Kepincangan Sistem Pendidikan

>> Friday, August 13, 2010

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim.

Saya teringat ketika zaman muda-muda dahulu. Orang-orang dewasa suka bertanyakan soalan-soalan kepada saya. Salah satunya, "Bila besar nanti nak jadi ape?".

Maka selalunya budak-budak akan menjawab tidak pasti atau ada banyak pilihan. Lalu "orang-orang dewasa" pun berkata, "Awak mesti jelas masa depan awak dan matang membuat pilihan".


Maka saya yang masih muda pun terasa begitu rendah diri apabila "orang-orang dewasa" mengatakan saya ini tidak jelas masa depan dan tidak matang membuat pilihan.


Maka penat-penatlah saya merenung masa depan saya, memikirkan nak jadi apa besar nanti.

Bayi adalah makhluk yang hebat dan genius, tetapi sistem pendidikan telah membuat kita semua menjadi bodoh apabila dewasa

Tetapi saya masih keliru. Saya minat falsafah, agama, ekonomi, politik, sejarah, matematik, sains, muzik, seni lukis, mengarang, askar, peguam, perunding motivasi, pakar psikologi, berniaga, menjadi guru dan banyak-banyak lagi.

Tetapi "orang dewasa" kata, saya mesti pilih satu sahaja. Dan saya yakin, bukan saya sahaja yang mempunyai cita-cita dan minat yang banyak, tetapi semua kanak-kanak pun sama. Kenapa kita harus pilih satu je daripada semua-semua tu?

Kerana "orang dewasalah" yang telah melenyapkan kesemuanya menyebabkan kita hidup tertekan, hilang minat belajar, stress dengan kerja dan lain-lain. Maaf ye orang-orang dewasa, saya sebenarnya bukan nak salahkan anda semua, tetapi saya ingin menyalahkan........

SISTEM PENDIDIKAN

Apa sebenarnya yang berlaku dalam sistem pendidikan sekarang?

Pertama sekali, ingin saya timbulkan satu persoalan, kenapa kita perlukan pendidikan?

Ya, sudah tentulah supaya kita menjadi pandai.

Tetapi,

sedarkah anda bahawa sistem pendidikan sekarang tidak melahirkan golongan pandai pun.

Sejak dari tadika sehinggalah tamat PhD, adakah anda fikir seseorang itu akan jadi pandai setelah melaui satu sistem pendidikan untuk sekian tempoh masa?

Tidak, dia tidak menjadi pandai, tetapi sebaliknya.


Kerana sistem pendidikan sekarang bukanlah bertujuan untuk melahirkan orang pandai, tetapi untuk melahirkan ORANG BODOH.


Kita lihat sistem politik zaman sekarang. Kita mengguna pakai sistem KAPITALIS. Apa yang ada dalam sistem Kapitalis?


Dalam sistem ini, hanya ada 2 golongan. Golongan pemodal dan golongan pekerja. Dengan sistem ini, golongan kaya akan bertambah kaya, manakala golongan miskin akan menjadi semakin miskin.

Dan jika anda perasan, yang memegang pemerintahan negara bukanlah orang-orang politik, tetapi orang-orang kaya. Kita lihat dengan duit mereka boleh membeli apa-apa sahaja. Ini kerana dalam sistem Kapitalis, apa yang boleh dijual, akan dijual, dan apa yang boleh dibeli, akan dibeli.

Dalam sistem ini, manusia hidup ibarat robot. Mereka hanya melakukan satu kerja, dan mengulang-ulang kerja tersebut hingga berpuluh-puluh tahun. Mereka tidak pernah pun berfikir tentang itu kerana mereka sangka mereka golongan yang hebat dan termasuk dalam golongan cerdik pandai, ijazah-ijazah yang banyak, sedangkan ijazah itu hanyalah bagai cop sirim yang akan menjadikan kita ini "robot berkualiti".

Apa yang golongan kaya perlukan, hanyalah pekerja. Kerana dengan pekerjalah mereka akan menjadi kaya. Cuba teka, dari mana mereka mendapat para pekerja yang taat?


Jawapannya daripada sistem pendidikan. Ya, sistem pendidikan telah digunakan untuk melahirkan ramai pekerja-pekerja yang taat. Dan minda kanak-kanak perlu ditanam bahawa mereka perlu belajar untuk bekerja. Jika mereka tidak ingin belajar, mereka perlu terus bekerja. Dan akhirnya berebut-rebutlah golongan-golongan muda yang ditipu untuk belajar supaya mereka dapat bekerja.


Mereka telah menerapkan sejak kecil lagi, anda belajar hanyalah untuk kerja. Jika anda perlukan biasiswa, mereka boleh sediakan, tetapi dengan syarat, anda bekerja untuk mereka!

Adakah anda fikir golongan-golongan pemodal ini mahukan golongan muda yang cerdik pandai?

Tidak! Mereka tidak perlukan orang pandai. Mereka hanya mahukan orang yang bodoh tetapi pandai buat kerja. Mereka mahukan orang yang tidak sedar diri mereka digunakan sebagai penjana duit mereka. Mereka hanya perlukan orang yang mampu bekerja dengan setia ibarat robot.


Jika ada antara pelajar-pelajar yang bersuara, yang mahukan perubahan, mereka cuma dinasihatkan "awak belajar la elok-elok. Dah besar nanti boleh ubah sistem". Inikah jawapannya? Tidak! Jika kita belajar "elok-elok", kita hanya akan menjadi lebih taat kepada sistem ini, bukan menjadi pengubah.

Kesannya, manusia akan menjadi seperti robot. Mereka tidak pernah berfikir pun tentang hal-hal lain. Dan apabila dewasa nanti, mereka akan menjadi teramat sayang kepada sesuatu benda yang bernama "pekerjaan".

Apa kesannya kepada psikologi pelajar? Pelajar-pelajar akan menjadi bodoh tetapi mereka menyangka mereka sudah cukup pandai. Kita disuapkan dengan sistem exam oriented, yang menyebabkan kebodohan pelajar meningkat. Golongan yang tidak berjaya survive dalam sistem bodoh ini akan terasa diri mereka pula yang bodoh dan lemah.

SEDANGKAN YANG BODOH ADALAH SISTEM INI.

Kita dapat lihat pelajar-pelajar mula hilang motivasi belajar. Maka terpaksalah pula diadakan program motivasi. Tahukah anda kenapa para pelajar senang hilang motivasi?

Jawapannya kerana kita sedang hidup dalam kurungan dan dalam kurungan itu, kita dipaksa untuk "menjadi" sebuah robot.

Kerana itulah para pelajar mudah hilang minat untuk belajar.

Kerana hati mereka tidak pernah suka kepada sistem ini. Kita dapat lihat sendiri bagaimana pada hari ini golongan pelajar memberontak. Para pelajar tidak ingin belajar. Kenapa? Kerana mereka tahu, benda yang dipanggil sebagai "pendidikan" pada hari ini adalah sesuatu yang amat-amat tak berguna!

Lalu ada orang akan argue, kata "bukankah Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu? Umat Islam perlu jadi pandai."

Hahahaha, itulah lawak paling lawak yang pernah saya dengar. Siap boleh pakai nama Islam lagi untuk back up sistem bodoh ni.

Ya, benar. Islam memang menggalakkan umatnya menuntut ilmu, malah menggalakkan semua manusia menuntut ilmu kerana dengan ilmu kita akan kenal Tuhan. Tapi betul ke apa yang kita belajar tu ilmu?

Ada orang cakap, "yang rosak cuma sistem. Hakikatnya, ia tetap berkaitan dengan ilmu".

Ini juga adalah salah faham yang amat bahaya sekali bagi umat Islam.


Jika benar apa yang kita belajar sekarang adalah ilmu, kenapa Yahudi membenarkan umat Islam mempelajarinya? Kenapa orang-orang Barat begitu gemar mempromosikan peluang pendidikan di negara mereka kepada umat Islam?

Jawapannya, apa yang kita belajar itu bukanlah ilmu, tetapi sampah.

Apa? Nak suruh saya ulang lagi? Ok....

APA YANG KITA BELAJAR SEKARANG BUKAN ILMU, TETAPI SAMPAH!

Fizik sekarang bukanlah ilmu tetapi sampah. Matematik adalah sampah. Kimia adalah sampah. Sains adalah sampah. Subjek ekonomi adalah sampah. Semua matapelajaran yang kita belajar sekarang adalah sampah.


Ia kelihatan seperti buku-buku ilmiah, tetapi hakikatnya, ia adalah sampah. Sampah yang paling tak berguna!


Dan orang-orang Islam sekarang berebut-rebut untuk memasukkan sampah-sampah itu ke dalam otak-otak mereka dengan mengatakan "tuntut ilmu ibarat berjuang di jalan Allah".


Hahahahaha, ada ke patut diorang cakap memasukkan sampah di dalam otak sebagai jihad di jalan Allah!

"Orang-orang dewasa" selalu berkata, "isilah masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran dan lain-lain."

Hahahahahahah, nasihat yang paling entah pape yang pernah saya dengar. Mengulang kaji pelajaran bukanlah aktiviti yang berfaedah, tetapi aktiviti yang paling buang masa!

Kita akan kena marah dengan "orang dewasa" kalau kita ponteng kelas, tetapi bagi saya ponteng kelas pada zaman sekarang adalah amalan mulia!

(sebenarnya saya nak cakap kalau ponteng kelas dapat pahala, tapi saya yakin mesti ada orang yang akan salah faham dan akan ada orang yang salah guna, jadi cukuplah saya kata ponteng kelas tu amalan mulia)

Kenapa saya cakap segala matapelajaran yang ada sekarang bukan ilmu?

Jawapannya, kerana Yahudi telah merosakkan segala ilmu-ilmu tersebut dan menukarkannya menjadi sampah-sampah yang tidak lagi berguna. Sebab tu la orang-orang Yahudi tak kisah pun kalau orang Islam belajar tinggi-tinggi. Orang Yahudi tak kisah pun kalau ramai-ramai orang Islam dapat PhD. Kenapa? Kerana apa yang kita belajar sekarang semuanya adalah sampah!

Ramai orang Islam tersilap dengan menyangka semua "ilmu-ilmu" itu adalah dari para cendekiawan Islam. Mereka kata, saintis-saintis Islamlah perintis kepada kemajuan teknologi pada hari ini.

Ini adalah satu penyelewengan sejarah yang paling busuk pernah saya dengar. Jika ada dari Islam pun, hanya sebahagian kecil. Tetapi hakikatnya,"ilmu-ilmu" ini semua sebenarnya datang daripada Dajjal.


Ok, ni part yang menarik. Sebenarnya, bila bercakap tentang ilmu, mesti ada satu sahaja yang timbul dalam otak kita, iaitu ilmu falsafah. Daripada ilmu falsafahlah lahir semua cabang-cabang ilmu yang kecil seperti sains, matematik dan lain-lain.

Apa itu falsafah?


Dan berbalik kepada persoalan pertama yang saya timbulkan pada awal tadi, seorang budak kecil secara fitrahnya suka bertanya mengenai alam. Ya mereka suka bertanya mengapa begini, apakah itu, siapakah yang menciptakan ini dan banyak lagi. Kanak-kanak kecil suka dan ingin mengetahui benda-benda tersebut, tetapi apa yang ada dalam sistem pendidikan sekarang telah menyeksa mereka dan memaksa mereka melupakan segala persoalan tersebut!


Hari ini seorang kanak-kanak dipaksa belajar matematik tetapi kanak-kanak itu sendiri tidak tahu kenapa dia perlu belajar matematik. Hari ini seorang budak dipaksa belajar sains, tetapi mereka tidak pernah tahu kenapa mereka perlu belajar sains. Sistem pendidikan zaman sekarang telah menyumbatkan sampah sarap yang paling kotor di dunia ke dalam minda anak-anak muda, sehingga lahirlah generasi yang tidak lagi yakin dengan Tuhan, bersikap anti agama dan keras hatinya.

Kanak-kanak juga mempunyai banyak cita-cita dalam dirinya. Tahukah anda, hanya satu ilmu sahaja yang boleh memenuhi tuntutan fitrah kanak-kanak tersebut, iaitu ilmu falsafah ketuhanan! Tetapi sistem yang kejam lagi bodoh ini telah menyeksa semua kanak-kanak dengan memaksa mereka lupakan semua cita-cita mereka. Mereka dipaksa hidup seperti robot. Hidup hanya melakukan satu kerja. Jika anda jurutera, anda akan ulang kerja anda itu setiap hari sehinggalah anda tua. Dan anda tidak boleh melakukan banyak kerja dalam satu masa. (boleh rujuk protokol Zionis untuk memahami konsep bagaimana mereka menjadikan manusia hanya boleh melakukan satu kerja)

Sebab itu jika kita menyebut mengenai ilmuan-ilmuan dahulu, kita tidak akan menjumpai satu perkataan yang spesifik untuk menerangkan diri mereka kerana mereka itu hebat dalam perubatan, muzik, sains dan banyak lagi.

Satu perkataan sahaja yang boleh describe mereka iaitu mereka itu ialah ahli........

FALSAFAH.

Ya, para cendikiawan Islam dahulu semuanya ahli falsafah. Para cendikiawan Barat juga ahli falsafah. Ibnu sina, ahli falsafah. Al-Farabi, juga falsafah. Isaac Newton, falsafah juga. Pythagoras, juga seorang ahli falsafah. Galileo Galilei, pun falsafah. Dan mereka itu tersangat-sangatlah hebat.

Peringkat awal pendidikan mereka, mereka diajar tentang hakikat alam. Siapa pencipta alam ini. Apa tujuan kita hidup. Kenapa kita dijadikan. Apa itu baik dan buruk. Dan bukan dalam tamadun Islam sahaja, anda boleh lihat semua tamadun-tamadun terdahulu menerapkan benda yang sama. Tamadun Mesir Purba, Indus, Hwang Ho, Mesopotamia dan lain-lain. Perhatikan apa benda yang mereka ajar anak-anak mereka pada peringkat?


Mereka mengajar anak-anak mereka tentang hakikat kehidupan. Hakikat ketuhanan. Mereka akan mengajar kepada anak-anak mereka tentang kitab suci mereka.

Dan bagaimana pula dengan sistem pendidikan zaman sekarang? Sistem pendidikan zaman sekarang adalah sistem pendidikan paling bodoh dan ketinggalan zaman. Hatta, cara orang asli didik anak mereka dalam hutan itu pun lebih hebat dan berkesan daripada cara kita didik anak-anak kita sekarang. Sejak kecil lagi kita terapkan kepada anak-anak kita, belajar rajin-rajin, besar nanti boleh jadi doktor, boleh jadi jurutera dan boleh jadi orang yang berjaya. Itulah falsafah dalam pendidikan sekarang. Mereka tidak diajar untuk jadi pandai, tetapi jadi "robot" yang akan bekerja untuk tuan-tuan mereka.

Adakah anda fikir kerajaan tahu tentang kelemahan sistem pendidikan sekarang?

Ya, mereka tahu.

Adakah anda fikir kerajaan akan mengubah sistem ini? Adakah pembangkang juga akan ubah sistem pendidikan ini jika mereka menang pilihan raya?

Tidak, siapa-siapa sahaja yang bernama kerajaan tidak akan ubah sistem ini. Tidak sesekali.

Kenapa? Kerana sistem ini telah melahirkan hamba-hamba abdi yang begitu patuh kepada kerajaan. Kerajaan tidak perlukan orang pandai. Golongan-golongan Kapitalis juga tidak perlukan orang pandai. Mereka hanya perlukan orang-orang bodoh yang dilahirkan dari sistem yang bodoh, tetapi pandai buat kerja. Itulah yang mereka mahu. Mereka mahukan golongan yang perasan pandai kerana menyangka sudah mendapat ijazah, tetapi sebagaimana yang telah saya katakan tadi, ijazah bukanlah tanda kepandaian, TETAPI IANYA SEPERTI CERTIFICATE YANG MENGATAKAN "ANDA ADALAH ROBOT PEKERJA YANG TAAT".

Kenapa orang-orang terdahulu boleh kuasai banyak ilmu? Ini kerana sejak kecil lagi mereka diajarkan mengenai falsafah. Para saintis Islam dahulu diajarkan mengenai fasafah. Apa falsafah mereka? Quran dan Sunnah. Kerana itulah mereka menjadi pandai. Apa falsafah mereka?

LAILAHA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH.

PENDIDIKAN TIDAK MAMPU DIPISAHKAN DARI FALSAFAH!

Tahukah mereka apa tujuan sains, matematik, ekonomi, undang-undang, seni dan lain-lain dipelajari? Kerana untuk membuktikan bahawa Allah itulah satu-satunya Tuhan yang layak disembah dan demi menyebarkan syariat Islam. Kerana itulah mereka belajar muzik. Kerana itulah mereka belajar perubatan. Kerana itulah mereka belajar sains.

Itu falsafah mereka.






Apa falsafah pendidikan sekarang?

Takde falsafah!. Yang ada cumalah falsampah. Semua yang kita belajar sekarang adalah sampah. Makin kita belajar, bukan makin pandai, tapi makin bodoh.

Sebenarnya, ada satu falsafah yang tersembunyi dalam sistem pendidikan zaman sekarang. Apa dia?

Falsafah Darwinisme.
Falsafah Atheisme.

Itulah dia. Walaupun kita menafikannya, tetapi itulah hakikatnya.

Pernahkah anda jumpa perkataan "Tuhan" atau "God" dalam buku Fizik? Ada tak perkataan "Allah" dalam buku Kimia? Ada tak perkataan "God" dalam buku Biologi? Ada tak perkataan "God" dalam buku undang-undang? Ada tak perkataan "God" dalam buku muzik? Ada tak perkataan "God" dalam buku pelajaran selain daripada pelajaran agama?

Jawapannya TIADA!

Semua "ilmu-ilmu" ini menyeru ke arah DUNIA TANPA TUHAN. Kerana itulah apabila makin jauh kita belajar, makin jauh juga kita daripada Tuhan. Kerana semuanya mengatakan bahawa TUHAN TIDAK WUJUD secara tidak langsung.

Dan bagi mengelakkan falsafah anti-Tuhan ini disedari oleh umat Islam, mereka telah menterbalikkan sistem pendidikan dengan meletakkan falsafah dihujung silibus.

PhD. Ya, doktor falsafah. Kenapa PhD berada di hujung sekali sedangkan perkara pertama yang diajar sepatutnya ialah falsafah? Namun PhD pun bukanlah falsafah yang sebenar.

Tahukah anda kenapa para saintis Eropah telah ditangkap, dipenjarakan dan dibunuh ketika zaman kegelapan Eropah dahulu? Sejarah cuba menipu kita dengan mengatakan bahawa mereka dibunuh kerana fakta-fakta sains yang mereka bawa. Tetapi..........

......mereka sebenarnya dibunuh kerana falsafah yang terkandung dalam ilmu-ilmu mereka. Mereka belajar dari universiti-universiti milik orang Islam, jadi falsafah pendidikan mereka ialah......

LAILAHA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH.

Ya, kerana itulah pihak gereja bunuh mereka. Ini kerana ilmu-ilmu milik umat Islam semuanya mengajak kepada keesaan Tuhan.

Dan saya tidak menafikan teori yang mengatakan saintis-saintis Barat ini dibunuh bukan kerana fakta saintifik yang mereka bawa, tetapi mereka bawa tauhid yang ada dalam sains, undang-undang, perubatan dan teknologi. Kesemua itu membawa kepada bukti bahawa Allah lah Tuhan yang sebenar. Dan inilah sebenarnya yang bertentangan dengan gereja, bukannya fakta saintifik. Takkanlah mereka hanya dibunuh dan diseksa semata-mata kerana fakta saintifik? Kelakar sungguhlah sejarah kalau begitu.

Jika anda kaji sejarah mana-mana tamadun sekalipun, pernahkah anda dengar tamadun yang menyeksa saintis mereka? Wujudkah masyarakat yang menyeksa golongan ilmuan mereka? Terdapatkah kaum yang membunuh orang yang cuba memajukan mereka?

Tidak. Apa yang akan anda dapati daripada sejarah, golongan-golongan yang ditangkap dan diseksa selalunya adalah golongan-golongan yang membawa percanggahan dari aspek ketuhanan. Kerana itu lah saya berani cakap saintis-saintis Barat dibunuh oleh gereja bukan kerana fakta sains mereka, tetapi kerana konsep ketuhanan dalam ilmu yang mereka bawa. Dan jika ada yang mengatakan saintis-saintis Barat itu sebenarnya telah masuk Islam pun, saya tidak akan menolaknya (wallahu a'lam)


Dan sekarang, kepada mana pula ilmu-ilmu (i mean sampah) ini mengajak kita? Jawapannya, sains, matematik dan lain-lain sampah ini sebenarnya telah mengajak kita untuk tidak percaya kepada Tuhan!

Dan akhir sekali, saya ingin tekankan konsep PECAH DAN PERINTAH.

Tentu anda pernah dengar mengenai konsep ini. Tetapi anda mungkin hanya menyangka ia hanya dalam aspek politik. Tetapi anda tidak perasan bahawa konsep PECAH DAN PERINTAH juga diamalkan dalam sistem pendidikan!

Kanak-kanak tidak kenal perbezaan di antara mereka. Orang dewasalah yang mengajar bahawa setiap manusia itu berbeza.

Pertama, daripada konsep ini, mereka berjaya melahirkan pelajar "pandai" dan pelajar "bodoh".
Mereka berjaya memecahkan kanak-kanak yang tidak pernah kenal perbezaan tersebut.

Kanan-kanak sukakan persahabatan. Orang dewasa mengajarkan mereka erti permusuhan

Kemudian, mereka berjaya pecahkan kepada aliran "sains" dan aliran "sastera".
Mereka tekankan kononnya terdapat perbezaan minda kepada kanak-kanak, sedangkan Allah melahirkan semua manusia itu sama.


Dan akhirnya pada peringkat tertinggi, mereka berjaya memecahkan kanak-kanak kepada bidang-bidang kerja. Saintis akan bergaul dengan saintis. Pakar ekonomi akan berbincang dengan pakar ekonomi. Guru akan berbincang dengan guru.

Dan akhirnya manusia itu akan berpecah-pecah kerana sejak kecil lagi mereka di ajar tentang "kasta".

Ada pelajar pandai, ada pelajar bodoh. Ada yang otak "sains", ada yang otak "sastera". Doktor tidak mampu bercakap mengenai ekonomi, jurutera tidak mampu bercakap mengenai agama, dan manusia itu akan menjadi sebodoh-bodoh makhluk dan sistem "kasta" moden telah mampu dicipta tanpa kita semua sedari. Semua ini lahir dari sistem pendidikan yang lebih bodoh dari binatang.


Anda dapat menilai sendiri bagaimana sistem pendidikan sekarang telah membahagi-bahagikan manusia kepada banyak-banyak kasta. Kasta doktor, kasta saintis, kasta cikgu, kasta politik, kasta. Anda dapat lihat sendiri bagaimana perangai orang-orang yang dikatakan "bijak pandai". Pernahkah mereka bergaul dengan golongan bawahan? Tidak, jika ada pun tak ramai.






Daripada sistem inilah manusia "kenal" golongan "bodoh" dan golongan "pandai". Daripada sistem inilah mereka kenal orang-orang otak "sains" dan otak "sastera". Dan daripada sistem ini jugalah lahir pemikiran yang mengasing-asingkan manusia mengikut pekerjaan mereka.

Cuba bayangkan kalau sistem ini tiada. Adakah wujud orang "pandai" dan orang "bodoh"?


Anda sendiri yang menilainya.............

Tidakkah anda semua menyedari hakikat ini?

Saya suka mengkaji psikologi kanak. Bagaimana kanak-kanak berfikir. Kanak-kanak lahir dalam keadaan fitrah.


Mereka golongan yang suka bertanya, tetapi "orang-orang dewasa" sering kali memberikan jawapan yang menghampakan kepada mereka.


Mereka mahu kenal siapa Tuhan. Mereka ingin kenali hakikat alam. Tetapi "orang-orang dewasa" tidak pernah menjawab keinginan mereka.


Mereka ingin tahu tujuan mereka hidup, tetapi "orang-orang dewasa" mengatakan kepada mereka bahawa mereka hanya perlu berfikir mengenai "pekerjaan" mereka.

Dan sistem inilah yang telah merosakkan kanak-kanak, menjadikan mereka tidak lagi berjiwa manusia. Menjadikan mereka makhluk yang tidak tahu apa tujuan mereka hidup di dunia.

Wallahu A'alam.

Anda boleh lihat satu persatu detail mengenai protokol zionis antarabangsa, bagaimana mereka merosakkan golongan muda dengan satu sistem yang bernama "sistem pendidikan" sebagai rujukan.

17 comments:

jae cagers April 27, 2011 at 7:58 PM  

Syukur alhamdulillah. Saya suka dengan coretan saudara

adibah April 28, 2011 at 2:50 PM  

catatan yg bagus...cume nak respons skt...lg banyak kita belajar, memang kita akan sedar bahawa kita semakin bodoh...sbb ilmu Allah sgt bnyk....bnyk lg kita x belajar....

Anonymous May 3, 2011 at 4:21 PM  

LAILAHA ILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH.

Anonymous May 11, 2011 at 5:42 PM  

alhmadulillah! vwey well written dude..

Anonymous May 11, 2011 at 5:42 PM  

alhmadulillah! vwey well written dude..

Anonymous June 13, 2011 at 4:54 PM  

setuju dgn adibah. semakin byk kita blaja semakin byk ilmu Allah yg kita ketahui. ilmu tidak terhad. dan mengenai sistem pendidikan bodoh ini, saya berharap semua umat Islam sentiasa merujuk dan berpegang AlQuran dan Hadis sebagai sumber utama mereka kerana inilah yang ditinggalkan oleh Rasulullah kpd kita. dan pada masa sama memanfaatkan ilmu dari sumber2 yg lain.

belia Islam

Anonymous September 9, 2011 at 10:32 AM  

Assalamu`alaikum Mr zharif
your article is a broad sense composition, there are many things to be concerned there especially what are happening in our educational system now, I am myself as student in college feel so when firstly joined in university, the atmosphere was so different to that place that which will cultivate student`s motivation to learn a lot
I can say that our educational system now is very harmful and does not stimulate students to learn the whole science, it is caused by the categorization of the science itself
if I can suggest, we can share to understand how to solve this problem all than depending on this "wicked" means, we also can make some ways in addition to increase our knowledge about how to enhance our human ability naturally so that we can reach our nature as human that has been blessed by Exalted Allah.
thanks

Anonymous October 17, 2011 at 11:38 AM  

Salam..

Saya fikir adalah terlalu teruk mengatakan fizik, kimia malah matematik sekarang adalah sampah.. Ini kerana subjek2 inilah main yang menentukan kursus yang hendak diambil di universiti..

Memanglah sesetengah fakta sains adalah salah umpamanya matahari itu statik di tengah pusat semesta manakala surah yasin pula beritahu ianya beredar, tapi saudara bayangkanlah betapa banyak subjek-subjek ini membantu di dalam penghasilan barang-barang dan memudahkan kita juga sebenarnya, apa saudara fikir komputer, internet dan blog ni tiada kaitan ke dengan fizik dan matematik???...

Saya ulangi, belajar benda ini tidak salah tapi belajar agama itu lebih penting. Tak salah naik kereta namun bacalah doa naik kereta dan pakailah kereta yang dibeli tunai bukannya hutang riba'.

Sekian.

Wassalam,
Wan.

Anonymous October 26, 2011 at 4:00 PM  

salam.
saya x setuju dengan saudara.

ilmu(sampah) yang saudara ckp tu sebenar nya nk melihat kecenderungan IQ kepakaran msg2.

xkn org yg pandai matematik nk jd Dr. mesti maut pye pesakit. xkn org yg pandai sastera nk jd jurutera. mesti jatuh pye bgnn.

kalo betul ilmu tu sampah, jgn pergi bank, klinik n naik kereta. sebab mereka ni org sampah yang buat.

saya x setuju jg xperlu pg sekolah.

'falsafah' yg saudara kata tu perlu dicari sendiri. jgn harap org suap.

al-quran sumber ilmu yang utama.

contoh dalam surah 24 annur : ayat 35

Allah ada berfirman cahaya atas cahaya.

saya pelajar kejuruteraan dapat mengkaitkan dgn konsep cahaya, cahaya apabila dapat dibiaskan akan mnjd 7 warna.

teori bing bang ada di ceritakan dalam al-quran.

21:30

so, ilmu itu bergantung bagaimana nk kita gunakan.

p/s: org malas study akan mencipta 1001 alasan.

p/s: ada benar nya article saudara. nk jd robot or x. semua depend bagaimana kte nk gne ilmu itu. yg pntg kne berilmu dlu. bru la dapat tls article ni ^_^

waallahua'lam.

manajanjimu November 26, 2011 at 9:12 PM  

*- KAMU DIAJAR UNTUK MENILAI “PELAJAR PANDAI” & “PELAJAR BODOH”-*

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2360098394665&set=a.1878189067233.2098684.1016453679&type=3&theater

Anonymous November 28, 2011 at 6:50 AM  

wahbisma syiah sekularwahan.....

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2396874514045&set=a.1878189067233.2098684.1016453679&type=1&theater

from......
http://www.facebook.com/home.php

Anonymous November 28, 2011 at 9:47 PM  

“SAMPAH BERACUN” JERANGKAP SAMAR YAHUDI- PENDIDIKAN SEKULAR


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2399607742374&set=a.1878189067233.2098684.1016453679&type=1&theater

Uthman December 18, 2011 at 6:28 PM  

Salam Zharif alimin..

Dari penulisan saudara menunjukkan saudara masih di tahap pengenalan.

Dan hujah saudara juga tidak punya alasan yang jelas. Seperti semuanya di bawah pengaruh nafsu yang membuak2.

Saya lebih mempercayai prof.2 yang terlibat menggariskan sistem pendidikan daripada saudara yang masih di fasa perkenalan. Namun mereka tetap juga mempunyai kesilapan didalam menggariskannya.

Saudara mengatakan bahawa kesumua ilmu sekarang adalah sampah. Sedangkan ilmu yang sekarang inilah yang banyak membawa saintis barat utk memeluk islam.

Mungkin saudara telah terpengaruh dengan cakap2 tentang konspirasi.

Orang tua2 memberi saranan kepada kita supaya belajar untuk kerja kerana mereka pada mulanya hidup susah dek tidak ada pelajaran yang tinggi. Jadi harapannya adalah pada anak2 atau cucu2 mereka untuk mengubah masa depan generasi seterusnya.

Sebenarnya banyak kesalahan saudara didalam membuat kenyataan itu.

Dan lagi satu.. saya ingin menegur kata2 saudara yang berbunyi :
"tanya pada hati nurani masing-masing, kerana hati nurani tidak pernah mampu untuk berbohong"

Hati adalah benda yang paling mudah dimasuki syaitan. Jaga2 dengan sangkaan saudara.. Bersihkan hati saudara dengan mengingati Allah dan menghayati kebesaran Allah..
Jangan tanya kepada hati kerana mungkin saudara akan bertanya pada syaitan. tetapi bertanyalah pada akal kerana akal lah yang mampu mengawal diri kita..

Anonymous March 15, 2012 at 1:27 PM  

Semua tokoh yang anda sebutkan dahulu bermula dari belajar mengeja.. yang membezakan singkat waktu seseorang tersebut belajar mengeja dgn ahli falsafah tersebut.. itu yang kita panggil genius.. berapa ramai manusia seperti ahli2 falsafah yang disebutkan??? adakah kemampuan kita semua sama??? disebabkan itulah sistem pendidikan diwujudkan.. untuk mendidik semua golongan dari yang paling kurang kemampuan sehinggalah ke yg paling bijak..

Eddie

Anonymous April 12, 2012 at 11:57 PM  

mungkin kalau benar kata saudara..
apa kata saudara kongsi sekali solusi untuk perkara nie..

adm22

Anonymous February 21, 2013 at 5:41 PM  

I was called once more and told to guide Lipoma-tumors, but later deliberate research and obedience the insistency turns out
that this has nix to do with Lipoma-tumors, but instead decorative treatment of "fat pockets".


My page :: Most Common Tumor

Anonymous February 22, 2013 at 2:14 PM  

The capsules are tasteless of noodles; bed another six noodles, the rest on the Woof, and then noodles.
The mechanism is simply one of many ways the torso regulates levels of regularly exercises
ensures that one does not get from cholesterol or center diseases.


Feel free to surf to my web-site - cholesterol medicine should you take

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP