Gaddhafi Berjaya Dakwah 1 Wanita Muda Italy

>> Friday, November 20, 2009


Usaha yang dilakukan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di Rom Itali dengan mengadakan "pesta" yang sebenarnya adalah helah Gaddafi untuk berceramah tentang Islam kepada wanita Italy.



Muammar Gaddafi

Salah seorang dari 200 wanita muda yang hadir dalam undangan "pesta" Gaddafi telah "menerima" ajakan dari pemimpin Libya tersebut, seperti dilaporkan oleh akhbar harian The Telegraph. Acara tersebut berlangsung selama 2 jam dan Gaddafi sendiri yang memberikan ceramah mengenai Islam.

Wanita yang bernama Alda Ribeiro mengatakan kepada akhbar yang berpusat di Milan tersebut bahawa pertemuannya dengan presiden Libya itu telah "mengubah" dirinya.

"Islam dulu sangat menakutkan bagi saya, namun sekarang saya kagum pada Islam,"kata Alda Ribeiro, 27 .

Ribeiro, seperti gadis lain yang diundang ke acara "pesta" Gaddafi, direkrut dari sebuah perusahaan Hostessweb, sebuah lembaga di Rom yang menyediakan perempuan untuk sektor perusahaan. Gadis-gadis ini sama sekali tidak melakukan kerja-kerja seksual.

"Bagi saya, Islam selalu dikaitkan dengan konsep penindasan terhadap wanita. Sebelumnya kami berasa takut terhadap Islam bahawa nasib kami semua akan berakhir di Harem."

Alda Ribeiro, berasal dari Portugal dan merupakan lulusan Universiti dan  dapat bertutur dalam lima bahasa.

Ribeiro berkata bahawa sejak peristiwa "pesta" yang berlangsung di dalam sebuah villa di Rom yang diselenggarakan Gaddafi, dirinya semakin rajin mempelajari ajaran Islam dengan membaca Al-Quran yang diberikan Gaddafi kepadanya.

"Saya bertanya kepada Gaddafi apa yang dia fikirkan mengenai peranan wanita dan dia menjawab bahawa dia selalu menjadi pendukung hak-hak perempuan. Saya tidak menduga jawapannya seperti itu.

"Itu sebabnya saya memutuskan untuk menerima undangan Gaddafi. Saya akan pergi ke Libya. Saya ingin mengetahui, untuk melihat dengan mata kepalaku saya sendiri. Brulah saya akan memutuskan untuk masuk Islam."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP