa, adil ke?", tanya ustaz. 

"Mana adil macam tu. Orang jahat tidak akan terlepas macam itu saja." rungut si gadis. 

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tidak adil, boleh ke dianggap baik?" 

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tetapi Dia juga Maha Adil. Sebab itu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di dunia ini. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP