Showing posts with label Christian. Show all posts
Showing posts with label Christian. Show all posts

Merry Christmas Bukan Hari Kelahiran Jesus Tetapi Hari Memperingati Berhala

>> Tuesday, December 27, 2011

Tulisan ini bukanlah untuk mengajak pembaca merayakan perayaan natal (krismas), tetapi untuk memberikan pengetahuan dan fakta di sebalik natal, sebagai umat Islam kita semua meyakini tentang Nabi Isa 'alaihissalam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Umat ​​kristian percaya bahawa 25 Disember adalah tanggal hari kelahiran Jesus (dalam keyakinan umat Islam adalah Nabi Isa 'alaihissalam). Adakah benar dakwaan itu?. Adakah natal adalah ajaran yang dinyatakan di dalam Bible?

Sejarah Krismas

Kata Christmas (Natal) bermaksud  Mass of Christ atau disingkat Christ-Mass, sebagai hari untuk merayakan kelahiran "Jesus". Perayaan yang disambut oleh sesetengah bukan Kristian dan semua orang Kristian ini berasal dari ajaran Gereja Kristian Katolik Rom. Tetapi dari manakah mereka mendapatkan ajaran itu? Krismas bukan dari ajaran Bible (Alkitab) dan Jesus tidak pernah memerintahkan umat Kristian untuk merayakannya. Sebenarnya perayaan yang terkandung di dalam ajaran Kristian Katolik Rom pada abad ke-4 ini berasal dari upacara adat masyarakat penyembah berhala.

Kerana perayaan Krismas yang diadakan di seluruh dunia ini berasal dari Katolik Rom, dan tidak mempunyai dasar dari kitab suci, maka marilah kita melihat penjelasan dari Katolik Rom dalam Catholic Encyclopedia, edisi 1911, dengan judul: Christmas. Anda akan menemui ayat yang dinyatakan seperti di bawah: :

"Christmas was not among the earliest festivals of Church ... the first evidence of the feast is from Egypt . Pagan customs centering around the January calends gravitated to Christmas ".

Maksudnya: "Krismas bukanlah upacara Gereja yang pertama .... Upacara ini dipercayai berasal dari Mesir. Perayaan yang diadakan oleh para penyembah berhala dan jatuh pada bulan Januari ".

Populariti Santa Claus mendominasi Hari Krismas melebihi kisah Jesus


Dalam Ensiklopedia itu juga menyatakan di dalam judul Christmas Day, Paderi Katolik pertama mengakui bahawa:

"In the Scriptures, no one is recorded to have kept a feast or held a great banquet on his birthday. It is only sinners (like Pharaoh and Herod) who make great rejoicings over the day in which they were born into this world " .

Bermaksud: "Di dalam kitab suci, tidak ada seorang pun yang mengadakan upacara atau mengadakan perayaan untuk merayakan hari kelahiran Jesus. Hanya orang-orang kafir (seperti Firaun dan Herodes) yang berpesta merayakan hari kelahirannya di dunia ini ".

Encyclopedia Britanica terbitan tahun 1946 menjelaskan seperti berikut:

"Christmas was not among the earliest festival of the church .... It was not instituted by Christ or the apostles, or by Bible authority, it was picked up afterward from paganism ".

Bermaksud: "Krismas bukanlah upacara gereja abad pertama. Perkara ini tidak pernah diajarkan oleh Jesus, dikalangan muridnya, ataupun Bible. Upacara ini diambil oleh gereja dari kepercayaan penyembah berhala".

Encyclopedia Americana terbitan tahun 1944 juga menyatakan hal yang sama:

"Christmas .... It was, according to many authorities, not celebrated in the first centuries of the Christian church, as the Christian usage in general was to celebrate the death of remarkable persons rather than their birth ... "(The" Communion ", which is instituted by New testament Bible authority, is a memorial of the death of Christ). "... A feast was established in memory of this event [Christ 's birth] in the fourth century . In the fifth century the Western Church ordered it to be celebrated forever on the day of the old Roman feast of the birth of Sol , as no certain knowledge of the da of Christ 's birth existed ".

Maksudnya: "Menurut kebanyakan pakar sejarah Kristian, Krismas tidak pernah dirayakan oleh gereja Kristian pada awal abad. Secara umumnya, umat Kristian hanya merayakan hari kematian orang-orang terkemuka sahaja, dan tidak pernah merayakan hari kelahrian orang tersebut ... ". ("Perjamuan Suci" yang tertera di dalam Kitab Perjanjian Baru, hanyalah untuk mengenang hari kematian Jesus). "... Perayaan Krismas yang dianggap sebagai hari kelahiran Jesus, mula dirayakan pada abad keempat Masihi. Pada abad kelima Masihi, Gereja Barat memerintahkan umat Kristian untuk merayakan hari kelahiran Jesus, yang diambil dari hari pesta bangsa Rom yang merayakan hari Kelahiran Sol (Dewa Matahari). Ini disebabkan tidak ada seorang pun yang mengetahui hari kelahiran Jesus ".

Fakta sejarah telah mendedahkan kepada kita bahawa mulai lahirnya gereja Kristian pertama sehinggalah dua atau tiga ratus tahun kemudian, upacara Krismas tidak pernah disambut dan dirayakan oleh umat Kristian. Baru setelah abad keempat, perayaan ini mula dirayakan oleh orang-orang Kristian Barat, Kristian Rom, dan Gereja. Menjelang abad kelima, Gereja Rom memerintahkan untuk merayakan sebagai hari raya umat Kristian yang rasmi.

Jesus Tidak Lahir Pada Tarikh 25 Disember

Sungguh sangat mustahil jika Jesus dilahirkan pada musim sejuk (Di wilayah Yudea, setiap bulan Disember adalah musim hujan dan suhunya sangat sejuk). Injil Lukas 2:11 menceritakan suasana di saat kelahiran Jesus:

"Di kawasan itu terdapat gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternakan mereka pada waktu malam. Tiba-tiba berdirilah seorang malaikat Tuhan berdekatan dengan mereka dan kemuliaan Tuhan bersinar meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan. Lalu kata malaikat itu kepada mereka: "Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kegembiraan yang besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu penyelamat, iaitu Kristus, di bandar Daud".

Lokasi Yudea (Judaea)


Tidak mungkin para penggembala itu berada di padang Yudea pada bulan Disember. Kebiasaannya mereka melepaskan binatang ternakan ke padang dan lereng-lereng gunung. Paling lambat ternakan tersebut dimasukkan ke dalam kandang untuk mengelakkan hujan dan cuaca sejuk ialah pada 15 Oktober. Bible sendiri dalam Perjanjian Lama, kitab Kidung Agung 2 dan Ezra 10:9,13 menjelaskan bahawa bila musim sejuk tiba, tidak mungkin para gembala dan ternakannya berada di padang terbuka pada malam hari.

Cuaca di Jerusalem (terletak di dalam kawasan Yudea)


Salji di Jurusalem pada bulan Disember (Berlaku walaupun tidak kerap)


Adam Clarke berkata:

"It was an ancient custom among Jews of those days to send out their sheep to the field and desert about Passover (early spring), and bring them home at commencement of the first rain" [Adam Clarke Commentary, Vol. 5, Page 370, New York].

Maksudnya: "Adalah kebiasaan sejak dari dahulu lagi, orang-orang Yahudi menggiringi kambing-kambing mereka ke padang menjelang Paskah (awal musim bunga), dan membawanya pulang pada permulaan hujan pertama".

Adam Clarke meneruskan:

"During the time they were out, the shepherds watch them night and day. As .... The first rain began early in the month of Marcheshvan, which answers to part of our October and November (begins sometimes in October), we find that the sheep were kept out in the open country during the whole summer. And, as these shepherd had not yet brought home their flocks, it is presumptive argument that October had not yet commenced, and that, consequently, our Lord was not born on the 25th of December, when no flock were out in the fields; nor could He have been born later than September, as the flocks were still in the fields by night. On this very ground, the Nativity in December should be given up".

Maksudnya: "Semasa kambing-kambing berada di luar, penggembala akan mengawasinya siang dan malam. Apabila hujan pertama mulai turun pada bulan Marchesvan (antara bulan Oktober dan November), ternakan-ternakan itu mula dimasukkan ke dalam kandangnya. Kita mengetahui bahawa kambing-kambing itu dilepaskan di padang terbuka semasa musim panas. Disebabkan para penggembala belum membawa pulang kambing-kambingnya, ini menunjukkan bulan Oktober belum tiba. Disini dapat disimpulkan bahawa Jesus tidak lahir pada tarikh 25 Disember, ketika tidak ada kambing ternakan yang berkeliaran di padang yang terbuka. Juga tidak mungkin beliau dilahirkan  selepas bulan September kerana di bulan September inilah kambing-kambing masih berada di padang waktu malam. Dari pelbagai bukti yang ada, kemungkinan beliau lahir di bulan Disember amatlah mustahil.

Kambing-kambing meragut di padang pada musim panas


Dalam ensiklopedia yang bertaburan di seluruh dunia mahupun di laman-laman web dan dalam kitab suci Kristian sendiri mengatakan kepada kita bahawa Jesus tidak lahir pada tarikh 25 Disember. Catholic Encyclopdia sendiri secara tegas dan terang-terangan mengakui fakta ini.

Tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah hari kelahiran Isa yang sebenarnya. Jika kita meneliti dari bukti-bukti sejarah dan kitab suci Kristian sendiri, saya boleh membuat kesimpulan bahawa Jesus lahir pada awal musim gugur (yang dianggarkan jatuh pada bulan September), atau sekitar 6 bulan selepas hari Paskah.

Jika Tuhan menghendaki kita untuk mengingat-ingat dan merayakan hari kelahiran Jesus, nescaya Dia tidak akan menyembunyikan hari kelahirannya.

Proses Krismas Masuk ke Gereja

New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge dalam artikelnya yang bertajuk "Christmas "menghuraikan dengan jelas seperti berikut:

"How much the date of the festival depended upon the pagan Brumalia (Dec. 25) following the Saturnalia (Dec. 17-24), and celebrating the shortest day of the year and 'the new sun' ... can not be accurately determined. The pagan Saturnalia and Brumalia were too deeply entrenched in popular custom to be set aside by Christian influence ... The pagan festival with its riot and marrymaking was so popular that Christians were glad of an excuse to continue its celebration with little change in spirit and in manner . Christian preachers of the West and the Near East protested against the unseemly frivolity with which Christ 's birthday was celebrated, while Christians of Mesopotamia accused their Western brethren of idolatry and sun worship for adopting as Christian this pagan festival".

Maksudnya: "Sunguh banyak tarikh perayaan yang berkaitan pada kepercayaan pagan dan penyembah berhala Brumalia (25 Disember) sebagai lanjutan dari perayaan Saturnalia (17-24 Disember), dan perayaan menjelang akhir tahun, serta perayaan menyambut kelahiran matahari baru .... Tidak dapat ditentukan secara pasti (jumlahnya). Adat kepercayaan pagan Brumalia dan Saturnalia sudah berakar dan popular dalam adat istiadat masyarakat ketika itu dan telah diambil oleh Kristian. Perayaan ini dirayakan oleh Kristian dengan mengubah sedikit tata caranya. Para paderi Kristian di Barat dan Timur menentang perayaan kelahiran Jesus ini yang meniru agama berhala ini. Di samping itu, Kristian Mesopotamia menuding jari kepada Kristian Barat yang telah menerima model penyembahan terhadap dewa Matahari".

Menjelang abad pertama hingga abad keempat Masihi, dunia dikuasai oleh empayar Rom yang mengamalkan dan mempercayai agama Pagan. Sejak agama Kristian masih di awalan sehinggakan berkembang pesat, para pemeluknya diseksa oleh penguasa Rom. Setelah Constantine menaiki tahta menjadi maharaja, kemudian memeluk agama Kristian pada abad keempat Masihi, dan meletakkan agama sejajar dengan agama pagan Rom, rakyat Rom beramai-ramai memeluk agama Kristian.

Constantine I


Disebabkan mereka sudah terbiasa meraikan hari kelahiran dewa-dewa pada 25 Disember, menyebabkan adat tersebut sukar dibuang. Perayaan ini adalah pesta yang penuh dengan kemeriahan dan sangat disukai oleh rakyat. Mereka tidak mahu kehilangan hari kegembiraan seperti itu. Oleh kerana itu, walaupun sudah memeluk agama Kristian, mereka tetap memelihara upacara adat itu. Di dalam artikel yang sama, New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge menjelaskan bagaimana maharaja Constantine tetap merayakan hari "Sunday" sebagai hari kelahiran dewa matahari. Dan bagaimana pengaruh kepercayaan kafir Manichaeisme yang menyamakan sifat Anak Tuhan (Jesus) dengan Sun Gods. Kemudian pada abad keempat masihi, kepercayaan itu telah memasuki ke dalam agama Kristian. Sehingga perayaan hari kelahiran Sun-God (Dewa Matahari) yang jatuh pada tarikh 25 Disember, dirasmikan menjadi hari kelahiran Son of God (Jesus).

Demikianlah asal-usul "Christmas" atau Krismas yang diciptakan oleh dunia barat dan dirayakan sehingga sekarang. Walaupun namanya ditukar menjadi selain Sun-Day, Son of God, Christmas, dan Krismas, pada hakikatnya tujuannya tetap sama iaitu meraikan hari kelahiran dewa matahari. Sebagai contoh, kita boleh menamakan arnab dengan nama singa, tetapi fizikalnya tetap arnab.

source: The Plain Truth About Christmas oleh Herbert W. Armstrong (1892-1986 - Worldwide Church of God, California USA 1984).

Read more...

Peristiwa Pertukaran Kiblat Di Dalam Bible

>> Friday, July 22, 2011

Pasti ramai daripada anda tahu yang satu masa dahulu kiblat umat Islam ialah Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis Jerusalem seperti artikel yang telah saya siarkan sebelum ini. (klik sini untuk baca)

Saya ingin berkongsi dengan anda satu bukti bahawa kiblat Allah akan bertukar dari Jerusalem ke tempat lain. Buktinya terdapat di dalam Bible sendiri. Bahkan Jesus sendiri yang menyebutnya (di dalam Bible).

Bible New Testament John 4:20-24
New International Version (NIV)

20 Our ancestors worshiped on this mountain, but you Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem.” 21 “Woman,” Jesus replied, “believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem. 22 You Samaritans worship what you do not know; we worship what we do know, for salvation is from the Jews. 23 Yet a time is coming and has now come when the true worshipers will worship the Father in the Spirit and in truth, for they are the kind of worshipers the Father seeks. 24 God is spirit, and his worshipers must worship in the Spirit and in truth.”

Cuba lihat dan fahami maksud ayat di atas. Ayat yang perlu ditekankan (yang telah digariskan):

  1. Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem
  2. Believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem

Terjemahan untuk kita lebih faham (diambil dari Alkitab Indonesia);

(20) Nenek moyang kami menyembah di atas gunung ini, tetapi kamu katakan, bahwa Jerusalemlah tempat orang menyembah. (21) Kata Yesus kepadanya: "Percayalah kepada-Ku, hai perempuan, saatnya akan tiba, bahwa kamu akan menyembah Bapa bukan di gunung ini dan bukan juga di Jerusalem.

Persoalannya, di mana kiblat yang baru itu? Bagi Islam, Kaabah merupakah kiblat yang dimaksudkan di dalam Bible. Mungkin penganut Kristian masih mencari-cari lagi kiblat tersebut ataupun tidak mempedulikan ayat tersebut.

Kiblat Umat Islam

Peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah ada diceritakan di dalam Bible. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW.

Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda SAW bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah.

Sehinggalah Allah mengurniakan dan merealisasikan permintaannya seperti dirakamkan di dalam al-Quran:

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (tempat letaknya kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. 
(al-Baqarah: 144)

Sila baca artikel Kenapa Kita Solat Mengadap Kaabah untuk lebih memahami pertukaran kiblat ini. 

Read more...

Sejarah Salib, Swastika, dan Penggunaannya dalam Paganism dan Kristian

>> Tuesday, April 19, 2011

Swastika berada di tengah salib berlatarbelakangkan cahaya matahari. Mengapa ia boleh terjadi?

Tulisan di bawah ini tidak bermaksud menyinggung golongan suku, agama, dan ras apapun kerana disusun berdasarkan aspek sejarah dan berdasarkan pandangan para sejarawan barat dan Islam tentang Kristian.

Pisces, lambang awal mula Kristian

Salib adalah lambang yang sangat tua yang terdapat di dunia jauh sebelum lahirnya Nabi Isa atau Jesus. Pada awalnya orang-orang Kristian tidak menggunakan salib sebagai lambang Kristian mereka. Objek ini tidak termasuk dalam lambang-lambang awal Kristian yang disediakan oleh St. Clement. Orang Kristian pada mulanya menggunakan bintang ikan (Pisces) sebagai lambang Penyelamatnya.

Lambang Pisces yang pertama kali digunakan Kristian di Roma

Pada mulanya, salib adalah salah satu buruj bintang yang digunakan untuk menandai langit di selatan semenjak zaman awal peradaban manusia. Ada juga kaum-kaum terdahulu yang menyembah bintang salib dan digunakan sebagai lambang bagi para dewa mereka.

Jaringan Bintang Selatan yang membentuk Salib

Ketika lambang salib akhirnya dipakai, orang-orang Kristian merasa tidak selesa terhadap gambar atau patung seorang lelaki yang tergantung pada salib. Perkara ini tidak pernah berlaku terhadap Gereja Kristian sebelum abad ke tujuh.

Faktanya, salib dengan orang tergantung padanya telah dimasukkan oleh orang Rom dari India berabad-abad sebelum zaman Kristian.

Relief salib pagan di India 2000 tahun SM

Apa kata para sejarawan tentang penggunaan lambang salib ?
  • Walker berkata, “Orang-orang Kristian pada awalnya menolak salib kerana (bersifat) pagan. Patung-patung Jesus pada awalnya tidak menggambarkan dia di atas salib, tetapi dalam samaran ‘Gembala yang Baik’ yang membawa kambing.” (Acharya, The Christ Conspiracy
  • Churchward mengatakan, “Pada dasarnya Salib merupakan tanda astronomi. Salib dengan lengan sama panjang menunjukkan waktu siang dan malam yang sama panjang, dan merupakan tanda equinox.” 
Para alcemist menggunakan salib untuk penelitian

  • Sedangkan Derek Patridge menyatakan, “Yang ditunjukkan oleh salib dengan lingkaran di dalamnya adalah sebenarnya matahari yang mengecil atau mati di zodiac, dan bukannya orang.” 
  • Encyclopedia of Funk and Wagnalls menyebutkan bahwa “Tanda salib sudah digunakan sebagai lambang sebelum zaman Kristian.” 
Di Rom, Itali yang menjadi salah satu pusat paling awal bagi penyebaran agama Kristian, terdapat salib sebagai peninggalan dari zaman prasejarah.

Salib Keltik Pra-Kristian banyak ditemui di tepi Sungai Shannon di Ireland dengan gambar dewa bumi dan roh hutan.

Salib-salib Keltik di Eropah yang telah ada semenjak 1200 SM

Di Mesir purba, yang memuja dewa-dewi yang mati menebus dosa dengan darah, salib dijadikan lambang keagamaan yang umumnya berbentuk huruf T, disebut dengan Tau. Ada pula salib Tau yang di atasnya dipasang sebuah “gagang” yang berupa lingkaran. Lingkaran itu melambangkan kekekalan.


Ankh Mesir atau Salib Ansata (crux ansata) salah satu lambang pagan Mesir

Sejarawan barat meyakini bahawa konsep Maria dan Jesus adalah salinan dari Isis dan Horus

Salib yang di atasnya bergagang lingkaran itu melambangkan kekelalan hidup atau kehidupan yang abadi. Salib berlingkaran (crux ansata/salib ankh) yang biasanya dipakai di leher para pendeta Mesir kuno sebagai kalung. Di kalangan berbagai bangsa purba di sekitar wilayah Mediterian, termasuk Phoenicia yang berjiran dengan Palestin, lambang salib Mesir itu juga mengandungi pengertian yang cukup sukar di fahami.

Berbagai jenis salib yang digunakan semenjak pra-Kristian hingga sekarang

Selain Salib Tau terdapat satu lagi jenis salib yang disebut dengan Salib Berlengan Sama Panjang. Salib ini telah dikenal di seluruh dunia purba. Para sejarawan mengatakan bahawa di kalangan dunia purba salib ini melambangkan empat unsur (bumi, udara, air, dan api) yang dipandang sebagai sumber penciptaan segala sesuatu. Unsur-unsur ini dipandang sebagai yang abadi, sehingga semua yang tercipta darinya, tidak akan pernah musnah atau berubah-ubah.

Swastika atau Salib Berlengan Panjang

Lambang-lambang Swastika di dalam pelbagai budaya dan masyarakat

Salib berlengan panjang juga digunakan sebagai simbol pada makanan suci dan air suci dalam keagamaan. Penggunaan salib ini terdapat dikalangan bangsa-bangsa Assyiria, Babilonia, Persia purba, bahkan di benua Amerika sebelum datangnya agama Kristian.

Relief Salib Swastika di Eropa ribuan tahun sebelum Kristian

Swastika berumur 5000 tahun SM di Samara, Iraq

Bentuk lain salib jenis ini adalah swastika. Ini sebenarnya adalah salib berlengan panjang, yang bagian ujung lengannya tertekuk atau dipatahkan menurut arah yang sama (seperti arah jarum jam). Menurut sejarawan, hujung lengan yang tertekuk itu asalnya melengkung, ini akan membentuk lingkaran yang memperlihatkan lambang matahari.
  • Encyclopedia of Funk and Wagnalls mengatakan, “Bentuk atau model ini adalah salah satu lambang paling awal yang terkenal yang telah dibuat oleh manusia, dan salah satu lambang yang paling tersebar di kalangan bangsa-bangsa primitif. Lambang ini terdapat di seluruh benua selain Australia, dan merupakan lambang dewa matahari, dari Apollo (Rom), Odin (Viking) sampai Quetzalcoatl (Aztec). Lambang ini masih bertahan dalam keagamaan di India di kalangan para penganut agama Budha dan agama Jain, serta di China dan Jepun, mahupun di kalangan suku-suku Indian di Amerika Utara yang masih meneruskan pengubatan perdukunan.” 
  • Dalam Encyclopedia Britannica, Prof. Shepherd menulis, “Bentuk-bentuk salib telah digunakan sebagai lambang, keagamaan atau lainnya, jauh sebelum zaman Masihi, di hampir semua bahagian dunia. Dua bentuk salib Pra-Kristian telah menjadi model dalam Kristian. Lambang hieroglyph Mesir tentang kehidupan (salib ankh, salib Tau dengan lingkaran di atasnya) dipungut dan digunakan secara meluas pada monumen-monumen Kristen Koptik. Salib Swastika (crux gammata), yang terdiri atas empat huruf gamma kapital Yunani, dijumpai pada kebanyakan batu nisan makam Kristian sebagai lambang yang tersamar. Lambang ini tersebar luas sebelum zaman Kristian di Eropah, Asia, dan Amerika dan umumnya dianggap sebagai lambang matahari atau api. Dari situlah makna sumber kehidupan berasal.” 

Di beberapa tempat di dunia ini, hujung tekukan pada salib swastika di letakkan simbol tapak kaki yang menandakan adanya gerak “berjalan”. Di tempat lain, ada pula yang menggambarkan hujung swastika dengan gambar burung yang menggambarkan pergerakan matahari di angkasa. Atau gambar ikan, yang menggambarkan matahari menyelam ke dalam laut di bawah muka bumi setelah tenggelam di malam hari dan sebelum kembali terbit keesokan harinya.

Burung dan Dewa Matahari (Swastika Nazi Jerman)

Swastika Zionist dan Swastika Dewa Matahari

Bagaimanapun, salib merupakan lambang Dewa Matahari. Kerana hanya satu matahari wujud bagi penduduk dunia, maka dengan sendirinya di mana-mana di dunia ini, apabila mereka memuja Dewa Matahari maka lambang dan kepercayaannya akan muncul dan terpahat di dalam setiap kehidupan mereka.

Persamaan Dewa Matahari Keltik dan Dewa Matahari Aztec

Demikian halnya antara kepercayaan pagan dengan kepercayaan Kristian. Sejak ribuan tahun sebelumnya sehingga zaman penyebaran agama Kristian di kawasan Mediterian, telah terdapat agama-agama yang mempercayai dewa-dewi yang menderita, disalib dan mati untuk menebus dosa. Riwayat-riwayat dan waktu penyaliban Jesus yang terdapat dalam doktrin Kristian juga sangat serupa dengan kepercayaan pagan, iaitu berkisar antara 21-25 Mac. Justinus Martir (hidup sekitar tahun 103–165) mengatakan bahawa iblis yang mendengar ramalan-ramalan para nabi besar sebelumnya, meniru ajaran itu sebelum adanya agama Kristian itu sendiri. Tapi pada dasarnya jenis-jenis salib ini digunakan oleh kaum pagan untuk menyembah dewa matahari mereka semenjak perbagai peradaban kuno dunia mucul.

Pandangan Islam Tentang Salib Dan Penyaliban Isa

Islam menolak dengan keras doktrin terhadap peristiwa penyaliban tersebut, kerana perkara ini selari dengan konsep Paganisme dan penyembahan kepada dewa-dewa yang sangat bertentangan dengan konsep monotheisme atau Ketuhanan Yang Maha Satu.

Allah berfirman:

Dan kerana kekafiran mereka (terhadap Isa) dan tuduhan mereka terhadap Maryam dengan kedustaan besar (zina), dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa.
(An-Nisa ayat 156-157)

Read more...

Mazhab Kristian yang 'mirip' Islam

>> Friday, December 17, 2010

Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang mazhab kristian ini. Sebuah mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? 

Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang  menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.

Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam). 

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan. 

Kenapa ajaran ini muncul?

Ada pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan mazhab ini sebab berpendapat untuk mengelirukan umat Islam. Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan segolongan kecil dalam komuniti kristian yang cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh nabi Isa as. 

Sebagai Seorang Islam, kita seharusnya berdoa agar mereka semakin rapat dan mengenali Islam semoga dicerahkan hati menerima dan memeluk agama Islam. Elakkan dari berburuk sangka. Panjangkan langkah kita untuk menarik mereka ke dalam Islam berbanding mencaci mereka yang membuatkan mereka terus jauh dari Islam.
Ajaran kristian Coptic yang sujud ketika sembahyang

Read more...

Kristian menciplak ajaran Hindu dan penyembah berhala

>> Sunday, September 26, 2010



Assalaamu’alaikum w.b.t. Semoga dengan keterangan2 yang akan diberikan ini dapat menyedarkan semua umat Kristian yang telah lama terpedaya dengan kerajaan ROME dan Yahudi dahulu kala. Tulisan ini bukan untuk menghina dan merendah2kan kamu, tetapi kerana kasihan belas dan ingin menyeru ke arah KEBENARAN yang hakiki, agar kita semua diredhai oleh Allah S.w.t.
Kristian menciplak ajaran Penyembah berhala Mithra
Mithra

1. Baal ditangkap.
2. Baal didengar perkaranya di dalam rumah di atas gunung.
3. Baal dipukuli (dilukai).
4. Baal dibawa ke gunung.
5. Maka beserta dengan Baal ada seorang penyamun dibawa dan dibunuh. Ada seorang terdakwa penyamun dilepaskan dari hukumannya. Oleh sebab itu ia tiada dibawa beserta Baal.
6. Sesudah Baal pergi ke gunung, dalam kota timbul huru-hara dan terjadilah di sana peperangan.
7. Pakaian Baal dibawa lari.

Kristian
1. Yesus ditangkap.
2. Yesus didengar perkaranya di dalam rumah Imam Besar dan di dalam gedung [pengadilan Pilatus.
3. Yesus disiksa.
4. Yesus dibawa ke Golgota akan dipalangkan.
5. Maka serta dengan Yesus ada dua orang penyamun dibawa dan dipalangkan. Ada seorang (Barabas namanya) dilepaskan dari hukumannya atas permintaan orang banyak. Oleh sebab itu ia tiada dibawa beserta Yesus.
6. Pada ketika Yesus mati, tirai rumah Allah pun cariklah dan bumi gempa, dan gunung-gunung batu berbelah, dan kubur-kubur terbuka, dan beberapa tubuh orang mati bangkit dari dalam kubur lalu masuk ke dalam kota suci.
7. Jubah Yesus dibahagi-bahagikan di antara askar (Synoptic: Yahya, Mazmur 22: 19).

Mithra
8. Seorang perempuan membasuh darah Baal yang keluar dari jantungnya sebab kena senjata.
9. Baal pergi turun ke Gunung terjauh dari matahari dan terang, lenyap dari pemandangan manusia dan dipegang keras-keras di dalam gunung sebagai orang tawanan.
10. Orang-orang pengawal menunggu Baal dipenjarakan dengan keras di dalam gunung.
11. Seorang Dewi duduk dengan Baal; ia datang untuk memelihara Baal.
12. Mereka mencari Baal ke tempatnya dipenjarakan. Terutama seorang perempuan mencari dia dengan tangisnya di pintu kubur. Ketika sudah nyata bahawa ia dibawa lari, perempuan itu pun menangis, katanya: “O, saudaraku laki-laki! O, saudaraku laki-laki!
13. Baal dihidupkan kembali (sebagai matahari musim semi), ia datang keluar dari gunung.
14. Ia mempunyai pesta perayaan yang terbesar, iaitu tahun baru bangsa Babylon jatuh pada bulan March musim semi, hari itu dirayakan sebagai peringatan juga bagi kemenangan atas kuasa kegelapan.

Kristian

8. Lambung Yesus ditikam dengan tombak lalu keluar darah, dengan air (Yahya) Maria Magdalena dan dua orang perempuan yang lain pergi merempah-rempahi tubuh Yesus (Markus; Lukas).
9. Yesus dalam kubur bukit batu (Synoptic); turun ke kerajaan orang mati (Ipetrus 3: 19; Matius 12: 40; Kisah Rasul-rasul 2: 24) masuk ke dalam neraka (Dogma).
10. Kubur Yesus ditunggui oleh orang pengawal (Matius).
11. Maria Magdalena dan Maria lainnya duduk bertentangan dengan kuburan itu (Matius; Markus).
12. Orang-orang perempuan terutama Maria Magdalena datang ke kubur mencari Yesus dan ia terdapat di belakang pintu kubur. Maria adalah berdiri di luar hampir dengan kubur itu dengan tangisnya, kerana tuhannya sudah diangkat orang (Yahya).
13. Yesus hidup kembali, bangun dari kubur (pada hari Ahad waktu pagi).
14. Ia mempunyai pesta perayaan jatuh lebih kurang pada musim semi, hari itu dirayakan sebagai peringatan juga bagi kemenangannya atas kuasa kegelapan.
Mithra dan Liberty (Semiramis)
Dan bukan itu sahaja, Kristian juga menciplak dari beberapa ajaran penyembah berhala yang lain. Secara ringkasnya boleh dilihat di bawah;
1. Dianggap Tuhan atau Dewa
- Yesus —> Tuhan Kristian
- Mithra —> Dewa Parsi Kuno
- Osiris —> Dewa Mesir Kuno
- Baachus —> Tuhan Yunani Kuno
2. Tanggal Kelahiran
- Yesus —> Tanggal 25 Disember
- Mithra —> Tanggal 25 Disember
- Osiris —> Tanggal 25 Disember
- Baachus —> Tanggal 25 Disember
3. Pengharapan manusia
- Yesus —> Mesiah yg ditunggu
- Mithra —> Perantara yg ditunggu
- Osiris —> Pembebas yg ditunggu
- Baachus —> Pembebas yg ditunggu
4. Lahir dari Ibu Perawan
- Yesus —> Seorang perawan Maria
- Mithra —> Seorang perawan Aishev
- Osiris – –> Seorang perawan Naeith
- Baachus —> Seorang perawan Demeter / Semele
5. Kematian
- Yesus —> Mati Disalib
- Mithra —> Mati Dibunuh
- Osiris —> Mati Dibunuh
- Baachus —> Mati Dibunuh
6. Tujuan Kematian
-Yesus -> Menebus dosa manusia
-Mithra -> Menebus dosa manusia
-Osiris -> Menebus dosa manusia
-Baachus -> Menebus dosa manusia
7. Kebangkitan
- Yesus -> 3 hari dari penyaliban
- Mithra -> 3 hari dari pembunuhan
- Osiris -> 2 hari 3 malam dari pembunuhan
- Baachus -> 3 hari dari pembunuhan
8. Triteisme
- Yesus -> Oknum dari Triniti (Anak,Bapa,Roh Kudus)
- Mithra -> Oknum dari Tridewa (Mitra,Ahirman,Ohrzmad)
- Osiris -> Oknum dari Tridewa (Osiris,Isis,Horus)
- Baachus -> Oknum dari Tridewa (Baachus,Apolos,Yupiter)
9. Kedatangan kedua kali ke dunia
- Yesus -> Menjelang kiamat
- Mithra -> Menjelang kiamat
- Osiris -> Menjelang kiamat
- Baachus -> Menjelang kiamat

Tambahan2 lain:
- Hari Sabtu Yesus beribadah – Kristian buat pada Hari AHAD = Ahad hari penyembah tuhan matahari
- Obelisk yang dipuja oleh penyembah2 tuhan Matahari, gereja Vatican City ambil letak di situ
obelisk
Obelisk di vatican City
- 25 Disember berkait rapat dengan PENYEMBAH TUHAN MATAHARi, Kristian jadikan Hari Perayaan
- Lambang salib juga sebenarnya simbol kepada PENYEMBAH tuhan matahari , tetapi kristian gunakan salib sebagai simbol mereka kononnya memperingati Yesus disalib

ankh (1)Ankh – simbol penyembah dewa matahari
ankh
- Cara pemakaian Osiris tidak ubah seperti Pope di Vatican
osirisOsiris
pope-benedictPope
Konsep Agama Hindu – Trimurti
Konsep Trimurti iaitu tuhan bapa / Zupitri (Brahman), anak tuhan (Vishnu) yg dapat menjelma menjadi manusia dalam bentuk Krishna dan Rama, dan roh suci (Siva) di adaptasi secara langsung ke dalam pembinaan konsep triniti / trinitas. Didalam konsep Trimurti hindu, tuhan itu terbahagi kepada tiga iaitu tuhan pencipta, tuhan pemeliharadan tuhan pemusnah. Kesemua konsep ini dapat dilihat di dalam konsep triniti kecuali tuhan pemusnah.
Dalam Bhagavad Gita (Nyanyian tuhan), pada ayat ke-14, dalam Kitab yang sama, Krishna bersabda kepada Arjuna :
Kerana aku adalah tuhan
Dalam tubuh ini
Kehidupan abadi
Tak akan musnah
Aku adalah kebenaran
Dan kebahagiaan selama-lamanya
Perhatikan ayat2 kiasan di atas lebih kurang maksud seperti kata2 Yesus di dalam AlKitab.
Persamaan Yesus (dalam kristian) dengan Krishna (dalam Hindu)
Ahli-ahli Teologi Kristian terawal dulu juga ada mengeluarkan pendapat tentang persamaan yang ada dalam Kristian dengan agama Hindu dan agama2 penyembah berhala yang lain.
Di bawah ini mari kita lihat pula beberapa persamaan antara Yesus (dalam kristian) dengan Krishna;
1. Kedua-duanya lahir dalam bandar yang jauh dari rumah mereka.
2. Keduanya lahir dengan mahu dibunuh oleh raja yang memerintah kerana kononnya mereka nanti akan menggugat takhta raja.
3. Antara keajaiban yang awal ditunjukkan oleh mereka ialah MENYEMBUHKAN pesakit kusta.
4. Kedua-duanya dipanggil tuhan dan anak tuhan.
5. Keduanya dihantar dari syurga ke dunia dalam bentuk manusia.
6. Keduanya dipanggil PENYELAMAT.
7. Ayah tiri mereka adalah tukang kayu.
8. Kedua mereka ada hubungan pada keturunan raja-raja juga.
9. Kedua mereka di bawa ke padang pasir untuk diuji dan berpuasa.
10. Keduanya dikatakan tidak berdosa.
11. Keduanya dikatakan mati dan dibangkitkan kembali.
12. Keduanya datang ke dunia untuk MENEBUS DOSA.
13. Keduanya membasuh kaki murid2 mereka.
14. Keduanya ada murid2 yang disayangi dan kemudiannya menyebarkan ajaran.
15. Keduanya akan kembali di akhir zaman untuk menentang kejahatan. Krishna dibayangkan akan kembali sebagai seorang pahlawan yang lengkap dan menaiki kuda putih bersayap. Cuba bayangkan jika kedua2nya kembali.
16. Ketika keduanya mati berlaku gempa bumi, meteor jatuh dan beberapa lagi.
17. Keduanya dapat menghalau roh2 jahat dan membangkitkan orang mati.
18. Keduanya menyambut perjamuan makan malam terakhir.
19. Keduanya mengajar agar memaafkan musuh.
20. Keduanya naik ke langit selepas mati
Dan macam-macam lagi persamaan peristiwa besar yang KETARA
Dan perlu diingat,  Yesus berbangsa Yahudi, dan sepatutnya kitab Injil itu asalnya ditulis dalam Bahasa Ibrani.  Tetapi malangnya Bible asalnya ditulis dalam Bahasa Yunani. Dan kebudayaan Yunani pada ketika itu banyak juga dipengaruhi dengan kebudayaan Hindu.   Kebudayaan Hindu adalah antara yang TERTUA di dunia.
Dan jika dilihat dalam MITOLOGI Yunani, banyak terdapat persamaan nama2 yang digunakan dalam Yunani dengan Hindu. Sebagai contohnya;
Yunani : Herakles = Pahlawan
Hindu : Hara Kala = Pahlawan pertempuran (gelar untuk Siva)
Yunani : Theseus = Pengiring Herakleus
Hindu : Thasa = Pengiring Siva
Yunani : Rhadamantus = Hakim alam barzakh ,
Hindu : Rhada-manta = Orang yang menghukum kejahatan
Yunani : Perseus = Pahlawan, anak Zeus
Hindu : Para-saha = Penolong pada saat yang tepat
Yunani : Ariadne = Cinta pada Theus dan menurut musuh
Hindu : Ari-ana = Yang dipujuk musuh
Yunani : Kentauren = Separuh manusia, separuh kuda
Hindu : Kentura = Manusia kuda
Yunani : Andromeda = Korban untuk Poseidon (Dewa Air)
Hindu : Andha-ra-medha = Pemikul derita Dewa Laut
Dewa-dewa Olympus
Yunani : Jupiter = Dewa Langit, Pencipta, Pemberi hukum
Hindu : Dyaus Pitar = Bapa Langit
Yunani : Pallas = Dewi Kebajikan
Hindu : Palasa = Budi
Yunani : Athena = Dewi Kesucian
Hindu : A-tanaia = Tak melahirkan anak (suci)
Yunani : Bellona = Dewi perang (Romawi)
Hindu : Bala-na = Kekuatan tentera
Yunani : Neptunus = Dewa Air
Hindu : Na-pata-na = Kekuatan yg menguasai banjir
Yunani : Mars = Dewa Perang
Hindu : Mri = Pembunuh
Yunani : Pluto = Dewa alam barzakh
Hindu : Plushta = Yang menghukum dengan api
Nama-nama suku bangsa
Yunani : Pelasga = Suku Yunani kuno yang kejam
Hindu : Palaca-ga = Yang berperang tanpa belas kasihan
Yunani : Hellenes = nama suku bangsa
Hindu : Hela-na = Penempur yg merebut Hela (negeri Rembulan)
Yunani : Sparta = sebuah suku bangsa yang kuat
Hindu : Spardha-ta = Penentang
Penutup
Banyak konsep dalam PENYEMBAHAN TUHAN MATAHARI bersangkut paut dengan KRISTIAN. Mungkin ada BANYAK lagi ……. Kristian terpedaya dengan istilah,  god of sun, dikatakan mereka son of god.
Maka saya menyerulah kepada umat Kristian agar kembali insaf dan kembali menTAUHID kan Allah dengan sebenar2nya, demi kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Kembali berpegang kepada ajaran para nabi sejak dari nabi Adam lagi.  Dan hentikanlah merendahkan martabat Tuhan dan  menTrinitikanNya.
Allah itu Esa – bukannya Triniti / Trinitas
Kerana itulah Islam seboleh2nya mengelak dari berlaku persamaan dengan umat Penyembah Dewa Matahari. Contohnya, makruh solat sunat selepas Subuh dan selepas Asar. Kerana untuk mengelakkan solat ketika matahari naik atau matahari jatuh. Lihatlah betapa berhati2 nya Islam untuk mengelakkan dari berlaku persamaan dengan agama Penyembah Dewa Matahari.
“Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.  Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” Surah Al Israa’ : Ayat 81 – 82

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP