Nabi Muhammad dalam Kitab Suci Terdahulu

>> Wednesday, May 18, 2011

Kitab-kitab suci terdahulu, baik Perjanjian Lama ataupun Perjanjian Baru, ada menyatakan secara jelas tentang Nabi Islam. 

Allah berfirman di dalam al-Qur’an mengenai perkara ini.


‘(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung.’ 
(al-A’raf: 157)

Bukan hanya Bible sahaja, tetapi semua naskah kuno yang pernah digunakan dalam ritual keagamaan memberi perkhabaran tentang kedatangan Nabi Islam.

Kitab Ulangan 18 ayat 17,18,dan 19 mengatakan: 
(17) Lalu berkatalah TUHAN kepadaku: Apa yang dikatakan mereka itu baik; (18) seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka di antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku ke dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya. (19) Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Kutuntut pertanggungjawaban.

Ayat ini begitu jelas menyatakan tentang seorang nabi yang akan dipilih Allah di antara saudara-saudara Israel (orang Arab).

Ini adalah kata-kata yang penting untuk orang Yahudi yang masih menunggu pembuktiannya selama berabad-abad sehingga kedatangan Nabi Mohummad. Beberapa dari mereka, menurut Bible, mengetahui tempat dan waktu waktunya, sehingga mendorong mereka untuk pergi ke Madinah, dan Makkah, dan kota-kota di sekitarnya. 

Mereka sering mengancam orang-orang Arab musyrik dengan berkata, ‘Ini adalah waktu dimana Allah akan mengirimkan seorang nabi yang akan kami ikuti, lalu akan memerangi dan melenyapkan kamu semua.’ Ketika Nabi Islam muncul, ramai orang yang beriman dan ramai pula yang tidak beriman. 

Di antara alasan yang mendorong mereka masuk Islam adalah banyaknya berita tentang nabi Islam di dalam berbagai kitab suci. Ada di antaranya telah dihapus. Ada juga yang diubah, tetapi ada pula yang masih menjadi bukti yang kuat mengenai kenabian Muhammad saw.

Petikan ayat di dalam Bible yang disebutkan di atas tadi, walaupun sepadan dengan nabi Islam, orang-orang Yahudi mendakwa bahawa petikan tersebut sesuai dengan Josua. Orang-orang Kristian pula memiliki pendapat yang berlainan, kerana mereka sering mengubah setiap ayat dalam Perjanjian Lama agar sesuai dengan kepercayaan mereka yang mempercayai Jesus adalah nabi yang terakhir. Mereka menukar kata-kata tertentu untuk memberikan maksud yang berlainan dan kadang kala bertentangan dengan fakta sejarah. Mereka juga memasukkan, menghapuskan dan menyisipkan kata-kata baru ke dalam ayat ayat di dalam perjanjian mereka ini agar sesuai dengan kepercayaan mereka.

Jadi kita menghadapi tiga pendapat yang berbeza: Siapa yang dimaksud nabi di sini? Apakah Josua, Jesus atau Muhammad saw? Hanya satu seorang dari mereka yang benar. Kami akan menjawab pertanyaan ini dalam artikel berikut:

Apakah ayat Bible di atas ini merujuk kepada salah satu nabi Yahudi? Jawabannya jelas tidak kerana:

(1) Ayat tersebut mengatakan, ‘Allah akan mengangkat seorang nabi dari saudara-saudara mereka.’ Jadi, ayat ini berbicara tentang seorang nabi yang bukan dari kalangan bangsa Israel.

(2) Jika ayat dimaksud itu merujuk kepada salah satu nabi Yahudi, maka Musa pasti berkata, ‘Dari kalangan kamu sendiri,’ iaitu dua belas suku utama Yahudi yang ada di hadapan Musa.

(3) Kata-kata di dalam kitab Ulangan memberi pembuktian terhadap fakta bahawa bukan Josua atau nabi Yahudi yang lain yang dimaksudkan di sini. Epilog tersebut mengatakan, 


‘Seperti Musa yang dikenal TUHAN dengan berhadapan muka, tidak ada lagi nabi yang bangkit di antara orang Israel.’ 
(Ulangan 34: 10)

Kitab Maleakhi


(4) Kitab Maleakhi, yang merupakan bahagian terakhir dari Perjanjian Lama, mencatat kata-kata yang difirmankan oleh Tuhan, yang menunjukkan bahawa utusan yang dijanjikan itu tidak datang pada masa tersebut. Ini jelas menunjukkan Josua bukan seorang nabi: 


‘Lihat, Aku menyuruh utusan-Ku, supaya ia mempersiapkan jalan di hadapan-Ku! Dengan mendadak Tuhan yang kamu cari itu akan masuk ke bait-Nya! Malaikat Perjanjian yang kamu kehendaki itu, sesungguhnya, Ia datang, firman TUHAN semesta alam.’ 
(Maleakhi 3: 1)

Kajian kajian sejarah membuktikan bahawa ayat ini tidak merujuk kepada Jesus. Tidak ada nabi yang dikatakan dari kalangan orang-orang Yahudi. Ayat ‘Seperti Musa yang dikenal TUHAN dengan berhadapan muka, tidak ada lagi nabi yang bangkit di antara orang Israel’ juga membuktikan fakta ini. Mungkin epilog tersebut ditulis oleh Ezra pada 800 hingga 900 tahun setelah Musa. Jadi ayat tersebut menunjukkan orang yahudi menunggu selama 8 sampai 9 abad setelah Musa untuk mengetahui Nabi terakhir.

Kemungkinan ayat tersebut ditulis oleh beberapa ahli kitab yang lain apabila Taurat dan beberapa naskah Alkitab lainnya digabungkan di dalam buku sekitar lima ratus tahun selepas kewafatan Musa. Ini membuktikan ayat ini tetap tidak dapat membuktikan kemunculan nabi terakhir untuk tidak kurang dari 500 tahun setelah Musa. 


Ini juga tidak bermaksud bahawa ayat tersebut terbukti sesudahnya (kemunculan nabi terakhir). Tidak ada yang pernah dikatakan sebagai ‘utusan yang dijanjikan’, atau prasyaratnya dipenuhi seperti yang dikatakan di dalam Taurat. 


Hampir setiap pengkaji Bible mengatakan bahawa ayat tersebut masih belum terbukti. The Bible Knowledge Commentary mengatakan: Selama abad pertama masihi, pemimpin Judaisme masih mencari bukti dari kata kata Musa tersebut (silakan merujuk Yohanes I: 21).

Kemunculan nabi terakhir masih tidak terbukti sepanjang kehidupan Jesus dan Musa, dan perkara itu dapat dibuktikan dari Bible Yohanes (John) berikut: 


(19) Dan inilah kesaksian Yohanes ketika orang Yahudi dari Jerusalem mengutus beberapa imam dan orang-orang Lewi kepadanya untuk menanyakan dia: ‘Siapakah engkau?’ (20) Ia mengaku dan tidak berdusta, katanya: ‘Aku bukan Mesiah.’ (21) Lalu mereka bertanya kepadanya: ‘Kalau begitu, siapakah engkau? Elia?’ Dan ia menjawab: ‘Bukan!’ ‘Engkaukah nabi yang akan datang?’ Dan ia menjawab: ‘Bukan!’ (22) Maka kata mereka kepadanya: ‘Siapakah engkau? Sebab kami harus memberi jawapan kepada mereka yang mengutus kami. Apakah katamu tentang dirimu sendiri?’ (23) Jawabnya: ‘Akulah suara orang yang berseru-seru di padang gurun: Luruskanlah jalan Tuhan! seperti yang telah dikatakan nabi Yesaya (Isaiah).’ (24) Dan di antara orang-orang yang diutus itu ada beberapa orang Farisi. (25) Mereka bertanya kepadanya, katanya: ‘Mengapakah engkau membaptis, jikalau engkau bukan Mesiah, bukan Elia, dan bukan nabi yang akan datang?’ 
(Yohanes 1: 19-25)

Dari pengkajian yang dilakukan di atas ini, jelas bahwa ‘Nabi yang seperti Musa’ belum dibangkitkan sehinggalah pada zaman Jesus.

Ahmed Deedat

Ahmed Deedat juga pernah mengenengahkan perkara ini. Lihat ceramah Ahmed Deedat, Muhammad in The Bible di sini.


Semoga memberi manfaat kepada kita semua dan menambahkan keyakinan dan keimanan kita terhadap Islam. Insya Allah.

Read more...

Kronologi Kedatangan Yahudi ke Palestin

>> Monday, May 16, 2011

1882-1904

Gelombang pertama penghijrahan pendatang haram Yahudi dari Eropah ke Palestin.

1897

Kongres Zionis pertama bertemu di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan.

1904-1914

Gelombang penghijrahan kedua pendatang haram Yahudi.


1917

2 November, Menteri Luar England, Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin.

Lord Arthur James Balfour


1918

9 Disember, Tentera British menjajah Palestin.


1920

24 April, Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin.


1936-39

Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan.


1947 

29 November, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melaluiJawatankuasa Khas mengenai Palestin telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara, sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB). Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Palestin.


1948 

9 April, Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan BaitulMaqdis.


14 Mei, Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara Israel. Amerika Syarikat menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram Israel.


1949

Pada penghujung tahun 1948, Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin. Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hidup dalamkeadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin. 


1967 

5 Jun, Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari.’ Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga Palestin dihalau dari kampug halaman mereka.

LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN SEMENJAK TAHUN 1948!

Read more...

Kisah Menarik Rasulullah s.a.w dan Kucingnya

>> Wednesday, May 11, 2011

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. 

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. 

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. 

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali. 

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri. 

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. 

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. 

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.

Selain itu, ada juga kisah menarik dari China. Ha Wenjin telah menjual hampir semua asetnya untuk membuka kawasan penjagaan haiwan terbesar di China. Lebih daripada 1,500 anjing dan 200 kucing tinggal di sana sekarang. Tempat ini mempunyai 10 pekerja yang merawat dan menjaga anjing dan 2 pekerja untuk kucing. Perbelanjaannya adalah sekitar $ 37,500 setahun untuk menguruskan penjagaan haiwan ini.









Harap ada orang Islam yang bersikap macam ni.

Read more...

Kisah Catherine Heseltine Menemui Islam

>> Tuesday, May 10, 2011

Catherine Heseltine dan suaminya Muhammad Ali

Adakah saya ingin menjadi seorang Muslim? Lagipun saya masih berumur 16 tahun ketika itu. Tidak mungkin sama sekali dan terima kasih sahajalah. Mana boleh saya meninggalkan nikmat dunia yang dikecapi selepas ini.


"Agama saya bebas meminum arak, berparti sepanjang malam, malah saya selesa dengan kawan-kawan yang ada disekeliling." Itu pengakuan Catherine Heseltine sambil menggeleng-geleng kepala kepada soalan yang dianggap tidak masuk akal itu

Dibesarkan di Chelsea, utara London, Catherine, 32, tidak pernah mengamalkan mana-mana agama pun sebelum itu. Apatah lagi kehidupannya lyang moden dan mendapat pendidkan yang tinggi menyebabkan agama dalam keluarganya adalah dianggap sesuatu yang kuno atau ketinggalan zaman serta tidak relevan di zaman yang serba moden dan canggih ini.

Hingga pada suatu hari, guru tadika itu bertemu seorang pemuda bernama Syed. Pemuda itu, akui Catherine, berbeza dengan kebanyakan lelaki yang dikenalinya.

"Dia mencabar segala persepsi saya terhadap agama. Orangnya masih muda, seorang Muslim, seorang yang sangat percaya kepada Tuhan dan dia juga seorang yang normal, sama seperti pemuda-pemuda seusianya.

"Yang membezakan Syed dengan pemuda-pemuda Inggeris lain ialah dia tidak minum minuman keras langsung," katanya.

Bagi Catherine, perbincangan dengan Syed banyak membuatkan dirinya seperti ditampar.

Menurut Syed, seorang yang berpegang dengan fahaman agnotisme juga menyedari bahawa tanpa pegangan agama itu juga sebenarnya satu pegangan atau keyakinan.


Buku yang mengenengahkan ideologi Agnotisme


Agnotisme adalah orang yang berpendapat atau berpendirian bahawa hanya sesuatu yang berupa kebendaan sahaja yang boleh diketahui manakala pengetahuan tentang Tuhan dan segala yang abstrak tidak boleh di ketahui. Dengan kata lain, mereka tidak percayakan kewujudan tuhan.

Setahun kemudian, perkara yang sebaliknya telah berlaku. Dalam diam-diam, Catherine jatuh hati kepada Syed dan Islam. Yang peliknya, dia sendiri tidak tahu yang mana datang dahulu sama ada kepada Islam ataupun Syed. Yang jelas, dia semakin tekun membaca buku-buku berkaitan Islam.

Apa yang paling menarik perhatian Catherine daripada semua bahan bacaan itu?

"Al-Quran. Kitab ini sangat menarik dari segi intelektual, segi emosional dan spiritual. Saya menyukai penjelasan Al-Quran tentang kewujudan alam semesta yang dikesan sejak 1,500 tahun yang lalu.

"Malah, Islam telah memberikan hak-hak kepada wanita yang tidak dimiliki di dunia Barat. Saya makin yakin bahawa al-Quran itu adalah betul-betul sebuah wahyu," kata hatinya.

Namun, untuk menyatakan keislaman diri, dia masih belum sanggup. Baginya, pengislaman diri bukan sekadar melakukan syahadah atau demi mendapatkan apa yang diinginkan, iaitu mendapatkan hati Syed.

"Agama ini benar-benar cool. Tapi saya menyimpan minat terhadap Islam selama tiga tahun ," ujarnya.

Tidak lama kemudian, timbul keberanian untuk mengucap dua kalimah syahadah ketika berada di tahun pertama kuliah. Pada tahun yang sama juga, atas alasan tidak mahu membina hubungan cinta yang panjang, mereka bersetuju menamatkan zaman bujang dengan melangsungkan pernikahan agar bergelar suami isteri di segi syariat Islam.

"Reaksi awal ibu, dia mempersoalkan tidakkah cukup sekadar hidup bersama tanpa perlu bernikah? Ini salah satu tanda hatinya agak berat merestui perhubungan itu," kata Catherine.

Bagi ibunya, rumah tangga Muslim adalah rumah tangga yang banyak menindas kaum isteri.

Pada awal pengislaman, Catherine tidak terus memakai tudung, cuma pada acara-acara keagamaan sahaja. Namun dalam rutin kehidupan seharian, dia lebih selesa mengenakan bandana atau sekadar bertopi untuk menutupi rambutnya.

Alasannya, dia sengaja tampil demikian untuk menarik perhatian, walaupun ketika berada di rumah, sedang menikmati hidangan, membeli-belah, ataupun sewaktu berada di luar rumah. Kalau orang bertanya, maka akan mudah baginya untuk bercerita tentang Islam. Beliau mahu orang ramai dapat mengadaptasikan ajaran Islam secara berperingkat-peringkat.

Ramai yang beranggapan pengislaman Catherine hanya untuk menggembirakan keluarga suami dan bukannya atas kerelaan, keikhlasan dan kepercayaan diri sendiri.

Tidak terkecuali juga kawan-kawannya yang terkejut bahawa Islam mengharamkan arak dan dia tidak lagi bergaul dengan lelaki secara bebas. Situasi ini mengambil masa terutamanya kepada kawan-kawan lelaki di universiti seperti tidak boleh bercium atau mengucapkan salam dengan menyentuh pipi dan banyak lagi. Mereka terpaksa mengubah cara bergaul dengan Catherine.

"Saya terpaksa memberitahu mereka, minta maaf ini bukan cara orang Islam.

"Lama-kelamaan, saya sebenarnya menjadi seorang yang lebih Islamik daripada suami. Hal ini menyebabkan hubungan kami semakin renggang.

"Pada akhirnya, hati saya kuat mengatakan tanggungjawab suami dalam rumah tangga semakin berat dipikul olehnya dan krisis ini berlanjutan sehingga kami semakin berjauhan dan terasing. Jodoh kami cuma bertahan selama tujuh tahun.

"Selepas menjadi janda, saya berpindah ke rumah keluarga saya. Ramai yang pelik apabila mereka lihat saya masih lagi bertudung. Sejak itu, dalam keadaan ditinggalakan suami, keyakinan dan keimanan saya semakin kuat. Saya mula mencari kekuatan diri sebagai seorang Muslim dan mula berdikari," katanya.

Percaya bahawa perkahwinan adalah perkara penting dalam kehidupan seorang muslim, Dia berkahwin lagi dengan Muhammad Ali, seorang warga Bangladesh yang berpindah ke Manchester bersama keluarganya ketika dia berusia tiga tahun. Catherine mengenali suaminya melalui website perkahwinan, SingleMuslim.com

Catherine akui, Islam banyak memberikannya petunjuk dan hala tuju dalam hidup ini. Dia mula melibatkan diri dengan Muslim Public Affairs Committee. Beliau mengetuai kempen-kempen anti-Islamophobia, diskriminasi terhadap wanita di masjid, kemiskinan dan  perjuangan rakyat Palestin.

"Apabila segelintir pihak memanggil kami kumpulan pelampau, saya rasa itu tidak masuk akal. Hakikatnya, terdapat terlalu banyak masalah dalam komuniti Muslim, tetapi apabila rasa dikepung, ia menjadikan jalan perubahan itu semakin berliku dan sukar.

"Saya masih lagi sebahagian dari masyarakat kulit putih di Britain tetapi saya beragama Islam. Sebenarnya, saya mengambil masa untuk menyesuaikan dua identiti itu agar serasi bersama," katanya.


Saksikan video Catherine Heseltine di bawah


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP